Zaman Pertengahan

Download Report

Transcript Zaman Pertengahan

BAB 3
Perkembangan Tamadun Islam
(Zaman Pertengahan)
Zaman Kerajaan Umayyah
2. Zaman Kerajaan Abbasiyyah
3. Zaman Kerajaan Uthmaniyyah
1.
1.
Zaman Kerajaan Bani Umayyah
 Diasaskan oleh Mu’awiyyah b. Abi Sufiyan selaku
khalifah pertama kerajaan Bani Umayyah selepas
mengambil-alih jawatan khalifah daripada Saidina
Ali
 Bermula sistem pemerintahan secara warisan
 Tahap pemerintahan:
 Di Damsyik
 Di Andalusia
Sumbangan Kerajaan Bani Umayyah tahap 1
di Damsyik (661-750M):
1.
Politik dan pentadbiran
 Empat sistem
 Khilafah – meneruskan sistem khilafah
 Sistem wazarah – melantik wazir mengetuai sistem
pentadbiran
 Sistem urus setia – melantik pegawai bagi
mengumpul rekod dan mengurus surat
 Sistem hijabah – menjaga keselamatan khalifah
2. Pendidikan dan Sosial
 Sains dan teknologi mula berkembang seperti teknologi
pembuatan kapal, alat peperangan dan teknik
pertanian.
 Bermula aktiviti penterjemahan drpd bhs Latin ke bhs
Arab sejajar dgn pemerintahan al-Walid b. Abdul Malik
yg menjadikan bahasa Arab sbg bhs rasmi.
 Kota Basrah = pusat pengajaran dan penyebaran ilmu
 Ilmu al-Quran dan Hadith mula berkembang dan juga
ilmu-ilmu sains terutama di zaman Khalifah Umar
Abdul Aziz
 Taraf kesihatan turut meningkat – dibina hospital pd
zaman khalifah al-Walid b. Abdul Malik dan hospital
kusta pd zaman khalifah Umar Abdul Aziz
3. Ekonomi dan kewangan
 Matawang Byzantine dan Parsi ditukar kpd matawang
Islam pd zaman khalifah Abdul Malik b. Marwan
 Ditubuhkan baitulmal di setiap wilayah
4. Senibina
 Senibina masjid semakin menyerlah dengan ukiran ayatayat al-Quran yang indah, adanya kubah, arca dan
sebagainya
Faktor Kejatuhan Kerajaan Bani Umayyah di
Damsyik
Sistem pergantian khalifah melalui garis keturunan tidak jelas
sehingga menimbulkan persaingan dalam kalangan anggota
keluarga.
2. Penentangan daripada golongan Syiah dan Khawarij yang tidak
bersetuju dengan penubuhan kerajaan Umayyah
3. Berlaku pertentangan etnik antara suku kaum Arab Utara (Bani
Qais) dan Arab Selatan (Bani Kalb) sejak sekian lama yang
menyukarkan kerajaan Bani Umayyah mewujudkan kesatuan
4. Kelemahan pemerintahan disebabkan sikap hidup sebahagian
pemerintah yang hidup bermewah dan kurang memberi
perhatian terhadap perkembangan agama.
5. Munculnya gerakan penentangan daripada keturunan al-Abbas
b. Abdul Mutalib yang mendapat sokongan Bani Hasyim dan
kaum Mawali (non-Arab) yang tidak berpuas hati dengan
pemerintah kerajaan Bani Umayyah
1.
Sumbangan Kerajaan Bani Umayyah tahap
2 di Andalusia (756-1031M):
 Penguasaan ke atas Andalusia oleh kerajaan Bani Umayyah
mula berlaku pada zaman pemerintahan Abdul Rahman alDakhil 1
 Zaman kegemilangan berlaku pada zaman khalifah Abdul
Rahman III dan al-Hakam II
1.
Pendidikan
 Di zaman al-Hakam II, ramai sarjana Islam dihantar ke
beberapa wilayah misalnya, Cairo, Damacus, Baghdad untuk
mengumpul buku-buku dalam pelbagai bidang
 Di zaman beliau terdapat 17 pusat pengajian dan 70
perpustakaan di Andalusia
 Pusat pengajian tinggi di Cordova yang diasaskan oleh Abdul
Rahman III menjadi pusat pengajian terkenal di Eropah.
 Pusat pengajian terkenal lain terdapat di Seville, Toledo,
Malaga dan Granada
2. Pusat Penterjemahan
 Pusat penterjemahan terkenal terletak di Toledo
 Kesan kegiatan penterjemahan menjadikan Andalusia pusat
kegemilangan tamadun Islam dan menjadi penggerak kepada
kebangkitan masyarakat Eropah.
