BAHASA MELAYU TAHUN 3 TAJUK: SUMBANGAN TOKOH-TOKOH NEGARA Pada akhir pelajaran, murid dapat: i) Mendapatkan maklumat dan isi penting serta mencatat nota daripada artikel.
Download ReportTranscript BAHASA MELAYU TAHUN 3 TAJUK: SUMBANGAN TOKOH-TOKOH NEGARA Pada akhir pelajaran, murid dapat: i) Mendapatkan maklumat dan isi penting serta mencatat nota daripada artikel.
BAHASA MELAYU TAHUN 3 TAJUK: SUMBANGAN TOKOH-TOKOH NEGARA Pada akhir pelajaran, murid dapat: i) Mendapatkan maklumat dan isi penting serta mencatat nota daripada artikel yang dibaca. ii) Murid dapat menceritakan perkara atau maklumat yang diperoleh dengan bahasa yang mudah difahami. iii) murid dapat membina ayat tunggal berdasarkan apa yang telah dibaca. SET INDUKSI LANGKAH 1 LANGKAH 2 LANGKAH 3 PENUTUP LANGKAH 4 http://www.liriklagu.com/liriklagu_s/Sudirman_31Ogos.html Langkah 1 Sila klik pada pautan berikut mengikut kumpulan masing-masing. Sila baca artikel yang tedapat pada pautan tersebut. Kumpulan Cemerlang Kumpulan Terbilang Kumpulan Gemilang Kumpulan Berdaulat Langkah 1-A2 •Baca artikel yang berkenaan, kemudian rakamkan pembacaan anda menggunakan moviemaker. • Sila beri penekanan terhadap sebutan perkataan. •Setiap kumpulan perlu merakam sekurang-kurangnya satu pembacaan. Langkah 2 Setiap kumpulan, sila baca kembali setiap petikan masing-masing sekali lagi. Kemudian, dapatkan isi penting berkenaan artikel yang dibaca. Setiap isi penting perlu dicatat dalam bentuk grafik (peta minda) menggunakan word. Langkah 3 Sila bentangan hasil kerja kumpulan anda dalam bentuk powerpoint. Setiap kumpulan diharuskan untuk menilai pembentangan yang akan dilakukan oleh rakan mereka daripada kumpulan yang lain berpandukan borang penilaian yang diedarkan. Anda boleh memasukkan animasi jika berkebolehan berbuat demikian. Langkah 4 Anda boleh menyoal sebarang soalan tentang pelajaran hari ini kepada guru. Setiap kumpulan perlu menghantar seorang wakil untuk memberi komen dan hasil penilaian terhadap kumpulan yang lain. Sebagai tambahan, sila cari beberapa ayat tunggal yang terdapat di dalam artikel. Anda hanya perlu untuk menggariskan ayat tersebut seterusnya cetak keluar kepada guru. Penutup Apakah yang dapat kamu pelajari? Apakah sumbangan tokoh yang kamu pelajari? Bagaimana menjadi pembentang yang baik? Tahniah kepada semua kumpulan kerana bersungguhsungguh menjalankan aktiviti ini. Selamat Berjumpa Lagi