Document 7470516

Download Report

Transcript Document 7470516

Topik 2:
Sejarah Pengajian Krisis
Objektif
 Setelah mengikuti kursus ini para pelajar akan
dapat:
1. Menerangkan perkembangan bidang pengurusan
krisis di dunia
2. Menjelaskan perkaitan di antara bidang
perhubungan awam (PR) dan pengurusan krisis
organisasi
3. Menjelaskan kepentingan pengurusan krisis
organisasi dalam masyarakat yang maju
Pengenalan
 Krisis bukan perkara baru
 Keadaan krisis berubah mengikut perkembangan
teknologi, pendapat umum, kadar literasi
masyarakat
 Perkembangan pendapat umum pada kurun ke 20
berkait dengan perbincangan tentang pengurusan
krisis
 Bagaimana organisasi dianggap oleh umum
menggambarkan nilai, penghormatan yang diberi,
keupayaan organisasi menghadapi sebarang
masalah
Peranan Media dan ICT
 Perkembangan
teknologi
maklumat
(IT)
membolehkan kita menerima maklumat terkini
tentang perkembangan di merata pelusuk dunia
dalam masa yang singkat.
 Keadaan ini membolehkan kita mengetahui tentang
krisis tebusan di Sipadan/Abu Sayyaf ; krisis
rampasan kuasa di Fiji dan pelbagai lagi beberapa
ketika selepas perkara tersebut berlaku.
 Kes keracunan bahan tenusu dengan dioksin yang
berlaku di Belgium tentu tidak diketahui sekiranya
pihak media tidak melaporkan perkara tersebut.
Pengurusan Krisis
 Kaitan rapat di antara:
- kejadian yang berlaku
- laporan media, dan
- tindakan pihak organisasi bagi membendung
masalah atau krisis yang berlaku.
KAITAN PERHUBUNGAN AWAM
DAN PENGURUSAN KRISIS
 PR
mempunyai peranan penting dalam
pengurusan krisis.
 Bagaimana organisasi berurusan dengan pihak
awam, media, mangsa, dan pelbagai pihak yang
terlibat dengan krisis menunjukkan kepakaran
pihak pengurusan krisis berkomunikasi secara
bijak bagi memastikan imej, reputasi, dan
kewujudan
organisasi
tidak
tergugat
disebabkan krisis.
Krisis Abad ke-20
 Di peringkat dunia perang dunia pertama dan
kedua,
perang
Iraq-Iran,
pembunuhan
pemimpin dunia seperti JF Kennedy, Anwar
Sadat, Martin Luther King, pembunuhan
pelajar di Tiananmen Square, letupan loji
nuklear Chernobyl, dan banyak lagi kejadian
yang telah melanda negara-negara di dunia dan
organisasi-organisasi besar.
KEPENTINGAN PENGURUSAN KRISIS
 Sebarang krisis yang berlaku dalam organisasi atau
negara perlu diurus dengan teratur supaya
kesannya terhadap organisasi dan pihak-pihak lain
tidak teruk.
 Pemimpin organisasi dan pasukan yang dibentuk
perlu mahir mengurus krisis kerana krisis yang
tidak diurus dengan betul mengakibatkan
kemalangan jiwa, organisasi yang terpaksa ditutup,
diambil alih dan pelbagai lagi kesan buruk yang
memberi kesan terhadap pekerja, pelanggan,
pemegang saham dan masyarakat umum.
Pengurusan Krisis JF Kennedy
 Pada peringkat dunia contoh pengurusan krisis oleh
JF Kennedy semasa serangan Bay of Pigs
menggambarkan ketidakupayaan beliau dalam
mebuat keputusan yang tepat kerana terlalu
membuat agihan tugas dan terlalu mempercayai
orang lain.
 Walau bagaimanapun beliau dapat membuat
perubahan besar dalam gaya pengurusan krisis
semasa mengurus krisis peluru berpandu Cuba.
Peranan Pengurus
 Pengurus perlu berupaya membentuk pendapat
umum yang hebat supaya organisasi dapat
menggunakannya apabila berhadapan dengan
krisis
 Pendapat umum wujud dalam masyarakat tetapi
dikawal oleh tapisan (censorship), pemerintahan
tentera, atau propaganda
 Perkembangan berubah dengan kemudahan akses
kepada
maklumat
menggunakan
teknologi
komunikasi, eg. CNN membolehkan maklumat
dari segala pelusuk dunia diperolehi dengan cepat
Perkembangan Semasa
 Perkembangan pendapat umum banyak dibantu oleh
media massa
 Media memberi gambaran tentang individu,
organisasi, syarikat korporat supaya lebih dikenali
umum
 Syarikat korporat perlu mendidik pekerja, pemegang
saham, masyarakat umum supaya memahami
mereka dan bersedia untuk menghadapi krisis
Reputasi pengurus dan integriti akhbar
 Pihak
media berperanan memberitahu
tentang krisis kepada umum dan cuba
untuk menyelesaikannya.
 Fungsi
laporan media ialah untuk
mendokumen keputusan dan kejadian
kepada umum
Reputasi pengurus dan integriti akhbar
 Pemberita perlu memberi laporan yang
seimbang berdasarkan maklumat yang
diperolehi daripada sumber
 Pengurus perlu sedar media bukan musuh.
Mereka perlu bekerjasama dengan media
supaya laporan yang lengkap dan tepat
