File - mohd rizal mohtar MSU Shah Alam

Download Report

Transcript File - mohd rizal mohtar MSU Shah Alam

PENILAIAN DALAM
PENDIDIKAN JASMANI DAN
KESIHATAN
KONSEP ASAS PENILAIAN
UJIAN
Suatu instrumen yang digunakan
untuk mendapat maklumat murid.
Bentuk
- soalan bercetak atau lisan
- bateri prestasi tahap fizikal
- pemerhatian tingkahlaku melalui
senarai semak atau rekod
anekdotal.
PENGUKURAN
Suatu proses mengutip maklumat
berangka tentang tahap ciri-ciri
tertentu yang dipunyai oleh
seseorang
- ditakrif juga sebagai membina,
mentadbir dan memberi nilai
kepada ujian
PENILAIAN
Suatu proses untuk mengumpul,
menganalisis dan mentafsir data
yang dikutip.
- Ia meliputi ujian dan pengukuran.
TUJUAN PENILAIAN
Memfokus kepada setiap murid
- memberi maklumat tentang
kelebihan dan kelemahan
seseorang murid.
- guru dapat mengaplikasikan
prinsip PJ membangun untuk
meningkatkan lagi prestasi murid.
Menentukan status semasa murid
- mengikut Kirkendal, Gruber dan
Johnson (1987) penentuan status
meliputi
a.
pemberian gred
b.
mengecualikan murid dari
sesuatu aktiviti.
c.
memberi maklum balas untuk
meningkatkan prestasi.
d.
menetapkan seseorang
individu dalam kumpulan tertentu.
e.
menentukan aktiviti tertentu.
Memilih wakil sekolah
- memberi maklumat bagi tujuan
memilih wakil sekolah.
- menggunakan kriteria-kriteria
tertentu membolehkan proses
pemilihan dilaksanakan dengan
lebih saksama.
Memotivasikan murid
- memberi maklum balas kepada
seseorang murid.
- ia dapat memberi kesan positif
kepada murid berkenaan.
- jika keputusan disalahkan
gunakan maka kesan negatif akan
timbul dan ini akan menyebabkan
seseorang hampa dan kecewa
Menilai pengajaran dan program PJ
- dapat menentukan pencapaian
objektif program PJ.
- memberi maklumbalas tentang
keberkesanan program.
- memberi peluang guru dan pentadbir
untuk mengubah strategi pengajaran
bagi memastikan objektif yang
diharapkan tercapai.
Membekalkan untuk kajian lain
- membolahkan maklumat digunakan
untuk kajian.
ASPEK PENILAIAN
Penilaian PJ
PSIKOMOTOR
KOGNITIF
AFEKTIF
Kecergasan Fizikal
Bertulis
Kertas dan Pensil
Kemahiran motor
Lisan
Muka kartun berperasaan
UJIAN KECERGASAN FIZIKAL
Penilaian Kecergasan Fizikal Berasaskan Sekolah (PPK 1999)
KOMPONEN KECERGASAN
UJIAN
KUMPULAN SASARAN
Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan
1. Dayatahan
Kardiovaskular
Cooper (Larian/Berjalan 12 minit
Thn 1 – Tingkt. 5
2. Kekuatan otot
Bangkit tubi berperingkat
Tingkt 3 – 5
3. Dayatahan otot
(a) Mendagu (Lelaki)
(b) Mendagu dalam kedudukan condong
(Perempuan)
Thn. 4 – Tingkt. 5
4. Kelenturan
Duduk jangkau
Thn. 1 – Tingkt 5
5. Komposisi tubuh
badan
Ukuran lilitan
Thn. 1- Tingkt. 5
Kecergasan Fizikal Berasaskan Perlakuan Motor
6. Kelajuan
(a) Lari pecut 30 meter
(b) Lari pecut 50 meter
Thn 3 – Thn 6
Tingkt 1 - 5
7. Imbangan
Dirian Bangau
Thn 4 – Tingkt 5
8. Ketangkasan
(a) Lompat Kuadron
(b) Illionis
Thn 1 – Tgkt 5
Thn 1 – Tgkt 5
9. Kuasa
(a) Lompat jauh berdiri
(b) Lontaran bola baling/ Bola keranjang aras dada
Thn 1 – Tgkt 5
Thn 1 – Tgkt 5
10. Masa tindak balas
Nelson Choice- Response-Movement
Thn 4 – Tgkt 5
11. Kordinasi
(a) Mengelecek bola dengan tangan
(b) Mengelecek bola dengan kaki
Thn. 1 – Tgkt 5
Thn. 1 – Tgkt 5
UJIAN KEMAHIRAN ASAS
PERMAINAN
Bagi menilai kemahiran asas sesuatu
permainan selepas pengajaran.
Menilai kebolehan seseorang murid.
Cth. Ujian servis Tenis
Ujian mengelecek bola
PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN
KESIHATAN
Program kesihatan sekolah mempunyai
dua hasil iaitu:
1. Kesihatan murid-murid sekolah
2. Pendidikan kesihatan murid-murid
sekolah.
Penilaian pendidikan kesihatan muridmurid sekolah rendah merangkumi empat
aspek
a. Pengetahuan
b. Sikap
c. Amalan
d. Kemahiran
Menilai pengetahuan kesihatan
Pengetahuan kesihatan murid boleh
dinilai dalam beberapa bentuk ujian
piawai seperti berikut:
a. Ujian Betul – Salah
b. Ujian aneka pilihan/objektif
c. Ujian padanan
d. Ujian melengkapkan
e. Ujian bentuk karangan
UJIAN BETUL - SALAH
Ujian jenis ini adalah sesuai bagi soalan
yang mempunyai dua alternatif sahaja.
Contoh Ujian Betul – Salah
1. Dadah akan memudaratkan
kesihatan jika disalahgunakan. _______
2. Protein tidak menyumbangkan kalori kepada
guna tenaga tubuh kita. _______
ANEKA PILIHAN/OBJEKTIF
Jenis ini adalah jenis yang paling lazim digunakan.
Cth ujian:
1. Antara pernyataan berikut yang manakah
tidak benar?
A. Kebanyakan sayur daun hijau kaya dengan
vitamin dangalian.
B. Minuman jus oren dan susu serentak tidak
menimbul apa-apa kesan buruk.
C. Minum lebih dari 6 gelas air setiap hari tidak
menggemukkan.
D. Sesetengah bedak mempunyai sifat mengurus
badan.
JENIS PADANAN
Ujian jenis ini merupakan versi
alternatif ujian aneka pilihan.
Ujian ini meletakkan jawapan dalam
satu lajur dan pernyataan di lajur
lain.
Ujian Melengkapkan
Ujian ini mempunyai beberapa
pernyataan yang mempunyai katakata kunci atau frasa ditinggalkan.
Dalam ujian ini murid melengkapkan
pernyataan dengan menulis kata
kunci atau frasa/rangkai kata.
Ujian Bentuk Karangan/Esei
Ujian ini memerlukan murid
menyusun maklumat secara
sistematik.
Membolehkan guru menilai sejauh
mana murid sudah faham tentang
apa yang diajar.
MENILAI SIKAP
Melibatkan perasaan, nilai dan apresiasi.
Penilaian ini penting kerana sikap banyak
mempengaruhi tingkah laku murid.
Masih kurang teknik yang sebenarnya
boleh mengukur sikap murid terhadap
kesihatan secara objektif, bukti-bukti
subjektif masih diperlukan untuk
mengukur sikap terhadap kesihatan.
Skala Sikap
Dua jenis skala digunakan untuk
menilai sikap terhadap kesihatan:
1. Skala sikap paksa- pilih
2. Skala Likert
Skala Likert adalah lebih rumit
dan ia lebih sesuai untuk muridmurid di Tahap II
Pemerhatian dan Rekod Anekdotal
Sikap juga boleh diukur melalui
pemerhatian dan rekod anekdotal.
GURU
Memerhati tingkah laku
Menemu duga murid
Menyemak catatan murid
. Reaksi terhadap situasi kesihatan
. Nilai yang dihayati
Merekod sikap murid
. Suka/ tidak suka
. Pertalian emosi dengan rakan
Ujian menggunakan cerita
Menggunakan petikan cerita yang
diberikan kepada murid.
Menggariskan kata kunci yang
menggambarkan perkara atau
prosedur yang dianggap baik untuk
kesihatan.
Memotong kata kunci lain yang
dianggap tidak baik untuk kesihatan.
Menilai Amalan Kesihatan
Penting untuk menentukan amalan
kesihatan murid.
Mengukur sejauh manakah
perubahan telah berlaku terhadap
murid.
Cara menilai melalui:
1. Pemerhatian terus
2. Kajian lisan
3. Senarai semak
4. Inventori atau ujian/skala
komersial
Menilai Kemahiran Kesihatan Murid
Melibatkan dua perkara iaitu:
1. Pengetahuan berkenaan amalan/
kemahiran yang betul
2. Keupayaan murid untuk
mendemonstrasikan kemahiran
yang betul
Ujian Pendidikan Keselamatan
Menguji sejauh mana kefahaman
murid terhadap kepentingan
keselamatan.
Skala yang boleh digunakan ialah
skala Myers.