Transcript Slide 1
AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI YANG EFEKTIF (5S) TARIKH : 24 – 25 MEI 2011 TEMPAT : KOTA BHARU (AKAN DITENTUKAN KEMUDIAN) Borang Pendaftaran boleh di dapati melalui laman web : http://blog.mpc.gov.my/index.php?blog=14 RASIONAL Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) adalah satu konsep mewujudkan persekitaran berkualiti secara sistematik dan praktikal. Melalui amalan ini tempat kerja menjadi lebih teratur dan selesa sepanjang masa. Oleh itu, kerja akan menjadi lebih produktif, cekap serta menjimatkan kos. Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) dapat melatih pekerja agar lebih bertanggungjawab dan berbudaya inovatif bagi menghasilkan tahap kecekapan proses yang tinggi ke arah meningkatkan produktiviti dan kualiti organisasi. Amalan Persekitaran Berkualiti dapat menjadikan tempat kerja lebih efisien dan produktif ke arah kecemerlangan organisasi. OBJEKTIF Di akhir kursus ini, peserta-peserta akan dapat : • Memahami kepentingan dan konsep Amalan Persekitaran Berkualiti • Mengetahui faedah Amalan Persekitaran Berkualiti ke arah peningkatan produktiviti dan kualiti. • Memahami kaedah perlaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti secara berkesan dan hubungkait dengan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) • Memahami tentang persediaan ke arah persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti . METOLODLOGI Syarahan Kerja berkumpulan Latihan SIAPA YANG PATUT HADIR Pengurusan atasan Pengurus / Eksekutif Penyelia/Kakitangan KANDUNGAN KURSUS HARI PERTAMA (8.30 pg – 5.00 ptg) Keberkesanan Amalan Persekitaran Berkualiti Aktiviti Amalan Persekitaran Berkualiti Meningkatkan Produktiviti Dan Kualiti Kaizen Dan Inovasi Dalam Amalan Persekitaran Berkualiti Memahami falsafah dan kekuatan Amalan Persekitaran Berkualiti Lokasi Amalan Persekitaran Berkualiti – Contoh terbaik Perkongsian pengalaman dengan Organisasi HARI KEDUA (8.30 pg – 5.00 ptg) Langkah-Langkah Perlaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti Secara Sistematik Pengukuran KPI dalam Amalan Persekitaran Berkualiti Strategi Pengekalan Amalan 5S Persiapan Untuk Persijilan YURAN RM500.00 per person / 2 hari (Kerajaan & Swasta) 15% diskaun diberi kepada syarikat bukan EKS untuk pendaftaran >3 peserta Sila hubungai pegawai MPC untuk keterangan lanjut mengenai insentif syarikat EKS KEMUDAHAN Minum Pagi / Makan Tengahari / Minum Petang Nota / Bahan Kursus dan Sijil Penyertaan PERBADANAN PRODUKTIVITI MALAYSIA (MPC) Pejabat Negeri Kelantan Lot 197-C, Tingkat Bawah, Bangunan MAIK, Jalan Sultan Yahya Petra, 15150 Kota Bharu Tel : +609-7416260 / 61 Faks : +609-7416263 E-mail : [email protected], [email protected] Amalan QE/SSSA/27/12/2010