3. Senibina
 Antara senibina terkenal – istana al-Hamra’ dan masjid jamek
Cordova
4. Ekonomi
 Sistem kewangan ditubuhkan bg mengimbang pendapatan
dan perbelanjaan.
 Sumber pendapatan – zakat, jizyah, kharaj dsb.
 Cordova menjadi pusat ekonomi dan perdagangan
antarabangsa.
 Andalusia juga menjadi pusat membuat tembikar, perhiasan
perak dan emas, memproses kulit, mengeluar senjata
 Sektor pertanian dimodenkan
Faktor Kejatuhan Kerajaan Bani Umayyah di
Andalusia
1.
2.
3.
4.
5.
Terdapat pegawai pemerintah yang tidak amanah dan gila kuasa,
seperti Ibn Abi Amir yang diamanahkan untuk menjaga harta
pusaka anak khalifah al-Hakam 1 iaitu Hisyam telah melakukan
pembelotan dan cubaan merampas kuasa.
Berlakunya permusuhan dalam kalangan masyarakat pelbagai
bangsa. Perpecahan dan permusuhan juga berlaku dalam keluarga
khalifah dan pegawai atasan serta golongan ulama.
Sikap boros dan membelanjakan wang negara untuk kepentingan
diri berlaku di kalangan khalifah seperti Khalifah Abdul Rahman II.
Terdapat pemerintah yang menghabiskan masa untuk majlis
hiburan.
Masalah kewangan yang meruncing disebabkan perbelanjaan yang
tinggi untuk peperangan dan mengatasi masalah pemberontakan di
samping perbelanjaan untuk mengurus jajahan yang luas. Untuk
mengatasinya cukai yang dikenakan ke atas rakyat dinaikkan.
Kesannya, rakyat bangkit memberontak.
Perbalahan dan permusuhan sesama sendiri sehingga menyebabkan
lebih 20 puak mempunyai negeri sendiri, antaranya Bani Jahur, Bani
Ibad, Bani al-Aftas dan lain-lain lagi
Zaman Kerajaan Bani Abbasiyyah
 Pemerintahan
Abbasiyah adalah berketurunan
daripada al-Abbas B. Abdul Mutalib, bapa saudara
Nabi s.a.w.
 Pengasas kerajaan keturunan al-Abbas ialah Abdullah
as-Saffah ibn Muhammad ibn Ali ibn Abdullah ibn alAbbas
 Pusat pemerintahan di Baghdad.
 Pemerintahan Abbasiyah bermula dari tahun 132H
hingga tahun 656H. Tempohnya ialah selama 524
tahun. Pada tahun 656H, kaum Tatar melanggar dunia
Islam, membunuh khalifah Abbasiyah serta ramai
kaum keluarganya. Maka, berakhirlah zaman
pemerintahan Abbasiyah.
Sumbangan Kerajaan Bani Abbasiyyah
Pendidikan
1.
Pemerintah menggalakkan masyarakat menimba ilmu
Setiap masjid dilengkapi sekolah dan perpustakaan
Golongan penyelidik dan ahli karya dianugerahkan hadiah
Khalifah Abu Jaafar al-Mansur pelupor kegiatan intelektual.
Pengasas kota Baghdad dan kolej perubatan. Menjemput
Jurjis b Jibril, pengarah hospital Jundishapur ke Baghdad
sebagai pengarah kolej perubatan.
 Baghdad menjadi pusat intelektual terunggul pada masa
pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid (786-809M) yang
juga pengasas ‘Khizanah al-Hikmah’.
 Kemuncak kegiatan keilmuan berlaku pada zaman al-Ma’mun
Harun al-Rasyid (813-833M). Lahir ramai sarjana dalam
pelbagai bidang ilmu. Khizanah al-Hikmah dibesarkan dan
ditukar nama kepada ‘Baytul Hikmah’. Dilantik Hunayn b.
Ishaq sebagai pengarahnya.




2. Penterjemahan
 Aktiviti penterjemahan karya klasik Yunani, Parsi dan India
bermula pada pemerintahaan al-Ma’mun. Usaha ini
dilakukan oleh sarjana yang bertugas di ‘Baytul Hikmah’.
 Kegiatan penulisan dan penyusunan kitab hadis, fiqh dan
tafsir al-Quran giat dijalankan.
 Aktiviti penterjemahan ke bahasa Arab membolehkan sarjana
Islam mempelajari ilmu sains zaman sebelum Islam.
3.
Ekonomi dan kewangan
 Perkembangan dapat dilihat melalui peranan baitulmal –
menjaga khazanah negara dan mengagihkan mengikut
keperluan.
 Sumber ekonomi – perdagangan dan pertanian
 Sumber kewangan – zakat dan cukai-cukai
4.
Politik dan Pemerintahan
 Wujud fahaman politik
 Melengkapkan angkatan perang bagi mempertahankan negara dan
memelihara kestabilan politik
 Memperkasakan institusi kehakiman
5.
