Teruskan - Sekolah Kebangsaan Seri Bayu

Download Report

Transcript Teruskan - Sekolah Kebangsaan Seri Bayu

Slide 1

Teruskan


Slide 2

Satu soalan dikemukakan pada bahagian ini. Untuk menjawab bahagian ini, langkah-langkah
yang dicadangkan ialah:
1
Baca dan fahami kehendak atau arahan soalan
Baca soalan dengan teliti dan fahami arahannya.
Arahan meminta anda menulis beberapa nilai atau pengajaran berdasarkan petikan yang
diberi.
Jawapan itu hendaklah ditulis dalam satu perenggan.
2
Mencatat nilai murni atau pengajaran
Baca dan fahami kandungan petikan.
Catat seberapa banyak nilai murni / pengajaran yang terdapat dalam petikan.
Dicadangkan anda mencari dan mencatat sekurang-kurangnya lima nilai murni / pengajaran.
Masa yang dicadangkan untuk mencari dan mencatat nilai murni ini sekitar lima minit.
3
Menulis ayat lengkap
Berdasarkan nilai murni / pengajaran, tulis dan nyatakan keterangan lanjut tentang nilai murni /
pengajaran dengan menggunakan ayat sendiri.
Sebaiknya setiap nilai murni / pengajaran itu disertakan contoh.
Hendaklah ditulis dalam satu perenggan.
Gunakan penanda wacana: Di samping itu, selain daripada itu,justeru,kemudian,seterusnya,sementara
itu dan sebagainya untk menunjukkan perkaitan antara satu isi dengan isi yang lain.
Masa yang dicadangkan untuk mengarang ialah 10 minit.
4
Menyemak
Setelah siap, baca dan pastikan ayat yang digunakan lengkap dan mengikut strukturnya.
Semak juga aspek tatabahasanya.
Masa yang dicadangkan untuk menyemak ialah 5 minit.
Teruskan


Slide 3

BAHAGIAN C
Cerita

Dialog
Puisi

Klik pada tajuk untuk membaca bahan/petikan.

Teruskan


Slide 4

Cerita
.1
.2
.3
.4
.5

.6
.7
.8
.9
.10

.11
.12
.13
.14
.15

.16
.17
.18
.19
.20

Klik pada nombor untuk membaca bahan/petikan.

.21
.22
.23
.24
.25

Klik pada ikon rumah untuk kembali ke sini

Teruskan


Slide 5

1.Cerita
• Sebaik sahaja pulang dari sekolah,ibu menyuruh Naili pergi ke kedai

untuk membeli beberapa barang keperluan dapur . Pada mulanya ,
dia keberatan untuk memenuhi permintaan ibunya kerana
kepenatan.Walau bagaimanapun , dia tetap bersetuju dengan
permintaan ibunya itu kerana dia tidak mahu menghampakan ibunya
. Sebelum ke kedai , Naili menulis senarai barang yang ingin dibeli
agar tidak terlupa . Apabila dia selesai membeli barang-barang , Naili
terus pulang ke rumah . Dalam perjalanan pulang, Naili terpandang
sekumpulan budak lelaki sedang merosakkan telefon awam. Naili
ingin menegur perbuatan buruk mereka itu tetapi dia tidak berani
kerana takut diapa-apakan oleh mereka. Naili mengambil keputusan
untuk memaklumkan perkara tersebut kepada Pak Hamid, iaitu tuan
kedai tersebut. Pak Hamid memuji sikap Naili yang
bertanggungjawab.

Muka depan C

Tamat

Jawapan

Teruskan


Slide 6

2. Cerita
• Sewaktu sedang mengikuti mata pelajaran Bahasa Melayu di kelas,

Amira melihat Aina sedang asyik termenung. Aina kelihatan sedang
mempunyai masalah. Sebaik sahaja guru Bahasa Melayu keluar,
Amira terus berjumpa Aina.Pada mulanya, Aina enggan
menceritakan masalahnya kepada Amira. Walau bagaimanapun
setelah didesak berkali-kali oleh Amira, Aina menceritakan masalah
yang dihadapinya. Menurut Aina, dia mungkin terpaksa berhenti
sekolah kerana keluarganya menghadapi masalah kewangan. Amira
menasihatinya agar tidak berbuat demikian kerana tindakannya itu
hanya akan merugikan dirinya sahaja. Tambahan pula, Aina
merupakan harapan keluarganya dan dia merupakan seorang murid
yang pintar. Tanpa pengetahuan Aina, Amira berjumpa dengan guru
besar dan menceritakan masalah Aina. Amira juga akan meminta
bantuan ayahnya demi masa depan rakan karibnya itu.

Muka depan C

Tamat

Jawapan

Teruskan


Slide 7

3. Cerita
• Aini berjalan menuju ke tandas pada waktu rehat. Aini melihat

seorang murid tahun tiga sedang menangis. Murid itu bernama
Maisarah.Maisarah memberitahu Aini bahawa dia sakit.Aini
mendapati bahawa terdapat beberapa kesan lebam pada badan
Maisarah.Aini amat bersimpati dengan nasib Maisarah.Aini
bercadang untuk membawa Aini berjumpa dengan guru disiplin dan
kemudian memaklumkan perkara tersebut kepada bapa Maisarah.
Maisarah kelihatan takut apabila mendengar Aini menyebut nama
bapanya.Aini membatalkan niatnya untuk ke tandas. Dia ingin
membantu Maisarah. Maisarah tersenyum kepada Aini.

Muka depan C

Tamat

Jawapan

Teruskan


Slide 8

4. Cerita
• Salim seorang ketua murid yang berdisiplin. Dia sentiasa datang

awal ke sekolah untuk menjalankan tugas yang diamanahkan
kepadanya. Pada suatu hari, ketika bertugas dia mendapati bahawa
rakan karibnya, Aiman sedang mengugut seorang murid tahun
tiga.Murid itu kelihatan sangat takut. Salim memerhatikan kejadian
itu dari jauh. Apabila tiba waktu rehat, Salim mengambil keputusan
untuk bersemuka dengan Aiman lalu menasihatinya.Namun begitu,
Aiman masih mengulangi perbuatan yang sama. Salim tidak
membiarkan hal sedemikian berlarutan. Dia segera melaporkan hal
tersebut kepada guru disiplin.

