perbelanjaan - e

Download Report

Transcript perbelanjaan - e

SISTEM PENGURUSAN
DAN
KAWALAN BELANJAWAN
AZMI BIN AHMAD
Seksyen Akaun Sekolah,
Bahagian Akaun, KPM
SEKSYEN AKAUN SEKOLAH
BAHAGIAN AKAUN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
2010
2 Jun 2010
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
Konsep Asas Pengurusan Kewangan
Sistem Perakaunan Kerajaan
Kumpulan Wang Disatukan
Sistem dan Pengurusan Kewangan
Kawalan Belanjawan
Hasil Kerajaan Persekutuan
Komponen Perbelanjaan
Pengkodan
Sistem Belanjawan
Legaliti dan Akauntabiliti
Konsep Asas Kepada
Pengurusan Kewangan
Kerajaan Persekutuan
Konsep Asas Pengurusan
Kewangan
Satu proses sesebuah organisasi
mematuhi prosedur tertentu untuk
memperolehi dan mengagih sumber
berdasar kepada keutamaan-keutamaan
tertentu melalui kaedah dan kawalan
yang ditetapkan bagi mencapai objektif
dan matlamat tertentu dengan cekap dan
berkesan
SISTEM PERAKAUNAN KERAJAAN
Sistem Perakaunan Kerajaan adalah satu
sistem akaun yang standard untuk
merekod semua transaksi terimaan dan
bayaran, menyediakan laporan akaun
tahunan selaras dengan peruntukan
undang-undang serta memberi maklumat
pengurusan yang terkini dan tepat kepada
pihak pengurusan untuk membuat
keputusan.
DASAR PERAKAUNAN
Semua urusniaga kerajaan diakaunkan mengikut
Asas Tunai Ubahsuai iaitu hasil dicatitkan pada
masa terimaan, perbelanjaan dicatit pada masa
pembayaran dibuat dengan AKB iaitu
membenarkan bayaran dibuat dalam bulan
Januari tahun hadapan bagi bekalan dan
perkhidmatan yang diterima sehingga 31
Disember tahun sebelumnya dan dikenakan
kepada akaun-akaun tersebut.
ENTITI PERAKAUNAN
Entiti Perakaunan Kerajaan Persekutuan adalah
termasuk :
- Semua Kementerian,
- Semua Jabatan dan agensi kerajaan
Persekutuan.
Tetapi tidak termasuk badan berkanun,
syarikat milik kerajaan (GLC) dan
Pihak Berkuasa Kerajaan Tempatan.
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN
KEWANGAN
• Perlembagaan Malaysia;
• Akta Prosedur Kewangan 1957;
• Arahan Perbendaharaan;
• Pekeliling dan Surat Pekeliling
Perbendaraan;
• Surat Pekeliling Kontrak; dan
• Surat Pekeliling Akauntan Negara.
KONSEP ASAS PERAKAUNAN
Dasar Perakaunan Kerajaan Persekutuan
adalah berdasarkan dua konsep:
• Konsep Kumpulan Wang Disatukan iaitu segala
hasil yang didapatkan atau diterima oleh
persekutuan hendaklah dibayar masuk ke dalam
satu kumpulan wang yang dinamakan Kumpulan
Wang Disatukan KECUALI kutipan Zakat, Fitrah,
Baitul Mal atau Hasil Agama Islam yang
seumpamanya. (Perkara 97 Perlembaan
Persekutuan)
• Konsep bahawa tiada wang kecuali perbelanjaan
tanggungan tertentu boleh dikeluarkan dari
Kumpulan Wang Disatukan melainkan
diperuntukan atau dibenarkan oleh Parlimen.
(Perkara 104 Perlembagaan Persekutuan)
DIFINISI DALAM SISTEM PERAKAUNAN KERAJAAN
•• Perbendaharaan
Perbendaharaan bererti Menteri termasuk
seorang pegawai di bawah kawalan
pentadbiran atau arahannya yang telah
diwakilkan kuasa atau mengikut
peruntukan Seksyen 6 dan 7 Akta
Perwakilan Kuasa bagi menjalankan tugas
di bawah Akta Acara Kewangan 1957.
DIFINISI DALAM SISTEM PERAKAUNAN KERAJAAN
(Samb..)
•• Akauntan Negara (AN)
Akauntan Negara adalah Akauntan utama bagi
Kerajaan Persekutuan dan Ketua Bahagian
Akaun Perbendaharaan Persekutuan dengan
mempunyai kuasa mengenai tatacara
perakaunan berkenaan Kerajaan Persekutuan
dan Negeri.
DIFINISI DALAM SISTEM PERAKAUNAN KERAJAAN
(Samb..)
•• Ketua Audit Negara (KAN)
Ketua Audit Negara adalah dilantik oleh
Yang Dipertuan Agong atas nasihat Perdana
Menteri selepas berunding dengan Majlis
Raja-Raja. Ketua Audit Negara diberi kuasa
untuk mengaudit akaun Kerajaan
Persekutuan dan Negeri serta menghantar
Laporan Ketua Audit Negara kepada Yang
Dipertua Agong, Raja-Raja dan Yang
Dipertuan Negeri untuk dibentangkan
di Parlimen/Dewan Undangan Negeri.
DIFINISI DALAM SISTEM PERAKAUNAN KERAJAAN
(Samb..)
•• Jawatankuasa Akaun Awam (PAC)
Jawatankuasa Akaun Awam bermaksud
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara bagi
Kerajaan Persekutuan dan Jawatan
kuasa Kira-Kira Kerajaan Negeri yang
ditubuhkan oleh Parlimen/Dewan
Undangan Negeri
DIFINISI DALAM SISTEM PERAKAUNAN KERAJAAN
(Samb..)
•• Pegawai Pengawal
Seperti mana yang dinyatakan di bawah Seksyen
15A Akta Prosedur Kewangan 1957 (disemak
1972) bermaksud Menteri atau Menteri Besar
boleh melantik Pegawai Pengawal bagi mengawal
semua kutipan wang awam, diterima atau
dibelanjakan dan melupuskan barang awam
tertakluk kepada arahan yang ditujukan oleh
pihak penguasa kewangan
DIFINISI DALAM SISTEM PERAKAUNAN KERAJAAN
(Samb..)
•• Pegawai Perakaunan
Pegawai Perakaunan termasuk tiap-tiap
Pegawai Awam yang bertanggungjawab bagi
