unit 2 : definisi dan konsep pengurusan konsep pengurusan

Download Report

Transcript unit 2 : definisi dan konsep pengurusan konsep pengurusan

UNIT 2
KONSEP PENGURUSAN
Kategori Konsep Pengurusan iaitu:
a) Konsep Pengurusan Islam.
b) Konsep Pengurusan Barat
c) Konsep Pengurusan Jepun
A. KONSEP PENGURUSAN ISLAM
 Konsep Pengurusan Islam.
Sistem pengurusan Islam adalah lengkap dan sistematik di
mana ia berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunnah.
Prinsip pengurusannya jelas, penyusunan dan perancangan
pengurusan yang teratur, pengawasan yang menyeluruh dan
terperinci dan motivasi yang mempunyai asas yang kukuh
untuk mendapat keredhaan Allah SWT dan tidak sematamata kebendaan dan keduniaan sahaja.
KONSEP PENGURUSAN ISLAM
 Definisi Pengurusan Islam.
Definisi pengurusan Islam yang diutarakan oleh
sarjana-sarjana Islam:
Ahmad Ibrahim Abu Sin
Pengurusan sebagai satu kajian ilmiah
terhadap bakat dan kebolehan serta
kemahiran seseorang menjadi pengurus.
KONSEP PENGURUSAN ISLAM
Profesor Syed Othman Alhabshi
Pengurusan merupakan suatu proses
mendapat dan mencantumkan sumbersumber kewangan, modal, tenaga manusia
dan sebagainya untuk mencapai matlamat
organisasi sama ada dalam bentuk barangan
atau perkhidmatan.
KONSEP PENGURUSAN ISLAM
Muhammad A. Al-Buraey
Pengurusan merupakan penyelarasan tenaga
manusia untuk mencapai matlamat kelompok
sebagai makhluk sosial yang perlu
berinteraksi antara satu sama lain.
KONSEP PENGURUSAN ISLAM
 Kesimpulan definisi pengurusan Islam:
Pengurusan sebagai kemahiran dalam
perancangan dan pelaksanaan untuk
mencapai sesuatu matlamat, pelaksanaan
dasar pemerintahan untuk kebajikan awam
atau rakyat dan penyelarasan antara agensi
kerajaan untuk melaksanakan dasar yang
telah diputuskan bagi mencapai matlamat
negara iaitu kebajikan dan keperluan awam.
 Matlamat dan Objektif Pengurusan Islam.
Melaksana syariah Islam
iaitu ibadat, muamalat dan
hukum-hukum Islam yang
lain
Mencari
keredhaan Allah
walaupun ketika
berurusan dalam
hal-hal duniawi.
Matlamat &
Objektif
Pengurusan
Islam
Memakmurkan
mukabumi ini dengan
cara yang diredhai.
Memastikan bahawa Islam
itu sentiasa lebih tinggi
darjatnya daripada hal-hal
lain.
Menjalankan
tugas yang
diamanahkan
oleh Allah
dengan adil dan
memelihara
perhubungan
yang baik
sesama insan
 Prinsip-Prinsip Pengurusan Islam
Demokrasi – Jaminan hak individu dan masyarakat secara
serentak
dengan mewajibkan setiap individu bersifat
benar, jujur, ikhlas, amanah, bertanggungjawab dan adil
dalam pengurusan
PRINSIP
PENGURUSAN
ISLAM
Syura – Prinsip syura dalam pengurusan
merangkumi perundingan, perbincangan dan
mesyuarat dengan kakitangan bagi memastikan
peluang penyertaan diberi kepada setiap ahli
organisasi untuk memberikan pendapat bagi
mencapai keputusan bersama.
Delegasi – Delegasi atau agihan dan penyerahan tugas dilakukan
mengikut kemahiran, kelayakan dan minat seseorang di
dalam memangku tugas yang diberikan oleh pihak
pengurusan atau ketua.
