PENDIDIKAN SEKSUALITI GADIS Gadis adalah zaman peralihan dari dunia kanak-kanak perempuan ke alam dewasa wanita.
Download ReportTranscript PENDIDIKAN SEKSUALITI GADIS Gadis adalah zaman peralihan dari dunia kanak-kanak perempuan ke alam dewasa wanita.
PENDIDIKAN SEKSUALITI GADIS Gadis adalah zaman peralihan dari dunia kanak-kanak perempuan ke alam dewasa wanita. Pada masa ini berlaku perubahan dari segi fizikal, emosi dan psikologi yang boleh menimbulkan tanda tanya mengapa perubahan ini berlaku dan apakah rahsia di sebaliknya. Kebanyakan gadis merasa takut dan tertekan dengan perubahan yang mendadak dan ada yang berjaya mengatasi alam gadis dengan baik. Setiap wanita pasti melalui zaman peralihan ini dengan kadar yang berbeza. Penyesuaian kepada perubahan semasa alam gadis sepatutnya lebih menyakinkan sekiranya kita mengetahui perubahan-perubahan yang berlaku kepada kita. Manisnya Menjadi Gadis Semasa alam kanak-kanak tiada beza antara kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan. Menjelang usia baligh, perbezaan fizikal dan psikososial antara gadis dan teruna menjadi ketara. Perubahan-perubahan yang berlaku adalah dipengaruhi oleh hormon estrogen dan progesteron yang membentuk ciri-ciri fizikal dan psikologikal seorang gadis. 5 tahun 10 tahun 15 tahun Dewasa Hormon progesteron juga berperanan membentuk ciri-ciri seksual gadis. Memahami perubahan-perubahan yang berlaku akan membantu kita menghargai alam gadis Perubahan Fizikal Semasa menjalani alam gadis, semua wanita akan mengalami perubahan fizikal yang berbeza mengikut peringkat umur. 9 – 10 TAHUN • Puting payudara mula ketara • Tulang punggung mula melebar. Lemak akan tersimpan di bahagian punggung dan peha • Ini memberikan ciri-ciri kewanitaan 10 – 11 TAHUN • Saiz puting payudara mula membesar • Bulu ari-ari mula tumbuh 11 – 13 TAHUN • Bulatan areolar payudara semakin membesar • Organ reproduktif bertambah matang dan menjadi nyata 13 – 15 TAHUN • Bulu ari-ari menjadi lebat • Bulu mula tumbuh di bawah ketiak • Kedatangan haid 16 – 18 TAHUN • Gadis akan mencapai ketinggian maksima • Pada usia ini kesemua perubahan ciri seksual sekunder menghampiri saiz wanita dewasa Kenali Payudara Anda Pada zaman kanak-kanak, payudara kakak-kakak perempuan tidak ketara. Menjelang alam gadis, payudara mula membesar akibat dari pengaruh hormon estrogen dan progestron sehingga mencapai saiz dewasa ketika akhir alam gadis Selepas ini saiz payudara tidak akan berubah melainkan apabila seseorang wanita mengandung atau menyusukan anak Kemuskilan Gadis Mengenai Payudara Ada gadis yang mempunyai payudara yang lebih besar atau kecil berbanding dengan rakan sebaya. Perkara ini adalah normal kerana bentuk dan saiz payudara seseorang gadis banyak dipengaruhi oleh faktor hormon, keturunan dan genetik seseorang itu Selain dari itu, ada juga gadis akan mendapati saiz antara payudara kiri dan kanannya berbeza. Jangan bimbang, ini juga satu keadaan yang normal. Payudara tetap dapat melaksanakan fungsi keibuannya tanpa mengira saiz atau bentuknya Penjagaan Payudara Menggunakan Anak Baju Atau Coli Gadis perlu memakai anak baju atau coli remaja mengikut saiz payudaranya. Anak baju atau coli remaja memberi perlindungan dan mengamu payudara yang semakin membesar Petua Memilih Anak Baju Atau Coli Remaja Pilih anak baju atau coli yang sesuai dengan saiz payudara. Coli yang terlalu ketat akan mencengkam payudara manakala coli yang terlalu besar pula tidak akan memberi sokongan. Pilihlah coli yang diperbuat dari kain kapas atau kain yang lembut agar dapat menyerap peluh Kesesuaian Coli Tanda-tanda coli yang sempit dan kecil Tidak selesa ketika memakai Tanda-tanda coli yang terlalu besar Coli mengelunsur ke atas dan ke bawah ( longgar ) Tali coli terbenam dan meninggalkan