PENDIDIKAN MORAL MDM SITI HAJJAR A. HAMID OLYMPIA COLLEGE TOPIK MINGGU 7  Isu-Isu berkenaan Etika : Rasuah • Definisi Rasuah • Rasuah dari perspektif Etika.

Download Report

Transcript PENDIDIKAN MORAL MDM SITI HAJJAR A. HAMID OLYMPIA COLLEGE TOPIK MINGGU 7  Isu-Isu berkenaan Etika : Rasuah • Definisi Rasuah • Rasuah dari perspektif Etika.

PENDIDIKAN MORAL
MDM SITI HAJJAR A. HAMID
OLYMPIA COLLEGE
2013
TOPIK MINGGU 7

Isu-Isu berkenaan Etika : Rasuah
• Definisi Rasuah
• Rasuah dari perspektif Etika & Moral
• Jenis-jenis kesalahan rasuah mengikut Akta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah & Hukuman
• Jenis-Jenis Suapan & Sogokan
• Siapa yang terlibat dengan kesalahan rasuah
• Tahap Rasuah
• Punca & Sebab Rasuah
• Kesan Rasuah
• Implikasi Rasuah pd Negara
• Langkah-langkah Mengatasi Rasuah
DEFINISI RASUAH




Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab yang berbunyi
al-risywah
Ada beberapa definisi yang telah diberi oleh beberapa pihak yang
pakar dalam bidang undang-undang.
Di dalam kamus Concise Law Dictionary. P. G. Osborne memberi
definisi bribery and corruption sebagai perbuatan giving or offering
any reward to any person to influence his conduct; or the receipt of
such reward.
John B. saunders pula dalam kamus Mozley and Whiteleys Law
Dictionary memberi definisi the Taking or giving of money for the
performance or non-performance of a public duty.

Secara umumnya, rasuah merupakan suatu perbuatan sama ada
memberi atau menerima sesuatu suapan yang berbentuk wang
tunai atau barangan berharga sebagai upah bagi melakukan suatu
perbuatan yang mempunyai kaitan dengan bidang tugas seseorang
itu.
Sebagai contoh, seorang kontraktor memberikan hadiah berbentuk
jam tangan berharga kepada seorang pegawai Kerajaan bagi
meluluskan projek kepada syarikatnya.
MAKNA ETIKA PRFESIONAL




Etika profesional pula digunakan untuk menilai prinsip moral untuk sesuatu kumpulan yang
direka/dibuat untuk mengawal prestasi mereka di dalam menjalankan sesuatu tugas atau
penggunaan sumber yang mereka ada.
Kes rasuh dan hubungkait dengan masalah etika dan moral
Sesungguhnya, permasalahan rasuah ini memang semakin berleluasa di negara kita dan
memang tidak dinafikan bahawa gejala ini semakin mendapat perhatian daripada semua pihak.
Kes rasuah ini adalah satu kes yang sangat berkait-rapat dengan masalah etika dan moral.
Orang atau individu yang terlibat dengan gejala tersebut sama ada memberi atau menerima
rasuah adalah orang yang tidak beretika serta kurang nilai-nilai moral. Mereka yang
menjalankan kegiatan tersebut adalah bertujuan semata-mata untuk kepentingan diri sendiri
serta tidak mengambil-kira hak dan kepentingan orang lain. Demi untuk kesenangan diri sendiri,
mereka bukan sahaja lupa dengan tanggungjawab mereka terhadap masyarakat malah telah
meletakkan diri mereka di dalam situasi yang amat membahayakan.
Berdasarkan kepada kes gejala rasuah di kalangan syarikat-syarikat korporat gergasi di negara
kita pula, gejala ini memang sangat berleluasa justeru kerajaan pada masa kini telah mengambil
inisiatif untuk membendung permasalahan tersebut dengan memperkuatkuasakan rang undangundang dan peranan pihak SPRM untuk mencegah masalah ini daripada semakin berleluasa.
WHISTLE BLOWING DAN GEJALA RASUAH