Muka depan C

Tamat

Jawapan

Teruskan


Slide 9

5. Cerita
• Fahmi tinggal di sebuah kawasan perumahan. Rumahnya bersih dan

cantik kerana setiap petang Fahmi membantu ibunya membersihkan
rumah. Pada suatu hari, Fahmi melihat sebuah lori yang penuh
dengan perabot berhenti di sebelah rumahnya. Fahmi sungguh
gembira kerana akan mendapat jiran baharu.Fahmi mengunjungi
rumah jiran baharunya dan mereka saling berkenalan.Fahmi
menolong jirannya itu mengangkat barang ke dalam rumah. Dia
melakukannya dengan rela hati.Tidak lama kemudian, ibu Fahmi
datang dan mempelawa jiran baharu mereka itu makan malam di
rumah Fahmi. Jiran Fahmi menerima pelawaan ibu Fahmi dengan
gembira sambil mengucapkan terima kasih.

Muka depan C

Tamat

Jawapan

Teruskan


Slide 10

6. Cerita
• Encik Ravi sedang menonton berita di saluran televisyen

kegemarannya.Tiba-tiba, dia terdengar jeritan jirannya meminta
tolong.Jeritan itu kedengaran beberapa kali memecah kesunyian
malam.Encik Ravi memberanikan diri untuk melihat apa yang
berlaku.Dia terkejut apabila mendapati isteri jirannya pengsan
kerana diserang tekanan darah tinggi.Encik Ravi terus menawarkan
diri untuk menghantar isteri jirannya itu ke klinik dengan kereta
miliknya. Namun begitu, jirannya itu bersedih kerana dia dalam
kesempitan wang dan tidak mampu untuk membayar kos rawatan.
Tanpa berlengah Encik Ravi memberikan sejumlah wang kepada
jirannya itu bagi menampung kos rawatan tersebut. Jirannya
mengucapkan terima kasih atas keikhlasan hati Encik Ravi itu.

Muka depan C

Tamat

Jawapan

Teruskan


Slide 11

7. Cerita

• Semasa dalam perjalanan ke sekolah, Zahari dan Rashid terjumpa

sebuah dompet di atas rumput di tepi jalan. Zahari tidak berani
untuk mengambil dompet itu. Terngiang-ngiang pesanan ibu dan
gurunya di telinga bahawa mengambil hak orang merupakan
perkara yang terkutuk. Setelah lama berfikir, Zahari mengambil
keputusan untuk mengambil dompet itu.Alangkah terkejutnya Zahari
apabila mendapati sejumlah wang yang banyak di dalam dompet
itu.Rashid meminta Zahari membahagi-bahagikan wang tersebut.
Namun begitu, Zahari tidak bersetuju dengan cadangan Rashid itu.
Dia meminta Rashid membatalkan niatnya itu.Setelah berfikir
panjang, akhirnya mereka mengambil keputusan untuk
menyerahkan dompet itu kepada pihak polis. Mereka berdua pergi
ke balai polis dan menyerahkan dompet itu. Pegawai polis yang
bertugas mengucapkan terima kasih kepada Zahari dan Rashid atas
kejujuran mereka itu.

Muka depan C

Tamat

Jawapan

Teruskan


Slide 12

8. Cerita
Roslan ialah pemuda yang tinggal di sebuah kampung di
pedalaman. Roslan bekerja di sawah kepunyaan bapanya. Roslan
tinggal bersama ibunya yang sudah tua.
Roslan ingin bekerja di bandar, dia ingin mengubah nasibnya.
Dia ingin mencari lebih banyak wang. Ibunya tidak membenarkan
Roslan ke bandar. Namun, Roslan mendesak untuk ke bandar juga.
Akhirnya, ibunya bersetuju. Tinggallah ibu Roslan seorang diri di
kampung.
Roslan sudah lama bekerja di bandar. Dia tidak teringat untuk
pulang ke kampung. Roslan seperti sudah melupai ibunya di
kampung. Ibunya sering sakit dan merindui Roslan.

Muka depan C

Tamat

Jawapan

Teruskan


Slide 13

9.Cerita
Anisah sedang menunggu bas untuk pulang ke rumah. Ketika
itu hanya Anisah seorang diri di perhentian bas itu. Anisah
semakin risau kerana hari semakin lewat petang. Bas yang
ditunggu belum tiba.

Tiba-tiba sebuah kereta berhenti di hadapan Anisah. Seorang
lelaki menegur dan mengajak Anisah menumpang keretanya. Dia
berjanji akan menghantar Anisah dengan selamat ke rumah.
Anisah menolak ajakan itu dengan baik. Dia teringat pesanan
ibunya supaya tidak mengikut orang yang tidak dikenali.
Akhirnya lelaki itu berlalu dengan marahnya. Pada malamnya
semasa di rumah, Anisah terkejut melihat wajah lelaki yang
dilihatnya petang tadi di dalam berita televisyen. Lelaki itu
dikehendaki oleh pihak polis kerana melakukan rompakan dan
menculik kanak-kanak.
Muka depan C

Tamat

Jawapan

Teruskan


Slide 14

10. Cerita

Hafiz dalam perjalanan pulang ke sekolah. Dia baru
selesai mengikuti kelas tambahan di sekolah.
Di pertengahan jalan, dia terlihat seekor anak kucing
berada di dalam longkang.Hafiz turun ke dalam longkang
untuk mengambil anak kucing itu. Dia berhasrat untuk
memelihara anak kucing tersebut.
Di persimpangan jalan pula, Hafiz terlihat seorang
perempuan tua membimbit sebuah raga.Perempuan tua
itu baru pulang dari pasar. Hafiz menawarkan diri untuk
membawa bakul perempuan tua itu. Perempuan tua itu
mengucapkan terima kasih kepada Hafiz.
Muka depan C

Tamat

Jawapan

Teruskan


Slide 15

11.Cerita
Selepas makan tengah hari, Ina membantu ibunya
mencuci pinggan mangkuk. Kemudian, dia membuat
kerja sekolah di biliknya.
Selepas membuat kerja sekolah, Ina membaca surat
khabar. Dia membaca berita yang berlaku di dalam dan
di luar negara.
Ina baring sekejap untuk merehatkan badan.
Selepas bangun, dia membantu ayahnya membasuh
kereta.Selepas itu, dia menyiram pokok bunga di
halaman rumah.
Pada sebelah malamnya, Ina membuat ulang kaji
pelajaran. Sekiranya dia tidak memahami sesuatu topik,
Ina akan bertanyakan kepada ibu atau bapanya .

