PROGRAM PENGURUSAN ERGONOMIK

Download Report

Transcript PROGRAM PENGURUSAN ERGONOMIK

PROGRAM PENGURUSAN
ERGONOMIK
Oleh:
Prof. Madya Ir. Dr. Ahmad Rasdan Ismail
B. Eng. (UKM), M. Sc. (UPM), PhD. (UTM)
P. Eng., MIEM, MSOSH, MIHA
NIOSH Oil and Gas Safety Passport
Registered Subject Consultant in Noise and Vibration
Department of Environment, Malaysia. [SS0648]
Registered Noise Competent Person,
Department of Occupational, Safety and Health, Malaysia.
[JKKP HIE 127/5/3–1 (NO88)]
PROGRAM PENGURUSAN ERGONOMIK
AHMAD RASDAN ISMAIL
PENGENALAN
• Satu dari matlamat utamanya adalah mempromosi
kesedaran ergonomik untuk keseluruhan organisasi itu.
Program kesedaran ini termasuklah latihan dalaman,
latihan jangka pendek dan penyebaran maklumat secara
bertulis.
• Program ergonomik perlu dijalankan secara reaktif dan
proaktif:
a) Reaktif - bertindakbalas kepada permintaan dari
kawasan pengeluaran
b) Pro aktif sebagai projek diri berdasarkan penilaian
keselamatan, produktiviti, personel atau lain- lain
maklumat boleh digunakan
PROGRAM PENGURUSAN ERGONOMIK
AHMAD RASDAN ISMAIL
OBJEKTIF PROGRAM ERGONOMIK
• Objektif utama program ergonomik adalah untuk
menyediakan tempat kerja yang selamat dan produktif
untuk memenuhi mati am at dan objektif sesebuah
organisasi dengan jayanya.
• langkahlangkah berikut dicadangkan:
a) Menyediakan garis panduan dan maklumat untuk
pasukan Ergonomik:
 Untuk menentukan kewujudan masalah yang berkaitan
dengan kerja di tempat kerja. Masalah ini
boleh di
selesaikan melalui intervensi ergonomik
 Untuk menentukan keadaan dan lokasi masalah
yang diperoleh
 Mengguna pakai intervensi ergonomik untuk
mengurangkan atau menghapuskan masalah yang ada
PROGRAM PENGURUSAN ERGONOMIK
AHMAD RASDAN ISMAIL
b) Mengambil kumpulan data yang kualitatif dan
kuantitatif pada keperluan pekerjaan seperti postur,
tenaga dan frekuensi. Data ini diperlukan untuk
mereka bentuk sistem kerja atau tugasan kerja.
Data ini juga berguna
untuk perancangan
ergonomik di masa hadapan.
c) Mengenal pasti fungsi kerja untuk
mengklasifikasikan fungsi pekerja dan
mesin.
d) Penentuan atau reka bentuk kerja untuk
individu dan tahap kebolehan nya.
e) Mengenal pasti aktiviti kerja yang ringan atau
program kembali bekerja untuk pekerja yang pernah
terlibat dalam kecederaan semasa bekerja.
f) Mengenal pasti faktor risiko pekerjaan
PROGRAM PENGURUSAN ERGONOMIK
AHMAD RASDAN ISMAIL
KOMPONEN-KOMPONEN PROGRAM
ERGONOMIK YANG BERKESAN
•
Sokongan Pengurusan Atasan
Pihak pengurusan juga hendaklah komited bagi menyediakan
peruntukan untuk perkara-perkara berikut:
a) Latihan
b) Arahan/maklumat yang lengkap kepada ketua pasukan
c) Mendapatkan khidmat pakar runding luaran sehingga
kepakaran dalaman dapat dibangunkan
d) Mengimplementasikan langkah pembaikan sekiranya
diperlukan
e) Menyediakan masa/elaun bagi pekerja yang menjalankan
tanggungjawab dalam pengurusan ergonomik
f) Menyediakan maklumat kepada semua pekerja yang
melakukan tugas yang mempunyai risiko ergonomik
g) Menyediakan langkah penaziran untuk menilai keberkesanan
langkah pembaikan ergonomik.
PROGRAM PENGURUSAN ERGONOMIK
AHMAD RASDAN ISMAIL
• Penyata Rasmi Program Ergonomik Bertulis
Program ini perlu memastikan kesejahteraan pekerja
dan juga peningkatan produktiviti. mengandungi dasar,
matlamat dan perancangan program.
• Kumpulan Kerja (Task Force) Ergonomik
Secara amnya, pasukan kecil kepada pasukan ini akan
ditugaskan kepada isu ergonomik yang tertentu. melihat
dengan meluas segala analisa dan perlaksanaan
intervensi ergonomik.