Apabila wujud kes-kes rasuah di mana-mana sahaja maka ianya tidak dapat lari daripada
Whistle blowing khususnya di dalam dunia perniagaan. Whistle blowing ini adalah seseorang
yang menuduh rakan sekerjanya, penyeliaan atau pegawai syarikat berhubung dengan
tindakan yang tidak sah atau tidak bermoral.
Terdapat 2 jenis Whistle blowing iaitu:

dalaman – jika tuduhan dibuat melalui talian penyeliaan atau saluran yang tertentu di
dalam syarikat tersebut.

luaran – sekiranya tuduhan tersebut dilaporkan kepada orang luar atau agensi-agensi di luar
syarikat, seperti pihak berkuasa atau pihak media.


Individu yang terlibat dengan Whistle blowing ini adalah individu yang tergolong sama ada
mereka berada di pihak yang benar mahupun tidak. Biasanya Whistle blowing ini akan
timbul apabila wujud kes-kes yang tidak beretika tertentu umpamanya kes rasuah tersebut.
Walau bagaimanapun, masalahnya di sini ialah persoalan sama ada individu yang terlibat
dengan Whistle blowing ini adalah benar-benar betul ataupun sengaja direka-reka demi untuk
kepentingan sendiri ataupun irihati dengan rakan sekerja mereka termasuklah pihak atasan
mereka sekiranya mereka tidak berpuas-hati.
Namun demikian, apa yang menjadi kebiasaan dalam senario rasuah di negara kita, Whistle
blowing akan wujud apabila kes rasuah ini benar-benar berlaku di dalam sesuatu organisasi
tertentu.
JENIS-JENIS KESALAHAN RASUAH MENGIKUT AKTA
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
2009

Berdasarkan ASPRM 2009 (Akta 694), terdapat empat kesalahan
rasuah yang utama iaitu:
a.
Meminta/Menerima rasuah [seksyen 16 & 17(a) ASPRM 2009]
b.
Memberi suapan [seksyen 17(b) ASPRM 2009]
c.
Mengemukakan tuntutan palsu [Seksyen 18 ASPRM 2009]
d.
Salah guna kuasa [Seksyen 23 ASPRM 2009]
APAKAH KESALAHAN MEMINTA/MENERIMA
RASUAH? MEMINTA/MENERIMA RASUAH [SEKSYEN
16 & 17(A)

Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima satu suapan
sebagai balasan untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu perkara.
CONTOH: Baharudin bin Ahmad (YDP Majlis Perbandaran Kangar) dituduh
meminta dan menerima rasuah daripada kontraktor berkaitan projek
pembangunan perumahan di Padang Besar, Perlis seluas lebih kurang 10
ekar. Sebagai balasan, beliau menjanjikan proses kelulusan dan bantuan
dalam kelicinan perjalanan projek tersebut.
Rasuah berupa wang tunai sebanyak RM30,000.00, cek tunai bernilai
RM30,000.00, dan satu golf set jenis ”Mizuno” berharga RM2,500.00 yang
diterima daripada kontraktor.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 4 tahun dan denda berjumlah
RM1.925 juta
APAKAH KESALAHAN MEMBERI SUAPAN?

Mana-mana orang secara rasuah menawar/memberi satu suapan
kepada pegawai awam sebagai balasan untuk melakukan atau tidak
melakukan sesuatu perkara berkaitan hal ehwal pegawai awam
tersebut.
CONTOH:

Sibu - Seorang kontraktor dijatuhkan hukuman lapan bulan penjara
dan denda RM25,000 kerana memberi rasuah berjumlah RM1,500
kepada Pegawai Pengurusan Perhutanan, Sandum Hitam. Rasuah
itu diberi supaya Sandum mempercepatkan proses permohonan
“Permit To Enter Coupe”. Kesalahan dilakukan di pejabat
Perhutanan Kawasan Daerah Sibu.
APAKAH KESALAHAN MENGEMUKAKAN TUNTUTAN
PALSU [SEKSYEN 18 ASPRM 2009]