perkara-perkara seperti berikut:
a) Memungut, menerima dan mengakaun
wang awam.
b) Membayar/mengeluar apa-apa wang dan
barangan awam.
c) Menerima, menyimpan, melupus dan
mengakaun barangan awam
3 aktiviti utama:
• Penetapan skop dan polisi fiskal
• Wujudkan garis panduan dan
piawaian
• Kawalan
Perk. 97 Perlembagaan Persekutuan
Segala hasil dan wang yang didapatkan
atau diterima oleh Persekutuan hendaklah
dibayar masuk ke dalam serta menjadi
satu Kumpulanwang Persekutuan
Disatukan kecuali kutipan zakat, fitrah,
Baitulmal atau hasil agama Islam yang
seumpamanya.
KUMPULAN WANG DISATUKAN
• Akaun Hasil Disatukan
• Akaun Amanah Disatukan
• Akaun Pinjaman Disatukan
(Sek. 7 Akta Acara Kewangan 1957)
KUMPULAN WANG DISATUKAN
• Akaun Hasil Disatukan
•
•
- Semua hasil kerajaan dibayar masuk
dan perbelanjaan mengurus dan
pembangunan diakaunkan.
Akaun Amanah Disatukan
- Segala terimaan dan bayaran wang
amanah diakaunkan
Akaun Pinjaman Disatukan
- Semua penerimaan pinjaman dan
bayaran balik diakaunkan.
SISTEM PENGURUSAN KEWANGAN
SISTEM
PERAKAUNAN
Belanjawan
Mengurus
Belanjawan
Pembangunan
PENGAUDITAN
SISTEM PENGURUSAN KEWANGAN
Satu penyataan hasil dan perbelanjaan
bagi masa depan , digunakan sebagai
alat perancangan dan pengurusan
sumber-sumber ekonomi negara.
Sistem mengklasifikasi, merekod,
melapor dan menganalisis transaksi
kewangan
Proses semakan bebas dengan
mengeluarkan laporan yang menilai,
mengukur serta menguji tahap
kesempurnaan rekod dan kepatuhan
terhadap prosedur
Belanjawan
Perancangan
Pembiayaan
Program
Pengawalan
Penilaian
KAWALAN
BELANJAWAN
DEFINISI BELANJAWAN
“ Satu pernyataan Anggaran Hasil dan
Perbelanjaan bagi masa hadapan yang
digunakan sebagai alat perancangan dan
pengurusan sumber ekonomi negara
untuk memenuhi keperluan rakyat “
KONSEP ASAS BELANJAWAN
• Belanjawan awam merupakan satu
perancangan ekonomi tahunan yang
bertujuan melaksanakan dasar
sosioekonomi negara.
• Berperanan dalam menentukan
kedudukan ekonomi sesebuah negara
dan memberi kesan kepada aktiviti
sektor swasta
PERANAN BELANJAWAN
• Alat Dasar Pengurusan Sosioekonomi
Negara
Terbahagi kepada dua (2):
1. Belanjawan sebagai alat Dasar Fiskal
2. Belaanjawan sebagai alat Pengurusan
BELANJAWAN SEBAGAI ALAT
DASAR FISKAL
• Dasar kewangan kerajaan bertujuan mencapai
matlamat membangun dan menstabilkan
ekonomi negara melalui pengurusan
perbelanjaan serta dasar percukaian yang cekap
dan berkesan
• Digunakan untuk memenuhi fungsi seperti
peruntukan, agihan dan penstabilan ekonomi.
FUNGSI PERUNTUKAN
• Peranan berubah kepada menyedia
prasarana.
FUNGSI AGIHAN
• Mengagih hasil dan perbelanjaan secara
adil mengikut keperluan.
FUNGSI PENSTABILAN
• Menstabilkan ekonomi negara spt memastikan
pertumbuhan ekonomi mapan, pengurangan
pengangguran dan inflasi serta mencatat
lebihan dalam imbangan bayaran.
BELANJAWAN SEBAGAI ALAT
PENGURUSAN
• Alat mengurus sumber kewangan,
dokumen kawalan belanjawan serta alat
mengukur prestasi
• Alat Mengurus Sumber Kewangan
- Melalui proses perancangan belanjawan yang
sistematik. Membantu pengurus melaksanakan
program dan aktiviti secara cekap dan berkesan.
• Dokumen Kawalan Belanjawan dan
kewangan
- Perjanjian program digunakan sebagai kawalan
belanjawan dan kewangan yang berkesan.
• Alat Mengukur prestasi
- Ukuran dibuat melalui laporan berskala yang
disediakan berasaskan perancangan belanjawan
dan pencapaian prestasi perbelanjaan.
ASAS PERUNDANGAN
• PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Perkara 99
“ Yang diPertuan Agong hendaklah, bagi tiaptiap tahun kewangan, mengarah dibentangkan
dalam Dewan Rakyat suatu anggaran
pendapatan dan perbelanjaan bagi Persekutuan
untuk tahun itu, penyata itu hendaklah
dibentangkan sedemikian sebelum permulaan
tahun itu ”
KOMPONEN BELANJAWAN
HASIL
KUMPULAN WANG
DISATUKAN
BELANJAWAN
PERBELANJAAN
KOMPONEN HASIL
Hasil
Hasil
Bukan
Cukai
Cukai
HASIL
Pelbagai
Terimaan
Hasil drp
wilayah-wilayah
Persekutuan
TAKRIF HASIL
• Semua jenis pendapatan yang diterima
kerajaan dalam bentuk cukai, yuran, lesen
dan lain-lain terimaan, kecuali zakat,
fitrah, Baitul Mal dan hasil keagamaan.
• Terdiri daripada:
– Hasil Kerajaan Persekutuan
– Hasil Kerajaan Negeri
– Hasil Kerajaan Tempatan
HASIL KERAJAAN PERSEKUTUAN
1. HASIL CUKAI
Hasil yang dikutip berasaskan undang-undang
Parlimen. Wajib dibayar atas urusniaga,
pendapatan, perbelanjaan dan kekayaan.
CUKAI LANGSUNG
Cukai Pendapatan (Individu dan Syarikat)
Cukai Pendapatan Petroleum
Cukai Keuntungan Hartanah
Duti Setem
CUKAI TIDAK LANGSUNG
Cukai Ekspot
Duti Impot
Duti Eksais
Cukai Jualan
2. HASIL BUKAN CUKAI
Hasil yang dikutip berdasarkan UndangUndang bagi perkhidmatan yang
disediakan untuk orang ramai.
CONTOHNYA:






Lesen, Bayaran Pendaftaran dan permit
Perkhidmatan dan bayaran perkhidmatan
Sewaan harta benda kerajaan
Faedah dan perolehan pelaburan
Denda dan hukuman
Dll.
3. PELBAGAI TERIMAAN
• Hasil yang dikutip bukan berdasarkan
sebarang Akta dan Undang-Undang.
Contohnya :
• Pulangan balik perbelanjaan, jualan
barangan dan lain-lain.
4.
HASIL WILAYAH
PERSEKUTUAN
Hasil yang dikutip di Wilayah Persekutuan
KL, Labuan dan Putrajaya.
Contohnya :
Cukai Langsung - Premium & Cukai tanah.
Cukai Tak Langsung – Duti Hiburan
HASIL KERAJAAN NEGERI
DINYATAKAN DALAM JADUAL 10 BHG III P.P
Contohnya ;
1. Hasil daripada Tanah, Air, Lombong dan Hutan.
2. Lesen.
3. Duti Hiburan.
4. Bayaran Mahkamah selain dari Mahkamah
Persekutuan.
5. Bayaran daripada Perkhidmatan oleh Negeri.
6. Hasil dari Pihak Berkuasa Tempatan.
7. Harta Karun.
TAMBAHAN BAGI SABAH & SARAWAK
DINYATAKAN DALAM JADUAL 10 BHG V P.P
1.
2.
3.
4.
5.
6.
Duti Impot dan Duti Eksais atas hasil Petrolium.
Duti Ekspot atas kayu dan keluaran hutan yng lain.
Royalti atas galian yang dikenakan Duti Ekspot.
Bagi Sabah jika belanja ubat dan kesihatan
ditanggung kerajaan maka 30% daripadanya adalah
Hasil Kastam.
Cukai Jualan Negeri
Bayaran dan Yuran drp Pelabuhan selain
Persekutuan.
HASIL KERAJAAN TEMPATAN
DIBAWAH AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
Cukai Tafsiran
Denda dan Rampasan
Sewaan Aset PBT
Jualan Aset PBT
Pendapatan daripada Pelaburan
Lesen dan Permit
Yuran
KOMPONEN PERBELANJAAN
PERBELANJAAN
KERAJAAN
PERBELANJAAN MENGURUS
PERBELANJAAN
TANGGUNGAN
PERBELANJAAN
BEKALAN
PERBELANJAAN PEMBANGUNAN
LANGSUNG
PINJAMAN
HASIL
(Persekutuan, Negeri, Kerajaan
Tempatan)
Hasil Cukai
Hasil Bukan Cukai
Terimaan Bukan Hasil
Hasil Wil. Persekutuan
Hasil Tanah
Duti Hiburan
Bayaran Perkhidmatan
Terimaan drp. bekalan air
PERBELANJAA
N
Perbelanjaan Mengurus