• Program Penilaian Ergonomik yang Sistematik
menilai kebolehan dan had seseorang pekerja dan
mendokumenkan segala keperluan pekerjaan.
PROGRAM PENGURUSAN ERGONOMIK
AHMAD RASDAN ISMAIL
PROGRAM MENCEGAH DAN
MENGAWAL HAZARD
• Kawalan Kejuruteraan
a) Reka bentuk tempat kerja
b) Reka bentuk cara kerja
c) Rekaan Peralatan dan pemegangnya
• Kawalan Pentadbiran
a) Memberikan masa rehat untuk memulihkan semula
kelesuan dari bekerja
b) Penambahan bilangan pekerja untuk mengagihkan
beban kerja.
c) Menggunakan kaedah kerja giliran.
d) Peluasan tugas kerja.
PROGRAM PENGURUSAN ERGONOMIK
AHMAD RASDAN ISMAIL
e) Mengukuhkan mekanisme yang efektif untuk
memastikan kemudahan, peralatan dan alatan di
selenggara dengan baik.
f) Menjalankan kaedah analisis untuk memastikan
setiap kerja boleh dijalankan dengan menggunakan
peralatan dan teknik yang betul.
g) Menyediakan program latihan yang efektif untuk
pekerja yang baru dan latihan berterusan untuk para
pekerja yang berpengalaman.
•
Kelengkapan Pelindung Diri
Faktor yang perlu dipertimbangkan dalam memilih
peralatan pelindung diri ini termasuklah kesesuaian
pemakaian dan pelindung terhadap tekanan fizikal
PROGRAM PENGURUSAN ERGONOMIK
AHMAD RASDAN ISMAIL
PROGRAM PENDIDIKAN DAN
LATIHAN ERGONOMIK
• Pendidikan ergonomik membolehkan para
pengurus, penyelia dan pekerja
memahami hazard-hazard yang berkaitan
dengan kerja, cara menghindarinya dan
akibatnya.
• Latihan untuk para pekerja adalah jalan
yang efektif dalam meningkatkan
kesedaran kepada isu ergonomik
PROGRAM PENGURUSAN ERGONOMIK
AHMAD RASDAN ISMAIL
PROGRAM PENGURUSAN
PERUBATAN
• Prosedur pengurusan perubatan ini meliputi langkahIangkah berikut:
a) Kecederaan perlu dilaporkan kepada penyelia,
bahagian sumber manusia dan ETF.
b) ETF perlu menyiasat dengan pekerja yang tereedera
dan penyelianya. ETF mendapatkan penyelesaian yang
berpotensi termasuk reka bentuk tempat kerja/
proses dan penggiliran kerja.
c) Pekerja yang cedera boleh dirujuk kepada pakar
kecederaan pekerjaan untuk menentukan sama ada
kecederaan adalah berkaitan kerja (CTDs) dan
untuk pemerhatian, X ray, ujian dan perawatan
biasa.
PROGRAM PENGURUSAN ERGONOMIK
AHMAD RASDAN ISMAIL
d) Kecederaan mesti direkodkan.
e) Pekerja yang cedera dirujuk kepada ortopedik (atau
pakar tangan) oleh pakar kecederaan pekerjaan jika
kecederaan ini jenis CTD (eontoh: CTS)
f) Pakar ortopedik akan memeriksa pekerja untuk
menentukan keterukan keeederaan tersebut.
g) Jika perlu, pekerja yang eedera akan menerima
rawatan biasa seperti terapi, suntikan dan ubatan,
senaman dan rehat melalui penggiliran kerja, kerja
ringan atau cuti rehat di bawah perhatian pakar
ortopedik.
PROGRAM PENGURUSAN ERGONOMIK
AHMAD RASDAN ISMAIL
h) Pakar ortopedik ini boleh menjalankan pembedahan
jika ianya serius.
i) Pekerja akan diberi rehat untuk pemulihan dan dalam
pemerhatian ahli fizikal untuk penentuan pemulihan dan
kembali bekerja atau kerja ringan.
j) Bahagian sumber manusia perlu memberi tahu ahli
fizikal akan tugas ringan yang ada.
k) Tugas ringan atau kerja yang telah diubah dibuat
untuk pekerja berkenaan bila ahli fizikal telah
mengesahkan boleh bertugas pada aktiviti kerja yang
terhad.
I) Pekerja boleh kembali ke kerja asal jika ianya telah
disahkan sihat.