Mana-mana orang mengemukakan dokumen tuntutan (resit, invoice) yang
mempunyai butiran matan palsu dengan niat untuk memperdayakan prinsipal
(pejabatnya).
CONTOH:

SHAH ALAM - Bekas Dekan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti
Teknologi Mara (UiTM), Datuk Md. Saberi Md. Salleh dihukum penjara tiga
tahun dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di atas tuduhan
memperakui invois pembekalan peralatan sukan palsu bernilai RM138,600
pada sekitar tahun 1999.
Md. Saberi didakwa membuat perakuan penerimaan barangan bertarikh 24
Mac 1999 dengan memperakui bahawa Multi Joint 2 AP berharga RM138,600
telah diterima dalam keadaan memuaskan sedangkan ianya tidak dibekalkan.
Hakim turut menjatuhkan hukuman yang sama ke atas pemilik syarikat
pembekal peralatan sukan, Zaleha Abdul Rahman, 48, atas kesalahan
bersubahat mengeluarkan invois tersebut.
APAKAH KESALAHAN SALAH GUNA KUASA
[SEKSYEN 23 ASPRM 2009]

Pegawai Badan Awam atau anggota Pentadbiran kerajaan
menggunakan kedudukannya dalam membuat keputusan atau
mengambil apa-apa tindakan berhubung dengan sesuatu perkara di
mana dia, saudara atau sekutunya mempunyai kepentingan.
APAKAH HUKUMAN BAGI KESALAHAN RASUAH?

Secara umumnya, hukuman bagi kesalahan rasuah ialah
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan
didenda tidak kurang dari lima kali ganda nilai suapan atau
RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
CONTOH:
Jika A menerima rasuah sebanyak RM5,000. Maka hukumannya
penjara dan dendan sebanyak RM25,000 (RM5,000 x 5).
Jika B menerima rasuah sebanyak RM1,000. Maka hukumannya
adalah penjara dan denda RM10,000 (Ini kerana RM1,000 x 5 hanya
bersamaan RM5,000. Oleh itu, diambil nilai RM10,000 iaitu nilai
minimum bagi denda)
ADAKAH

SUAPAN RASUAH HANYA BERBENTUK WANG SAHAJA?
Suapan rasuah boleh jadi dalam bentuk wang tunai, hadiah, bonus,
undi, perkhidmatan (seperti seks), jawatan, upah, diskaun,
pinjaman dan sebagainya.
JENIS-JENIS SUAPAN
a)
wang, derma, alang, pinjaman, fee, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai
harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, atau apa-apa manfaat seumpama itu
yang lain;
b)
apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa
perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat;
c)
apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman, obligasi atau liabiliti
lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya;
d)
apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan atau peratusan;
e)
apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau benda
berharga;
f)
apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan daripada apa-apa penalti
atau ketakupayaan yang di kenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-apa tindakan atau
prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada atau tidak sudah dimulakan, dan
termasuk penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa
atau kewajipan rasmi; dan
g)
apa-apa tawaran, akujanji atau janji, sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, untuk memberikan
suapan mengikut pengertian mana-mana perenggan (a) hingga (f) yang terdahulu;
APAKAH SPRM DAN BAGAIMANAKAH SPRM
DITUBUHKAN?



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau SPRM adalah
sebuah badan tunggal dan bebas yang mengendalikan kes-kes yang
berkaitan dengan rasuah serta merupakan tunggak utama dalam
inisiatif anti-rasuah di Malaysia.
SPRM telah ditubuhkan pada Januari 2009, menggantikan agensi
sebelumnya - Badan Pencegah Rasuah (BPR) mengikut akta yang
baru digubal iaitu Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
2009.
Peranan SPRM adalah untuk membasmi rasuah, penyalahgunaan
kuasa dan penyelewengan di Malaysia dengan fungsi yang
berdasarkan kepada prinsip Bebas, Telus dan Profesional dalam
melaksanakan tugasnya.
RASUAH: KITA DI TAHAP MANA?