Muka depan C

Tamat

Jawapan

Teruskan


Slide 16

12.Cerita
Liu Bei telah memujuk Zhuge Liang menjadi penasihat .Dengan
bantuan dan khidmat Zhuge Liang, Liu Bei berjaya menubuhkan
negeri Shu, dan pada tahun Masihi 221 menjadi maharaja negeri
itu.
Tiga tahun kemudian, Liu Bei meninggal dunia dan diganti oleh
anaknya Liu Shan. Sebelum kematiannya, Liu Bei sedar akan
kelemahan dan ketidakmahiran anaknya lalu berpesan kepada
Zhuge Liang agar membantu anaknya memerintah negeri itu.
Mendengar kata-kata itu, Zhuge Liang dengan suara teresakesak menyatakan bahawa beliau sedia berkhidmat kepada negara
selagi hayat dikandung badan.
Dengan berpegang teguh pada janjinya, Zhuge Liang
berkorban segala-galanya. Beliau meninggal dunia akibat jatuh sakit
ketika mengetuai angkatan tentera menentang askar Wei Chung.

Muka depan C

Tamat

Jawapan

Teruskan


Slide 17

13.Cerita

Di dalam sebuah hutan, tinggal dua ekor haiwan, iaitu Sang Belalang dan
Sang Semut. Sang Belalang tinggal berjiran dengan Sang Semut.Sikap Sang
Belalang dan Sang Semut amat berbeza walaupun kedua-dua haiwan ini
bersahabat baik.
Sang Belalang malas keluar bekerja. Malah Sang Belalang lebih suka
menghabiskan masanya dengan menyanyi dan bermain-main. Sebaliknya
Sang Semut begitu rajin bekerja mengumpulkan makanan.
“Sungguh membosankan!Lebih baik kamu bermain bersama-sama aku
daripada bekerja di bawah terik matahari,” kata Sang Belalang pada suatu
petang apabila melihat Sang Semut sedang membawa makanan.
“Aku sedang mengumpulkan makanan untuk musim hujan yang akan
tiba tidak lama lagi,” jelas Sang Semut.
Sang Belalang mentertawakan Sang Semut. Ia merasakan perbuatan
Sang Semut itu hanyalah sia-sia dan meletihkan badan sahaja.
Apabila tiba musim hujan Sang Belalang tidak dapat keluar mencari
makanan. Sang Belalang kelaparan dan kesejukan.Mujurlah Sang Semut
bersikap baik hati dan membantunya . Sang Belalang insaf dan sangat malu
dengan sikapnya selama ini.

Muka depan C

Tamat

Jawapan

Teruskan


Slide 18

14.Cerita

Haziq dan Irfan merupakan dua orang sahabat karib. Mereka belajar di
sekolah yang sama. Rumah kedua-dua sahabat karib itu sebelah
menyebelah. Oleh itu setiap hari mereka akan ke sekolah bersama-sama.
Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, sikap Haziq terhadap
Irfan mula berubah. Haziq mendapat kawan baru, iaitu Shazli.Haziq mula
menjauhkan diri daripada Irfan.Irfan berasa sedih dengan perubahan
rakannya itu. Lebih membimbangkan Haziq suka ponteng sekolah dan
bergaul dengan budak-budak nakal.
Dia pernah menegur sikap Haziq itu. Namun, Haziq tidak
mengendahkan teguran itu malah mengugut supaya jangan menjaga tepi
kain orang.Irfan sungguh sedih dengan kejadian itu namun mengharapkan
Haziq akan berubah pada suatu hari nanti.
Pada suatu petang, ketika pulang dari sekolah, Irfan ternampak Haziq
terbaring kesakitan di tepi jalan raya. Rupa-rupanya Haziq terlibat dalam
kemalangan jalan raya. Tanpa membuang masa, Irfan terus menelefon
ambulans dan membawanya ke hospital.
Haziq mengucapkan terima kasih kepada Irfan kerana menolongnya
walaupun sikapnya selama ini tidak begitu baik terhadap Irfan.Dia
memohon maaf atas kesalahan yang dilakukan kepada Irfan selama ini.

Muka depan C

Tamat

Jawapan

Teruskan


Slide 19

15. Cerita
Encik Azman ialah anggota polis trafik. Setiap hari dia perlu
mengawal lalu lintas untuk mengelakkan kesesakan jalan raya. Dia
membantu kenderaan supaya dapat berjalan dengan lancar. Dia
dapat menjalankan tugasnya dengan cekap.
Encik Azman perlu bertugas dalam keadaan cuaca yang tidak
menentu.Kadang-kadang panas dan kadang-kadang hujan. Namun
begitu, Encik Azman tidak pernah merungut. Dia tetap
melaksanakan tugasnya dengan jujur setiap hari.
Selepas mengawal lalu lintas, Encik Azman akan melakukan
rondaan. Dia akan menahan pemandu yang cuai supaya tidak
mengulangi kesalahan mereka.Jika kesalahan yang dilakukan berat,
Encik Azman akan menyaman pemandu itu.