 Ciri-Ciri Pengurusan Islam.
Ciri-Ciri Pengurusan Islam
Khusus
Umum
Ikatan yang erat antara pengurusan dengan
masyarakat.
Pergolakan dan perubahan ekonomi yang
memberikan kepuasan fisiologi, individu,
ekonomi dan kebendaan.
Kemanusian dan kerohanian. Ia menghormati
hakikat manusia sebagai insan yang terlibat
dengan pengurusan mengikut keupayaan akal,
fizikal dan jiwa.
Menentukan tugas dan tanggungjawab.
Mematuhi dan menghormati kuasa, peraturan
undang-undang rasmi serta carta organisasi
dan bukannya melakukan tingkahlaku
pengurusan yang baik kerana mengharapkan
ganjaran pahala.
1Menentukan matlamat hidup dan hubungan manusia
dengan manusia, manusia dengan Allah, manusia dengan
masyarakat dan hubungan manusia dengan alam.
“Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku, hidupku dan
matiku hanya untuk Allah tuhan semesta alam”.
Surah Al-An’am:6:162
2Islam menjelaskan bahawa pekerjaan dan jawatan khususnya
di dalam pengurusan dianggap sebagai suatu amanah dan
tanggungjawab seperti yang dijelaskan di dalam Al-Quran
yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah SWT menyuruh kamu menyampaikan
amanah kepada yang berhak menerimanya dan (menyuruh
kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya
kamu menetapkan dengan adil”.
Surah An-Nisa:4:58
B. KONSEP BARAT
 Konsep Pengurusan Barat
Pengurusan Barat lahir kerana wujudnya
falsafah ekonomi rasional yang mana ia
bergantung kepada kemampuan akal
semata-mata. Di mana penekanan ia
menjurus ke arah memaksimumkan
produktiviti, kualiti dan keuntungan.
B. KONSEP BARAT
 Definisi Pengurusan Barat
Definisi-definisi pengurusan yang dihuraikan oleh
sarjana-sarjana Barat ialah:
a) Hilgert dan Leonard
Pengurusan merupakan suatu proses di mana
kerja-kerja dapat dilaksanakan dengan
mengembeling sumber manusia serta
membimbing dan memberi motivasi kepada
usaha-usaha mereka ke arah pencapaian
objektif organisasi.
B. KONSEP BARAT
 Definisi Pengurusan Barat
Definisi-definisi pengurusan yang dihuraikan
oleh sarjana-sarjana Barat ialah:
b) Boone dan Kurtz
Pengurusan ialah usaha-usaha pencapaian
objektif organisasi melalui sumber manusia dan
sumber teknikal dengan cara yang paling efektif.
B. KONSEP BARAT

Definisi Pengurusan Barat
Definisi-definisi pengurusan yang dihuraikan
oleh sarjana-sarjana Barat ialah:
c) Gitman dan McDaniel
Pengurusan sebagai suatu proses
mengkoordinasikan sumber manusia dengan
sumber-sumber lain dalam sesebuah organisasi
bagi mencapai tujuan dan matlamat organisasi
tersebut.
B. KONSEP BARAT
 Definisi
Pengurusan Barat
Definisi-definisi pengurusan yang dihuraikan
oleh sarjana-sarjana Barat ialah:
d) Wagner dan Hollenback
Pengurusan ialah suatu proses perancangan,
pelaksanaan, pengarahan dan kawalan perlakuan
organisasi.
B. KONSEP BARAT
 Kesimpulannya:
Pengurusan
suatu organisasi
Matlamat / Objektif
Proses
Sumber
B. KONSEP BARAT
 Sistem Pengurusan Barat.
Sistem pengurusan Barat menggunakan
Konsep Management By Walking Around
(MBWA) yang merangkumi:
B. KONSEP BARAT
 Sistem Pengurusan Barat.