kesan pada bahu Sempadan lengkok coli tidak lurus ( lengkok/ ‘cup’ coli besar ) Sebahagian payudara tidak diliputi oleh coli dan coli meregang Bahagian tepi coli longgar dan mengelebih Kaedah menentukan saiz coli yang sesuai Langkah Pertama Ukur bahagian bawah payudara dari tengah dada hingga ke bahagian tengah tulang belakang dalam inci. Ukuran ini di darab dua dan tambah dengan lima. Namakan ukuran ini A, iaitu saiz coli anda. contohnya: Ukuran ialah 14.5 inci. A = ( 14.5 x 2 ) + 5 = 34 Langkah Kedua Selain dari saiz coli, saiz lengkok coli ( cup saze ) perlu diambil kira dalam pemilihan coli yang sesuai. Panduan berikut boleh membantu anda.Ukuran tengah dada melalui putting payudara hingga ke tengah belakang dalam ukuran inci. Darab ukuran ini dengan dua. Namakan ukuran ini B. contohnya: Ukuran ialah 17.5 inci. A = ( 17.5 x 2 ) = 35 Sambungan…………. PERBEZAAN ANTARA KEDUADUA UKURAN ( B – A ) LENGKUK COLI -1 AA 0 A 1 B 2 C 3 D 4 DD dan seterusnya Dengan Mengambil contoh di atas : Ukuran A ialah 34 inci Ukuran B ialah 35 inci Perbezaan antara kedua-dua Ukuran ialah (B – A) iaitu 35 – 34 = 1 Merujuk kepada jadual di atas saiz lengkok coli ialah B. Saiz coli anda ialah 34B PEMERIKSAAN SENDIRI PAYUDARA ( PSP ) Peperiksaan Sendiri Payudara (PSP) - adalah kaedah bagi mengesan ketumbuhan yang terdapat pada payudara. Walaupun kanser secara umumnya terjadi di kalangan wanita berusia melebihi 40 tahun, terdapat juga ketumbuhan yang dikesan pada usia gadis Bila PSP Perlu Di Lakukan - PSP perlu dilakukan pada hari ke 10 dari hari pertama haid anda pada tiap-tiap bulan. Contohnya, anda mengalami haid pada tanggal 1 haribulan, lakukan PSP pada 10 haribulan bulan tersebut. Cara-cara melakukan PSP – Bagi gadis yang mempunyai payudara bersaiz kecil PSP boleh dilakukan secara berdiri. Kaedah berbaring adalah lebih sesuai bagi gadis yang mempunyai payudara yang bersaiz besar. Langkah Pertama – Berdiri di hadapan cermin dan perhatikan samada terdapat keluarbiasaan pada payudara anda. Setelah itu ikutlah panduan untuk kaedah berdiri dan kaedah berbaring. PSP : Melihat Perubahan Di hadapan Cermin KEDUDUKAN 1 Tanggalkan pakaian pada paras pinggang dan lihat anda di hadapan cermin • KEDUDUKAN 2 Angkat kedua-dua tangan ke atas kepala. Periksa payudara dari pelbagai sudut. SAMBUNGAN PSP CERMIN……………. KEDUDUKAN 3 • Berdiri tegak di hadapan cermin dengan tangan disisi. Pusing ke kiri dan ke kanan untuk mengesan sebarang perubahan pada payudara. Tegangkan otot bahagian dada anda dengan mencekak pinggang dan menolak ke bawah. Perhatikan sebarang perubahan pada payudara. JADIKAN PSP SEBAHAGIAN DARI AMALAN HIDUP ANDA PSP Kaedah Berbaring- Langkah 1- Persediaan • Mulakan pemeriksaan dengan payudara kanan. • Baring mengiring ke kiri dengan membengkokkan kedua-dua lutut anda. • Letakkan bantal atau tuala mandi yang telah dilipat di bawah bahu sebelah kanan untuk menaikkan bahagian yang akan diperiksa • Letakkan tangan kanan di bawah kepala • Gunakan tangan kiri untuk memeriksa payudara kanan • Gunakan tapak jari-jari untuk meemeriksa sebarang benjolan atau penebalan • Periksa payudara dengan menggunakan kaedah Urutan-Menegak(Vertical Strip) dan Kaedah Pusingan (Circular) Langkah 2 – Pemeriksaan payudara Kaedah Urutan Menegak • Periks seluruh kawasan payudara dalam corak urutan menegak dari tulang selangka di bahagian atas ke garis-kutang (bra-line) di bawah, dan dari garis tengah antara kedua payudara anda ke garis tengah di bahagian bawah ketiak anda. • Menggunkan tangan kiri, mulakan urutan pertama di ketiak. • Buat pusinganringan dan kemudian tekan kuat di tempat ini untuk merasakan sebarang benjolan atau penebalan. • Gerakkan tangan anda perlahan-lahan ke arah garisan kutang menggunakan pusingan tangan ringan dan tekan kuat pada