Muka depan C

Tamat

Jawapan

Teruskan


Slide 20

16.Cerita
Zaki murid Tahun 6 Mawar. Dia merupakan pelajar yang nakal. Arahan ketua
kelas sering kali diperlekehkannya. Ketika guru tiada, dia selalu berjalanjalan dan mengganggu kawan-kawannya yang sedang membaca dan
membuat kerja sekolah.Selain itu, dia juga suka menghina Murad. Murad
murid yang pandai tetapi kakinya cacat akibat satu kemalangan jalan raya.
Ketika guru mengajar, Zaki tidak memberikan tumpuan. Dia asyik
membuat kerja lain. Banyak kerja sekolah yang diberikan oleh guru tidak
disiapkannya. Cikgu Hakim telah beberapa kali menasihatinya,tetapi dia
tetap tidak berubah.
Pada waktu rehat dia mencuri-curi masuk ke kelas lain. Beberapa
barang kepunyaan murid lain habis dicuri. Kebetulan, ketika dia mencuri
Murad ternampak perbuatannya itu. Akibatnya Zaki telah dirotan oleh guru
besar.
Zaki berdendam terhadap Murad.Ketika pulang dari sekolah, dia
ternampak Murad keseorangan di seberang jalan.Tanpa berlengah Zaki
mengejarnya dan menyeberangi jalan.Belum sempat sampai, sebuah
motosikal melanggar Zaki.Zaki cedera dan Murad membantunya dengan
meminta pertolongan orang ramai menghantar Zaki ke hospital.Sebelah
kakinya patah. Zaki menyesal dan memohon maaf kepada Murad.

Muka depan C

Tamat

Jawapan

Teruskan


Slide 21

17.Cerita

“Mak, adik sakit telinga,” . Puan Hasnah mulai bimbang
apabila anaknya asyik saja mengadu sakit telinga. Tanpa
membuang masa, Puan Hasnah membawa anaknya
berjumpa dengan doktor. Setelah diperiksa, doktor
mendapati bahawa terdapat ketumbuhan pada telinga anak
Puan Hasnah.Doktor memaklumkan bahawa pembedahan
perlu dilakukan segera untuk membuang ketumbuhan
tersebut. Pembedahan tersebut menelan belanja sebanyak
RM 3000.Puan Hasnah terpaku. Namun,mujurlah dia
mempunyai wang simpanan yang ditabungkan setiap bulan.
Dia tersenyum sendirian. Dia bersyukur kerana masih ada
sinar harapan untuk anaknya.

Muka depan C

Tamat

Jawapan

Teruskan


Slide 22

18.
Cerita
Pihak sekolah akan menganjurkan pertandingan keceriaan kelas

sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan. Pertandingan itu bertujuan
supaya murid sentiasa menghayati dan menghargai kemerdekaan
negara kita.
Murid-murid kelas 6 Baiduri juga menyertai pertandingan itu.
Mereka telah sepakat untuk berkerjasama bagi mencantikkan kelas
mereka. Semua murid kelas itu telah menyumbangkan idea yang
cukup bernas bagi mencantikkan kelas mereka.
Sebagai ketua kelas, Zamir telah membahagikan rakanrakannya kepada beberapa kumpulan.Tujuannya supaya tugas-tugas
menghias dan mencantikkan kelas dapat dilakukan dengan lancar
dan teratur.Semua rakan Zamir melakukan tugas masing-masing
dengan ikhlas dan sempurna.Rakan-rakannya juga amat
menghormati dan mematuhi arahan Zamir.
Apabila keputusan diumumkan ,kelas 6 Baiduri telah dipilh
sebagai kelas tercantik. Semua murid kelas 6 Baiduri dan guru kelas
mereka Puan Siti Yuzimah bergembira dengan kejayaan itu.

Muka depan C

Tamat

Jawapan

Teruskan


Slide 23

19. Cerita
Azizah adalah anak sulung dalam keluarganya.Dia mempunyai tiga orang
adik-beradik. Sebagai anak sulung, dia rajin membantu ayah dan ibunya di
rumah.Dia juga sangat menyayangi adik-adiknya.
Di rumah,dia akan menjaga adik-adiknya semasa ibunya sedang
memasak di dapur.Selepas adik-adiknya bermain,dia akan mengemas dan
menyimpan semua barang permainan adik-adiknya di dalam bakul.Jika adik
bongsunya hendak tidur,dia akan menghayun buaian sehingga adiknya
tidur.
Setiap malam,dia akan membantu ibunya menyusun pinggan–pinggan
di atas meja untuk makan malam.Sebelum keluarganya makan,ayahnya
sering menyuruh dia membaca doa makan.Selepas makan,dia akan
membantu ibunya mengemas meja dan membawa pinggan-pinggan yang
kotor ke dapur.
Selepas makan malam,Azizah akan masuk ke biliknya untuk
mengulang kaji pelajaran dan membuat kerja rumah.Dia juga sering kali
memberi tunjuk ajar kepada adik-adiknya dan berpesan kepada mereka
supaya rajin berusaha sekiranya ingin berjaya.

Muka depan C

Tamat

Jawapan

Teruskan


Slide 24

20.Cerita
Akmal sedang belajar di tahun 6.Dia sangat minat bersukan.Dia
bercita-cita untuk mewakili negara dalam acara sukan.Akmal
meminati acara olahraga,terutamanya dalam acara larian pecut.
Bagi mencapai cita-citanya,Akmal telah berusaha bersungguhsungguh.Setiap petang dia akan berlatih di padang sekolahnya.Encik
Rahim menjadi jurulatihnya.Akmal mematuhi semua arahan yang
diberi oleh Encik Rahim.Encik rahim juga tidak kedekut ilmu.Dia
mencurahkan semua ilmu pengetahuan dalam bidang olahraga
kepada Akmal.Encik Rahim juga telah menasihati Akmal supaya
menjaga pemakanannya untuk memastikan badannya sentiasa sihat
dan cergas.
Akmal selalu mewakili sekolah dalam acara olahraga di peringkat
daerah.Dalam pertandingan yang diadakan ,dia telah memenangi
banyak acara.Kejayaan yang dicapainya itu membanggakan guruguru di sekolahnya dan menaikkan imej sekolahnya.
Walaupun sibuk berlatih olahraga,Akmal tidak mengabaikan
pelajarannya.Dia rajin mengulang kaji pelajarannya dan membuat
kerja sekolah yang diberi oleh gurunya.

