faktor risiko ergonomik

Download Report

Transcript faktor risiko ergonomik

TOPIK 3
FAKTOR-FAKTOR
RISIKO ERGONOMIK
Pensyarah :
Ir. Ahmad Rasdan Ismail
(013-3942463)
FAKTOR-FAKTOR RISIKO ERGONOMIK
AHMAD RASDAN ISMAIL
PENGENALAN
• Penilaian ergonomik adalah lebih dari hanya
menganalisis kerja atau tugas.
• la adalah penyiasatan secara mendalam kepada semua
hazard-hazard yang berpotensi dan risiko-risiko kepada
individu dan mencari jalan penyelesaian.
• Objektif utama penilaian ergonomik adalah untuk
meningkatkan produktiviti dan mengurangkan hazard di
tempat kerja.
FAKTOR-FAKTOR RISIKO ERGONOMIK
AHMAD RASDAN ISMAIL
PENGENALAN
• Tujuan program penilaian ergonomik adalah untuk
menilai kebolehan dan had para pekerja dan untuk
mendokumenkan keperluan kerja.
• Apabila keperluan kerja telah didokumenkan, ahli
ergonomik boleh menggunakan maklumat ini untuk
mereka bentuk semula tugas bagi memenuhi keperluan
peratusan pekerja atau pemilihan pekerja untuk kerja itu
dan ini akan mengurangkan risiko kerja kepada pekerja.
FAKTOR-FAKTOR RISIKO ERGONOMIK
AHMAD RASDAN ISMAIL
FAKTOR RISIKO ERGONOMIK
1)
2)
3)
Postur badan yang tidak sesuai (awkward postures).
Penggunaan daya yang banyak (excessive force).
Melakukan pergerakan secara berulang kali (repetitive
works).
4)
Postur badan yang statik; pengerahan tenaga dalam
masa yang lama (static postures; sustained exertions).
FAKTOR-FAKTOR RISIKO ERGONOMIK
AHMAD RASDAN ISMAIL
FAKTOR RISIKO ERGONOMIK
5)
6)
Tekanan sentuhan (contact stress) akibat pemicitan
kepada otot, saluran darah, saraf dan tendon dengan
permukaan yang tajam dan keras seperti bucu meja,
pemegang peralatan tangan dan sebagainya.
Faktor-faktor luaran/persekitaran seperti getaran,
cahaya, suhu, bunyi dan sebagainya.
FAKTOR-FAKTOR RISIKO ERGONOMIK
AHMAD RASDAN ISMAIL
POSTUR BADAN YANG TIDAK SESUAI
• Merujuk kepada kedudukan tubuh (seperti anggota
badan, sendi, belakang) yang tidak berada dalam
keadaan neutral semasa melakukan kerja.
• Biasanya hasil daripada dari reka bentuk kerja dan
ruang kerja yang tidak mengikut prinsip-prinsip
ergonomik.
• Ruang kerja yang terlalu tinggi, rendah, sempit dan
sebagainya menyebabkan pekerja terpaksa
membongkok, berpusing dan melakukan capaian yang
melampau.
FAKTOR-FAKTOR RISIKO ERGONOMIK
AHMAD RASDAN ISMAIL
POSTUR BADAN YANG TIDAK SESUAI
• Antara contoh kedudukan yang tidak sesuai;
– postur membengkok (bending) (pada leher, belakang,
pergelangan tangan, lutut dan sebagainya)
– berpusing (twisting) Uuga pada Ieher, belakang, tangan dan
sebagainya)
– capaian yang melampau (over reaching) (mencapai objek di atas
paras bahu, di bawah paras genggaman tangan objek di sisi dan
sebagainya)
FAKTOR-FAKTOR RISIKO ERGONOMIK
AHMAD RASDAN ISMAIL
Rajah 1 Contoh aktiviti yang memerlukan postur tubuh yang tidak sesuai
FAKTOR-FAKTOR RISIKO ERGONOMIK
AHMAD RASDAN ISMAIL
PENGGUNAAN DAYA YANG BANYAK
• Penggunaan daya yang banyak menyebabkan lebih
beban mekanik kepada otot, ligamen, tendon dan sendi.
• Ini boleh menyebabkan keletihan dan seterusnya
mengurangkan kapasiti kerja fizikal pekerja tersebut.
• Bagi kesan jangka masa panjang pula, boleh
menyebabkan kecederaan akut dan kronik seperti seratserat yang ada pada otot, tendon dan sendi yang
terputus dan seterusnya mengurangkan kekuatan
pekerja untuk melakukan kerja sedemikian rupa bagi
jangka masa yang panjang.
FAKTOR-FAKTOR RISIKO ERGONOMIK
AHMAD RASDAN ISMAIL
PENGGUNAAN DAYA YANG BANYAK
• Penggunaan daya yang banyak bukan semata-mata
bergantung kepada berat sebenar beban tersebut, tetapi
juga faktor-faktor lain seperti kedudukan dan saiz beban
serta cara pengendalian beban tersebut.
