Document 7423730

Download Report

Transcript Document 7423730

TAKLIMAT KERJA KURSUS
ZAHRIN BIN HJ ABU
Penolong Pengarah Kanan
Unit Peperiksaan SPM
SPPMALN
CARTA PETUGAS PENTAKSIRAN
KERJA KURSUS
LPM
KPK
JPN
KPN
KPKw
KPS
PS
KETUA PENTAKSIR
KEBANGSAAN (KPK)
Personel yang dilantik oleh Lembaga
Peperiksaan Malaysia yang mempunyai
kemahiran dalam pentadbiran dan
pentaksiran bagi mengurus mesyuarat
penyelarasan peringkat kebangsaan, dan
menyediakan laporan untuk Lembaga
Peperiksaan Malaysia.
KETUA PENTAKSIR NEGERI
(KPN)
Personel yang dilantik oleh Jabatan
Pelajaran
Negeri
yang
mempunyai
kemahiran dalam pentaksiran bagi
menyelaraskan skor calon di sekolah.
Personel juga bertanggungjawab mengesan
kelemahan-kelemahan yang menimbulkan
keraguan dalam pemberian skor calon.
PENTAKSIR KAWASAN (PKw)
Personel yang dilantik oleh Jabatan
Pelajaran
Negeri
dan
mempunyai
kemahiran dalam pentaksiran bagi
menyelaraskan skor calon di sekolah.
Personel juga bertanggungjawab mengesan
kelemahan dan penyelewengan yang
menimbulkan keraguan dalam pemberian
skor calon.
KETUA PENTAKSIR SEKOLAH
Personel yang dilantik oleh Pengetua dan mengajar
mata pelajaran berkenaan pada tahun peperiksaan serta
mahir dalam tugas pentaksiran. Personel berkenaan
bertanggungjawab menilai dan memberi skor kepada
hasil kerja calon, merekod skor, menyimpan evidens,
dokumen berkaitan serta menghantar skor calon yang
telah diselaraskan ke Lembaga Peperiksaan secara ‘on
line’ dan salinan bercetak dengan kerjasama Setiausaha
Peperiksaan Sekolah.
PENTAKSIR SEKOLAH
•
•
Personel yang dilantik oleh Pengetua dan
mengajar mata pelajaran berkenaan pada
tahun peperiksaan serta mahir dalam tugas
pentaksiran.
bertanggungjawab menilai dan memberi
skor kepada hasil kerja calon, merekod
skor, menyimpan evidens, dokumen
berkaitan serta menghantar skor calon yang
telah diselaraskan ke LPM secara ‘on line’
dan salinan bercetak dengan kerjasama
Setiausaha Peperiksaan Sekolah.
PENYELARASAN
Penyelarasan merupakan satu proses yang
dijalankan untuk memastikan keselarasan
kefahaman terhadap skema penskoran,
penggunaan yang betul bagi skema penskoran
dan skor yang betul bagi setiap pelajar.
PENYELARASAN
• penyelarasan pentadbiran
• keselarasan dari segi dokumen, panduan
pentaksiran,
kaedah
dan
borang
pentaksiran
• pengurusan skor
• memastikan konstruk, aspek, elemen,
gred, markah dan skala skor yang
seragam
Penyelarasan dilaksanakan
oleh:
•
•
•
•
Pentaksir Kebangsaan
Pentaksir Negeri
Pentaksir Kawasan
Ketua Pentaksir sekolah
PEMANTAUAN
Satu proses mendapatkan maklumat
dan memastikan pentaksiran
dilaksanakan mengikut prosedur dan
jadual pentaksiran yang ditetapkan.
TUJUAN PEMANTAUAN
• memastikan semua calon ditaksir mengikut
dokumen atau panduan pentaksiran.
• memastikan pentaksiran dilakukan
mengikut prosedur dan ketetapan yang
dibuat dengan adil, sahih dan amanah.
Pemantau Luaran
• Pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia
(LPM)
• Jemaah Nazir
• Pegawai Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)
• Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah /
Bahagian (PPD/PPB)
Pemantau Dalaman
•
•
•
•
Pengetua
Penolong Kanan Akademik
Guru Cemerlang
Guru Kanan Mata pelajaran / Ketua Panitia
PENGESANAN
Pengesanan ialah proses menilai program
Kerja Kursus dari segi pencapaian objektif,
kekuatan dan kelemahan serta impaknya
untuk tujuan memperbaiki Kerja Kursus.
Tugas & Tanggungjawab KPK
Sebelum
1. Memberi Taklimat dan mesyuarat kepada
Ketua Pentaksir Negeri.
2. Melawat sekolah
3. Menjalankan penyelarasan.
4. Mempengerusikan mesyuarat bersama
pentaksir negeri.
5. Menentukan agenda mesyuarat.
Tugas & Tanggungjawab KPK
Semasa
1. Berjumpa Pengetua Sekolah memaklumkan kehadiran
2. Melihat jadual perancangan pentaksiran calon-calon
sekolah
Selepas
1. Mendapatkan laporan penyelarasan daripada pentaksir
negeri.
