belanjawan – pfd&e - Personal Financial Development

Download Report

Transcript belanjawan – pfd&e - Personal Financial Development

PERSONAL
FINANCIAL
DEVELOPMENT
Disediakan oleh:
MOHD HISHAM IDRIS
www.hishamidris.blogspot.com
PENGURUSAN
BELANJAWAN
‘Celik Kewangan, Ceria Kehidupan’
APA ITU
BELANJAWAN?
• Satu pernyataan hasil dan
perbelanjaan bagi masa hadapan yang
digunakan sebagai alat perancangan
dan pengurusan sumber-sumber yang
sedia ada untuk memenuhi keperluan
individu dan untuk melaksanakan
dasar dan matlamat yang
dirancangkan.
SIAPA YANG MERANCANG
BELANJAWAN?
•
•
•
•
•
•
•
•
Negara
Negeri
Syarikat
Perniagaan
Pengurus Projek
Ketua Keluarga
INdividu
Sesiapa sahaja yang menjalankan aktiviti yang
melibatkan sumber kewangan / wang.
PERANCANGAN /
PENGURUSAN KEWANGAN
• Pengurusan Kewangan adalah perihal
menguruskan sumber dan kegunaan dana
syarikat / individu agar dapat
memaksimumkan nilai syarikat.
• Objektif perniagaan ialah memaksimumkan
kekayaan pemilik / individu.
(memaksimumkan nilai syarikat / individu).
RANCANG DAN URUS
KEWANGAN
• Membolehkan perniagaan / individu membuat perbandingan
antara pendapatan dan perbelanjaan wang yang sebenar
dengan anggaran yang dibuat.
• Menjadi panduan kepada pihak tertentu untuk menilai
permohonan pembiayaan syarikat / individu.
• Memberi maklumat tunai di bank , amaun perlu dibayar
kepada pembekal, amaun belum terima pelanggan.
• Mengawal perancangan dan belanjawan.
• Mengesan perbelanjaan.
• Meramal Pendapatan.
• Mengesan sumber kewangan dan kestabilan kewangan.
• Mengesan kebolehan dan keupayaan perniagaan membayar
hutang.
BILA MULA
MERANCANG?
• Sebelum memulakan perniagaan / sesuatu projek.
• Sebaiknya perlu memulakan perancangan
perniagaan / projek, sebelum 6 bulan / 1 tahun
sebelum beroperasi.
• SEBELUM DAN SELEPAS BEROPERASI.
• SETIAP MASA (JIKA PERLU).
• ‘GAGAL UNTUK MERANCANG BERERTI ANDA
MERANCANG UNTUK GAGAL’.
SEGERA MERANCANG
KEWANGAN, JIKA?
• Perbelanjaan melebihi pendapatan.
• Berlaku tunggakan perbelanjaan pada
overhead tetap.
• Hutang keliling pinggang. Perbelanjaan
melebihi 70% daripada pendapatan.
• Blacklist / CTOS / CCRIS.
• Gangguan mental dan fizikal.
TANDA-TANDA
MASALAH KEWANGAN
•
Berhutang tanpa melihat kepada kebolehan membayar balik.
•
Sentiasa berhutang.
•
Tidak mampu membayar balik pinjaman.
•
Memohon pinjaman untuk membiayai keperluan hidup.
•
Menggunakan kemudahan kredit secara maksimum.
•
Tidak menjawab telefon / sentiasa mematikan telefon.
•
Bertukar alamat / telefon setiap masa.
•
Sentiasa berpindah-randah.
•
Kurang menjaga kesihatan mental dan fizikal.
•
Masalah rumahtangga.
ASAS PENGURUSAN
BELANJAWAN
• Menetapkan matlamat kewangan.
• Menganalisa sumber-sumber yang dimiliki.
• Meramalkan pendapatan yang diperolehi.
• Mencatat perbelanjaan yang dibuat.
• Membezakan keperluan dan kehendak.
• Merekod aktiviti kewangan harian.
• Menilai kewangan secara berkala.
• Memantau / mengawal kewangan secara berkala.
• Memberi maklumbalas untuk penambahbaikan.
PENETAPAN
MATLAMAT
• S – SMART
• M – MEASURABLE
• A – ANTTAINABLE
• R – REALISTIC
• T – TIME BOUND
PRINSIP ASAS
BELANJAWAN
• PENDAPATAN – PERBELANJAAN =
SIMPANAN (DI JAUHI)
• PENDAPATAN – SIMPANAN =
PERBELANJAAN (DI INGGINI)
• ‘Kekayaan itu bukan bergantung kepada
berapa banyak yang diperolehi / dimiliki,
tetapi ia bergantung kepada berapa
banyakkah simpanan yang didapati daripada
kegiatan yang diusahakan’.
KEPERLUAN VS.
KEHENDAK
• Keperluan – Keinginan memiliki sesuatu
barangan / perkhidmatan disebabkan untuk
memenuhi keperluan asas seperti
makanan/minuman, pakaian dan tempat
tinggal.
• Kehendak – keinginan memiliki sesuatu
barangan / perkhidmatan disebabkan
dorongan untuk kepuasan peribadi atau
tuntutan hawa nafsu.