setiap tempat. • Di bahagian bawah garis kutang, gerakan tangan lebih kurang 2 sentimeter ke kiri dan terus ke arah atas menuju tulang selangka anda dengan melakukan pusingan dan tekanan. • Bergerak ke atas dan ke bawah mengikut urutan dan liputi seluruh kawasan yang ditunjukkan. Langkah 3 – Pemeriksaan Payudara Kaedah Pusingan • Bermula di bahagian atas payudara, buat pusingan yang besar. • Gerakkan tangan sekeliling payudara untuk mengesan. • Buat sekurang-kurangnya 3 pusingan kecil sebelum sampai ke puting payudara. • Lakukan pemeriksaan sebanyak dua kali , sekali dengan tekanan ringan dan sekali dengan tekanan kuat. • Jangan lupa periksa bahagian bawah aerola (kawasan Hitam) • Menggunakan kedua-dua belah tangan, tekan payudara untuk melihat samada sebarang leleh luarbiasa dari puting payudara. Langkah 4 – Memeriksa ketiak anda • Jauhkan tangan kanan ke sisi dan rasa ketiak dengan teliti untuk mengesan sebarang benjolan. • Ulangi pemeriksaan yang sama untuk payudara sebelah kiri. Dapatkan bantuan profesional atau datang ke klinik sekiranya : • Anda tidak tahu atau keliru tentang kaedah PSP • Anda mendapati kelainan pada pemeriksaan PSP Organ Reproduktif Labia Major Selaput Dara Labia Minor Bukaan Faraj Dubur Ketika usia baligh, berlaku perubahan yang ketara pada organ-organ reproduktif gadis. Mengetahui perubahan yang berlaku dan fungsi yang berhubungkait dengan perubahan tersebut akan membantu gadis mengatasi kekeliruan serta menyesuaikan diri terhadap perubahan tersebut. ORGAN REPRODUKTIF LUARAN Labia Major 2 lipatan tebal yang melindungi labia minor Labia Minor 2 lipatan nipis yan melindungi bahagian kelentit, bukaan uretra dan bukaan faraj Bukaan Faraj Teletak antara salur kencing dan dudur. Biasanya diselaputi oleh selaput dara. Selaput Dara Selaput nipis yang meliputi sebahagian besar bukaan faraj Organ Reproduktif Dalaman Faraj - Saluran yang menghubungkan uterus (rahim) dengan luar badan.Ia merupakan saluran untuk melahirkan bayi, laluan keluar darah haid dan tempat hubungan seksual. Serviks – Pintu kepada uterus (rahim) yang juga dipanggil pangkal uterus (rahim) Salur Fallopian – Laluan bagi perjalanan ovum (telur) dari ovari ke uterus (rahim).Merupakan tempat persenyawaan berlaku. Uterus – Juga dikenali sebagai rahim. Merupakan organ yang berbentuk buah pir, bersaiz 3 inci panjang, 2 inci lebar dan 1 inci tebal. Bahagian dalam uterus dilapisi oleh lapisan yang dipanggil endometrium. Semasa haid , lapisan ini akan luruh sebahai darah haid. Selepas persenyawaan berlaku di dalam saluran fallopian, janin akan terbentuk dan turun ke uterus serta membesar selama 40 minggu. Onari – organ yang bertindak sebagai kantong telur gadis. Seorang gadis mempunyai sepasang ovari yang bergilir-gilir mengeluarkan ovum (telur) setiap bulan. Setiap bulan, sebiji ovum menjadi matang dan dikeluarkan dari salah satu ovari secara bergilir-gilir Haid Dan Anda Secara umumnya gadis mula didatangi haid ketika berusia di antara 10 hingga 15 tahun. Haid berlaku tiap-tiap bulan dan tempoh haid adalah di antara 3 hingga 7 hari. Secara purata seorang gadis kehilangan 2 hingga 6 sudu darah semasa haid setiap bulan. Pada kebiasaannya darah haid keluar dalam kualiti yang sedikit pada hari pertama dan bertambah banyak pada hari kedua dan berkurangan pada penghujung haid. Kitaran Haid adalah masa di antara hari pertama haid bermula hingga hari terakhir sebelum kitaran haid yang baru bermula iaitu selama 28 hari. Terdapat variasi di antara seorang gadis ke seorang yang lain. Haid melambangkan organ reproduktif gadis telah berfungsi dan bersedia untuk menjadi ibu Haid Kedatangan haid pertama kali mungkin disedari oleh gadis apabila melihat tompokan darah di seluar dan biasanya menimbulkan ketakutan dan kebimbangan sekiranya