2. Menghantar laporan penyelarasan kepada Lembaga
Peperiksaan Malaysia.
Tugas & Tanggungjawab KPN
Sebelum
1. Menghadiri mesyuarat penyelarasan peringkat
kebangsaan
2. Melawat Sekolah.
3. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan
dari semasa ke semasa
Semasa
1. Menyediakan laporan penyelarasan
2. Menyelaras skor calon di sekolah
Tugas & Tanggungjawab KPN
Selepas
1. Mengarahkan pentaksir sekolah mentaksir
semula aspek yang berkaitan dalam pentaksiran
jika ada keraguan serta memaklumkan kepada
LPM.
2. Menghantar laporan kepada pentaksir
kebangsaan.
3. Menghantar laporan penyelarasan kepada LPM.
4. Menyelesaikan kes-kes khas
Tugas & Tanggungjawab PKw
Sebelum
• Menghadiri mesyuarat penyelarasan peringkat
negeri.
• Menyelaras skor murid di sekolah.
Semasa
• Mengarahkan pentaksir sekolah mentaksir semula
aspek yang berkaitan dalampentaksiran jika ada
keraguan serta memaklumkan kepada pentaksir
negeri.
Tugas & Tanggungjawab PKw
Selepas
• Menghantar laporan kepada pentaksir
negeri
• Menyelesaikan kes-kes khas
Tugas & Tanggungjawab KPS
Sebelum
• Menghadiri mesyuarat penyelarasan.
• Mengendalikan mesyuarat di peringkat sekolah
dan memberi taklimat kepada pentaksir Sekolah.
Semasa
• Mengadakan penataran peringkat sekolah
• Mentaksir kerja murid.
• Menyelaras skor murid di sekolah.
Tugas & Tanggungjawab KPS
Selepas
1. Mentaksir semula kerja murid jika ada perubahan
selepas diselaraskan oleh pentaksir negeri/
kawasan.
2. Menyerahkan skor kepada SUP
3. Memastikan setiap murid pindah di hantar ke
sekolah baru.
4. Menyediakan sijil PBS bagi setiap calon.
5. Menyimpan rekod dan evidens di tempat
selamat.
Tugas & Tanggungjawab KPS
Selepas
6. Tempoh penyimpanan adalah selama 6 bulan
selepas keputusan diumumkan.
7. Memastikan pentaksir sekolah memasukkan
skor dalam aplikasi yang ditetapkan oleh LPM
8. Memberi kerjasama kepada pentaksir negeri /
kawasan dalam urusan penyelarasan
9. Menyelesaikan kes-kes khas
Tugas & Tanggungjawab PS
Sebelum
• Menghadiri mesyuarat penyelarasan.
• Mengendalikan mesyuarat di peringkat
sekolah dan memberi taklimat kepada murid
Semasa
• Mentaksir kerja murid.
• Merekodkan skor murid di sekolah.
Tugas & Tanggungjawab PS
Selepas
1. Mentaksir semula kerja murid jika ada perubahan
selepas diselaraskan oleh pentaksir negeri/
kawasan.
2. Menyerahkan skor kepada KPS
3. Memastikan setiap murid pindah di hantar ke
sekolah baru.
4. Menyediakan sijil PBS bagi setiap calon.
5. Menyimpan rekod dan evidens di tempat selamat
dan diserahkan kepada KPS.
Tugas & Tanggungjawab PS
Selepas
6. Tempoh penyimpanan adalah selama 6 bulan
selepas keputusan diumumkan.
7. Memastikan pentaksir sekolah memasukkan
skor dalam aplikasi yang ditetapkan oleh LPM
8. Memberi kerjasama kepada pentaksir negeri /
kawasan dalam urusan penyelarasan
9. Menyelesaikan kes-kes khas
PENGURUSAN SKOR CALON
• Pentaksir mentaksir sesuatu aspek
berdasarkan kriteria yang ditetapkan
dalam aspek berkenaan dan dilakukan
dengan sempurna oleh calon.
• Gred Skor diberi dengan
membandingkan pernyataan kriteria
bagi setiap aspek yang ditaksir
menggunakan maklumat yang terdapat
dalam Buku Panduan Pentaksiran.
•
•
•
•
Semua skor untuk setiap aspek yang
ditaksir dicatat dalam Borang Penilaian
Individu (BPI) untuk setiap calon.
Skor keseluruhan untuk Elemen
dimasukkan ke dalam Borang
Kelompok Gred Elemen (BKGE)
Borang Penilaian Individu (BPI) dan
Borang Markah Calon hendaklah
diperbanyakkan oleh pihak sekolah.
Borang BPI dan BKGE yang telah
lengkap dengan Skor perlu disimpan
dan dipastikan keselamatannya
kerana skor merupakan data
peperiksaan di peringkat SPM.
PENGURUSAN SKOR CALON
CALON PINDAH
Memastikan sekolah baru yang dipilih
menawarkan Kerja kursus yang sama
dengan pilihan Kerja kursus yang diambil
oleh mereka
Sekolah asal calon bertanggungjawab
untuk
memastikan
rekod,
butiran
pentaksiran dan skor calon diterima oleh
sekolah baru calon.