Tanggungan
Perbekalan
Perbelanjaan Pembangunan
PERBELANJAAN NEGARA
1) PERBELANJAAN MENGURUS
Boleh ditakrifkan sebagai perbelanjaan bagi
aktiviti-aktiviti seharian Kem/Jab. yang berulang
dan berterusan atau boleh juga disebut sebagai
perbelanjaan penggunaan. Terbahagi kepada
dua jenis iaitu:
- Perbelanjaan Perbekalan (B)
- Perbelanjaan Tanggungan (T)
(Perkara 100 Perlembagaan Persekutuan)
PERBELANJAAN PERBEKALAN
• Semua jenis perbelanjaan kegiatan harian
•
Kementerian/Jabatan dalam menyediakan
perkhidmatan untuk rakyat.
Diluluskan di bawah Akta Perbekalan atau
Enakmen Bekalan. Menggunakan kod huruf ‘B’.
Contohnya:
B 27 – Kem. Kerjaraya M’sia
B 28 – Kem. Pengangkutan M’sia
B 32 – Kem. Wilayah Persekutuan
B 41 – Kementerian Pelajaran M’sia
PERBELANJAAN BEKALAN
• Perbelanjaan menguruskan aktiviti Kerajaan samada
yang berterusan atau “one- off “ dan diperuntukan
mengikut Maksud Bekalan tertentu dan perlu
dibentangkan untuk kelulusan Parlimen sebagai satu
Akta Bekalan bagi setiap tahun Belanjawan.
Contoh:
Emolumen, Perkhidmatan
& Bekalan, Aset,
Pemberian & Kenaan Tetap
dan Bayaran-bayaran lain.
PERBELANJAAN NEGARA
2) PERBELANJAAN PEMBANGUNAN (P)
• Ialah perbelanjaan modal yang biasanya tidak
berulang dan merupakan perbelanjaan yang
mempunyai keluaran yang berfaedah jangka
panjang.
• Perbelanjaan ini diasingkan daripada
perbelanjaan mengurus kerana ianya
mempunyai ciri-ciri tertentu yang memerlukan
satu proses perancangan dan keputusan yang
rumit.
2) PERBELANJAAN PEMBANGUNAN (P)
(Samb..)
• Perancangan perbelanjaan Pembangunan
•
berasaskan Rancangan Malaysia 5 tahun (RMK).
Perlu dibentangkan untuk kelulusan Parlimen
sebagai Akta Perbekalan bagi setiap tahun.
Contohnya:
Fizikal – Bina bangunan, jalan raya, dll.
Bukan Fizikal – penyertaan dalam ekuiti syarikat.
CIRI-CIRI PERBELANJAAN
PEMBANGUNAN
Memerlukan jumlah modal yang besar
Aliran wang berjangka panjang.
Dibiayai dengan dana dalaman/pinjaman.
Menyebabkan kos penyelenggaraan dan
pembaikan dimasa hadapan.
Memberi kesan terhadap matlamat
pembangunan negara.
PERBELANJAAN TANGGUNGAN
• Perbelanjaan yang dipertanggungkan terus kepada
Kumpulan Wang Disatukan tanpa perlu mendapat
kelulusan Parlimen selaras dengan Perkara 98
Perlembagaan Persekutuan
Contoh:
Gaji/Elaun Diraja, Khidmat
Hutang Kerajaan, Pencen, Gaji
Hakim-hakim, Gaji Ketua Audit
Negara, perbelanjaan
Suruhanjaya dan Pemberian
Kepada Negeri- Negeri.
Menggunakan Kod Huruf “T”,
Contohnya:
“T. 1” - PERUNTUKAN
DIRAJA BAGI S.P.B YDA
PERBELANJAAN TANGGUNGAN
• Perbelanjaan dipertanggungkan terus kepada
•
•
•
KWDS.
Tidak memerlukan kelulusan Parlimen.
Kod huruf adalah ‘T’ contohnya T1 – Peruntukan
Diraja.
Contoh perbelanjaan ialah:
- Elaun-Elaun Diraja,
- Gaji Ketua Hakim Negara, Hakim Besar dan
Hakim-Hakim,
- Gaji Ketua Audit Negara,
- Perbelanjaan Suruhanjaya-Suruhanjaya,
- Bayaran pencen, Elaun bersara dan Ganjaran
- Bayaran Pampasan.
PENGKODAN
– Hasil dan Perbelanjaan dikodkan melalui satu
sistem pengekodan mengikut PP Bil 5/2004.
– Hanya boleh ditentukan oleh Perbendaharaan
Malaysia mengikut AP 41.
– Setiap kod hasil atau belanja mengandungi
lima (5) angka dan dibahagikan kpd empat
(4) kategori.
OBJEK AM
Objek Am
Jenis Perbelanjaan
10000
Emolumen
20000
Perkhidmatan & Bekalan
30000
Aset
40000
Pemberian & Kenaan Bayaran Tetap
50000
Perbelanjaan-Perbelanjaan Lain
PENJENISAN KOD PERBELANJAAN
Pek. Perb. 5/2004
Kategori
Penjelasan
Objek Am
Suatu kumpulan objek sebagai Perbelanjaan
atau Hasil.
Objek Sebagai
Suatu jenis perbelanjaan atau hasil yang
dijeniskan dibawah suatu Objek Am.
Objek Kumpulan
Lanjut
Suatu kumpulan objek-objek Lanjut.
Objek Lanjut
Suatu jenis Perbelanjaan atau hasil yang
dijeniskan di bawah suatu Objek Kumpulan
Lanjut.
PENJENISAN KOD PERBELANJAAN
Pek. Perb. 5/2004
Kategori
KOD
Jenis rekod
Objek Am
10000
Emolumen – merekod bayaran gaji dan
faedah kewangan kepada kakitangan
kerajaan jawatan tetap.
Objek Sebagai
11000
Gaji dan Upahan – untuk merekod gaji
kasar upahan dan tunggakan gaji.
Objek
Kumpulan
Lanjut
11100
Gaji Kakitangan Awam
Objek Lanjut
11101
Gaji Biasa Kakitangan Awam
KATEGORI KOD HASIL NEGARA
KOD