Menghapuskan rasuah secara total adalah sesuatu yang dilihat mustahil. Begitupun, masih ada harapan untuk
mengurangkan penyakit ini dengan syarat ianya belum lagi mencapai dua tahap kritikal berikut.

Tahap kritikal pertama:

- ialah apabila rasuah masih dijalankan secara "bawah meja" tetapi telah mewujudkan jaringan erat di antara
pegawai junior dan senior di dalam sesebuah organisasi. Pada peringkat ini, pegawai yang junior akan menerima
rasuah dan akan berkongsi hasilnya dengan pegawai yang senior, dan begitu jugalah sebaliknya. Apabila hal ini
terjadi, setiap pegawai tidak kira junior atau senior, mereka akan melindungi satu sama lain. Ini juga mungkin
turut melibatkan para pegawai di peringkat tertinggi termasuklah menteri, orang politik, badan kehakiman dan
penguatkuasa undang-undang.

- kesan daripada rasuah peringkat ini adalah jelas. Laporan mengenai rasuah sukar mendapat respon. Malah,
apabila masyarakat umum ingin mengambil tindakan terhadap pihak tertentu yang ada kaitan dengan rasuah,
tiada pihak yang sudi tampil membantu, apatah lagi untuk bertindak, kerana semua pihak di dalam rantaian
tersebut juga turut terlibat dengan rasuah!

- pegawai mahupun menteri yang rasuah mungkin boleh diganti
dengan orang lain. Namun begitu, "orang baru" itu juga tiada jaminan
yang dia boleh selamat dan terlepas daripada cengkaman rasuah.
Sekalipun mereka yang "bersih" ini enggan bersekongkol, besar
kemungkinan mereka akan "lumpuh" (dipulaukan) oleh kerana staf
bawahan mereka tidak akan patuh kepada arahan pegawai yang
"tidak se-aliran".

- tambahan pula, jika ingin memecat kesemua kakitangan kerajaan
dan melantik kakitangan yang baru, juga tidak logik untuk dilakukan,
bahkan boleh menimbulkan keadaan yang lebih bercelaru serta kacaubilau, dan membuka peluang-peluang kepada pelbagai kegiatan
berunsurkan rasuah yang baru!
TAHAP KRITIKAL KEDUA:

- ialah apabila rasuah sudah naik "di atas meja" dan diterima sebagai sesuatu yang biasa oleh
masyarakat. Apabila rasuah sudah mencapai tahap ini, kesannya terhadap negara amatlah buruk (dan
mungkin tipis peluang penyembuhan).

- pertama, kerajaan akan menjadi lemah. Setiap kali rasuah berlaku, kerajaan akan kehilangan
pendapatan dan tidak mampu untuk memenuhi fungsinya. Sekiranya kerajaan gagal menjana kewangan
yang kukuh, khidmat sosial seperti pendidikan, kesihatan dan kemudahan awam tidak mampu
disediakan. Bukan setakat negara gagal bergerak ke hadapan, bahkan jurang ketaksamaan kaya-miskin
juga akan terus melebar! Ini kerana kebanyakan khidmat sosial oleh kerajaan adalah bertujuan
membantu mengurangkan beban kewangan dan kos terhadap golongan yang miskin.