tentang organisasi dapat dibuat
Pengurus dan Media
 Semasa
krisis orang selalunya kurang
berminat untuk bercakap dengan pihak
media kerana mungkin merasa terancam,
takut dikritik, takut tindakan undangundang atau takut menunjukkan perasaan
marah atau bimbang kepada umum.
 Media mungkin mendapat maklumat bukan
dari sumber yang sah tetapi sumber
maklumat alternatif, hingga memberi
gambaran yang berat sebelah.
Pengurus dan Media
 Pengurus perlu tahu kepentingan memberi
maklumat kepada media kerana media perlu
melaporkan perkara yang sebenar yang
ingin diketahui oleh umum.
 Pengurus perlu berupaya berkomunikasi –
mendengar,
bercakap,
menulis
dan
membaca - dengan baik.
SOALAN 1
 Kenapa
organisasi berjaya
sementara yang lain tidak?
 Ini
mengatasi
krisis
kerana setengah organisasi secara proaktif
membuat persediaan dan berlatih awal sebelum
krisis berlaku sementara yang lain bertindak kepada
krisis tanpa persediaan atau pengalaman
SOALAN 2
 Apakah
aspek pengurusan yang penting untuk
membuat persediaan menghadapai krisis?
 Bermula dengan kefahaman tentang kefahaman
betapa pentingnya pendapat umum dalam
masyarakat dan diikuti dengan kemahiran
perhubungan
awam,
memahami
perlakuan
organisasi dan mempunyai tanggungjawab sosial.
SOALAN 3
 Bagaimana menguji kemahiran mengurus krisis dalam
tugas dan di luar tugas untuk digunakan dalam
organisasi?
 Boleh guna ‘role play’ atau main peranan untuk melihat
bagaimana krisis diurus dalam organisasi. Guna krisis
olok-olok dan lihat bagaimana pihak pengurusan
bertindak terhadap krisis berkenaan. Maklumat
dibekalkan kepada pihak organisasi untuk mewujudkan
suasana sebenar yang mungkin berlaku.
 Barton (1993) memberi contoh bagaimana syarikat Shell
menggunakan kaedah tersebut beberapa minggu
sebelum Iraq menyerang Kuwait semasa Krisis Teluk.
SOALAN 4
 Apakah pandangan pengurus yang pernah mengurus
krisis dan pernah berbincang tentang pengalaman
mereka?
 Mereka
kesal kerana tidak pernah didedahkan
kepada latihan formal pengurusan krisis semasa
belajar tentang pengurusan. Setengah pengurus
berkata krisis membantu mereka dalam kerjaya
manakala yang lain pula mengatakan pengajaran
pengurusan krisis hanya diperolehi setelah terlalu
lewat dan organisasi mendapat malu.
SOALAN 5
 Bagaimana pengurus dapat melatih pasukan secara
baik untuk menangani krisis bagi mengurangkan
kerosakan kepada organisasi?
 Dengan mengurus secara seimbang dari segi latar
belakang dan
permulaan.
kemahiran
profesional
pada
SOALAN 6
 Apakah pelan pengurusan krisis (CMP) dan kenapa ia
penting? Kenapa mereka
yang belajar tentang
pengurusan mengambil berat tentang pengurusan
krisis?
 Satu krisis yang berlaku boleh mengubah kehidupan
dan kerjaya seseorang pengurus. CMP membolehkan
anda menguji bagaimana anda akan bertindak
terhadap orang di dalam dan di luar organisasi semasa
keadaan tertekan. Ia akan mencabar anda untuk
menimbangkan isu dan individu yang perlu dihubungi
yang tidak pernah anda hubungi sebelum ini. CMP
merupakan satu alat yang boleh menyelamatkan
nyawa, melindungi aset, dan mengekal atau
meningkatkan imej organisasi.
Rumusan
 Sebagai kesimpulan kita boleh katakan bahawa
perkembangan krisis berkait rapat dengan
perkembangan teknologi komunikasi, perubahan
pesat yang berlaku, dan juga perkembangan
pendapat umum.
 Perkembangan dunia kurun ke 20 dengan kejadian
seperti perang dunia, pembunuhan pemimpin dunia,
pembunuhan, kemalangan melibatkan syarikat
korporat/agensi memberi gambaran tentang krisis
yang berlaku dan kepentingan mengurus krisis
Kesimpulan
 Kita
juga menerima kenyataan bahawa krisis
bukanlah satu perkara yang negatif tetapi berpotensi
menguatkan kewujudan organisasi sekiranya
diuruskan dengan baik.
 Oleh itu satu organisasi yang berupaya muncul
dengan imej yang lebih positif setelah dilanda krisis
akan dilihat sebagai berpotensi wujud dalam dunia
yang mencabar dan dapat dijadikan contoh oleh
pihak lain.
Soalan Ulangkaji
 Kenapa krisis semakin banyak berlaku masa kini berbanding
dahulu?
 Kenapa perkembangan media merupakan satu sebab
berlakunya krisis?
 Apa yang mungkin berlaku sekiranya pencemaran dioksin
dalam bahan tenusu tidak diketahui di Malaysia?
 Kenapa PR penting dalam pengurusan krisis?
 Apakah yang perlu dilakukan oleh pengurus organisasi yang
menghadapi krisis?