ISU-ISU KOKURIKULUM 1. Pelantikan Guru Penasihat Pelantikan Guru Penasihat tidak berdasarkan Akta Pendidikan 1996  “Perintah Am” Seseorang Guru yang tidak masuk kelas untuk mengajar atau.

Download Report

Transcript ISU-ISU KOKURIKULUM 1. Pelantikan Guru Penasihat Pelantikan Guru Penasihat tidak berdasarkan Akta Pendidikan 1996  “Perintah Am” Seseorang Guru yang tidak masuk kelas untuk mengajar atau.

ISU-ISU
KOKURIKULUM
1. Pelantikan Guru Penasihat
Pelantikan Guru Penasihat tidak berdasarkan Akta
Pendidikan 1996
 “Perintah Am”
Seseorang Guru yang tidak masuk kelas untuk mengajar
atau tidak menghadiri aktiviti kokurikulum sebagaimana
yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan di dalam jadual waktu/
takwim adalah dianggap telah melanggar Peraturan
Sekolah dan boleh dikenakan tindakan tatatertib.
2. Pengurusan Badan Beruniform/Kelab/Persatuan.
Semua Badan Beruniform yang tidak diluluskan
pendaftarannya dikira tidak sah dan segala implikasi
undang-undang adalah di bawah tanggungjawab
Pengetua/Guru Besar.

 Penubuhan Persatuan seperti Persatuan Agama
Hindu/Buddha/Kristian dan sebagainya mestilah mematuhi
Surat Pekeliling Ikhtisas 9/2000 (Kelulusan mestilah
daripada Pengarah Pelajaran selaku Pendaftar).
 Istilah yuran tidak boleh digunakan,sebaliknya digantikan
dengan istilah derma atau sumbangan.
Semua kutipan mestilah mengikut peraturan Akta 1996 dan
di bawah pengawasan Pengetua/Guru Besar.
 Aktiviti kokurikulum hendaklah dijalankan sepanjang
tahun,tiada pengecualian bagi kelas peperiksaan,namun
begitu pengisian aktiviti hendaklah menjurus ke arah
memantapkan dan mengukuhkan kurikulum.
 Pemantauan aktiviti kokurikulum hendaklah dilakukan
oleh pihak pengurusan kokurikulum untuk memastikan
keberkesanan pengurusan sesuatu badan
beruniform/kelab/persatuan.
 Sekolah perlu menyediakan pelaporan,dokumentasi
dan penilaian bagi setiap program yang dijalankan di
sekolah.
2. Takwim Sekolah
 Sekolah diminta memastikan bahawa aktiviti Merentas
Desa,Sukan Tahunan dan Perkhemahan dimasukkan dalam
Takwim Sekolah. 3 jenis aktiviti ini wajib dilaksanakan di
peringkat sekolah.
 Pihak sekolah diminta menghantar satu salinan Takwim
Sekolah ke PPD pada atau sebelum 31 Januari setiap tahun
(U.P : Penyelia Kokurikulum)
3. Mesyuarat Jawatankuasa Kokurikulum
 Setiap sekolah wajib tubuhkan JK Kokurikulum sekolah
berdasarkan SPI / 1985 ( Perlu wujudkan Carta Organisasi
Kokurikulum )
 Jawatankuasa Pembangunan Sukan Sekolah juga perlu
ditubuhkan.
 Jawatankuasa ini mesti di pengerusikan oleh Guru
Besar/Pengetua.
 Setiap mesyuarat mesti mempunyai minit.
4. Kelab Seni Mempertahankan Diri.
 Semua Kelab Seni Mempertahankan Diri/Bela Diri
dimasukkan dalam Badan Beruniform.
 Perlantikan personel atau jurulatih luar mestilah mengikut
prosedur yang telah ditetapkan oleh Unit Pendaftaran JPNJ.
Rujuk SPUP Bil 2/1997 JPS 7780 – Panduan Penubuhan
Dan Pengurusan Kelab TaekwonDo/Seni Mempertahankan Diri.
 Kebenaran Jurulatih Luar hendaklah diperbaharui setiap
tahun.
4. Kelab Seni Mempertahankan Diri.
Murid tidak dibenarkan menyertai sebarang pertandingan
melainkan yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran.Bila
menyertai mana-mana pertandingan /aktiviti yang dianjurkan
oleh pihak luar,hendaklah terlebih dahulu mendapat
kebenaran bertulis daripada Pengetua/Guru Besar dan PPD.

Jurulatih yang dijemput oleh pihak sekolah dan diluluskan
oleh PPD/JPN sahaja yang boleh menjalankan aktiviti di
sekolah.

4. Kelab Seni Mempertahankan Diri.
Jurulatih dilarang mewakilkan kepada orang lain untuk
melatih murid sekolah berkenaan.

Setiap sesi latihan mestilah dihadiri dan diawasi oleh guru
penasihat persatuan/kelab supaya tidak berlaku unsur-unsur
pencabulan kehormatan murid dalam apa bentuk pun,secara
langsung atau tidak langsung.Pastikan keselamatan pelajar
terjamin.