60000 70000 80000 90000 -
KATEGORI
Hasil Cukai
Hasil Bukan Cukai
Pelbagai Terimaan
Hasil Wilayah-Wilayah
Persekutuan
LATAR BELAKANG SISTEM BELANJAWAN
BELANJAWAN TRADISIONAL
◊ Dilaksanakan sebelum merdeka sehinggalah tahun 1968.
◊ Anggaran keperluan Agensi perlu dibuat secara terperinci
dan hendaklah disokong dengan justifikasi yang jelas.
◊ Pemeriksaan Bajet adalah secara terperinci dan
berasaskan line-item.
Contoh : Keperluan mengikut Pecahan Kepala atau Butiran
- 11000 Gaji dan Upahan
- 21000 Perjalanan dan Sara Hidup
- 29000 Perkhidmatan Ikhtisas/Hospitaliti
◊ Pemeriksaan tidak mengambilkira keperluan berasaskan
program.
◊ Proses pemeriksaan yang panjang.
SISTEM BELANJAWAN PROGRAM DAN
PRESTASI (SBPP) – PP Bil 5/68
Mula diperkenal pada tahun 1968 kerana kelemahan
belanjawan tradisional yang tidak dapat memberi maklumat
yang cukup untuk membuat keputusan dan tidak dapat
mengukur prestasi dan kekesanan peruntukan yang telah
dibelanjakan.