Muka depan C

Tamat

Jawapan

Teruskan


Slide 25

21.Cerita

Encik Hadi ialah seorang pemandu teksi.Setiap hari dia keluar
awal untuk pergi bekerja.Dia akan memastikan teksinya berada
dalam keadaan bersih. Dia mahu penumpangnya berasa berasa
selesa semasa menaiki teksinya.
Sebelum memulakan tugas, Encik Hadi akan menadah tangan
dan berdoa kepada tuhan supaya memurahkan rezeki dan
melindunginya daripada kecelakaan.Semasa memandu
keretanya,Encik Hamid akan memastikan dia sentiasa mematuhi
peraturan jalan raya. Encik Hadi sangat jujur kepada semua
pelanggan teksinya.Dia tidak pernah mengenakan tambang yang
berlebihan kepada pelanggannya.
Encik Hadi sangat fasih bertutur dalam bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris. Jika dia membawa pelancong asing, dia akan
menceritakan keistimewaan dan keindahan negara kita kepada
mereka. Ini menyebabkan pelancong asing selalu memuji dan suka
menaiki teksinya

Muka depan C

Tamat

Jawapan

Teruskan


Slide 26

22.Cerita
Puan Nazra ialah seorang guru.Dia mengajar di
Sekolah Kebangsaan Seri Bayu. Puan Nazra sangat
meminati akan tugasnya sebagai seorang guru.Oleh itu,
dia menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi dan
amanah.
Puan Nazra sangat menepati waktu.Setiap hari, dia
akan sampai awal ke sekolahnya.Dia juga akan
memastikan dia dapat menyediakan bahan yang lengkap
untuk sesi pengajaran dan pembelajaran bersama anakanak muridnya.
Murid-murid sangat menghormatinya kerana
sikapnya yang penyayang dan tegas dalam menjalankan
tugas.

Muka depan C

Tamat

Jawapan

Teruskan


Slide 27

23.Cerita
Mazlan dan Hanafi baru selesai bermain bola di padang.Mereka
berjalan pulang menuju ke rumah.
Dalam perjalanan pulang, Hanafi mengajak Mazlan minum dan
makan laksa si warung yang terdapat di tepi jalan yang mereka
lalui.Mazlan menolak ajakan Hanafi kerana warung itu agak
kotor.Pemilik warung itu tidak menjaga kebersihan warungnya.
Hanafi pun minum seorang diri walaupun telah ditegah oleh
Mazlan. Mazlan terus pulang ke rumahnya kerana bimbang ibunya
akan risau sekiranya dia pulang lewat.
Keesokannya Hanafi tidak datang ke sekolah dan Mazlan
mendapat berita tentang Hanafi daripada Rosli bahawa Hanafi telah
dimasukkan ke hospital kerana keracunan makanan.

Muka depan C

Tamat

Jawapan

Teruskan


Slide 28

24.Cerita

Adam sedang menunggu bas di perhentian bas. Ketika itu ada
seorang lelaki tua yang membawa sebuah beg besar sedang
berjalan menuju ke arah perhentian bas itu.
Malangnya, lelaki tua itu tiba-tiba terjatuh kerana tersepak
seketul batu. Sekumpulan remaja yang melihat kejadian itu ketawa
terbahak-bahak. Adam menegur sikap kumpulan remaja itu. Dia
segera berlari mendapatkan lelaki tua itu.Adam menolong memapah
lelaki tua itu bangun dan mengangkat begnya ke tepi supaya tidak
dilanggar oleh orang ramai yang lalu-lalang.
Lelaki tua itu mengucapkan terima kasih atas pertolongan
Adam dan kemudiannya menegur sikap kumpulan remaja tersebut
supaya mencontohi sikap Adam yang baik itu.

Muka depan C

Tamat

Jawapan

Teruskan


Slide 29

25. Cerita

Encik Ramzan mempunyai seorang anak lelaki yang
bernama Rizqin. Beliau selalu menasihati dan memarahi
anaknya yang selalu pulang lewat malam ke rumah.
Rizqin suka berlumba motosikal di lebuh raya
berhampiran tempat tinggalnya bersama rakan-rakan
lain yang juga tinggal di sekitar itu.
Pada suatu malam, Encik Ramzan telah mendapat
satu panggilan telefon menyatakan Rizqin terlibat dalam
satu kemalangan jalan raya.Rizqin cedera parah di
bahagian kakinya.
Setelah empat bulan mendapat rawatan di hospital,
Rizqin dibenarkan pulang. Rizqin berasa insaf dan
bersalah terhadap ayahnya yang selama ini sangat
menyayangi akan dirinya.Dia meminta maaf dan berjanji
tidak akan mengulangi perbuatan buruk itu lagi.
Muka depan C

Tamat

Jawapan

Teruskan


Slide 30

Dialog
1.Rahsia Kejayaan

2.Tokoh Kanak-Kanak

3.Dorongan Ibu
4.Berbudi Kepada Tanah
5.Menyimpan Wang
Muka depan C

Tamat

Teruskan


Slide 31

1.Dialog
Saiful
Halim
Saiful

:Selamat pagi Halim.
:Selamat pagi.
:Saya ucapkan tahniah kerana Halim menjadi murid terbaik dalam peperiksaan
UPSR di sekolah kita.
Halim
:Terima kasih atas pujian itu.
Saiful
:Apakah rahsia Halim mendapat kejayaan itu?
Halim
:Untuk mencapai kejayaan ini bukannya mudah. Saya telah berusaha kuat untuk
mencapainya. Setiap hari saya akan mengulang kaji pelajaran saya selama tiga
jam.Saya juga akan menyiapkan semua kerja rumah saya.Semasa di dalam
kelas,saya akan memberikan tumpuan sepenuhnya ketika guru mengajar.Jika
saya tidak faham tentang sesuatu perkara,saya akan bertanya kepada guru.
Saiful
:Adakah sesiapa yang memberikan dorongan kepada Halim?
Halim
:Saya sentiasa menerima galakan daripada ibu bapa dan guru-guru saya.
Saya juga tidak lupa berdoa kepada tuhan supaya memberikan kejayaan kepada
saya.
Saiful
:Apakah cita-cita Halim?
Halim
:Saya mempunyai cita-cita yang tinggi.Saya bercita-cita untuk menjadi seorang
doktor.
Saiful
:Baiklah Halim.Saya ucapkan terima kasih kerana Halim sudi ditemu ramah.
Halim
:Sama-sama.