Semua sesi latihan hendaklah diadakan di premis sekolah
berkenaan sahaja,melainkan mendapat kebenaran bertulis
daripada PPD.

4. Kelab Seni Mempertahankan Diri.
Pihak sekolah diingatkan bahawa latihan yang dibuat di
hari-hari cuti umum adalah dilarang lebih-lebih lagi sekiranya
guru penasihat/bertugas tidak dapat hadir bersama untuk
tugas penyeliaan dan pengawasan.

5. Penilaian Aktiviti Kokurikulum.
 Penilaian aktiviti sekolah Rendah dan Menengah adalah
Wajib berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia.
 Sekolah wajib membuat penilaian setiap tahun.Tahap
pencapaian hendaklah direkodkan.Skala A - E digunakan.
 Setiap sekolah dikehendaki mengemukakan laporan
keputusan penilaian kokurikulum apabila diminta oleh pihak
Kementerian, Jabatan, PPD ataupun Nazir.
6. Gagal dan Enggan menghadiri Kokurikulum.
Semua pelajar dan guru wajib menyertai aktiviti
kokurikulum berdasarkan Akta Pendidikan 1996

Garis Panduan / Peraturan Tetap mengenai perkara ini
mestilah dimasukkan dalam Peraturan Sekolah.

Penjaga/Ibu Bapa dimaklumkan secara bertulis mengenai
wajibnya menyertai aktiviti kokurikulum berdasarkan Akta
Pendidikan yang sedia ada.

6. Gagal dan Enggan menghadiri Kokurikulum.
 Sekiranya pihak ibu bapa masih enggan menghantar anak
untuk aktiviti kokurikulum pihak sekolah berhak memberikan
pangkat E atau gagal dalam Sijil Penilaian Kokurikulum dan
akan direkodkan dalam Sijil Berhenti Sekolah.
(Rujuk peraturan 4 dalam peraturan-peraturan pendidikan
(Persatuan sekolah) 1998 yang diterbitkan sebagai warta kerajaan
jilid 42/No 11 (Tambahan No 41). Perundangan
7. Cuti Umum dan Hari Sabtu
 Pihak sekolah hendaklah menghormati keputusan kerajaan
yang telah menetapkan 5 hari bekerja. Seboleh-bolehnya
tidak diadakan sebarang aktiviti sekolah melebihi 2 sabtu
yang diberikan kelonggaran.
 Jika aktiviti yang dirancang tidak dapat dielakkan
pelaksanaannya pada hari Sabtu berkenaan, hendaklah
mendapat persetujuan bertulis daripada murid,guru dan ibu
bapa.
8. Majlis Rasmi Sekolah/Pengendalian Majlis Rasmi
Pihak sekolah diminta menubuhkan jawatankuasa protokol
sekolah yang dipengerusikan oleh pengetua/guru besar.


Pihak sekolah diminta melengkapkan keperluan protokol.
Dalam mengendalikan majlis rasmi yang melibatkan tetamu
kehormat,sila dapatkan khidmat nasihat dari PPD/JPN.

9. Garis Panduan / Peraturan Dalam Aktiviti
Kokurikulum
 Semua sekolah diminta menyediakan garis
panduan/peraturan keselamatan secara bertulis melibatkan
aktiviti-aktiviti berikut :
a.
Perkhemahan.
b.
Lawatan sambil belajar/pelancongan.
c.
Penggunaan alatan sukan yang berisiko tinggi.
d.
Aktiviti-aktiviti lasak.
e.
Aktitiviti yang melibatkan air.
10. Akta Pelancongan 1957.
 Pihak sekolah yang ingin membuat lawatan/melancong
mesti mematuhi prosedur dan peraturan yang telah
ditetapkan.
 Peraturan keselamatan dan langkah-langkah keselamatan
secara bertulis hendaklah diberi kepada pelajar-pelajar
sebelum sesuatu lawatan dilaksanakan.
10. Akta Pelancongan 1957.
 Sebarang lawatan rasmi anjuran sekolah perlu
mendapatkan kelulusan pihak JPN/PPD dan memaklumkan
dan mendapat kebenaran pihak ibu bapa/penjaga murid.
( rujuk pekeliling berkaitan lawatan /lawatan di hari
persekolahan )
11. Borang Kebenaran Penjaga/Ibu Bapa
 Frasa yang menyatakan ‘pihak sekolah tidak
bertanggungjawab’ tidak boleh digunakan lagi.Sila Rujuk surat
pekeliling.
 Walau bagaimanapun,borang berkenaan tidak dianggap
sebagai dokumen yang sah dari sudut undang-undang.
11. Borang Kebenaran Penjaga/Ibu Bapa
 Sekolah dinasihatkan untuk mendaftarkan borang
kebenaran ibubapa/penjaga yang membenarkan anaknya
menyertai aktiviti kokurikulum dalam tempoh tahun
berkenaan.
 Semua pelajar mestilah menyertai Skim Insuran Takaful.
TERIMA KASIH