menitikberatkan perhubungan antara penentuan
objektif, struktur dan program, kos program dan
penilaian prestasi program.

fokus kepada line item – kepala vot, sumber
diagih mengikut program yang dirancang.

perancangan secara bottom-up tetapi
pengagihan secara to-down
SISTEM BELANJAWAN PROGRAM DAN
PRESTASI (SBPP) (Samb..)
– Konsep program – satu set aktiviti yang perlu
dilaksana untuk mencapai objektif penubuhan/
kewujudan. Ia boleh dikos dan dinilai
menafaatnya.
– Konsep objektif program – halatuju jadi
pedoman pelaksanaan aktiviti, menyumbang
kepada pencapaian objektif Kem/Jab, menjadi
dasar kepada permohonan dan pengagihan
sumber, alat mengawal dan mengurus operasi.
Samb…
Kelemahan Pelaksanaan SBPP

pelaksanaan di peringkat pengukuran prestasi
dan penilaian tidak sepenuhnya terutama
kem/jab bercorak sosial dan keselamatan.

fokus penyediaan/pemeriksaan/pelaksanaan
masih ditahap perbelanjaan terperinci.

indikator output dan impak tidak jelas.

digunakan sebagai alat pengagihan peruntukan
dan tidak sebagai alat pengurusan.

pencapaian prestasi tidak dipentingkan.
SISTEM BELANJAWAN DIUBAHSUAI (MBS)
Pek. Perb. Bil 1/1990
• Satu kompromi diantara Asas Tunai dengan Asas
Akruan bagi membolehkan bekalan atau
perkhidmatan yang telah diterima pada atau
sebelum Disember tahun semasa dibayar pada
bulan Januari tahun berikutnya dengan
menggunakan peruntukan tahun semasa iaitu
tanggungan tahun semasa dapat dijelaskan
pada tahun hadapan (Januari) walau pun akaun
ditutup dan peruntukan luput pada Disember
tahun berkenaan.
SISTEM BELANJAWAN DIUBAHSUAI (MBS)
Pek. Perb. Bil 1/1990

Menekankan konsep ‘let manager’s manage’ –
pegawai pelaksana dan bawahan terlibat
dalam proses membuat keputusan. Ia masih
berasaskan SBPP.

Diperkenalkan dalam tahun 1990 dan 3 kem perintis
– kesihatan, kebajikan dan kerjaraya.

Perubahan dibuat ke atas proses penyediaan
belanja mengurus.
SISTEM BELANJAWAN DIUBAHSUAI (MBS)
(Samb..)

Tujuan – teguhkan ekonomi negara melalui agihan sumber
yang lebih baik dan teratur, mencapai perbelanjaan
seimbang, meningkatkan prestasi program, memudah dan
meningkat akauntabiliti pengurus.

Agensi pusat tidak perlu mengawas secara terperinci
perbelanjaan agensi pelaksana – tumpu kepada
perancangan dan pengukuran prestasi agensi pelaksana.