PANDUAN
PERBELANJAAN
•
Melihat keperluan dan kehendak.
•
Membuat catatan.
•
Melakukan perbandingan harga.
•
Cari yang murah dan berkualiti.
•
Cari yang mahal dan jaminan tinggi.
•
Berjimat ketika susah, Menyimpan ketika senang.
•
Berbelanja mengikut keperluan bukan mengikut perasaan.
•
Buat kajian pendapatan dan kebolehbayaran individu sebelum berbelanja.
•
Memastikan barangan yang dibeli seperti yang dikehendaki.
•
Kekuatan mental dan rohani, mendahulukan kepentingan kumpulan melebihi
keperluan individu.
•
Sentiasa melakukan ‘update’ ekomoni negara, negeri, syarikat dan keluarga.
PERTANYAAN
PERBELANJAAN
• Apa yang perlu?
• Bila dikehendaki?
• Di mana diperolehi?
• Bagaimana memperolehi?
• Mengapa perlu dimiliki?
• Kesan / akibat jika memilikinya?
• Kebolehan memiliki?
MARI BERBELANJA &
MENCATAT
• Apakah keperluan asas individu? Catatkan
10 barangan / perkhidmatan yang boleh
dikategorikan sebagai keperluan asas
individu.
• Apakah keperluan asas untuk memulakan
perniagaan? Catatkan 10 keperluan bagi
memulakankan perniagaan.
AH LONG
a.k.a ALONG
• ‘PINJAMAN DAPAT PENUH’
• ‘PINJAMAN TUKAR CEK’
• ‘PINJAMAN UNTUK PENJAJA / PENIAGA’
• PINJAMAN JAMIN LULUS
• ‘KAMI BUKAN ALONG, KAMI CUMA NAK
TOLONG’.
• DSB…
SIAPA AH LONG a.k.a
ALONG?
•
Syarikat persendirian sama ada SDN. BHD. / Enterprise / individu yang
memiliki aset / kewangan yang banyak untuk memberi pinjaman kepada
individu / syarikat yang memerlukan wang / modal untuk memulakan /
menjalankan perniagaan.
•
Kebanyakan syarikat SDN. BHD. mempunyai lesen pemberi pinjaman
(dikeluarkan oleh BNM, SC dan SSM) akan tetapi syarikat Enterprise
kebanyakannya bersembunyi disebalik kedai pajak gadai / membeli emas
terpakai.
•
Kebanyakan AH LONG menggunakan agen-agen yang tidak bertauliah dalam
memasarkan perkhidmatan mereka. Iklan-iklan yang digunakan tidak
mendapat kebenaran pihak berkuasa tempat.
•
Pinjaman yang diberikan bercorak jangka pendek (kurang 1 tahun) dan
pembayaran balik dalam tempoh mingguan / bulanan.
•
Kadar faedah pinjaman sangat tinggi iaitu di antara 10% ke 30% sebulan
atau seminggu.
PADAH PINJAMAN
AH LONG a.k.a ALONG
• Sekiranya pinjaman tidak dapat dilunaskan oleh
peminjam, AH LONG akan mencari isteri, anakanak, adik-beradik, saudara-mara sehinggakan
sahabat-handai akan terlibat untuk menyelesaikan
hutang mereka.
• Jika tidak selesai juga, AH LONG akan
menggunakan kekerasan dengan memenjarakan,
menyiksa, mencederakan, mencacatkan serta
membunuh sama ada peminjam tersebut, atau
isteri, anak-anak, adik-beradik, saudara-mara
sehinggakan kepada sahabat-handai.
PUNCA PINJAMAN
AH LONG a.k.a ALONG
• Menghadapi kecemasan / kesulitan kewangan yang mendesak.
• Tidak berkelayakan memohon pinjaman bank.
• Proses pinjaman AH LONG mudah.
• Blacklist / CCRIS / CTOS / Bankrup.
• Terpengaruh dengan agen-agen AH LONG.
• Kurang pengetahuan berkenaan pinjaman.
• Keliru dengan perkhidmatan bank dan AH LONG.
• Terpedaya dengan hadiah / promosi yang diberikan.
• Tidak percaya kepada pinjaman bank.
PANDUAN MENGELAK
AH LONG a.k.a ALONG
•
Melihat keperluan sebenar syarikat / individu.
•
Mencari kemudahan kewangan / pembiayaan yang ditawarkan oleh bank /
institusi kerajaan.
•
Menyelesaikan masalah blacklist / CTOS / CCRIS melalui khidmat
perundingan kewangan yang ditawarkan oleh AKPK.
•
Mendapatkan khidmat nasihat kewangan kepada pakar yang bertauliah.
•
Menjalankan perniagaan / aktiviti individu mengunakan wang sendiri secara
kecil-kecilan.
•
Menubuhkan gagasan / persatuan / tabung amanah yang boleh digunakan
bagi keperluan ahli-ahlikan.
•
Mendapatkan maklumat terperinci berkenaan pembiayaan sebelum
bersetuju untuk mendapatkan pinjaman.
