pengenalan ringkas projek

Download Report

Transcript pengenalan ringkas projek

PENGENALAN RINGKAS PROJEK
Program Bakti Siswa 5 (Baksis)
Bahagian Hubungan Luar, Alumni dan
Antarabangsa ,Majlis Eksekutif Pelajar,
Kolej Tun Hussein Onn
JKKK Kg. Sungai Pial,, Merbok ,Kedah Darul
Aman
4-8 April 2014 di Sungai Pial,, Merbok
,Kedah Darul Aman
Mahasiswa Proaktif Pemacu Masyarakat
Gemilang
1. Majlis Perasmian : Majlis Perasmian
dirasmikan oleh Ybhg Dato’ Tajul Urus bin
Mat Zain, Adun Tanjung Dawai
2. Sukaneka : Aktiviti Sukaneka diadakan
di padang Bola/ Kawasan sawah padi bersama
dengan penduduk Kampung Sg Pial.
3. Gotong royong/ Rewang : Aktiviti Gotong
royong dan juga aktiviti rewang ini
melibatkan mahasiswa/i dan juga penduduk
kampung.Mereka dibahagikan kepada 2
kumpulan .Satu kumpulan melakukan aktiviti
gotong-royong dan satu kumpulan lagi
memasak.
4. Forum Agama: 4 orang Ustaz dijemput bagi
menyampaikan Forum yang bertajuk "Ilmu
Pelita Hidup"
5. Menanam bakau :Sesi Penanaman Bakau ini
melibatkan penyertaan dari mahasiswa dan
juga dengan kerjasama dari Sahabat Bakau
Malaysia
6.Lawatan Ke Industri Kecil Sederhana :
Dalam lawatan ini, peserta dibawa ke setiap
perusahaan kecil yang terdapat di sekitar
Kg Sg Pial oleh Pengerusi JKK Kg Sg Pial.
7. Seminar Kerjaya : Dalam seminar ini, 3
orang penceramah dari Giat Mara, Kolej
Komuniti dan Kelab Kerjaya dijemput untuk
memberi seminar.
8. Malam Percikan Seni :Malam Percikan Seni
melibatkan persembahan oleh peserta bersama
penduduk kampung
9. Lawatan Ke Tanjung Dawai : Peserta
membeli belah kawasan Tanjung Dawai.
10. Majlis Penutup : Majlis Perasmian
Penutupan dirasmikan oleh Ybhg Menteri
Besar Kedah iaitu Dato’ Paduka Mukhriz bin
Mahathir.
KEKUATAN PROJEK
1) Program ini dapat memupuk sikap
prihatin terhadap masyarakat sekeliling
dalam diri ahli
jawatankuasa dan juga
peserta.
2) Dapat melatih ahli jawatankuasa
untuk berfikir secara kritis dan
bertindak pantas apabila berdepan
dengan perkara yang mengganggu
perjalanan tentatif asal.
3) Program ini membentuk satu
perhubungan antara masyarakat luar dan
mahasiswa/i Universiti Kebangsaan
Malaysia
KELEMAHAN PROJEK
1) Perubahan tentatif disebabkan cuaca
yang tidak menentu dan kesesuaian masa.
2) Kemudahan pengangkutan yang terhad
menjejaskan pergerakan peserta dari
satu lokasi ke lokasi yang lain.
NILAI INOVASI
1. Mencipta hubungan antara insan
diantara mahasiswa/i dan masyarakat
melalui program-program yang menarik
dan berunsurkan ilmiah.
2. Mencipta permainan-permainan baharu
yang berunsur tradisional supaya dapat
mendekati masyarakat disamping
memperkenalkan budaya-budaya di
Malaysia kepada mahasiwa/i dan
masyarkat.
KESAN TERHADAP KOMUNITI
1. Memupuk rasa kecintaan dan kebersamaan
dalam kalangan diri individu
terhadap komuniti yang ada di
persekitaran.
2. Memupuk serta mengaplikasi pengetahuan
kemahiran dan amalan nilai
sivik dalam diri setiap individu.
3. Memberikan sumbangan dalam bentuk
tenaga serta kemahirn kepada
masyarakat dan Negara
4. Membentuk keperibadian dan memahami
konsep kerjasama serta tolong
menolong antara satu dengan yang lain.
5. Memupuk semangat hidup bersama dalam
suatu komuniti tanpa mengira
agama, bangsa, kepercayaan dan ideologi.
6. Menjadi warganegara yang patriotik,
prihatin dan bertanggungjawab
terhadap masyarakat dan negara.
7. Mengamalkan gaya hidup yang sihat dan
amalan sentiasa ringan tulang
membantu orang lain yang memerlukan
bantuan
KESAN TERHADAP PELAJAR
1. Melahirkan mahasiswa/i yang mampu
menyumbang kepada Masyarakat dan Negara
disamping mendedahkan mereka dalam
melakukan aktiviti kemasyarakatan serta
dapat memupuk semangat kesukarelaan dalam
diri setiap mahasiswa/i agar dapat menjadi
contoh dan inspirasi kepada mahasiswa/i
yang lain.
2. Melahirkan pelajar yang seimbang ,
mempunyai pelbagai kemahiran, kebolehan
dalam pelbagai aktiviti dan tidak hanya
tertumpu kepada bidang akademik sematamata dan seimbang dengan hasrat
universiti. Selain itu, matlamat program
ini adalah untuk mewujudkan kesedaran akan
kepentingan dalam menjalankan aktiviti
kesukarelaan dan juga mewujudkan hubungan
yang erat di antara masyarakat luar
bersama mahasiswa/i di samping dapat
mempupuk semangat perpaduan dan
bekerjasama dalam diri mahasiswa/i
3. Memupuk dan menyemai sifat kesukarelaan
dalam diri mahasiswa/i KolejTun Hussein
Onn terhadap masyakat sekeliling.
4. Membentuk golongan mahasiswa/i yang
peka tentang peranan dan tanggungjawab
mereka terhadap masyarakat di sekeliling.
5. Menggalakkan mahasiswa supaya bergiat
secara aktif dalam setiap program yang
dijalankan serta melatih dan mencungkil
bakat-bakat baru yang mempunyai
kredibiliti kepimpinan.