ERGONOMIK DAN KUALITI PERSEKITARAN

Download Report

Transcript ERGONOMIK DAN KUALITI PERSEKITARAN

ERGONOMIK DAN KUALITI
PERSEKITARAN
Oleh:
Prof. Madya Ir. Dr. Ahmad Rasdan Ismail
ERGONOMIK DAN KUALITI PERSEKITARAN
AHMAD RASDAN ISMAIL
CAHAYA DAN WARNA
Cahaya adalah perangsang kepada penglihatan.
Pencahayaan yang cukup akan memberi
penglihatan yang optimum kepada sesuatu objek.
Jumlah pencahayaan yang terlalu kurang atau
terlalu lebih pula akan menyeabkan
ketidakcekapan visual
cahaya bergerak dalam satu garis lurus, namun
begitu, ia boleh diubahsuai atau diubah arah
melalui proses pantulan(reflection), biasan
(refraction), sebaran (diffraction,diffusion), serapan
(absorption) dan polarisasi (polarization)
ERGONOMIK DAN KUALITI PERSEKITARAN
AHMAD RASDAN ISMAIL
TERMINOLOGI BERKAITAN CAHAYA
a) Kuasa Radian - kadar aliran tenaga radian, diukur dalam unit Watt
(W)
b) Kekuatan Kilauan - Jumlah cahaya dikeluarkan dari satu punca,
diukur dalam unit candela
c) Fluks Berkilau - kadar aliran cahaya, diukur dalam unit lumen (1m)
d) Intensiti Cahaya - ketumpatan atau kuantiti cahaya yang sampai ke
sesebuah permukaan, diukur dalam unit lux
e) Luminans - kecerahan, jumlah cahaya yang dikeluarkan oleh
sesuatu permukaan,diukur dalam unit kandel per kaki persegi
(cd/m2)
f) Kepantulan - mengukur peratus pantulan cahaya keatas sesuatu
permukaan
g) Kontras - Peratus kecerahan antara sesebuah objek dan
latarbelakangnya
h) Luminaires - merujuk kepada perkakasan yang digunakan dalam
lampu termasuklah mentol, penutup, wayar, soket dan
sebagainya.
ERGONOMIK DAN KUALITI PERSEKITARAN
AHMAD RASDAN ISMAIL
KAEDAH PENGUKURAN
•
Cahaya boleh diukur dengan menggunakan meter lux.
•
Luminans boleh diukur dengan menggunakan meter
luminans.
•
Reflektan boleh diukur dengan menggunakan
reflektometer Baumgartner.
Luminans = Cahaya x Kepantulan
PENCAHAYAAN - PERKARA YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN
a) Paras cahaya yang sesuai
b) Permukaan cahaya yang seimbang
c) Elakkan silau
d) Kesamaan temporal pencahayaan
ERGONOMIK DAN KUALITI PERSEKITARAN
AHMAD RASDAN ISMAIL
INTENSITI CAHAYA
•
Intensiti cahaya adalah jumlah cahaya yang jatuh di
atas permukaan ruang kerja mestilah mencukupi untuk
melakukan sesuatu kerja.
•
Intensiti cahaya dinyatakan dalam lux dan luminans
dalam candela per m-2 (cd m-2)
PANDUAN BAGI INTENSITI CAHAYA
a) Pilih intensiti cahaya antara 10 - 200 lux bagi kerjakerja orientasi.
b) Intensiti cahaya tersebut adalah mencukupi contohnya
lampu di koridor, lampu di bilik stor yang mana tidak
melibatkan aktiviti membaca.
ERGONOMIK DAN KUALITI PERSEKITARAN
AHMAD RASDAN ISMAIL
c)
Pilih intensiti cahaya antara 200 - 800 lux bagi kerjakerja biasa. Ini sesuai bagi aktiviti membaca,'
mengendalikan mesin, melakukan aktiviti
pengendalian manual dan berikut adalah panduan
yang boleh digunakan;
–
–
d)
e)
Intensiti cahaya yang lebih besar diperlukan sekiranya
melibatkan keperluan yang kecil dan juga kontras yang begitu
teruk
Bagi individu yang mempunyai masalah penglihatan atau
mereka yang berumur, intensiti cahaya yang lebih diperlukan.