•
Menyimpan dahulu wang sebagai simpanan untuk memulakan perniagaan.
PENDIDIKAN
KEWANGAN
‘Celik Kewangan, Ceria Kehidupan’
APA ITU PENDIDIKAN
KEWANGAN?
• Merupakan satu seni dan sains menguruskan wang.
Semua individu dan organisasi memperoleh dan
mendapatkan wang dan membelanjakan atau
melabur wang tersebut.
• Kewangan juga merupakan satu bidang kajian
berkaitan dengan wang.
• Melibatkan aktiviti-aktiviti menguruskan kewangan
individu, pertubuhan-pertubuhan perniagaan atau
bukan perniagaan, pertubuhan kerajaan atau bukan
kerajaan dan setiap entiti terbabit dengan wang.
KEPENTINGAN
PENDIDIKAN KEWANGAN?
•
Memastikan matlamat syarikat dapat dicapai - objektif memaksimumkan kekayaan
pemegang saham, memaksimumkan keuntungan & meminimumkan kos.
•
Mencapai objektif kewangan.
 Menguruskan aset tetap dan aset semasa dengan baik
 Memastikan aliran tunai dapat memenuhi visi dan matlamat syarikat
 Merancang kewangan mengikut kesesuaian dana syarikat
 Merancang belanjawan
•
Sumber-sumber kewangan dapat digunakan dengan sebaik mungkin - Mengawal aliran
sumber kewangan dan perbelanjaan perniagaan dengan baik.
•
Mencari alternatif pelaburan yang menjanjikan
pulangan yang tinggi dan
mengurangkan risiko
kerugian - Mendapat kadar pulangan pelaburan dan
keuntungan yang lebih tinggi daripada sesuatu pelaburan yang dibuat.
•
Mempercepatkan pulangan modal - Mempunyai peluang yang cerah untuk
mempercepatkan pusingan modal perniagaan.
KEBIJAKSANAAN
MENGURUS KEWANGAN
•
•
•
•
•
•
Menetapkan tujuan kewangan.
Mengkaji penggunaan wang anda.
Kepentingan belanjawan.
Membuat anggaran.
Membuat keputusan pengeluaran.
Perbelanjaan sentiasa tetap dalam belanjawan dan
anggaran.
• Anggaran menerusi pendapatan dan pengeluaran
harian, bulanan dan suku tahun.
• Sentiasa menyimpan rekod perbelanjaan.
MENABUNG? LALUKAN
SEKARANG?
• Tetapkan matlamat menabung.
• Tetapkan kadar yang diingini sama ada setiap hari, minggu,
bulan dan tahun.
• Kebiasaannya disarankan menabung sebanyak 10% hingga
30% atau 1/10 atau 1/3 daripada pendapatan individu atau
keuntungan syarikat.
• Simpan dahulu pendapatan / keuntungan sebelum berbelanja.
Dengan simpanan ini jadikan ianya harta benda yang dapat
dimanfaatkan ketika susah dan sesak.
• ‘Harta itu bukan berapa banyak yang dimiliki, tetapi harta
itu adalah sesuatu yang membantu kelangsungan hidup di
kala kesusahan / berapa lama harta ini bertahan membantu
ketika susah atau sesak. Memberi ‘passive income’.
PENGURUSAN HUTANG
SEBAIKNYA
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
Dapatkan khidmat nasihat AKPK.
Menilai pendapatan dan perbelanjaan.
Menetapkan jumlah komitmen bulanan. Kurangkan komitmen tetap.
Menghimpunkan pinjaman kepada satu bank yang memberi kadar faedah
yang rendah.
Mengurangkan penggunaan Kad Kredit.
Berunding dengan bank untuk memanjangkan tempoh pinjaman.
Berunding dengan bank untuk memberikan rebet / diskaun yang tinggi bila
mahu melunaskan hutang.
Kurangkan mengunakan agen-agen pinjaman untuk menguruskan pinjaman.
Mempercepatkan menyelesaikan pinjaman, jika prestasi kewangan syarikat /
individu baik / meningkat.
Membuat pinjaman semula / ‘Re-financing’ untuk harta tak alih seperti
kereta, rumah atau pejabat untuk mengurangkan jumlah bayaran balik
bulanan yang terpaksa di bayar.
PENGURUSAN
PERBELANJAAN
•
•
•
•
•
•
Pengeluaran yang perlu.
Perbelanjaan yang wajib dilakukan.
Pembayaran hutang.
Pengeluaran tidak wajib.
Perbelanjaan tidak diduga.
Pembiayaan bulanan.
SUMBER-SUMBER
PENDAPATAN
•
•
•
•
•
•
Pendapatan perniagaan.
Gaji.
Pendapatan pertanian.
Pendapatan sambilan.
Pendapatan – Elaun, OT dan Upah.
DSB…
PENGURUSAN
PERAKAUNAN
JURNAL AM, LEDGER, PENYATA
UNTUNG RUGI & KUNCI KIRA-KIRA
PENGURUSAN
KEWANGAN
PENYATA ALIRAN TUNAI, PENYATA
PENDAPATAN & ANALISIS TPM