gadis tidak mengetahui mengenainya.Haid menunjukkan organ reproduktif gadis telah mula berfubgsi untuk menjalankan peranan keibuannya. Haid berlaku akibat tindakan hormon dalam tubuh gadis. Proses kedatangan haid dapat diterangkan seperti berikut Hormon “ Follicle Stimulating Hormone ” (FSH) merangsang ovari menghasilkan ovum supaya menjadi matang dan bersedia untuk disenyawakan pada masa yang sama ovari akan menghasilkan hormon estrogen yang merangsang pembentukan lapisan tebal endometrium di dalam uterus. Sebaik sahaja ovum matang dan dikeluarkan oleh ovari, penghasilan hormon estrogen terhenti. Proses ini dinamakan ovulasi. Sekiranya ovum tidak dipersenyawakan, Darah Haid lapisan endometrium akan luruh sebagai haid Kebimbangan Semasa Haid Kitaran Haid Tidak Teratur Kebiasaannya kitaran haid adalah tidak teratur pada peringkat awal dan beransur-ansur menjadi normal. Gangguan emosi yang teruk seperti masalah keluarga yang serius dan ketenangan menghadapi paperiksaan boleh menjejaskan kitaran haid gadis. Bagi situasi seperti ini, kitaran haid akan menjadi normal apabila gangguan perasaan tersebut dapat diatasi. Senggugut Sengugut atau sakit datang bulan adalah sakit yang disebabkan oleh pengecutan dinding uterus yang kauat pada hari pertama haid. Seseorang gadis yang menghadapi senggugut akan berasa lenguh dan sakit di bahagian perut, letih, muram dan cepat marah. Masalah senggugut dapat di atasi dengan berbaring atau mendapatkan rawatan. Bagi gadis yang mengalami kesakitan sepanjang dan selepas tempoh haid, sila dapatkan bantuan profesional bagi mengatasi masalah kesihatan ini. Gadis yang tidak didatangi haid setelah mencecah umur 17 tahun, mesti mendapat rawatan dari doktor bagi mengetahui punca kelewatan haid Haid Dan Permasalahannya Sebanyak 30 peratus wanita dan gadis mengalami masalah Sindrom Sebelum Haid dalam bentuk : 1. Payudara berasa sengal 2. Perasaan tidak stabil ( mudah marah, tersinggung ) 3. Sensetif 4. Kemurungan dan keletihan 5. Sakit kepala dan bahagian belakang badan 6. Perubahan selera makan 7. Loya 8. Mengalami cirit-birit atau sembelit 9. “Bloatedness” ( Sembab ) Kebersihan Semasa Haid Gadis perlu memakai tuala wanita/kain yang bersih/tampon bagi menyerap haid dan cecair tisu yang dikeluarkan. Tuala/kain bersih ini perlu ditukar 3 atau 4 jam. Gadis juga dinasihati agar menggunakan seluar dalam yang diperbuat dari kain kapas. Penggunaan tampon yang tidak betul akan menyebabkan berlakunya “Toxic Shock Syndrome” yang boleh menjejaskan kesihatan dan nyawa. Anda dinasihatkan mengamalkan kebiasaan menandakan di kalendar tarikh haid anda bermula dan tarikh ianya berakhir . Amalan ini adalah penting kerana dengan mencatatkan tarikh tersebut anda akan mengetahui pola atau corak pusingan haid anda. Dengan cara ini, anda dapat meramal bila pusingan haid pada bulan hadapan. Ini akan membantu anda membuat persediaan seperti membawa tuala wanita kesekolah Gadis dan aktiviti semasa haid Kedatangan haid bukanlah satu penyakit. Ia merupakan perubahan fisiologi tubuh yang menunjukkan badan gadis berfungsi dengan baik. Anda boleh melakukan apa sahaja kegiatan harian seperti biasa. Oleh kerana kelenjar peluh sangat aktif pada tahun-tahun pembesaran, gadis perlu mandi dan menjaga kebersihan diri. Teruskan senaman kerana ini membantu meningkatkan kecergasan diri dalam tempo haid. Gadis perlulah mengantikan zat besi yang hilang melalui darah haid setiap bulan dengan meningkatkan pengambilan makanan yang mengandungi zat besi seperti ikan, daging, kerang dan sayuran berdaun hijau Remaja usia mengasah potensi Esok dewasa berwawasan tinggi Mulakan amalan gaya hidup sihat Akan menjadi genarasi gemilang Jadikan PJPK panduan kesihatan diri Ayuh, kawan-kawan…. Apa tunggu lagi TERIMA KASIH CHE KAMARUDDIN IPKB