KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM PdP

Download Report

Transcript KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM PdP

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS
TINGGI DALAM PdP
Kaedah yang boleh digunakan
melalui pendekatan pengajaran
kemahiran berfikir
7 ELEMEN DALAM KBAT
• PENTAKSIRAN- perubahan dalam pentaksiran
• PEDAGOGI – Perubahan dalam pendekatan
• KURIKULUM – Perubahan dalam pembelajaran
murid
• SUMBER – Menyediakan sumber KBAT
• KOKURIKULUM – KBAT dalam Kokurikulum
• LATIHAN – Latihan kepada semua yang terlibat
• SOKONGAN MASYARAKAT – Melibaatkan
masyarakat dalam KBAT
Pengenalan
• KBAT telah diberi penekanan dalam PPPM
2013-2025.
• Hanya dapat dicapai dengan bantuan guruguru dalam bilik darjah.
• Oleh itu guru perlu memilih pendekatan yang
berorientasikan kemahiran berfikir iaitu
pemikiran kritis dan kreatif,kemahiran
membuat keputusan serta penyelesaian
masalah.
Elemen KBAT
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
Kemahiran membuat aplikasi
Menganalisis
Mensentisis
Menilai hujah
Taakulan
Refleksi
Menyoal
Menjana Idea baharu
Mereka cipta
Penyelesaian masalah
Membuat keputusan yang tepat
Model dan Pendekatan
•
•
•
•
•
•
•
•
Penyelesaian masalah
Pendekatan penyebatian
Pendekatan bercampur
Soalan penyoalan beraras tinggi
Pembelajaran inkuiri
Sumbangsaran
Pembelajaran koperatif dan konstruktivisme
Natijahnya
• Memupuk minat murid untuk belajar
• Menyelesaikan masalah pembelajaran dalam
kelas
• Peningkatan pencapaian akademik
• Berkeyakinan untuk menyoal
• Menggalakkan budaya berfikir murid
Mentransformasikan KBAT
• Guru – perlu mengetahui dan mendalami
pengetahuan mengenai elemen KBAT
• Pendekatan pengajaran yang sesuai untuk
dipraktikkan dalam kelas
• Perubahan sikap ke arah positif iaitu
menyokong sepenuhnya transformasi
pendidikan
• Berkolaborasi dengan semua pihak- ibu bapa,
murid dan masyarakat setempat.
• Pelajar – diberi peluang dan ruang untuk
memahami KBAT dalam pdp di kelas.
• Pelajar diberi galakkan untuk cuba menjawab
setiap soalan KBAT yang dikemukakan
daripada aras rendah hingga ke seterusnya.
Overview KBAT
• KBAT bermaksud penggunaan minda secara
meluas bagi membolehkan murid melakukan
proses mentaksir, menganalisis atau
memanupulasikan maklumat untuk menjawab
soalan atau menyelesaikan masalah.
• Berbeza dengan kemahiran berfikir aras
rendah iaitu penggunaan pemikiran yang
terhad.
• Dalam Taksonomi Bloom – KBAT berada
ditahap membuat aplikasi, analisis sentesis
dan penilaian.
• Kemahiran dalam KBAT pada dasarnya ialah
kemahiran berfikir kritis, kreatif,
menyelesaikan masalah dan membuat
keputusan
Kemahiran berfikir kritis
• Melibatkan aktiviti membuat analisis, taakulan
dan menganalisis berasaskan bukti-bukti.
• Merujuk kepada pemikiran reflektif dan
munasabah yang difokuskan kepada usaha
memutuskan sama ada sesuatu perkara boleh
dipercayai atau tidak dipercayai.
• Penguasaan pemikiran reflektif menyebabkan
seseorang akan sedar tentang pemikiran sendiri
dan dapat mengaitkan idea dan pengalaman lalu.
• Pemikiran kritis boleh dikuasai menerusi ……….
•
… sambung
• Penggunaan cara-cara tertentu seperti
memfokuskan kepada soalan, menjawab soalan
dengan jelas, memutuskan sama ada sesuatu
sumber berasas atau tidak, meneliti dan
membuat keputusan seperti laporan,
kesimpulan,keputusan bernilai, mendefinisi tema,
mengenalpasti andaian dan membuat keputusan.
• Kebolehan membaca dan mendengar dengan
teliti,menilai hujah, mencari dan mengenal pasti
andaian tersirat serta mengesan akibat.
KEMAHIRAN BERFIKIR KREATIF
• Terbentuk daripada empat kemahiran iaitu;• Kelancaran- kebolehan seseorang menjana idea