Agensi pelaksana ada kuasa lebih luas mengurus program
dan aktiviti dan kelewatan pelaksanaan dapat dielakkan.
Ciri-ciri SBPP yang masih kekal:
◊
Perancangan bottom up, pengagihan top
down
◊
perancangan berasaskan program
Ciri-ciri baru MBS:
◊
Perjanjian program sebagai kontrak
pengurusan
◊ Pusat
tanggung jawab sebagai unit
mengakaun
Ciri-ciri baru MBS:
(Samb..)
• pemberian peruntukan secara ‘one lump
sum’ dan penurunan kuasa kepada
pegawai pengakaun yang bertanggung
jawab untuk membuat agihan.
• ketua PTJ bertanggungjawab mengagih
sumber yang diberikan.
• akauntabiliti yang lebih jelas – melalui
perjanjian program dan sistem
pemantauan yang lebih sistematik.
Ciri-ciri baru MBS:
(Samb..)
• Perakaunan Tunai Diubahsuai membenarkan
•
•
•
perbelanjaan tahun semasa dibayar pada bulan
Januari tahun berikutnya (AKB).
Perbelanjaan tahun-tahun lepas dibayar dalam
tahun semasa [AP58(a)].
Aset Tetap dikenakan 100% kepada
perbelanjaan semasa iaitu tidak disusutnilaikan.
Hasil dan perbelanjaan terakru tidak dilaporkan.
Kos pelaksanaan operasi dibahagikan
kepada:
Dasar sedia ada – aktiviti yang telah diluluskan
untuk dilaksanakan dalam tahun semasa
– aktiviti berulang.
Dasar Baru – aktiviti baru yang belum diluluskan
dan dipertimbangkan peruntukan, termasuk
program baru, tambahan, sambungan, perluasan
skop aktiviti sediada.
One-off – perbelanjaan yang tidak dapat dielakkan
atau luarbiasa dan bukan perbelanjaan tahunan bagi
tahun sebelumnya dan ia tidak berulang.
BATAS PERBELANJAAN
Satu jumlah wang yang ditetapkan oleh Perbendaharaan di awal
proses belanjawan tahunan sesebuah agensi. Jumlah ini tidak
boleh dilampaui semasa mengemuka cadangan perbelanjaan bagi
dasar-dasar sediada.
Dimaklumkan kepada agensi pada akhir tahun sebelum tahun
kewangan semasa.
Anggaran bajet untuk aktiviti sediada tidak boleh melebihi siling ini
tetapi boleh minta peruntukan tambahan jika dasar baru atau one
offs.
Pemeriksaan terperinci tidak lagi diperlukan untuk anggaran di
bawah Batas Perbelanjaan.
Faedah: -
agensi boleh merancang dengan lebih baik.
memperteguh disiplin kewangan
pendekatan bajet top-down
PERJANJIAN PROGRAM

Satu perjanjian yang menetapkan tahap prestasi yang akan
dicapai antara Agensi dengan Perbendaharaan mengenai
input yang akan digunakan untuk menghasilkan output dan
impaknya bagi setiap program/aktiviti. Ia juga merupakan
cadangan belanja mengurus kem.

Dijadikan asas untuk mengukur prestasi dan keberkesanan
agensi.

Jika tahap prestasi program tidak selaras dengan yang
ditetapkan dalam perjanjian, laporan pengecualian hendaklah
disediakan.

Sebagai alat pengesanan dan pemantauan, menjadikan
agensi lebih bertanggungjawab terhadap prestasi
masing-masing, mengenalpasti lebih awal masalah-masalah
pelaksanaan yang mungkin timbul.
KANDUNGAN PERJANJIAN PROGRAM
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
Maksud Bekalan
Agensi
Program
Aktiviti
Kod
Punca Kuasa
Objektif
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
Analisis keperluan Dasar
Pelanggan
Fungsi
Sumber-Sumber
Spesifikasi Output
Petunjuk Impak
Rancangan Penilaian
PENILAIAN PROGRAM

Penilaian secara mendalam atas sesuatu program/
aktiviti hendaklah dibuat sekurang-kurangnya sekali
dalam tempoh lima tahun.

Bertujuan menilai keberkesanan sesuatu program
dan aktiviti dari segi ;
kewangan/peruntukan sumber
kesesuaian/relevan
impak

Membantu pihak pengurusan mendapat maklumat
untuk buat keputusan terhadap perubahan sesuatu
dasar dan penggubalan dasar baru, jadi asas
mempertingkatkan perancangan strategik dan
akauntabiliti.
TAHAP VARIAN YANG DIIKTIRAF
• Satu tahap yang dipersetujui untuk
sesuatu petunjuk prestasi yang mana
sesebuah agensi tidak perlu
mengemukakan laporan pengecualian.
PARLIMEN
PERBENDAHA
RAAN
• Proses
• Kelulusan waran
Belanjawan peruntukan
• Jawatankua • Pentadbiran/
sa Akaun
pelaksanaan
Awam
projek
• Siasatan
terhadap
Laporan Audit
•
•
•
•
•
KEMENTERIAN/
JABATAN
Tanggungjawab
Pegawai Pengawal
Struktur sistem
kewangan yang
teratur
Penurunan kuasa
yang sewajarnya
Pematuhan kepada
undang-undang
dan peraturan
Audit dalam
Legaliti
(pematuhan)
 Akauntabiliti Fiskal
 Akauntabiliti Pengurusan
 Akauntabiliti Program