Muka depan C

Tamat

Jawapan

Teruskan


Slide 32

2. Dialog

Haikal Nazmi adalah wartawan muda yang bertugas dengan Akhbar Pendidik. Haikal Nazmi telah bertemu bual
dengan Tokoh Kanak-Kanak tahun 2006.Berikut adalah temu bual mereka.
Haikal
Nirwan
Haikal
Nirwan

Haikal
Nirwan

Haikal
Nirwan
Haikal
Nirwan

:Terlebih dahulu , saya mengucapkan tahniah kepada adik Nirwan kerana telah berjaya
menggondol gelaran Tokoh Kanak-Kanak bagi tahun 2006.
:Terima kasih.
:Saya ingin mengetahui,bagaimanakah adik dapat menyelamatkan rakan adik yang kelemasan
itu?
:Kejadiannya berlaku sewaktu kami memancing di atas jambatan di sebatang sungai di hujung
kampung kami. Sungai itu memang dalam. Tiba-tiba, kawan saya Remi terpijak lantai jambatan
yang reput. Lantai itu patah dan Remi tidak dapat mengawal pergerakannya lalu terjatuh ke
dalam sungai.Saya yang melihat kejadian agak terkejut sebentar. Kemudian, saya sedar Remi
memerlukan bantuan.Saya menjerit meminta pertolongan.
:Apakah yang berlaku seterusnya?
:Apabila melihat keadaan Remi yang tercungap-cungap,saya tidak berlengah lagi lalu terus terjun
ke dalam sungai. Walaupun arus sungai yang dalam itu adak deras, namun nyawa Remi kawan
baik saya itu amat penting bagi saya.Saya berusaha sedaya-upaya berenang dan menariknya ke
tepi.
:Kemudian, apakah yang adik Nirwan lakukan?
:Saya sangat bersyukur kerana ketika kejadian seorang pemuda lalu di situ dan membantu saya
menarik Remi ke atas tebing. Saya memberikan bantuan pernafasan kepada Remi dan kami
menghantar Remi ke klinik.
:Wah,sungguh berani adik dalam kisah itu. Keberanian adik itu patut dicontohi oleh pelajar-pelajar
lain.
:Terima kasih.
Muka depan C

Tamat

Jawapan

Teruskan


Slide 33

3.Dialog

Mak Mah
Mira
Mak Mah
Mira

Mak Mah

Mira

Mak Mah
Mira

:Mengapakah wajah kamu nampak muram?Semalam
ceria sahaja.
:Mak, Mira khuatir permohonan Mira ke universiti akan
ditolak.
:Janganlah begitu Mira, sepatutnya berdoa kepada
tuhan.Jangan cepat berputus asa.
:Tapi mak, Hani sudah pun mendapat surat tawaran ke
Universiti Malaya.Surat tawaran untuk saya ke universiti
yang dipohon sampai sekarang masih belum tiba.
:Emak percaya, Mira pasti berjaya mendapat tempat di
universiti nanti.Mira sudah pun berusaha gigih dalam
pelajaran dan keputusan Mira juga sebaik keputusan yang
Hani peroleh.Tidak perlu bimbang, tetapi perlu banyak
bersabar.
:Terima kasih emak kerana memberikan saya semangat dan
dorongan.
:Sama-sama.Selepas makan, tolong emak kemas dan
bersihkan meja ya.
:Baiklah emak.
Muka depan C

Tamat

Jawapan

Teruskan


Slide 34

4.Dialog
Razak
: Selamat pagi, pak cik. Awal pak cik turun ke kebun hari ini?
Haji Man : Selamat pagi.Ya, pagi ini awal sikit sebab pukul 11.00 pagi nanti pak cik hendak
pergi ke pejabat pos.
Razak
: Boleh saya tanya pak cik beberapa soalan?
Haji Man : Boleh.
Razak
: Sudah berapa lama pak cik berkebun?
Haji Man : Pak cik telah berkebun dan bertani ini hampir 33 tahun.
Razak
: Selain pokok limau, apa lagi yang pak cik tanam?
Haji Man : Pak cik juga ada tanam sayur-sayuran, jambu batu,jagung,tebu dan ubi kayu. Nanti
bolehlah Razak rasa buah jambu dan tebu hasil kebun pak cik.
Razak
:Terima kasih, hebat ya banyak jenis tanaman yang dapat pak cik tanam.Siapa yang
membantu pak cik mengusahakan ladang yang luas ini?
Haji Man : Anak-anak pak cik yang membantu.Anak yang sulung menjadi pengurus pemasaran,
Rashidah, anak perempuan pak cik menguruskan akaun,sementara dua orang lagi
anak lelaki pak cik membantu pak cik menyelia dan menyelenggara kerja-kerja di
ladang. Selain daripada itu,pak cik juga ada 15 orang pekerja yang membantu
memetik dan memungut hasil, membaja dan menjaga kebun.
Razak
: Ke mana pak cik memasarkan tanaman pak cik?
Haji Man : Pak cik memasarkan ke pasar borong,pasar malam, pasar di pekan dan pasar
tani.Ada juga yang dibeli oleh FAMA.
Razak
: Adakah pak cik mendapat sebarang bantuan daripada pihak tertentu?
Haji Man : Ya, ada. Pak cik mendapat bantuan dan khidmat nasihat daripada Jabatan Pertanian.
Razak
: Terima kasih pakcik atas maklumat itu semua, saya mohon untuk pulang dahulu.
Haji Man : Sama-sama, jikalau ada kelapangan singgahlah lagi ke ladang pak cik ya.