- dalam keadaan yang mana miskin bertambah miskin dan rasuah terus memburukkan keadaan tersebut,
golongan ini tentunya tidak mampu menawarkan rasuah kepada pegawai. Kesannya mereka akan
terhalang untuk menikmati sesuatu perkhidmatan (kerana tidak mampu beri rasuah). Keadaan ini akan
berterusan, sehinggalah laungan keadilan itu hilang maknanya dan majoriti rakyat akan tinggal
di dalam kekecewaan terhadap kerajaan.

sekalipun sedar ekonomi negara boleh hancur disebabkan amalan rasuah, pegawai yang
terlibat tidak mudah insaf. Ini kerana sikap tamak insan itu tiada sempadannya. Akhirnya,
wang rasuah yang mereka terima juga tidak akan lagi dapat memberikan kesenangan
kepada hidup mereka.

- di negara yang rakyatnya makmur dan aman, rakyatnya boleh mencari dan mengumpul
kekayaan dengan mudah. Rakyat yang makmur juga boleh menjana ekonomi negara
melalui kuasa beli mereka yang tinggi (keep on buying the goods sold). Namun
apabila ekonomi rosak disebabkan rasuah, pengguna (rakyat) akan mengalami
penurunan kuasa beli. Apabila kuasa beli rakyat merosot (sebab kerajaan tidak
mampu bayar gaji yang adil), perniagaan juga akan merosot. Para peniaga yang
terjejas juga sudah tidak mampu lagi menawarkan rasuah dan pegawai yang
makan rasuah akhirnya turut menanggung kesannya.

- di kebanyakan negara yang mana amalan rasuah tidak dianggap sesuatu yang asing,
kebanyakan pegawai yang korup ini tidak juga menikmati kehidupan dengan selesa dan
aman (soal keberkatan itu jauh sekali)!
PUNCA DAN SEBAB RASUAH

Berbagai
faktor
dikaitkan
mengapa
seseorang
itu
melakukan
perbuatan jenayah rasuah. Kelakuan rasuah adalah disebabkan
beberapa sikap buruk dari jiwa seseorang manusia dan didorong oleh
kekuatan syaitan.










Secara terperinci amalan rasuah disebabkan oleh sikap;
1. Tamak dan haloba.
2. Dengki dan khianat.
3. Sombong dan Takabbur.
4. Suka berbuat yang salah.
5. Tiada keberkatan Hidup
6. Nafsu serakah.
7. Gila Kuasa.
8. Menafikan hak orang lain.
9. Ingin menunjuk-nunjuk.

Walau
bagaimanapun
secara
ringkasnya,
berdasarkan
pengalaman
Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia, perbuatan jenayah rasuah berlaku disebabkan oleh:

1. Di mana seseorang ingin hidup mewah dan cepat kaya dan sentiasa mengejar
kebendaan tanpa mengira halal haram. Apa yang dipentingkannya hanyalah nilai-nilai
material, dengan membuang jauh tanggungjawabnya sebagai seorang penjawat awam
yang diamanahkan dengan kuasa dan pertanggungjawaban.

Individu seperti ini tidak mahu mengambil kira langsung bahawa dengan melakukan
perbuatan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa, sebenarnya dia telah
melakukan kezaliman, penganiayaan dan menafikan hak-hak orang lain atau memberikan
hak sesuatu itu bukan kepada orang yang sepatutnya mendapat hak itu.

Sebagai contoh, oleh kerana seorang pegawai di Bahagian Bekalan menerima suapan
secara
rasuah,
kontraktor
yang
sepatutnya
dan
layak
membekalkan
peralatan
ketenteraan, atau membekalkan makanan telah tidak dipilih. Perbuatan pegawai ini
menyebabkan Kementerian Pertahanan atau Angkatan Tentera telah dinafikan yang
terbaik yang boleh dibekalkan oleh kontraktor berkenaan.

2. Di samping itu, sikap hidup yang suka bermegah-megah menjadi amalan. Menyara hidup pula
melebihi pendapatan hinggakan terpaksa berhutang di sana sini. Akhirnya, akibat bebanan hutang
jenayah rasuah dilakukan.

