PEMERIKSAAN SENDIRI PAYUDARA (PSP)

Download Report

Transcript PEMERIKSAAN SENDIRI PAYUDARA (PSP)

PEMERIKSAAN SENDIRI
PAYUDARA (PSP)
Apakah yang menyebabkan
kanser payudara?
• Penyebab sebenarnya kanser payudara
tidak di ketahui. Setiap wanita berusia
20 tahun keatas adalah berisiko
menghidap kanser payudara.
Faktor-faktor berikut mungkin
menambahkan risiko wanita menghidap
kanser payudara:
•
•
•
•
Usia meningkat
Ada keluarga yang menghidap kanser payudara.
Telah mendapat kanser pada satu payudara.
Mula datang haid awal (sebelum umur 12 tahun)
atau putus haid lewat (selepas umur 50 tahun)
• Tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak
pertama pada umur melebihi 30 tahun.
• Mengambil jenis makanan yang mengandungi banyak
lemak hawani.
CARA MELAKUKAN PSP
A. Melihat Perubahan Di Hadapan Cermin
• Kedudukan 1
Tanggalkan pakaian
anda pada paras
pinggang, dan lihat
diri anda di
hadapan cermin
• Kedudukan 2
Angkat kedua-dua
tangan ke atas
kepala anda. Periksa
payudara anda dari
berbagai sudut.
• Kedudukan 3
Berdiri tegak di
hadapan cermin
dengan tangan anda
di sisi. Pusing ke kiri
dan ke kanan untuk
mengesan sebarang
perubahan pada
payudara.
• Kedudukan 4
Tegangkan otot-otot
bahagian dada anda
dengan mencekak
pinggang dan menolak
ke bawah.
B. Mengesan Perubahan Dengan Cara Berbaring
• Langkah 1:
Gunakan tangan kiri
anda untuk
memeriksa
payudara kanan
anda. Gunakan
tapak jari-jari anda
untuk memeriksa
sebarang
BENJOLAN atau
PENEBALAN
• Langkah 2:
Gerakkan tangan anda perlahanlahan ke bawah ke arah gariskutang menggunakan pusingan
ringan dan tekanan kuat di setiap
tempat. Di-bahagian bawah gariskutang bergerak lebih kurang dua
sentimeter ke kiri dan terus
kearah atas menuju tulang
selangka anda dengan melakukan
pusingan dan tekanan.
Bergeraklah ke atas dan ke
bawah mengikut urutan dan liputi
seluruh kawasan yang di
tunjukkan.
• Langkah 3 :
Bermula di
bahagian atas
payudara anda,
buat pusingan yang
besar. Bergeraklah
sekeliling payudara
anda dengan
memerhatikan
sebarang benjolan
atau penebalan
yang luar biasa.
• Langkah 4 :
Menggunakah
kedua-dua belah
tangan, tekan
payudara anda
untuk melihat sama
ada terdapat
sebarang lelehan
luarbiasa dari
puting payudara.
• Langkah 5 :
Memeriksa Ketiak
Anda
Jatuhkan tangan
kanan anda ke sisi
dan rasa ketiak
anda dengan teliti
untuk mengesan
sebarang benjolan.
Contoh-contoh gambar Kanser
Payudara