Perlembagaan Persekutuan
Akta Acara Kewangan 1957
Arahan Perbendaharaan
Pekeliling/Surat Pekeliling
Akta Audit 1957
Akauntabiliti
(kawalan)
• Terimaan wang awam
- Tiada apa-apa cukai yang boleh di levi tanpa
undang-undang.
- Kutipan hasil (cukai/yuran) hanya boleh
dibuat berasaskan Akta (Per. 96 PP).
- Pinjaman kewangan hanya boleh dibuat di
bawah kuasa Undang-Undang Persekutuan
(Per. 111 PP)
• Simpanan wang awam
- Semua hasil yang dikutip mestilah dimasukkan
dalam Kumpulan Wang DiSatukan kecuali hasil
kutipan berkaitan Agama Islam (Per. 97 PP)
• Pengeluaran wang awam
- Tiada apa-apa wang boleh dikeluarkan daripada
KWDS melainkan jika wang diperuntukkan atau
dilulus oleh Parlimen (Per. 104 PP).
• Bayaran wang awam
- Melalui Waran Am
- Melalui Waran Peruntukkan
• Perakaunan wang awam
- Semua terimaan dan bayaran wang awam
mesti diakaunkan dengan sempurna mengikut
undang-undang.
• Wang Kerajaan tidak boleh dibelanjakan kecuali
•
•
•
•
dengan kuasa undang-undang
Semua hasil kerajaan dimasuk kira ke dalam
Tabung KWDS kecuali hasil Agama Islam
Wang awam hanya boleh dibelanjakan dengan
kuasa Akta Bekalan mengikut anggaran
belanjawan yang diluluskan oleh Parlimen
Terimaan dan bayaran diamalkan mengikut
sistem perakaunan asas tunai
Peruntukan mengurus yang tidak dibelanjakan
akan luput pada akhir tahun kewangan
…. SESUNGGUHNYA ALLAH S.W.T
MENYURUH KAMU MELAKSANAKAN
AMANAH TERHADAP ORANG-ORANG
YANG MEMBERI AMANAH ITU.
AN-NISA’ : 58
“ Akauntabiliti ialah obligasi seseorang
untuk memberi jawapan dan
penjelasan mengenai tindakan dan
prestasinya kepada pihak yang berhak
untuk mendapatkan jawapan dan
penjelasan tersebut...”
…Tan Sri Ahmad Sarji, Bekas KSN
INSTRUMEN-INSTRUMEN
AKAUNTABILITI
• Akauntabiliti Fiskal
- Dari segi Integriti Kewangan, maklumat
(disclosure) pematuhan kepada UndangUndang dan peraturan pentadbiran awam
- Menjamin akaun yang disimpan benar
dan sah mengikut undang-Undang.
INSTRUMEN-INSTRUMEN
AKAUNTABILITI
• Akauntabiliti Pengurusan
- Dari segi penggunaan tenaga manusia
dan sumber-sumber lain diurus secara
cekap dan ekonomik.
- Pengunaan sumber-sumber dan harta
benda awam dengan cekap dan
mengelakkan pembaziran.
INSTRUMEN-INSTRUMEN
AKAUNTABILITI
• Akauntabiliti Program
- Dari segi Impak program, iaitu samada
sesuatu program mencapai objektif yang
dirancangkan, dan opsyen yang terbaik
telah dipilih untuk mencapai objektif
berkenaan dengan mengambilkira
jumlah kos dan output.
KESIMPULAN

Kerajaan menyedari perbelanjaan kerajaan
mesti dirancang dan dikawal dengan teliti
kerana memberi kesan terhadap ekonomi
negara dan kehidupan rakyat.

untuk mencapai objektif negara dengan
cepat maka kuasa membuat keputusan
wajar diberi kepada pengurus-pengurus
diperingkat bawahan supaya kelewatan
pelaksanaan projek dapat dielakkan.
Sekian,
Terima Kasih
SELESAI
Pertanyaan?
[email protected]
Tel : 03-8884 7537
H/p: 013-3028241