Pilih intensiti cahaya antara 800 - 3000 lux bagi kerjakerja yang memerlukan pengkhususan.
Menggunakan cahaya tambahan lain bagi membantu
keja-kerja yang memerlukan lebih penelitian.
ERGONOMIK DAN KUALITI PERSEKITARAN
AHMAD RASDAN ISMAIL
Panduan Bagi Perbezaan Kecerahan
a) Elakkan perbezaan yang ketara dalam kecerahan.
b) Perbezaan dalam kecerahan yang berlebihan antara objek
atau permukaan di lapangan penglihatan adalah tidak
diperlukan. Perbezaan yang besar akan menghasilkan
pantulan, pancaran cahaya dan bayangbayang.
b) Hadkan perbezaan kecerahan antara kerja khusus,
persekitaran kerja yang hampir dan persekitaran kerja yang
lebih luas.
d) Lapangan penglihatan terbahagi kepada tiga zon iaitu kerja
khusus, persekitaran kerja yang hampir dan persekitaran
kerja yang lebih luas. kecerahan untuk kerja khusus tidak
sepatutnya tiga kali lebih besar atau tiga kali lebih kecil dari
persekitaran kerja yang hampir. Kecerahan bagi kerja
khusus mestilah tidak berbeza dengan persekitaran kerja
yang lebih luas.
ERGONOMIK DAN KUALITI PERSEKITARAN
AHMAD RASDAN ISMAIL
TEGASAN HABA
• Mekanisma termogulatori diperlukan untuk mengekalkan
suhu dalaman walaupun terdedah kepada pelbagai
peringkat suhu di persekitaran.
• Ketulenan tubuh manusia dalam mengawal suhu
sekeliling telah menyumbang kepada perkembangan
dalam suhu yang boleh diterima.
• Suhu panas dan sejuk boleh menyebabkan kecederaan
dan penyakit pad a individu yang terdedah kepadanya.
• Di tempat kerja, pekerja biasanya terdedah kepada
tegasan haba yang berlebihan dan ia merupakan satu
hazard kesihatan dan mengurangkan tahap produktiviti
pekerja.
ERGONOMIK DAN KUALITI PERSEKITARAN
AHMAD RASDAN ISMAIL
Pengukuran Haba di Persekitaran
a)
b)
c)
d)
Dry Bulb Temperature (DBT)
Wet-Bulb Temperature (WBT)
Globe temperature (GT)
Pergerakan uadaran dan kitaran angin
Tegasan haba adalah gabungan semua faktor tersebut yang
akan membawa kepada penerimaan haba radian oleh badan
atau menghalang penyebaran haba dari badan(Leithead and
Lind, 1964).
Pengukuran tegasan haba diluar dan juga didalammenggunakan
indeks WBGT:
WBGT (outdoor) = 0.7 WBT + 0.2GT + 0.1 DBT
WBGT (indoor)= 0.7 WBT + 0.3GT
ERGONOMIK DAN KUALITI PERSEKITARAN
AHMAD RASDAN ISMAIL
Kesan Bekerja Di Tempat Yang Panas
 Strok haba - berlaku apabila suhu melebihi 41 DC.
Bolehmenyebabkan kematian. Kulit menjadi merah, panas
dan kering.
 Kepenatan - pekerja berasa lemah dan hilang
tumpuan.Pernafasan terganggu dan nadi menjadi lemah.
 Syncope - pitam akibat pengaliran darah yang tidak
mencukupi biasanya berlaku pad a pekerja di ruang
terkurung.
 Hyperventilation - bekerja dikawasan yang panas beserta
pakaian perlindungan diri yang disebabkan kehilangan
banyak karbon dioksida.
