Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Download Report

Transcript Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Sektor Penilaian dan Peperiksaan
Jabatan Pelajaran Negeri Kedah
Apakah PBS?
 Pentaksiran yang dirancang, ditadbir, diskor dan dilapor
oleh sekolah.
 LPM menyediakan instrumen merangkumi piawai,
kriteria, panduan dan peraturan
 Bertujuan membolehkan calon mengukur tahap
penguasaan pengetahuan, kemahiran dan nilai
berbanding kriteria yang ditetapkan
 Membolehkan calon memperbaiki pencapaian diri
(assessment for learning)
Konsep PBS
 Dirancang di peringkat sekolah merujuk kepada
perancangan tentang murid yang akan ditaksir, bila
pentaksiran dibuat, kekerapan pentaksiran, siapa yang
terlibat dalam pentaksiran, pemilihan atau pembinaan
instrumen pentaksiran, penskoran, pengredan dan
pelaporan dibuat oleh pihak sekolah dengan
berpandukan kepada Panduan PBS bagi matapelajaran
berkenaan.
Konsep PBS
 Ditadbir diperingkat sekolah merujuk kepada usaha
mengumpul maklumat pentaksiran dan dilaksanakan oleh
guru pentaksir yang terlibat dalam pembelajaran murid
dan pengurusan evidens.
Konsep PBS
 Diskor di peringkat sekolah merujuk kepada proses
pemberian skor kepada perkara ditaksir berdasarkan
skema penskoran.
Konsep PBS
 Dilaporkan di peringkat sekolah merujuk kepada
perumusan skor oleh guru pentaksir bagi mendapatkan
tahap penguasaan pelajar. Perumusan skor akan dibuat
berdasarkan prinsip rumusan yang telah ditetapkan oleh
peraturan penggredan yang telah dibina.
Konsep PBS
 Kerangka yang ditetapkan merujuk kepada prinsip dan
konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah
Konsep PBS
 Dimoderasikan merujuk kepada usaha memastikan tiap-
tiap murid ditaksir berdasarkan perkara yang sama.
Mekanisme penyelarasan dan pemantauan dilaksanakan
untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan skor
pentaksiran bagi menjamin kualiti
Konsep PBS
 Kesahan merujuk kepada sejauh mana skor pentaksiran
itu dapat menggambarkan cukup cakup tentang perkara
yang ditaksir dan perkara yang ditaksir itu relevan. Ini
dapat ditentukan dengan menetapkan perkara yang
ditaksir adalah terangkum dalam Huraian Sukatan
Pelajaran
Konsep PBS
 Kebolehpercayaan merujuk kepada sejauh mana skor
pentaksiran itu tepat dan tekal. Kesahan dan
kebolehpercayaan skor pentaksiran ini dipastikan melalui
pelaksanaan mekanisme penyelarasan dan pemantauan.
Konsep PBS
 Pelaporan positif - skor yang dilaporkan menunjukkan
tahap penguasaan murid dan ini boleh diperbaiki dan
dipertingkatkan dari semasa ke semasa
Komponen PBS
 Projek
 Calon melaksanakan tugasan di sekolah
 LPM membekalkan panduan
 LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras
 Pemarkahan dan pelaporan oleh sekolah
 Markah dihantar kepada LPM
 Sekolah mengeluarkan sijil
Komponen PBS
 Kerja Kursus / PEKA
 Calon melaksanakan tugasan di sekolah yang dikendalikan
sepenuhnya oleh guru sewaktu pengajaran dan
pembelajaran
 LPM membekalkan panduan
 LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras
 Pemarkahan dan pelaporan oleh sekolah
 Markah dihantar kepada LPM
 Sekolah mengeluarkan sijil
Komponen PBS
 Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS)
 Calon ditaksir kemahiran berlisan menerusi pelbagi konteks
dalam situasi pengajaran dan pembelajaran.
