ihsan_teras_integriti

Download Report

Transcript ihsan_teras_integriti

Saya berpesan kepada tuantuan dan diri saya sendiri
marilah sama-sama kita
bertaqwa kepada Allah SWT
dengan memperkukuhkan
pengabdian diri kita kepada-Nya
dengan melaksanakan segala
perintah dan meninggalkan
segala larangan-Nya.
Mudah-mudahan pada hari
yang penuh berkat ini
menjadikan kita insan yang
berjaya di dunia dan
akhirat.
Rasuah
menjadi
penyakit dan
jenayah yang
telah menular
dalam
kehidupan
masyarakat
manusia di
semua tempat.
Tidak ada
negara yang
boleh
mendakwa
dirinya bebas
dari rasuah,
cuma yang
boleh
dibezakan
pada tempoh
satu-satu
masa
hanyalah dari
segi tahap
keseriusan
jenayah
rasuah yang
berlaku.
Rasuah dalam
perspektif
hukum Islam
adalah haram
berdasarkan
dalil yang
qat’ie iaitu alQur’an, asSunnah dan
ijmak ulama’.
Persoalan besar timbul di sini,
kenapakah isu ini masih lagi berlaku,
sedangkan umum mengetahui bahawa
perlakuan rasuah di sisi Islam adalah haram
serta keji lagi hina.
Mimbar yang mulia ingin menyatakan
bahawa antara sebabnya ialah mereka ini
hilangnya sifat Ihsan.
Sifat Ihsan
bermaksud
kita melaksanakan sesuatu perkara
untuk mengabdikan diri kepada Allah
SWT dengan perasaan yakin seolah-olah
kita dilihat dan dipantau oleh Allah SWT.
Ingatlah semua wang kekayaan
yang didapati dengan cara
haram adalah wang dan harta
yang tidak berkat.
Kekayaan secara haram
hakikatnya tidak membawa
kesenangan dan kebahagian
dalam hidup, tetapi akan
membawa kesengsaraan dan
kecelakaan di dunia dan akhirat.
Jiwa manusia pada asalnya
adalah sesuatu yang suci. Tetapi
bila mana harta yang diperolehi
secara tidak halal tidak mungkin
dapat memberi ketenangan
pada jiwa kita.
Ingatlah wahai
para jemaah dan
umat Islam
sekalian
bahawa setiap amal
perbuatan kita
senantiasa diperhatikan
oleh dua malaikat
Raqib dan Atid yang
berada di kanan dan
kiri kita untuk
melaksanakan tugas
merekodkan amalan
baik dan buruk yang
kita lakukan pada
setiap masa.
Maksudnya: “ Katakanlah (wahai Muhammad), beramallah kamu (akan segala
yang diperintahkan), maka Allah SWT dan Rasul-Nya serta orang yang beriman
akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada
(Allah SWT). yang Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang
nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan.”