 Prickly heat - ruam pad a kulit akibat pemakaian yang tidak
sesuai dan memberi kesan kepada kulit.
ERGONOMIK DAN KUALITI PERSEKITARAN
AHMAD RASDAN ISMAIL
Kelembapan Udara
• Penyesuaian pekerja kepada persekitaran yang panas
bergantung kepada beberapa perkara.
Aklimitasi Haba
• Ini merupakan proses adaptasi fisiologi pada persekitaran
panas. la melibatkan peningkatan kapasiti untuk
mengeluarkan peluh yang lebih dan menurunkan suhu asal
dalam badan bagi permulaan perpeluhan.
Toleransi Haba
• Antara faktor yang mempengaruhi keupyaan individu
menyesuaikan dengan keadaan panas.
Usia
• Kanak-kanak kurang berpeluh berbanding orang dewasa.
Orang tua mempunyai kurang ketahanamterhadap haba
panas yang disebabkan oleh lapisan kulit yang memudahkan
mereka lebih cepat berpeluh.
.ERGONOMIK DAN
KUALITI PERSEKITARAN
AHMAD RASDAN ISMAIL
Jantina
• Tiada perubahan antara lelaki dengan wanita dalam adaptasi
kepada haba panas.Walaubagaimanapun, kajian
menunjukkan wanita mula berpeluh pada suhu yang tinggi
tetapi perpeluhannya kurang berbanding lelaki.
Kecergasan fizikal
• Pekerja yang mempunyai tahap kecergasan fizikal yang baik
akan mengalami kurang tegangan berbanding mereka yang
tidak mempunyai tahap kecergasan yang rendah.
Lemak badan
• Lemak yang berlebihan akan mengurangkan toleransi
terhadap haba denagn meningkatnya kadar luas permukaan
badan dan mengurangkan kecergasan kardiovaskular
ERGONOMIK DAN KUALITI PERSEKITARAN
AHMAD RASDAN ISMAIL
Bekerja di tempat Sejuk
• Pad a suhu kurang dari 33°C kawalan suhu pada sistem saraf
tunjang akan terganggu. Pada suhu 29°C hipotalamus di otak akan
berhenti befungsi. Penyejukkan suhu asas ini akan menurunkan
kadar metabolisma dan akan mengurangkan pengeluaran haba.
Kecederaan akibat Kesejukan
• Pendedahan kepada suhu sejuk yang lama boleh akan
menyebabkan kecederaan pad a jari kaki dan tangan, hidung, pipi
dan telinga.
Perlindungan Cuaca yang Terlalu Ekstrem
• perlindungan kepada pekerja perlu diberikan antaranya seperti:
a)
Rehat yang mencukupi
b)
Pakaian yang sesuai
c)
Bagi suhu yang panas rendamkan tangan didalam air
sejuk untuk mengurangkan kepanasan
d)
Bagi suhu sejuk, ruang pemeruapan hendaklah
mencukupi. Pada suhu kurang dari 0°C sarung tangan
perlu disediakan.
ERGONOMIK DAN KUALITI PERSEKITARAN
AHMAD RASDAN ISMAIL
KEBISINGAN
Bunyi yang tidak menyenangkan ini mengganggu
komunikasi dan mengurangkan daya tumpuan terhadap
sesuatu benda walupun ianya berlaku pada tahap bunyi
yang rendah. Gangguan bunyi bising dan masalah
pendengaran boleh dielakkan dengan meletakkan limit
yang tinggi bagi bunyi bising.
Panduan Bising
Tahap kebisingan melebihi 80 dB(A) secara purata selama
melebihi 8 jam boleh merosakkan pendengaran.
ERGONOMIK DAN KUALITI PERSEKITARAN
AHMAD RASDAN ISMAIL
Tahap Gangguan Bising
•
Kebisingan sewaktu berkomunikasi dan semasa
berfikir hanya berfungsi pada tahap bunyi 80 dB(A).
Kebisingan yang berlebihan membuktikan ianya
sebagai gangguan walaupun tahap untuk
menyebabkan masalah pendengaran belum lagi
dicapai.