SISTEM PENGURUSAN BARAT
Galakan interaksi di antara
peringkat atasan dengan
pekerja bawahan dengan
tujuan untuk melahirkan
sikap kerjasama dan
kesungguhan pekerja serta
meningkatkan produktiviti
organisasi.
MBWA
Membuat keputusan dalam
hal keusahawan,
menyelesaikan masalah,
agihan sumber manusia dan
sumber alam dan sebagai
perunding.
Menyampaikan maklumat dan
mewujudkan komunikasi yang
jelas antara pihak pengurusan
atasan dengan pekerja.
B. KONSEP BARAT
 Ciri-Ciri Pengurusan Barat.
1.
Ramalan - Pihak pengurusan dapat membuat
ramalan sesuatu hal yang akan datang untuk
kemajuan organisasi dan membuat persediaan
serta jangkaan sebab dan akibatnya.
B. KONSEP BARAT
 Ciri-Ciri Pengurusan Barat.
2. Pengorganisasian - Pihak pengurusan
memperkukuhkan organisasi dengan menyusun
struktur, agihan, penyerahan kuasa dan
mengeratkan hubungan kemanusian antara pihak
pengurusan dengan pekerja.
B. KONSEP BARAT
 Ciri-Ciri Pengurusan Barat.
3. Pimpinan - Pihak pengurusan membuat
keputusan, menghadkan perhubungan,
meningkatkan motivasi, pemilihan,
penempatan tenaga kerja dan pembangunan
atau latihan serta penambahan tenaga kerja.
B. KONSEP BARAT
 Ciri-Ciri Pengurusan Barat.
4. Pengawalan - Untuk menjaga perkihdmatan
cemerlang dan pengurusan berkualiti, pihak
pengurusan sentiasa mengadakan kawalan
mutu perkhidmatan dan pengeluaran.
Penilaian dan pengukuran dilakukan dari
masa ke semasa untuk mengenalpasti
kelemahan dan mencadangkan pembaikan.
A. KONSEP BARAT
 Ciri-Ciri Pengurusan Barat.
5. Perancangan Bertindak - Pihak pengurusan
membuat perancangan jangka pendek dan
jangka panjang untuk mencapai matlamat
organisasi secara sistematik dari segi teori
dan amali.
C. KONSEP PENGURUSAN JEPUN
 Konsep pengurusan Jepun.
Konsep pengurusan Jepun - Lebih
mementingkan kerjasama,
berperancangan, meniru dan membaiki
untuk mencapai kemajuan korporat,
keamanan negara dan masyarakat.
C. KONSEP PENGURUSAN JEPUN
 Konsep pengurusan Jepun.
Pengurusan berorientasi
manusia iaitu pekerjaan
adalah untuk seumur
hidup pekerja di mana
ganjaran dan
penghargaan diberikan
kepada mereka yang
paling lama berkhidmat.
Kerharmonian ,
penyesuaian dan membuat
keputusan di mana pihak
pengurusan mengutamakan
kehormanian dengan
pekerja dan sentiasa
meningkatkan kerjasama.
Semangat pekerja sentiasa
tinggi kerana mereka
terlibat dalam membuat
keputusan.
Ciri-ciri Pengurusan Jepun
Sikap terhadap pekerja yang
mengutamakan dedikasi,
kualiti, disiplin, inovatif,
ketaatan dan etika.
C. KONSEP PENGURUSAN JEPUN
1.4
PERBANDINGAN KONSEP-KONSEP PENGURUSAN
ISLAM, BARAT DAN JEPUN.
Islam
-dunia dan akhirat
-Al-Quran &
Sunnah
-Keredhaan Allah
Jepun
Perbandingan konsep-konsep Pengurusan
Barat
-dunia semata-mata
-kebendaan, produktiviti, kecekapan,
keberkesanan
-bersifat pemburu
- dunia sahaja
-bekerja sentiasa
-berlumba cari
untung