Kemunculan mazhab
 Muncul golongan mujtahid (ulama-ulama Islam yang melakukan
ijtihad dalam usaha menentukan hukum bagi suatu masalah yang
timbul dalam masyarkat). Mereka terdiri dari ahli ‘qias’ atau ahli
hadis.
 Ahli ‘qias’ = ulama yang banyak menggunakan fikiran atau qias
untuk menetapkan suatu hukum. Ahli hadis = ulama
mengeluarkan hukum bersandarkan hadis.
 Muncul pelbagai mazhab termasuk mazhab Hanafiyah, Malikiyah,
Shafi’iyah dan Hanbaliyah.
 Perbezaan pendapat dalam mazhab tidak membawa kepada
perpecahan kerana perbezaan pendapat/fahaman berlaku pada
perbezaan perkara cabang (furu’) bukan perkara asas dalam Islam
 Faktor Kejatuhan Kerajaan Bani Abbasiyyah
1.
Kelemahan pemerintah seperti khalifah al-Wasiq yang tidak
2.
3.
4.
5.
6.
melakukan pembaharuan dan banyak bergantung kepada
pegawai2 Turki utk tadbir negara.
Banyak jawatan disandang oleh bangsa Turki dan Parsi
menyebabkan kuasa khalifah terbatas.
Perebutan kuasa khalifah di antara putera2 al-Mutawakil
menyebabkan pentadbiran lemah.
Kegawatan ekonomi disebabkan berlakunya rusuhan dan
pemberontakan di akhir zaman kegemilangan.
Serangan daripada musuh2 luar seperti tentera Georgia dan
Armania, tentera Salib dan tentera Monggol. Terdapat juga
wilayah-wilayah jajahan Islam menuntut kemerdekaan. Ini
menyebabkan kerajaan pusat di Baghdad tidak dapat mengawal
Melakukan tindakan yang keterlaluan ke atas golongan Syiah dan
orang-orang Umayyah serta golongan ulama termasuk Imam
Abu Hanifah disebabkan tidak sependapat dan enggan menerima
jawatan yang ditawarkan oleh khalifah.
Zaman Kerajaan Bani Uthmaniyah (12581924)
 Nama Uthmaniyah diambil bersempena nama sultan
Uthman – sultan pertama kerajaan Turki Uthmaniyah.
 Pengasas kerajaan ini – Uthman bin Sauji Bin Erturgul
b. Sulaiman Shah.
 Mula bertapak di Asia Kecil dan kemudian di Istanbul.
 Sumbangan Zaman Kerajaan Bani Uthmaniyah
1.
Pentadbiran dan Perundangan
 Sultan Sulaiman telah memperkenalkan peraturan bagi
kerajaannya – Kanun Sulaiman
 Sistem organisasi dan perundangan Islam diwujudkan
 Jawatan kadi, mufti dan sheikhul diperkenalkan
2. Ekonomi
 Wujud hubungan perdagangan antara Timur dan Barat
meliputi laut tengah, laut Merah, lautan Hindi dan
Mediterranean.
 Istanbul menjadi pusat perdagangan.
3.
Sosial
 Menghapuskan sistem berasaskan keturunan dan susun lapis
masyarakat
Peranan Kerajaan Uthmaniyah
 Kesatuan umat dan dunia Islam
 Berjaya menyatukan dunia Islam seperti Iraq, Palestin,
Mesir, Algeria, Sem. Tanah Arab, Tunis sebagai satu
kesatuan dgn semenanjung Balkan dan Turki serta
Eropah Timur bagi menghadapi serangan Portugis dan
Sepanyol.
 Mempertahankan umat Islam dan ajaran Islam
 Menyekat kemaraan serangan tentera salib
 Mempertahankan Tanah Suci Umat Islam
 Pertahankan Mekah, Madinah dan Palestin dari
serangan yahudi. Misalnya, Sultan Salim 1 melarang
orang2 yahudi berhijrah ke Sinai.
 Mengekalkan amalan syura
 Meneruskan dakwah Islam
 Kejayaan Sultan Muhammad al-Fatih menawan kota
Constantinopel dan menukar nama kepada Istanbul
 Membina jaringan keretapi
 Membina landasan keretapi dari Syam ke Madinah yang
menghubungkan Hijaz, Turki dan Semananjung Balkan
dan Eropah Selatan. Usaha ini dilakukan oleh Sultan
Abdul Hamid
 Menjalinkan hubungan baik dengan non-muslim
 Penguasaan tiga lautan
 Iaitu Laut Mediteranean, Laut Merah dan Laut Hitam.
Ini menjadikan kawasan Afrika dan Asia aman dan
bebas daripada pengaruh salibiyah.