Pengurangan Bising dari Sumbernya
a) Pemilihan kaedah kerja yang senyap
b) Mengurangkan mesin yang mengeluarkan bunyi bising
c) Membuat penyelenggaran pada mesin secara berkala
d) Mengasingkan mesin yang bising ke tempat khas
ERGONOMIK DAN KUALITI PERSEKITARAN
AHMAD RASDAN ISMAIL
Pengurangan Bising melalui Rekabentuk Ruang Kerja
atau Organisasi Kerja
a) Mengasingkan aktiviti yang melibatkan bunyi bising
dengan aktiviti lain
b) Mengekalkan jarak yang mencukupi dari sumber bunyi
bising.
c) Menggunakan siling untuk menyerap bunyi bising.
d) Menggunakan skrin akustik. lanya akan lebih berkesan
sekiranya digabungkan bersama siling penyerap
bunyi.
Alat Perlindung Telinga
mestilah sesuai dengan pendedahan bunyi bising tersebut
dan juga kesesuaian dengan pengguna.
ERGONOMIK DAN KUALITI PERSEKITARAN
AHMAD RASDAN ISMAIL
GETARAN
• merujuk kepada pergerakan objek pepejal di mana
amplitud dan frekuensi yang dihasilkan mendatangkan
kesan kesihatan kepada orang yang terdedah
kepadanya.organ manusia mempunyai frekuensinya
yang tersendiri.
Jenis Getaran
a) Getaran keseluruhan badan (whole body vibration) getaran dipindahkan dari sumber bergetar melalui
punggung atau kaki
b) Getaran tangan-Iengan (hand-arm vibration) - getaran
dipindahkan dari peralatan yang bergetar melalui tangan
ERGONOMIK DAN KUALITI PERSEKITARAN
AHMAD RASDAN ISMAIL
Pekerjaan Berisiko
keseluruhan badan adalah seperti pemandu lori, bas dan
kenderaan yang lain
risiko getaran tangan-Iengan adalah seperti penebang pokok
yang menggunakan gergaji, di sektor pembinaan denagan
menggunakan perlatan getaran
Kesan kepada Kesihatan
•
Tempah masa dan frekuensi getaran
•
Suhu persekitaran
•
Keadaan postur semasa melakukan kerja
Sind rom getaran keseluruhan badan:
•
Sistem musculoskeletal: mengakibatkan sa kit sendi dan sa kit
belakang
•
Sistem saraf terganggu: pandangan kabur, pening dan merasa
kebas
•
Sistem usus: merasa loya, mual dan sembelit
•
Kerosakan paru-paru
•
Kegagalan sistem jantung
ERGONOMIK DAN KUALITI PERSEKITARAN
AHMAD RASDAN ISMAIL
Sindrom getaran tangan-Iengan:
•
Masalah musculoskeletal akan berlaku sekiranya cara
pengendalian tidak dilakukan dengan betul dan mengakibatkan
hilang koordinasi tangan, tangan selalu rasa kebas.
Pencegahan Getaran
•
Mengenalpasti punca getaran - biasanya mesin besar dan
bermotor adalah sumber berlakunya getaran. Gerakan
ROTATING biasanya menyebabkan kurang getaran berbanding
gerakan RECIPROCATING. Mesin yang berat juga biasanya
akan menghasilkan kurang getaran.
•
Penyelenggaran mesin yang kerap
•
Menghalang perpindahan getaran - ini dapat dilakukan dengan
meletakkan suspension, damping atau sebagainya bagi
mengurangkan perpindahan getaran ke tubuh badan dan tangan
•
Pengukuran terus kepada individu - melalui kaedah ini
pendedahan kepada getaran dapat dikurangkan dengan menukar
aktiviti melibatkan getaran kepada aktiviti yang be bas dari
pendedahan getaran.
ERGONOMIK DAN KUALITI PERSEKITARAN
AHMAD RASDAN ISMAIL