keldai dadah - SMK BUKIT MERTAJAM

Download Report

Transcript keldai dadah - SMK BUKIT MERTAJAM

KELDA DADAH
SOALAN:
• Penangkapan seramai 1560 ‘keldai dadah’
antarabangsa sejak 1991 di luar negara sangat
membimbangkan semua pihak. Huraikan
kesan menjadi ‘keldai dadah’ dan langkah
untuk mengatasi masalah tersebut.
Pendahuluan
• ‘Keldai dadah’ – seseorang yang diperdayakan
oleh sindiket penjenayah untuk menyeludup
barang atau membawa dadah ke negara lain
tanpa pengetahuan mangsa
• Ramai wanita dijadikan mangsa sebagai ‘keldai
dadah
• Membawa kesan kepada banyak pihak
• Langkah perlu diambil dengan segera
Kesan 1 – masa depan terjejas
• Menjadi pesuruh sindiket penjenayah dan
menjual dadah menjejaskan masa depan
mangsa yang menjadi keldai dadah
• Dapat habuan yang banyak namun sekiranya
ditangkap akan menerima hukuman
• Merengkok dalam penjara atau hukuman mati
Kesan 2 – keluarga menderita
• Kehilangan anak kesayangan yang menjadi
‘keldai dadah’
• Menimbulkan penderitaan keluarga kerana
tidak dapat menjenguk anak mereka yang
ditangkap di luar negara
• Merasa malu kerana nama keluarga terjejas
terutamanya adik-beradik
• Menjadi isu perbincangan dalam media massa
Langkah 1 – tidak terpedaya
dengan orang yang baru dikenali
• Dalam kebanyak kes, golongan gadis menjadi
‘keldai dadah’
• Ibu bapa memainkan peranan penting untuk
menasihati anak gadis mereka supaya tidak
terpengaruh dengan orang yang baharu
dikenali
• Anak gadis tidak memahami kesan ditangkap
polis di luar negara kerana inginkan wang yang
banyak
Langkah 2 – tidak terpengaruh dengan
peluang pekerjaan di luar negara
• Seseorang individu terutamanya gadis yang
menganggur tidak harus terpengaruh dengan
peluang perkerjaan di luar negara
• Sindiket penjenayah menggunakan taktik
memberi gaji lumayan walaupun tidak ada
kelayakan yang sesuai
• Perlu berwaspada kerana mungkin menjadi
keldai dadah untuk membawa barang ke luar
negara
Langkah 3 – peranan ibu bapa
• Ibu bapa perlu memantau pergerakan anakanak, tahu dengan siapa mereka berkawan
• Menasihati anak agar tidak berkawan dengan
warga asing lebih-lebih lagi yang tidak jelas
identitinya
• Memantau penglibatan anak mereka dalam
laman sosial
penutup
• Bilangan golongan yang menjadi ‘keldai
dadah’ menimbulkan kebimbangan
• Menjejaskan nama negara
• Perlu diatasi dengan segera sebelum keadaan
menjadi semakin teruk