3. Kurangnya penghayatan nilai-nilai murni. Selain dari itu, kedangkalan ilmu-ilmu keagamaan,
kurangnya penghayatan nilai-nilai murni dan hilangnya nilai-nilai akhlak yang baik juga menjadi
antara faktor yang menyebabkan seseorang itu bergelumang dalam jenayah rasuah.

Menurut seorang penulis, “nilai” ialah “beliefs about right and wrong”. Manakala “etika” pula
ditakrifkan sebagai “thinking systematically about morals and conduct and making judgments
about right and wrong”. (Carol W. Lewis: The Ethics Challenge in Public Service).

4. Kerendahan moral ditambah dengan nafsu yang tidak lagi dapat membezakan antara nilai-nilai
yang baik dan buruk, hingga mengenepikan nilai-nilai suci dalam agama mendorong seseorang itu
melakukan pelbagai kemaksiatan dan jenayah. Justeru itu, individu seperti ini akan
memperhambakan dirinya kepada nafsu yang mengongkong kehidupannya.

5. Kurangnya penyeliaan oleh pegawai atasan. Kurangnya penyeliaan pegawai atasan akan
menyebabkan mana-mana individu yang didorong oleh unsur-unsur yang tidak sihat akan
mengambil
kesempatan
dari
keadaan
itu
untuk
melakukan
penyelewengan,
penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

6. Kurangnya komitmen kepimpinan untuk mengenalpasti ruang-ruang yang boleh menyebabkan berlakunya perbuatan rasuah, dan ditambah pula wujudnya pemimpin yang
takut untuk menjadi tidak popular, menyebabkan keadaan akan tidak terkawal.

7. Terlalu banyak penurunan kuasa tanpa pengawasan yang bijak oleh pegawai atasannya
akan juga membuka banyak ruang berlakunya perbuatan rasuah, penyelewengan dan
penyalahgunaan kuasa.

8. Kelemahan Peraturan atau Sistem Pelaksanaan Kerja. Selain dari itu, longgarnya
tatacara dan peraturan kerja atau kelemahan dalam sistem pelaksanaan kerja itu sendiri,
boleh menyebabkan sesebuah Jabatan / Agensi itu sentiasa terdedah dengan perlakuan –
perlakuan seperti jenayah rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh pegawai
dan kakitangannya.
KESAN BURUK DARI RASUAH AMNYA

1. Menganiayai orang yang sepatutnya berhak mendapat sesuatu seperti, projek pembinaan dan seumpamanya. Ini akan
menimbulkan pula kesan jangka panjang dimana orang yang dianianya akan turut melakukan rasuah pada lain waktu, agar
pekerjaan yang lain jatuh pula ketangannya.

2. Projek pembinaan akan terbengkalai atau mudah rosak. Jika suatu projek pembinaan yang sepatutnya diluluskan oleh
Engineer atau Arkitek mengikut kesesuaian spesifikasi ilmu yang mereka pelajari tidak diguna pakai ketika itu kerana
dirasuah dan menerima rasuah dari seseorang kontraktor maka projek pembinaan itu akan mudah terbengkalai atau mudah
rosak. Kerana kontraktor yang membina projek berkenaan mahu cepat kaya dan inginkan marjin keuntungan yang tinggi.

3. Menyemarakkan perasaan dendam dan api kemarahan, sehingga boleh mencetuskan permusuhan. Hal ini biasanya akan
terbit dari pihak yang merasa dianiaya yang mengetahui haknya jatuh ke tangan orang yang memberi rasuah.

4. Tidak akan ada keadilan dalam keputusan yang dibuat oleh hakim di mahkamah. Akibat rasuah orang yang sepatutnya
bersalah lepas bebas dan orang yang tidak bersalah pula masuk penjara.

5. Jika pihak menegakkan undang-undang seperti Polis, SPRM, Kastam menerima rasuah, maka kes-kes kejahatan dan
perbuatan buruk seperti membunuh, mengedar dadah, penyeludupan, aduan kes rasuah, merogol dan seumpamanya tidak
dapat diselesaikan. Bahkan rakyat akan hilang kepercayaan kepada jabatan-jabatan berkenaan.