 LPM membekalkan panduan
 LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras
 Pemarkahan dan pelaporan oleh sekolah
 Markah dihantar kepada LPM
 Sekolah mengeluarkan sijil
Komponen PBS
 Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS)
 Calon ditaksir kemahiran berlisan menerusi pelbagi konteks
dalam situasi pengajaran dan pembelajaran
 LPM membekalkan panduan
 LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras
 Pemarkahan dan pelaporan oleh sekolah
 Sekolah mengeluarkan sijil
Komponen PBS
 Modul
 Calon ditaksir kompetensinya mengikut spesifikasi
 LPM membekalkan modul pentaksiran sebagai panduan
 LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras
 Pemarkahan dan pelaporan oleh sekolah
 Markah dihantar kepada LPM
 Sekolah / LPM mengeluarkan sijil
Dasar Pelaksanaan PBS
 Pelaksanaan ditadbir mengikut kuasa yang diberikan
kepada Pengarah Peperiksaan di bawah Akta Pendidikan
1996 (Akta 550), Seksyen 67, 68 dan 69
 Sekolah memastikan infrastruktur dan kelengkapi fizikal
ada sebelum menawarkan mata pelajaran yang ada
komponen PBS
 Sekolah memohon kelulusan daripada Pengarah Pelajaran
Negeri 2 tahun sebelum
 Sekolah bertanggungjawab memastikan skor yang
diberikan kepada calon adalah sahih berdasarkan evidens
yang autentik
Dasar Pelaksanaan PBS
 Sekolah bertanggungjawab ke atas keselamatan evidens
calon termasuk evidens produk calon yang berpindah
 Sekolah bertanggungjawab ke atas keselamatan skor
calon termasuk penghantaran skor ke LPM
 Semua calon yang mendaftar mata pelajaran yang ada
komponen PBS wajib melaksanakan PBS termasuk calon
yang mengulang
 Murid yang tidak melaksanakan PBS akan dianggap tidak
hadir. Sekolah boleh memohon pengecualian kepada
Pengarah Pelajaran Negeri dengan mengemukakan
dokumen sokongan
Dasar Pelaksanaan PBS
 Calon yang berpindah pusat perlu memilih sekolah yang
menawarkan mata pelajaran yang diambil. Sekolah asal
calon bertanggungjawab menghantar semua bahan dan
dokumen pentaksiran ke sekolah baru
 Calon wajib melaksanakan PBS berdasarkan syarat-syarat
yang telah ditetapkan bagi mata pelajaran tersebut
Ciri-ciri PBS
 Keserasian dengan kehendak kurikulum
 Mengambilkira kemahiran, sikap dan nilai murni yang ingin
dikembangkan dalam P&P
 Berpusatkan calon
 Aktiviti dibuat sendiri oleh calon. Skor berdasarkan kriteria
dan tidak relatif kepada calon lain
 Luwes
 Tidak rigid dari segi jadual, tempat dan kaedah – ditaksir
bila calon bersedia
 Berpaksikan pembinaan insan
 Menanam aspek nilai murni
Ciri-ciri PBS
 Telus dan terbuka
 Calon berpeluang mengetahui apa ditaksir, bila ditaksir,
bagaimana dan di mana pentaksiran dibuat
 Kebolehlaksanaan dan sistematik
 Format mengambilkira aspek pentadbiran pentaksiran boleh
dilaksanakan dengan sistematik
 Kepelbagaian instrumen
 Untuk memberi cakupan yang luas dan evidens yang banyak
untuk menggambarkan pencapaian sebenar calon
 Formatif dan berterusan
 Calon diberi peluang untuk meningkatkan pencapaian dan
memperbaiki skor
Ciri-ciri PBS
 Mempunyai skor
 Skor mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang
tinggi jika dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan
 Pelaporan positif
 Skor dilaporkan untuk menggalakkan calon memperbaiki
tahap penguasaan dari semasa ke semasa
 Penyelarasan dan pemantauan berterusan
 Untuk memastikan PBS dilaksanakan mengikut prosedur
Perancangan Pentaksiran
 Perancangan
 Perancangan yang teliti dilaksanakan antara Lembaga
Peperiksaan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri dan
pelaksana PBS yang telah dilantik.
 Penataran
 Penataran ialah pendedahan tentang Konsep, Kerangka dan
Dasar program PBS kepada pihak yang terlibat dengan
pelaksanaan PBS seperti pentadbir sekolah, pemantau,
penyelaras, pentaksir sekolah dan murid-murid tentang
pelaksanaan PBS.
Perancangan Pentaksiran
 Pelaksanaan Pentaksiran
 Pelaksanaan PBS ialah mentaksir perkara yang hendak
ditaksir dalam PBS mengikut prosedur yang telah
ditetapkan seperti dalam buku Format Pentaksiran
 Penyelarasan
 Penyelarasan ialah satu proses untuk memastikan
pentaksiran PBS dilaksanakan dengan cara yang betul dan
seragam dari segi kefahaman peraturan penskoran,
penggunaan peraturan penskoran dan pemberian skor.