PROGRAM PENGURUSAN ERGONOMIK
AHMAD RASDAN ISMAIL
PROGRAM SENAMAN
•
Kelebihan senaman
a) Memperbaiki postur dan pernafasan.
b) Meningkatkan keanjalan sambungan dan
ketegangan otot.
c) Mengimbang ton otot.
d) Meningkatkan pengaliran darah
e) Mengurangkan risiko keradangan oto,
tendon, ligamen dan sendi
f) Mengurangkan tekanan.
PROGRAM PENGURUSAN ERGONOMIK
AHMAD RASDAN ISMAIL
JUSTIFIKASI UNTUK PROGRAM
ERGNOMIK
• Tiga jenis kaedah justifikasi pada aktiviti
ergonomik:
a) Justifikasi berdasarkan peningkatan
produktiviti (keuntungan-kos).
b) Justifikasi berdasarkan mengurang
masa tidak produktif dan perbelanjaan
langsung.
c) Justifikasi berdasarkan tanggungjawab
sosial.
PROGRAM PENGURUSAN ERGONOMIK
AHMAD RASDAN ISMAIL
 Justifikasi berdasarkan Peningkatan Produktiviti
Faedah Perlaksanaan Ergonomik
a) Mengurangkan kos perubatan seeara langsung atau tidak
langsung yang berkaitan dengan kemalangan dan
kecederaan.
b) Mengurang rungutan dari pekerja, terutama yang berkaitan
MSO's (contoh sakit belakang dan lain-lain CTDs) dan
kekerapan pergi ke klinik
c) Mengurangkan premium insurans perubatan.
d) Mengurangkan premium pampasan pekerja.
e) Mengurang ketidakhadiran.
f) Merendahkan kadar berhenti kerja.
PROGRAM PENGURUSAN ERGONOMIK
AHMAD RASDAN ISMAIL
g) Mengurangkan kehilangan masa kerja dan kerja lebih
masa.
h) Pengurangan kos pengeluaran semula dan bahan.
i) Meningkatkan produktiviti terutamanya yang berkaitan
dengan kualiti yang tinggi.
j) Meningkatkan kualiti pengeluaran dan kepuasan
pelanggan.
k) Mempunyai kebolehan menangani kecemasan.
l) Mempertingkatkan moral di kalangan pekerja.
m) Meningkatkan hubungan pekerja - pengurusan.
PROGRAM PENGURUSAN ERGONOMIK
AHMAD RASDAN ISMAIL
Kos-Kos Perlaksanaan Ergonomik
a) Kos reka semula tempat kerja jika diperlukan.
b) Kos penggantian peralatan.
c) Yuran dibayar untuk penasihat ergonomik.
d) Gaji dan kemudahan untuk pakar ergonomik dalaman.

Justifikasi berdasarkan Pengurangan Masa Tidak
Produktif dan Kos Langsung
Pengurangan masa tidak produktif dan kos langsung boleh
dihapuskan dengan:
- mengurangkan ketidakhadiran,
- pertukaran pekerja,
- kehilangan masa akibat dari sesuatu kejadian yang
mengganggu operasi,
- masa penyelia menyediakan laporan kecederaan
PROGRAM PENGURUSAN ERGONOMIK
AHMAD RASDAN ISMAIL
- penyiasatan dan mengambil bahagian dalam perundangan.
- masa tidak bekerja pekerja yang cedera bila mendapatkan
rawatan dan pemulihan dan kos produktiviti akibat
penggantian pekerja atau pekerja baru.
- meningkatkan kos pampasan pekerja yang berkaitan
dengan kecederaan pekerjaan juga menambahkan kepada
kos tidak produktif dan kos langsung.
 Justifikasi berdasarkan Tanggungjawab Sosial
- Kaedah ini berdasarkan kepada peningkatan kualiti hidup
pekerja sebagai asas justifikasi aktiviti ergonomik.
- Peningkatan ini adalah sebahagian tugas majikan dalam
tanggungjawab sosialnya.
PROGRAM PENGURUSAN ERGONOMIK
AHMAD RASDAN ISMAIL
HALANGAN PERLAKSANAAN
•
•
•
•
Kesukaran menerima perubahan
Ergonomik sebagai kejuruteraan ringan
Justifikasi faedah dan kos
Kes-kes baru
PENGGUNAAN DAN PERBINCANGAN
Analisa akan mengenal pasti faktor risiko kepada pekerja
yang mana ianya mungkin melebihi keupayaan dan
kebolehan para pekerja
pemilihan para pekerja dengan kebolehan yang
bersesuaian adalah langkah yang terakhir yang boleh
diambil
PROGRAM PENGURUSAN ERGONOMIK
AHMAD RASDAN ISMAIL