1. Kesan Terhadap Individu:

(i) Kehilangan pekerjaan.
(ii) Kejatuhan moral atau maruah.
(iii) Menerima hukuman.
(iv) Menghancurkan keharmonian hidup berumahtangga.
(v) Keluarga terabai.

2. Kesan Terhadap Masyarakat:

(i) Mengakibatkan ketidakadilan disebabkan mengenepikan hak-hak orang tertentu.
(ii) Menggalakkan jenayah dan melindungi penjenayah.
(iii) Membebankan golongan orang susah.
(iv) Memburukkan lagi taraf kemiskinan kerana sumber-sumber yang telah ditetapkan bagi membantu rakyat miskin
diselewengkan.

3. Kesan Terhadap Negara:

(i) Menjejaskan kecekapan dan integriti pentadbiran.
(ii) Menjejaskan sosial serta kestabilan politik dan keselamatan.
(iii) Tumpuan pembangunan yang tidak seimbang.
(iv) Kenaikan kos barang dan perkhidmatan.
(v) Mengurangkan pendapatan negara.
(vi) Menurunkan mutu dan kualiti kerja atau produk yang dihasilkan
IMPLIKASI KEPADA NEGARA

Bagi sesebuah kerajaan di sesebuah negara, rasuah boleh menghadirkan kesan buruk yang bukan sahaja mampu
menggoncangkan pemerintahan, bahkan tidak mustahil ianya boleh menjadi punca kejatuhan sesebuah
pemerintahan dan meletakkan negara dalam situasi yang tidak aman.

Sekiranya seseorang pegawai yang diberi tanggungjawab memungut pelbagai bentuk cukai itu sendiri terbabit
dengan prilaku rasuah, tentunya kerajaan, secara langsung, akan kehilangan sumber pendapatan hasil kutipan
dan perolehan cukai.

Dengan lain perkataan, cukai tidak dapat dikutip kerana ia telah dielak pembayarannya melalui pemberian
rasuah kepada pegawai yang terlibat.

Kekurangan hasil kutipan cukai kemudiannya membawa kepada penurunan jumlah pendapatan kerajaan. Ini
bermakna wujudnya halangan kepada kerajaan dari segi kemampuan membayar gaji yang adil kepada
kakitangannya. Dan apabila gaji yang dibayar tidak adil dan rendah, maka ianya kembali dijadikan alasan
mengapa pegawai dalam kerajaan berterusan mengambil rasuah!
DAPATKAH ANDA MELIHAT KITARAN GANAS INI DAN
KESANNYA? RUJUK RAJAH.
RASUAH YANG SEBATI SEHINGGA MENJADI TABIAT
DAN KETAGIHAN

Seperti yang ditunjukkan pada rajah di atas, situasi ini berlaku kerana kakitangan kerajaan tidak menerima
jumlah gaji yang mencukupi bagi menampung jumlah perbelanjaan mereka. Namun, bagaimana pula jika rasuah
telah menjadi tabiat (habit), yang tiada kaitan lagi dengan saiz pendapatan "halal" dan sah seseorang pegawai
tersebut?

Ini kerana kehendak manusia dan sifat tamak insan itu tiada had dan batasan. Bagi mereka yang berpendapatan
rendah mungkin sekali akan berhujah "sekiranya saya dibayar gaji yang tinggi, tentulah saya tidak
ambil rasuah".

Namun perlu diingatkan juga bahawa ramai pegawai tinggi yang bergaji besar, mereka juga turut terlibat
dengan amalan rasuah. Apakah mereka ini tidak cukup-cukup dengan gaji yang tinggi? Jawapannya adalah:
rasuah tidak lagi diambil kerana kesempitan wang, tetapi ianya telah menjadi suatu tabiat dan ketagihan.