Perancangan Pentaksiran
 Pemantauan
 Pemantauan ialah satu proses mendapatkan maklumat dan
memastikan program PBS dilaksanakan mengikut prosedur
yang telah ditetapkan.
 Pengesanan
 Pengesanan ialah proses menilai program PBS dari segi
pencapaian objektif, kekuatan dan kelemahan serta
impaknya untuk tujuan memperbaikiaprogram itu.
Perancangan Pentaksiran
 Laporan
 Penyelaras, Pemantau dan Jabatan Pendidikan Negeri akan
membuat laporan mengenai pelaksanaan PBS untuk
penambahbaikan.
Pentadbiran PBS
 JK Peringkat Kebangsaan
 JK Peringkat Negeri
 JK Peringkat Daerah
 JK Peringkat Sekolah
JK Peringkat Kebangsaan
Penasihat:
Pengerusi:
Naib Pengerusi:
Setiausaha:
AJK:
Pengarah Peperiksaan
Timb Pengarah Pep (Operasi)
Ketua Sektor SPPMALN
KPP SPPMALN
Semua pegawai mata pelajaran
Semua pegawai pembina
Ketua Pentaksir Kebangsaan
JK Peringkat Negeri
Penasihat:
Pengerusi:
Naib Pengerusi 1:
Naib Pengerusi 2:
Setiausaha 1:
Setiausaha 2:
Ahli Jawatankuasa :
Pengarah Pelajaran Negeri
Timbalan Pengarah PelajaranNegeri
Ketua Sektor Pengurusan Akademik
Ketua Sektor Penilaian & Peperiksaan
KPP Penilaian & Peperiksaan
KPP Pengurusan Akademik
Ketua Jemaah Nazir Negeri
Ketua Sektor Pendidikan Islam
Pen Pengarah Penilaian dan Peperiksaan
Pen Pengarah Sains & Matematik
Pen Pengarah Teknik & Vokasional
Pen Pengarah Sains Sosial & Kemanusiaan
Pen Pengarah Bahasa
Semua Pegawai Pelajaran Daerah
Ketua Pentaksir Kebangsaan
Ketua Pentaksir Negeri
JK Peringkat Daerah
Pengerusi:
Setiausaha:
AJK:
Pegawai Pelajaran Daerah
Pen PPD (Akademik)
Pen PPD (T & V)
Pen PPD (Bahasa)
Pen PPD (Sains & Matematik)
Pen PPD (Pend Islam & Moral)
Pen PPD (Sains Sosial & kemanusiaan)
Pen PPD (Peperiksaan)
Semua Pengetua
Ketua Pentaksir Negeri
Ketua Pentaksir Kawasan
Pentaksir Kawasan
Ketua Pentaksir Sekolah
JK Peringkat Sekolah
Pengerusi:
Naib Pengerusi:
Setiausaha
P Setiausaha
AJK
Pengetua / Guru Besar
Pen Kanan Akademik
S/U Peperiksaan
Pen S/U Peperiksaan
Guru Kanan
Guru Cemerlang
Ketua Panitia
Ketua Pentaksir Sekolah
Tugas dan Tanggungjawab Sekolah
 Sebelum pentaksiran
 Menerima surat siaran PBS daripada JPN
 Menerima dokumen PBS daripada JPN
 Menubuhkan JK PBS sekolah
 Melantik Ketua Pentaksir Sekolah setiap mata pelajaran
 Memperbanyakkan dokumen PBS untuk kegunaan pentaksir
 Menyediakan jadual pelaksanaan PBS
 Menyediakan kemudahan fizikal, peralatan dan bahan yang mencukupi
 Menamakan pentaksir di kalangan guru mata pelajaran yang akan
melaksanakan PBS – berperanan menguruskan segala urusan berkaitan
pentaksiran
 Memberi taklimat kepada calon
 Memastikan setiap murid ada fail PBS
Tugas dan Tanggungjawab Sekolah
 Semasa pentaksiran
 Pentaksiran dijalankan semasa P&P
 Penyelarasan dalaman
 Pemantauan dalaman
 Pentaksir merekod skor dalam BSI
 Pentaksir menyimpan evidens dengan selamat
 Pentaksir memaklumkan skor kepada calon dan calon
tandatangan di BSI
 Pentaksir memindahkan skor dengan betul dari BSI ke
Borang Markah Induk berdasarkan format pentaksiran
mata pelajaran
Tugas dan Tanggungjawab Sekolah
 Selepas pentaksiran
 Borang Skor Individu dan Borang Markah Induk disemak
dan disahkan oleh Pengetua / Guru Besar dan disimpan di
sekolah
 S/U peperiksaan memastikan pentaksir memasukkan
markah ke dalam aplikasi LPM
