Kerajaan ‘Uthmaniyyah II Liputan Kuliah       Pengasasan dawlah Uthmaniyah Proses Perluasan Kuasa Penaklukan Constantinople Zaman kegemilangan Kemerosotan Awal Dawlah Uthmaniyah Usaha-usaha pemulihan dan pembaharuan.

Download Report

Transcript Kerajaan ‘Uthmaniyyah II Liputan Kuliah       Pengasasan dawlah Uthmaniyah Proses Perluasan Kuasa Penaklukan Constantinople Zaman kegemilangan Kemerosotan Awal Dawlah Uthmaniyah Usaha-usaha pemulihan dan pembaharuan.

Kerajaan
‘Uthmaniyyah II
Liputan Kuliah






Pengasasan dawlah Uthmaniyah
Proses Perluasan Kuasa
Penaklukan Constantinople
Zaman kegemilangan
Kemerosotan Awal Dawlah Uthmaniyah
Usaha-usaha pemulihan dan
pembaharuan
Pengasasan dawlah Uthmaniyah





Kuasa Islam yang muncul di Barat Laut Anatolia pada
awal abad ke 14M
Menurut orang-orang Uthmaniyah mereka berasal
daripada keluarga Suleymaniah iaitu pembesar Turki
yang berasal dari Mahan, Timur Laut Iran
Keluarga ini melarikan diri dari serangan orang Mongol
pada abad ke 13.
Anak Suleyman, Ertughrul memimpin pengikut ayahnya
ke Anatolia berkhidmat dengan Kerajaan Saljuk
menentang Byzantin dan Mongol
Ertughrul diganti oleh anaknya Uthman yang dianggap
sebagai pengasas kerajaan Uthmaniyah





Kajian terkini menunjukkan dawlah ini diasaskan oleh
Uthman bin Ertughrul yang memimpin imarah Uthman di
Selatan Anatolia.
Sekitar tahun 1300M Uthman menguasai Eskishehir
hingga ke Nicea(Iznik)
Pada tahun 1326, Orkhan menawan Bursa dan dijadikan
ibu negeri
Penempatan penduduk, sistem pentadbiran dan
pembangunan ketenteraan diadakan
Orkhan meneruskan proses perluasan kuasa dengan
menawan imarah Karasi pada tahun 1345 dan juga
Gallipoli.
Proses perluasan kuasa




Seterusnya Murat (putera Orkhan) dapat menawan
Adrianople dan dijadikan ibu negeri dengan nama Edirne
Penguasaan Edirne memudahkan usaha kerajaan
Uthmaniyah untuk bertapak ke Eropah
Philipolis ditawan pada 1363, Macedonia 1371-87,
Tengah Bulgaria 1382, Sofia 1385 dan Nis serta Serbia
pada 1386. Manakala Kosovo pada 1389
Murat terbunuh dalam pertempuran di Kosovo dan
digantikan oleh puteranya Bayazid I





Bayazid menyerapkan imarah-imarah Turkoman di Barat
Anatolia ke dalam Uthmaniyah, menawan Bulgaria dan
mengepung Constantinople.
Beliau juga mengalahkan Hungary di Sungai Danube. Di
atas kejayaan beliau, Khalifah Abbasiyah mengurniakan
gelaran ‘Sultan’
Pada tahun 1397, Timur Lang (Mongol-Turki) menyerang
kerajaan Uthmaniyah di Anatolia dalam pertempuran
Ankara
Bayazid dapat ditawan dan dikalahkan.
Perebutan kuasa berlaku di antara anak Bayazid iaitu
Suleyman, Mehmed, Musa dan Isa.
Penaklukan Constantinople





Sultan Mehmed II berusaha untuk menakluki
Constantinople dgn mengepungnya selama 53 hari
Pada 29 April 1453, Constantinople dapat ditawan
kejayaan ini menjadi rekod penting dalam sejarah
Uthmaniyah
Bandar tersebut dinamakan Istanbul, dibangunkan semula
dan dijadikan ibu negeri kerajaan Uthmaniyah
Mehmed II digantikan oleh anaknya Bayazid II yang
berusaha mengekalkan kekuasaan dawlah Uthmaniyah
Seterusnya Sultan Selim I berkuasa yang disokong kuat
oleh golongan devsirme
Zaman Kegemilangan dawlah Uthmaniyah





Sultan Selim I digantikan oleh anaknya Suleyman yang
dikenali sebagai Suleyman The Magnificent atau
Suleyman al-Qanuni (1520-1566)
Dawlah Uthmaniyah mencapai zaman kegemilangannya
Empayar Habsburg di Eropah dan Kerajaan Safawiyyah
di sebelah Asia menggugat Uthmaniyah
Perancis diberikan hak capitulations pada tahun 1536.
Pengkalan tentera laut yang besar diwujudkan di Suez
1517 dan Basrah 1538 untuk menangkis ancaman
Portugis dalam mengukuhkan perdagangan
antarabangsa di Timur Tengah
Kemerosotan Awal dawlah Uthmaniyah

Bibit-bibit kemerosotan bermula sejak pemerintahan
Sultan Suleyman al-Qanuni. Di antara faktor tersebut :-

Kekuasaan Sultan semakin berkurangan
Pengaruh golongan devsirme
Peranan harem
Pertambahan penduduk



Usaha-usaha pemulihan dawlah
Uthmaniyah




Usaha-usaha pemulihan dimulakan oleh Sultan Usman II
pada abad ke 17
Walaupun program pemulihan tidak begitu berjaya tetapi
masih mampu menguatkan tentera Uthmaniyah dalam
menghadapi ancaman Eropah
Abad ke 18 menyaksikan pelbagai perjanjian yang
ditandatangani dengan Russia dan Austria ekoran dari
peperangan yang berlaku dengan kuasa tersebut
Kemerosotan Uthmaniyah membawa kepada usahausaha pembaharuan pada abad ke 19




Usaha-usaha pembaharuan mencapai kemuncaknya di
bawah Sultan Selim III
Beliau menubuhkan tentera baru iaitu Nizam al-Jadid
dan kolej-kolej ketenteraan
Pemberontakan dari wilayah yang menuntut kuasa
autonomi, pendudukan Perancis di Mesir dan
penentangan tentera janissari membantutkan
pembaharuan oleh Selim III
Perkembangan ilmu pengetahuan di kolej dan sekolah
memberi ruang kepada pembaharuan yang dilakukan
seterusnya pada abad ke 19M