Lebih buruk lagi, sifat tamak ini bukan sahaja gagal membendung nafsu insan terhadap rasuah, malah mereka
sendiri meminta jumlah bayaran (rasuah) yang lebih besar agar setara dengan gaji besar yang mereka nikmati!

Oleh yang demikian, langkah kerajaan menaikkan gaji belum tentu dapat menghentikan amalan
rasuah.

Bagi negara yang mana rasuah sudah menjadi sesuatu yang biasa (common practice), peningkatan
kadar gaji hanya akan meningkatkan kadar rasuah. Dengan kata lain, bagi situasi yang amalan
rasuahnya sudah diterima secara terbuka, peningkatan gaji bukan sahaja gagal membendung
rasuah malah menyubur dan menggalakkan lagi amalan tersebut!
APAKAH LANGKAH-LANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL
UNTUK MENGATASI MASALAH RASUAH INI?

Sudah pasti tindakan awal ialah kerajaan membuktikan kesungguhan mereka dalam menangani kemelut ini
dengan menahan, mendakwa dan menghukum pesalah-pesalah rasuah tanpa mengira kedudukan mereka.
Rakyat masih beranggapan bahawa masih ada pihak-pihak tertentu yang mengambil rasuah tetapi mereka tidak
di bawa ke muka pengadilan yang menimbulkan rasa tidak ppercaya rakyat akan keikhlasan kerajaan
menangani isu ini.

Kesungguhan kerajaan mendakwa atau menyeret mereka ini ke mahkamah akan memberi satu peringatan agar
mereka tidak mengambil rasuah pada peringkat awalnya. Sesungguhnya, tindakan tegas kerajaan mendakwa
semua pihak yang terlibat tanpa memilih bulu akan memberi petanda bahawa pengamal rasuah akan menerima
hukuman yang setimpal dan menakutkan mereka untuk melakukan jenayah ini.

Usaha kerajaan untuk menakutkan pesalah rasuah dan masyarakat boleh dicapai menerusi satu kempen iklan
yang efektif. Kempen yang dilancarkan itu mestilah menggunakan media massa secara holistik iaitu daripada
akhbar hinggalah ke internet untuk memastikan semua khalayak masyarakat menerima kempen tersebut.
Semua imej atau aksi yang dipaparkan melalui iklan itu mestilah berupaya meninggalkan kesan atau
menjadikan masyarakat berfikir dua kali sebelum mereka menerima rasuah. Jadi, kempen yang begitu mudah
tetapi berkesan menjadi satu wahana yang baik dalam peperangan memerangi amalan rasuah ini.

Seterusnya, penerapan konsep keagamaan dan moral hendaklah dilakukan terutama di
sektor pendidikan negara seperti dalam kalangan pelajar sekolah dan universiti. Usaha
menerapkan konsep murni sebegini perlu dilakukan pada peringkat awal kehidupan
seseorang itu supaya mudah untuk mengawalnya.

Semua konsep yang baik dijelaskan kepada pelajar supaya mereka memahami keperluan
untuk membebaskan diri dan negara daripada ancaman rasuah ini. Ringkasnya,
pendidikan kepada golongan muda berupaya menyekat penularan wabak sosial yang begitu
memalukan ini dengan begitu mudah dan berkesan.

Konklusinya, semua faktor dan langkah mengatasi kemelut sosial ini harus diteliti dan
dipantau oleh semua pihak dengan berkesan. Perubahan paradigm masyarakat terhadap
rasuah perlu berlaku terlibat dahulu jika masalah ini hendak diatasi hingga ke akar
umbinya. Kelewatan untuk mengatasi masalah ini mampu menjadikan negara kita satu
negara yang begitu sukar untuk dipercayai dan diuruskan pada masa hadapan. Mungkin
konsep mencegah daripada mengubatinya lebih berkesan dalam memastikan rasuah terus
berkubur dalam tempat yang sepatutnya.