PENGURUSAN SKOR CALON
PENGHANTARAN MARKAH KE LPM
Pihak sekolah memasukkan data gred markah
calon yang telah diselaraskan secara On-Line
pada awal bulan Ogos dan menghantar hasil
cetakan komputer ke Jabatan Pelajaran Negeri
pada hujung bulan Ogos.
Jabatan Pelajaran Negeri menghantar cetakan
komputer ke Lembaga Peperiksaan Malaysia
selewat-lewatnya pada akhir bulan September
SENARAI SEMAK PENYELARASAN
1. Laporan Penyelarasan Pentaksiran
2. Borang Penyelarasan Markah Calon
3. Graf Penyelarasan Pentaksiran Projek
4. Borang Pengesahan Penyelarasan
Pentaksiran
5. Cetakan Markah
6. Borang Tuntutan
PROSEDUR PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KERJA KERJA KURSUS
Pemantauan
Pemantauan pentaksiran adalah
proses memastikan pentaksiran yang
dijalankan oleh pentaksir mematuhi
prosedur yang ditetapkan.
Objektif Pemantauan
•
•
•
Memastikan kerja kursus/ projek
dilaksanakan oleh semua calon.
Memastikan
pentaksiran
dilakukan secara adil.
Memastikan
tiada
unsur
penyelewengan
dalam
proses
Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
Tugas Pemantau
•
•
•
Memastikan kerja projek dilaksanakan
seperti yang ditetapkan.
Memastikan evidens dan dokumen
disimpan di tempat yang selamat.
Menyediakan laporan untuk perhatian
Lembaga
Peperiksaan Malaysia/
Jabatan Pelajaran Negeri.
PEMANTAU DALAMAN
1. Pemantau dalaman adalah terdiri daripada
pihak pentadbiran
sekolah (Pengetua /
Penolong Kanan / Guru Kanan Teknik dan
Vokasional).
2. Tugas pemantau dalaman ialah memastikan
segala aktiviti pentaksiran kerja kursus
mematuhi prosedur dan jadual perancangan
pentaksiran yang ditetapkan.
3. Pemantau dalaman akan mengesahkan
aktiviti pentaksiran pada ruangan yang
disediakan pada BPI.
4. Pemantau dalaman akan mengesahkan
kehadiran
penyelaras
dengan
menggunakan Borang Pengesahan
Kehadiran Penyelaras.
5. Mengambil tindakan susulan terhadap
laporan yang dikemukakan oleh
pemantau luaran dan penyelaras luaran
sekiranya ada.
Pemantau Luaran
•
Pemantau luaran adalah terdiri
daripada pegawai-pegawai Lembaga
Peperiksaan
Malaysia,
Jabatan
Pelajaran Negeri, dan Jemaah Nazir
Sekolah Persekutuan.
•
Pemantau luaran akan hadir ke sekolah
yang ditetapkan pada tarikh yang
dijadualkan.
KERJASAMA JPN
1. Perlantikan Penyelaras Kawasan
2. Taklimat Pentaksiran dan Penyelarasan
peringkat Negeri
3. Pemantauan
CARTA ALIR
PENGOPERASIAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
PERANCANGAN DI PERINGKAT LPM
PENAMBAHBAIKAN
PENATARAN DI PERINGKAT KEBANGSAAN
PENATARAN DI PERINGKAT JPN
PENATARAN DI PERINGKAT PPB/D
PELAKSANAAN
PENYELARASAN
PEMANTAUAN
PENGESANAN
LAPORAN
LAPORAN
LAPORAN
LAPORAN DAN CADANGAN
CARTA PENGOPERASIAN PENYELARASAN
Menghadiri Taklimat Penyelarasan
Merancang Jadual Penyelarasan
Membuat Lawatan Penyelarasan
Menyediakan Laporan Penyelarasan
Menghantar Laporan ke Sekolah dan JPN
Menghadiri Mesyuarat Pasca penyelarasan
Masalah?
Tiada
Menghantar Laporan ke LPM
Ada
CARTA PENGOPERASIAN PEMANTAUAN
Menghadiri Taklimat Pemantauan
Merancang Jadual Pemantauan
Membuat Lawatan Pemantauan
Menyediakan Laporan Pemantauan
Menghantar Laporan ke Sekolah dan JPN
Menghadiri Mesyuarat Pasca pemantauan
Masalah?
Tiada
Menghantar Laporan ke LPM
Ada
“Untuk mengurus dunia hari ini kepandaian
sahaja tidak mencukupi. Untuk itu, tugas kita
ialah untuk melahirkan pegawai-pegawai yang
bijaksana. Dengan kebijaksanaannya, ia
mampu menjangkau dengan mata hati, dapat
melihat petanda-petanda awal sesuatu yang
akan berlaku dan mampu bertindak dengan
betul, tepat dan cepat bagi menghalang
sesuatu yang tidak diingini daripada berlaku.”
Petikan ucapan Pengarah Peperiksaan
Persidangan Pegawai Kanan Peperiksaan Dan Unit
Penilaian Peperiksaan JPN Kali ke 44