• Contoh aktiviti yang menggunakan daya yang banyak;
– mengangkat/membawa/mengalih beban yang berat
– memegang menggunakan hujung jari (pinch grip)
– mengendalikan beban dalam postur yang tidak sesuai
FAKTOR-FAKTOR RISIKO ERGONOMIK
AHMAD RASDAN ISMAIL
Rajah 2 Aktiviti mengangkat dan membawa
FAKTOR-FAKTOR RISIKO ERGONOMIK
AHMAD RASDAN ISMAIL
PERGERAKAN YANG BERULANG-ULANG
• Sekiranya seseorang pekerja melakukan kerja secara
berulang kali, pekerja tersebut biasanya akan melakukan
tugas tersebut menggunakan anggota badan yang sama
secara berulang-ulang.
• Apabila kerja sebegini dilakukan, anggota badan
tersebut tidak mendapat rehat yang cukup dan
seterusnya menyebabkan ketidakselesaan dan
kesakitan kepada pekerja.
• Bagi kerja yang mempunyai masa kitaran yang kurang
daripada 30 saat, risiko untuk penyakit muskuloskeletal
atau musculoskeletal diseases (MSDs) meningkat sebanyak
5.5 kali ganda dibandingkan dengan kerja yang
mempunyai masa kitaran yang lebih daripada 30 saat.
FAKTOR-FAKTOR RISIKO ERGONOMIK
AHMAD RASDAN ISMAIL
Rajah 3 Suasana di pejabat banyak menggunakan pergerakan
yang berulangulang
FAKTOR-FAKTOR RISIKO ERGONOMIK
AHMAD RASDAN ISMAIL
POSTUR BADAN STATIK
• Otot-otot yang berada di dalam keadaan statik tidak
mampu untuk mengepam darah yang membawa karbon
dioksida dan bahan buangan keluar daripada anggota
badan yang bekerja dan tidak mampu untuk
mendapatkan darah yang membawa oksigen daripada
jantung.
• Akibatnya, pekerja boleh merasa sakit pada anggota
badan yang terbabit.
• Pekerja yang bekerja untuk jangka masa yang panjang
pula akan terdedah kepada kepenatan akibat daripada
tidak mendapat cukup rehat bagi anggota badan
tersebut untuk meneruskan kerja.
FAKTOR-FAKTOR RISIKO ERGONOMIK
AHMAD RASDAN ISMAIL
Rajah 4 Kerja mencanai yang memerlukan pekerja mengekalkan
postur belakang dalam keadaan membongkok
FAKTOR-FAKTOR RISIKO ERGONOMIK
AHMAD RASDAN ISMAIL
TEKANAN SENTUHAN
• Pemicitan ke atas saluran darah, otot-otot dan tendon
selalunya berlaku apabila peralatan tangan atau
berkuasa digunakan untuk melaksanakan kerja.
• Pemicitan ke atas saluran darah atau ischema contohnya,
akan menyebabkan pengecutan saluran darah sekaligus
mengurangkan pengaliran darah ke anggota badan yang
bekerja.
• la boleh menyebabkan kebas pada jari jemari dan sakit
pada anggota badan yang menyokong peralatan
tersebut.
FAKTOR-FAKTOR RISIKO ERGONOMIK
AHMAD RASDAN ISMAIL
Rajah 5 Tekanan sentuhan pada bahagian tangan
FAKTOR-FAKTOR RISIKO ERGONOMIK
AHMAD RASDAN ISMAIL
FAKTOR LUARAN/PERSEKITARAN
• Getaran Tangan-Lengan yang dihadapi oleh pekerja
biasanya hasil daripada penggunaan peralatan yang
berkuasa.
• Getaran Seluruh Tubuh pula adalah getaran yang
dipindahkan dari kenderaan/mesin yang bergetar ke
dalam tubuh.
• Pencahayaan yang terlalu gelap akan meningkatkan
kesilapan dan risiko kemalangan serta mengakibatkan
pekerja bekerja dalam keadaan yang tidak selesa.
FAKTOR-FAKTOR RISIKO ERGONOMIK
AHMAD RASDAN ISMAIL
FAKTOR LUARAN/PERSEKITARAN
• Pencahayaan yang terlalu terang pula boleh
mengakibatkan keletihan pada mata pekerja dan
mengakibatkan sakit kepala dan sebagainya.
• Suhu yang terlalu sejuk, dengan pengudaraan yang
tidak baik di dalam ruang kerja yang tertutup boleh
mengakibatkan simptom-simptom sindrom bangunan
sakit.
• Bunyi yang berterusan, walaupun pada kekuatan bunyi
yang rendah juga boleh menjadi gangguan terutama
bagi pekerjaan yang memerlukan penumpuan yang teliti.
FAKTOR-FAKTOR RISIKO ERGONOMIK
AHMAD RASDAN ISMAIL
Rajah 6 Persekitaran yang terlalu gelap memaksa pekerja bekerja
dengan keadaan tubuh yang tidak sesuai
FAKTOR-FAKTOR RISIKO ERGONOMIK
AHMAD RASDAN ISMAIL