Bab 12 Gejala Keruntuhan Akhlak

Download Report

Transcript Bab 12 Gejala Keruntuhan Akhlak

BAB 12
GEJALA KERUNTUHAN AKHLAK
Kandungan
•Masalah akhlak umat Islam hari ini
•Bentuk Gejala Keruntuhan Akhlak
•Penyalahgunaan dadah
•Seks bebas
•Sumbang mahram
•Rasuah
•Faktor gejala keruntuhan akhlak
Gejala Sosial
• gejala sosial dilihat sebagai satu perlakuan manusia yang
terkeluar dari batas-batas normal dan diterima umum, baik
dari aspek agama, sosial serta budaya kehidupan masyarakat
• Gejala sosial merupakan fenomena modenisasi dan kejutan
budaya yang melanda golongan remaja dan belia. Keadaan ini
berlaku disebabkan kesan globalisasi yang melanda di seluruh
dunia. Konsep dunia tanpa sempadan yang pada awalnya
ditumpukan kepada perkembangan ekonomi telah menular
dalam hampir semua ruang lingkup kehidupan manusia
sejagat.
• Penagihan dadah, seks bebas, rempit, isu bohsia, buli di
sekolah, lari dari rumah, buang bayi, rogol dan penganiayaan
kanak-kanak
Masalah akhlak umat Islam hari ini
• Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang tidak terbatas tanpa sebarang
perasaan malu.
• Terlalu berani mengadakan perhubungan jenis secara haram dan seks bebas tidak
pernah rasa berdosa dan takut pada pembalasan selepas mati.
• Berkelakuan tidak senonoh antara lelaki dengan perempuan di kalayak ramai ataupun
di tempat tersembunyi.
• Bersekedudukan lelaki dengan perempuan seumpama suami isteri tanpa melalui akad
nikah yang sah.
• Sudah terlalu ramai orang Islam hari ini teramat berani dan tanpa ada perasaan ragu
sanggup melahirkan anak luar nikah atau “anak haram”.
• Kaum wanita Islam yang berpakaian singkat dan mendedahkan bahagian tubuh badan
dengan megah dan bangga tanpa segan silu.
• Kaum lelaki yang sudah terlalu gemar dan menjadikan cara hidup mempergunakan
wanita untuk melepaskan nafsu haiwaniah nya.
• Budaya meminum alkohol atau arak sudah menjadi cara hidup sebahagian orang Islam
yang tertentu di masa ini. Tidak ada perasaan takut malah merasa megah kerana
berani minum apabila orang Islam lain melihatnya.
• Budaya ketagihan dadah dikalangan lelaki dan wanita Islam hari ini yang
telah menjadikan dadah sebagai dunia baru mereka.
• Ketagihan kepada muzik yang mengkhayalkan secara berlebihan dan
sanggup terkinja-kinja menari-nari sehingga hampir lupa kepada dunia
nyata.
• Golongan remaja Islam yang melibatkan diri dalam kegiatan sumbang,
menyalahi undang-undang, lumba haram, gengstar, perasugut, menjual
maruah diri dan banyak lagi yang seiring dengannya.
• Anak-anak yang sudah tidak menghormati lagi kepada ibu-bapa, guruguru, orang tua dan masyarakat marhaen.
• Golongan yang sudah tidak menghormati lagi terhadap budaya Melayu
dan tradisi Islam yang diamalkan sejak dahulu.
• Terlalu sedikit umat Islam hari ini yang boleh membaca Al-Quran dan
menghayati Islam sebaliknya sebahagian besar kita samada dewasa atau
remaja atau kanak-kanak sudah tidak mengerti bacaan AlQuran dan
melaksanakan perintah Allah. Dll
Punca Keruntuhan Akhlak
• Ibubapa gagal memainkan peranan
–
–
–
–
•
•
•
•
•
•
•
•
Tidak ambil berat soal agama
Mengabaikan tanggung jawab
Kebebasan tidak terbatas
Sikap liberal yang tiada bertempat
Keluarga yang tidak sempurna
Hilang pedoman hidup
Pengaruh luar yang tidak seimbang
Budaya barat yang tiada beretika
Trend masyarakat barat menjadi cara hidup kita
Peraturan dan undang-undang yang diabaikan
Golongan berilmu tidak memainkan peranan
Pengaruh media massa
Takrif dadah
•
•
•
Penyalahgunaan Dadah
Iaitu bahan kimia yg dapat mengubah perasaan, daya persepsi,
fikiran dan tindakan yg waras.
Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan:
“Iaitu bahan kimia sama ada asli atau tiruan yang diperoleh
daripada daun, getah atau pokok, apabila dimasukkan ke dlm
tubuh secara dimakan, dihisap atau disuntik, boleh mengubah
struktur atau fungsi tubuh”
Prof. Madya Dzulkifli Abdul Razak – artikel,”Dadah: Senario sejagat
yang membimbangkan”
“Dadah merupakan satu istilah khas kpd sejenis bahan yang
mendatangkan kemudharatan kpd kesihatan seseorang dr segi
fizikal, rohani, tingkahlaku pengguna apabila digunakan.
Kesannya, seseorang akan bergantung hidup kepada dadah
Permasalahan dadah
• Satu gejala yg mengancam keselamatan negara
• Punca kepada pelbagai masalah sosial termasuk kegiatan jenayah
dan maksiat.
• Pengedar = musuh utama negara, penagih = beban kpd masyarakat
dan negara
Penyalahgunaan dadah menurut Islam
• Tiada ayat al-Quran atau hadis mengenai dadah secara khusus
• Firman Allah s.w.t:
Maksudnya: “..dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu
ke dalam kebinasaan..”(al-Baqarah: 195)
Maksudnya: “wahai orang-orang yang beriman! Bahwa sesungguhnya
arak dan judi, dan pemujaan berhala dan bertenung nasib adalah
perbuatan keji dari perbuatan syaitan”(al-Maidah:90-91)
• Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan – penyalahgunaan
dadah – haram kecuali untuk tujuan perubatan
Faktor penyalahgunaan dadah
• Ingin mencuba
• Dipengaruhi oleh rakan-rakan
• Mencari ketenangan / menghilangkan kerungsingan
• Tiada ketahanan jiwa
Kesan penyalahgunaan dadah
• Kesan kepada penagih
– Bertingkahlaku buruk, ketagihan, kesakitan pada otak, kurang zat
makanan, anti sosial, terlibat dgn kegiatan jenayah dsb
•
•
•
•
Kesan kepada keselamatan negara
Kesan terhadap ekonomi
Kesan terhadap keluarga
Kesan terhadap masyarakat
Cara menghindari gejala dadah
• Peranan ibubapa terhadap anak-anak:
–
–
–
–
–
Memberi kasih sayang dan perhatian secukupnya
Luangkan masa memahami dan mengatasi masalah anak
Bimbingan yang berterusan
Jadikan ibubapa tempat anak-anak mengadu dan rujukan
Berbincang dengan cara yang baik
Seks Bebas
•
Iaitu persetubuhan lelaki dan perempuan yang bukan mahram tanpa melalui
perkahwinan yang sah (Zina)
Seks yang menyimpang
• Homoseksual, Lesbian (musaqah),Onani / masturbasi, Bestially, Fetish, Molested,
Exhibition
Sumbang Mahram
Iaitu seseorang yang bersetubuh dengan seorang yang tidak dibenarkan berkahwin
oleh hukum syarak sebab keturunan, sesusuan dan perkahwinan
Membendung seks terlarang
• Berkahwin secara sah
• Mengawal pandangan mata
• Mengasingkan tempat tidur
• Menutup aurat dengan sempurna
• Menguatkuasakan undang-undang dengan lebih tegas dan serius
termasuk menetapkan hukuman yg lebih berat
Rasuah
• Iaitu suapan sebagai satu bentuk ganjaran yang diterima sama ada yang
berbentuk wang, hadiah, jawatan, kontrak dsb.
• Firman Allah swt:


“Dan janganlah kamu makan harta orang lain di antara kamu dgn
jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu
(memberi rasuah) kpd hakim-hakim kerana hendak memakan harta
manusia dgn berbuat dosa…”(al-Baqarah: 188)
• Hadis Rasulullah s.a.w, bermaksud:
“Allah melaknat pemberi rasuah, penerima rasuah dan perantara
rasuah”
Faktor Keruntuhan Akhlak
•
•
•
•
•
•
•
•
Kerenggangan dalam keluarga
Individualistik
Materialistik
Kurangnya didikan agama
Kerapuhan jatidiri
Pergaulan dan persekitaran
Media massa
Penyalahgunaan teknologi
Latihan
Jenayah pembuangan bayi di negara ini semakin membimbangkan. Fenomena
ini memberi gambaran tentang berleluasanya perbuatan haram seks bebas.
Kemukakan TIGA(3) pendapat anda langkah untuk membendungnya dan
huraikan.