 S/U peperiksaan dan pentaksir menyemak markah yang
dimasukkan dalam aplikasi LPM
 S/U peperiksaan menyerah cetakan Senarai Keseluruhan
Markah calon untuk disahkan oleh Pengetua / Guru Besar
 Mengeluarkan sijil / penyataan pencapaian PBS calon
Pelaksanaan PBS
 Petugas Pentaksiran
 Ketua Pentaksir Kebangsaan
 Ketua Pentaksir Negeri
 Ketua Pentaksir Kawasan
 Pentaksir Kawasasan
 Ketua Pentaksir Sekolah
Pelaksanaan PBS
 Ketua Pentaksir Kebangsaan
 Dilantik oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia
 Guru terlatih
 Opsyen yang berkaitan dengan mata pelajaran
 Disahkan dalam jawatan
 Berpengalaman
Pelaksanaan PBS
 Ketua Pentaksir Negeri
 Dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negeri
 Guru terlatih
 Opsyen yang berkaitan dengan mata pelajaran
 Disahkan dalam jawatan
 Berpengalaman dalam mata pelajaran berkaitan
Pelaksanaan PBS
 Ketua Pentaksir Kawasan / Pentaksir Kawasan
 Dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negeri
 Guru terlatih
 Opsyen berkaitan mata pelajaran
 Berpengalaman
 Disahkan dalam jawatan
Pelaksanaan PBS
 Ketua Pentaksir Sekolah
 Dilantik oleh Pengetua / Guru Besar
 Guru terlatih
 Opsyen mata pelajaran berkaitan
 Jika bukan opsyen mata pelajaran berkaitan mesti
berpengalaman mengajar mata pelajaran berkaitan
sekurang-kurangnya 3 tahun
 Dilantik dalam jawatan
Tugas Pentaksir Sekolah
 Sebelum pentaksiran
 Menghadiri mesyuarat penyelarasan peringkat kawasan
dan sekolah
 Bertanggungjawab memberi taklimat dan penerangan
kepada calon
Tugas Pentaksir Sekolah
 Semasa Pentaksiran
 Membimbing dan membantu calon meningkatkan prestasi
 Mentaksir calon
 Mengisi borang-borang penskoran individu dan lain-lain
yang berkaitan.
 Memberi kerjasama kepada pentaksir negeri/ kawasan
dalam urusan penyelarasan
Tugas Pentaksir Sekolah
 Selepas Pentaksiran
 Mentaksir semula kerja murid jika ada perubahan selepas
diselaraskan oleh PN/PKw
 Menyerahkan skor kepada SUP
 Menyimpan rekod dan evidens ditempat selamat selama 6
bulan selepas keputusan diumumkan
 Menyediakan laporan dan menyerahkannya kepada PKw
 Memastikan borang penskoran individu yang berpindah
sekolah dihantar ke sekolah baru
 Menyediakan sijil PBS bagi setiap calon
 Menyelesaikan kes-kes khas
Kes-Kes Khas
 Jawatankuasa Kes Khas mesti diwujudkan di sekolah
untuk mengendalikan kes-kes bagi calon yang tidak dapat
melaksanakan PBS sepenuhnya
 Keanggotaan
 Pengetua/ Guru Besar
 Guru Kanan
 Ketua Pentaksir Sekolah
 Ketua Pentaksir
Isu-Isu
 Guru GSTT – boleh membuat pentaksiran dengan syarat dilatih
 Pentaksir mendakwa ada sekolah yang menghantar markah





yang tidak diselaraskan ke LPM
Pentaksir minta sekolah dapatkan surat akuan ibu bapa bagi
anak yang tidak melaksanakan KK
Pelajar yang tidak hadir pastikan diberi surat peringatan 3 kali
– menjaga kepentingan sekolah
Guru keluar bertugas – pohon izin drp Pengetua / Guru Besar
kerana penting bagi pelaksanaan PBS
Kerjasama pihak sekolah dalam menerima lawatan pentaksir
boleh diperbaiki
Terlalu ramai guru dari sesebuah sekolah dilantik sebagai
pentaksir kawasan / negeri
Penutup
 Sekolah diberi kuasa menentukan gred pentaksiran calon
 KUASA + TANGGUNGJAWAB
 Berjaya atau gagal bergantung kepada integriti, sikap dan
komitmen pelaksana
 Memberi kesan kepada kehidupan generasi akan datang