yang banyak.
• Fleksibel – kebolehan menghasilkan idea yang
berbeza-beza.
• Penghuraian - kebolehan memperluaskan dan
mengembangkan idea secara mendalam.
• Keaslian- kebolehan berfikir secara luar biasa dan
menggunakan sesuatu perkara denga cara
berlainan.
KEMAHIRAN MEMBUAT KEPUTUSAN
• Satu proses mental yang memerlukan
seseorang berfikir secara kritis dan kreatif
untuk membuat keputusan yang terbaik.
• Kandungannya;
• Mencadang, menganalisis, menilai pilihan
meramal terhadap pilihan yang dilakukan dan
memilih pilihan yang terbaik. Ini menjurus
kepada penyelesaian masalah.
PENDEKATAN PENGAJARAN BERFIKIR
cadangan John Arul (1997)
•
•
•
•
•
•
Pendekatan K.A.D.A.R
K – Kenal
A – Ajar
D – Demontrasi
A – Aplikasi
R - Refleksi
ADA LIMA LANGKAH
• LANGKAH 1 – Kenal - guru akan memulakan sesi
pengajaran kemahiran berfikir dengan
memperkenalkan terlebih dahulu objektif pdp
pada hari itu.
• LANGKAH 2 – Ajar – guru mula menerangkan
penggunaan kemahiran yang diajarkan.
Contohnya memberi beberapa syarat
penggunaan kemahiran tersebut. Guru
menunjukkan langkah-langkah untuk
menggunakan sesuatu kemahiran.
• LANGKAH 3 – Demontrasi/Modeling – semasa
sesi demontrasi dilaksanakan guru akan
menyatakan dengan kuat secara lisan apa
yang berlaku dalam mindanya dn kemudian
meminta pelajar melaporkan apa yang berlaku
dalam minda mereka semasa terlibat dengan
kemahiran yang dipelajari dan meminta
mereka menerangkan bagaimana mengatasi
halangan-halangan yang ditempuhi.
• LANGKAH 4- membuat Aplikasi –
• Dalam langkah ini pelajar akan dibahagikan
kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan
akan berbincang secara berpasangan untuk
melihat semula kemahiran yang mereka lakukan.
Pelajar pertama akan menyebut secara lisan
langkah-langkah yang boleh diambil iaitu apa
yang berlaku dalam mindanya, kandungan yang
telah diketahui dan pengalaman yang dilalui
semasa mengaplikasi kemahiran tersebut.
• Pelajar kedua akan menyemak proses yang
berlaku dengan memastikan kawannya
melakukan langkah-langkah yang betul.
• LANGKAH 5 – REFLEKSI – aktiviti refleksi guru dan
pelajar sama-sama berfikir tentang apa yang
telah berlaku dengan melihat sama ada langkahlangkah yang betul telah digunakan dalam pdp
berlangsung. Guru boleh meminta pelajar
memikirkan satu situasi lain bagi menggunakan
kemahiran ini.
KBAT – MENERUSI SOALANPENYOALAN
• Taksonomi Bloom ada 6 jenis soalan
• Wilen – soalan bertumpu dan bercapah
• Pelajar perlu membuat inferens, banding beza,
mencipta dan meramal. Langkah-langkah yang
boleh diambil oleh guru untuk menyoal
pelajar semasa pdp:• - guru harus merancang soalan utama terlebih
dahulu agar dapat memberi arah kepada pdp
• - guru juga perlu membina soalan-soalan dengan
jelas dan khusus
• - soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru
perlu disesuaikan dengan tahap pelajar
• -menggunakan urutan soalan yang logikal dan
bersistematik
• Guru harus mengenukakan soalan yang
merangkumi pelbagai jenis pemikiran seperti
soalan mudah untuk menguji kefahaman dan
soalan mencabar untuk menggalakkan pemikiran
kritis dan kreatif.
• Guru perlu mengikuti jawapan pelajar dengan
memberi respons tertentu.
• Memberi pelajar masa untuk menjawab
soalan tersebut.
• Guru menggunakan soalan yang memberi
peluang ramai pelajar menjawab soalansoalan yang dikemukakan.
• Guru perlu mewujudkan suasana supaya
pelajar mengemukakan soalan.
PENUTUP
• SEBELUM PELAJAR BOLEH MENGUASAI DAN
MAHIR DALAM KBAT GURU-GURU PERLU
TERLEBIH DAHULU MENGUASAINYA SUPAYA
ASPIRASI DAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN
DAPAT DICAPAI.