Slide 35

5.Dialog

Laila

: Assalamualaikum, cikgu.Maafkan saya sekiranya mengganggu.

Puan Reena

: Waalaikummusalam. Oh, Laila! Ada apa Laila?

Laila

: Cikgu, saya ada sedikit masalah.Saya ingin menambah wang
dalam akaun simpanan saya, tetapi saya kurang arif
bagaimana cara menambah wang ke dalam akaun simpanan
saya itu.

Puan Reena

: Untuk menambah wang simpanan, awak mestilah mengisi
borang terlebih dahulu.

Laila

: Di manakah boleh saya dapatkan borang itu? Berapakah pula
harganya?

Puan Reena

: Kamu boleh dapatkan borang itu di kaunter bank dan borang itu
percuma.Tapi ingat, isikan bahagian pelanggan sahaja, jangan
isikan ruang pejabat pula. Ruangan itu hanya boleh diisi oleh
pegawai bank yang bertugas sahaja.Setelah siap mengisi
borang tersebut, ambillah nombor dan tunggu giliran nombor
kamu dipanggil untuk berurusan.

Laila

: Baiklah, cikgu. Terima kasih kerana sudi memberikan maklumat
berguna kepada saya.

Puan Reena

: Sama-sama dan selamat menyimpan wang.

Muka depan C

Tamat

Jawapan

Teruskan


Slide 36

PUISI
PANTUN
.1 .7
.2 .8
.3 .9
.4 .10
.5 .11
.6 .12
.13

SAJAK
.1
.2
.3
.4
.5
.6

SYAIR
.1
.2
.3
.4
.5
Teruskan
.6
Ciri-ciri puisi

Muka depan C


Slide 37

1. Pantun- Negaraku Tercinta
Serikandi handal bermain senjata,
Bijak pula bermadah seloka:
Aman harmoni negara tercinta,
Berkat usaha sejak merdeka.
Segak bergaya pahlawan gagah,
Mengembara sampai ke Andalusia;
Di mata dunia terkenal megah,
Barang buatan negara Malaysia.

Muka depan C

Mudik ke hulu berkayuh sampan,
Nakhoda belayar ke Pulau Jawa;
Tanah airku pusaka warisan,
Relaku korban harta dan nyawa.
Jika tuan pergi ke kota,
Jangan lupa membeli cendawan;
Negara kita tanggungjawab kita,
Jadi teras pemupuk perpaduan.

Tamat

Jawapan

Teruskan


Slide 38

2.Pantun- Anak
Kanak-kanak bermain di taman,
Bersorak-sorai kelihatan riang;
Anak dibesar penuh kemesraan,
Agar menjadi insan cemerlang.
Pergi ke pekan membeli sejadah,
Sebagai hadiah kepada teman;
Hormati ibu dan juga ayah,
Budi mereka tiada tandingan.

Gundah hati dilamun asmara,
Gelak tawa melindung duka;
Setiap kata dibisik mesra,
Usia yang tua mudah terluka.

Duduk bersimpuh mendengar cerita,
Cerita mengenai uda dan dara;
Bantuan dihulur tanpa diminta,
Hari tua sentiasa sejahtera.

Muka depan C

Tamat

Jawapan

Teruskan


Slide 39

3.PantunAlam
Sekitar
Berjalan-jalan membawa raga,
Ternampak seekor rama-rama;
Alam sekitar perlu dijaga,
Supaya kekal selama-lama.
Pergi berjalan di Alor Setar,
Ingin mencari minyak gamat;
Bersih sungguh alam sekitar,
Hidup kita akan selamat.
Suka bermain ikan pelaga,
Sambil bermain mendengar lagu;
Alam sekitar jika tidak dijaga,
Kesihatan kita akan terganggu.

Sambil menulis makan betik ,
Kertas ditulis terkena dakwat;
Apabila alam sekitar cantik,
Ramai pelancong akan melawat.
Rajin mencari ilmu pendidikan,
Akan menjadi orang berguna;
Jika alam sekitar dirosakkan,
Hidup manusia akan merana.

Muka depan C

Tamat

Jawapan

Teruskan


Slide 40

4.Pantun-Peribadi mulia
Cahaya bersinar di pekan Meranti,
Tambah ceria suasana desa;
Hidup di dunia harus berbakti,
Kelak nama disanjung sentiasa.
Hujung minggu pergi ke kota,
Melihat keunikan sebuah istana;
Hindari diri daripada sengketa,
Jiwa tenteram tiada merana.
Indah bersinar cahaya bulan,
Malam gelita bertukar terang;
Ziarah-menziarahi jadikan amalan,
Asas pemupukan masyarakat penyayang.

Muka depan C

Lemah gemalai gerak tari,
Menghibur hati waktu duka;
Caci-mencaci perlu dihindari,
Pasti hati tiada terluka.

Putih berseri bunga melati,
Hiasan sanggul anak Cik Yahya;
Janji termeterai harus ditepati,
Setiap masa orang percaya.

Tamat

Jawapan

Teruskan


Slide 41

5. Pantun-Masyarakat
Pergi berehat di tasik Bera,
Terlihat sekawan anak rusa;
Tutur kata sopan dan mesra,
Menjadi lambang sesuatu bangsa.
Cincin dipakai bersalut suasa,
Sebagai perhiasan tetap menawan;
Sikap kedekut jauhi sentiasa,
Masyarakat penyayang jadikan amalan.

Indah permai suasana desa,
Hati yang rawan terasa gembira;
Perpaduan kaum dipupuk sentiasa,
Harapan menggunung pemimpin negara.
Beli gula barang sekati,
Untuk manisan waktu berbuka;
Rakyat setia sentiasa berbakti,
Negara aman kekal merdeka.

Muka depan C

Tamat

Jawapan

Teruskan


Slide 42

6.Pantun -Guru
Bola ragbi bentuknya bujur,
Dimainkan orang di tengah padang;
Guru yang bertugas dengan jujur
Akan dihormati oleh semua orang.
Buat kerja jangan bertangguh,
Bimbang nanti ditimpa padah;
Guru mengajar bersungguh-sungguh,
Pengetahuan murid akan bertambah.
Bila bergurau jangan berkelahi,
Bermaafan pada pagi hari raya;
Nasihat guru perlu dipatuhi,
Murid pasti akan berjaya.

Anak ikan di dalam raga,
Ikan dimasak asam laksa
Guru kita pasti berbangga,
Jika muridnya lulus periksa.
Garam dicampur secukup rasa,
Gulai dikacau perlahan-lahan;
Hormatilah guru sepanjang masa,
Hidup kita diberkati tuhan.

Muka depan C

Tamat

Jawapan

Teruskan


Slide 43

7. Pantun-Nasihat
Kalau tuan pergi ke Melaka,
Jangan lupa membeli gula;
Ikut nasihat ibu dan bapa,
Supaya senang di hari muka.

Mari menanam bunga seroja,
Seroja ditanam di laman raja;
Jika hidup ingin berjaya,
Terus usaha jangan putus asa.

Kalau hendak melentur buluh,
Jangan dipilih yang sudah tua;
Rajin belajar bersungguh-sungguh,
Agar kita beroleh jaya.

Buah nyiur si buah kelapa,
Isinya manis tidak terkira;
Jangan derhaka ibu dan bapa,
Kelak hidupmu ditimpa bencana.

Muka depan C

Tamat

Jawapan

Teruskan


Slide 44

8.Pantun- Kewajipan
Burung layang-layang terbang di awan,
Nelayan turun menangkap ikan;
Baik-baik bila berkawan,
Akhlak mulia mesti diutamakan.

Pergi ke pekan mengepos surat,
Surat dipos untuk Salim;
Wajib manusia menutup aurat,
Terutama pada wanita muslim.

Muka depan C

Sehari sudah lesu berpuasa,
Hidangan berbuka sudah tersedia;
Jangan kamu membazir masa,
Mulai beribadat semasa belia.

Roti bakar airnya bandung,
Jadi hidangan cucu panglima;
Biarpun kaya bergedung-gedung,
Tidak sembahyang tiada gunanya.

Tamat

Jawapan

Teruskan


Slide 45

9.Pantun-Kehidupan
Harum baunya bunga cempaka,
Kembang sekuntum di hujung dahan;
Sungguh cantik bunga mawar,
Berbuat baiklah sesama manusia,
Segala yang buruk segera tinggalkan. Dipetik sekuntum dara jelita;
Hidup kita hendaklah bersabar,
Menghadapi dugaan dengan waspada.
Merah warnanya bunga raya,
Dipilih menjadi bunga kebangsaan;
Bantu-membantu amalam mulia,
Kerja yang berat menjadi ringan.

Bunga orkid banyak ditanam,
Sudah terkenal di seluruh dunia;
Jika hidup aman tenteram,
Barulah kebahagiaan akan menjelma.

Muka depan C

Tamat

Jawapan

Teruskan


Slide 46

10.PANTUN- Budi
Tenang-tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung;
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik rasa nak junjung.

Bunga cina di atas batu,
Jatuh daunnya ke dalam ruang;
Adat dunia memang begitu,
Sebab emas budi terbuang.

Bunga melati bunga di darat,
Bunga seroja di tepi kali;
Hina besi kerana karat,

Anak beruk di tepi pantai,
Pandai melompat pandai berlari;
Biar buruk kain dipakai,
Asal hidup pandai berbudi.

Hina manusia tidak berbudi.

Muka depan C

Tamat

Jawapan

Teruskan


Slide 47

11.PANTUN-Guruku
Silat gayung pembuka majlis,
Majlis menyambut wira pulang;
Murid diajar membaca menulis,
Supaya pandai lagi cemerlang.
Wangi sungguh bau gaharu,
Gaharu dibawa dari pekan;
Rajin dedikasi sikap guru,
Masa tenaga tidak dihiraukan.

Dari Kuantan pergi ke Pekan,
Singgah membeli bunga dahlia;
Tiap ketika mengajar kebaikan,
Agar murid berakhlak mulia.
Indah sungguh laut membiru,
Suasana aman mengusik rasa;
Sungguh besar jasamu guru,
Tidak kulupa sepanjang masa.

Muka depan C

Tamat

Jawapan

Teruskan


Slide 48

12.PANTUN- Jasa Perwira
Mengindang padi penuh berisi,
Si Dara mengindang sambil berhibur;
Semangat perwira kita warisi,
Musuh datang kita gempur.

Merendang tumbuhnya pohon cemara,
Berteduh Si Dara menatang baki;
Setiap langkah harus waspada,
Taktik musuh kita selidiki.

Setia ara janganlah diragu,
Tidaklah setanggi menongkah cemara, Walau akarnya berpaut di dahan;
Harum setanggi membawa khabar;
Keamanan sejagat tidak diganggu,
Tidaklah tercemar maruah bangsa,
Kekalkan perpaduan, elakkan
Sejarah silam menjadi iktibar.
permusuhan.
Kilauan emas tidak terkira,
Emas ditempa Si Manis Melati,
Usah dilupa jasa perwira,
Untuk negara mereka berbakti.

Muka depan C

Tamat

Jawapan

Teruskan


Slide 49

13.Pantun Joget Pahang
Dari Melaka pergi ke Pahang,
Singgah di Johor beli barangan;
Kami mengucap selamat datang,
Apa yang kurang dikeji jangan.
Negeri Pahang aman sentosa,
Kaya dengan tumbuh-tumbuhan;
Niat di hati nak buat jasa,
Mudah-mudahan tuhan kabulkan.
Pukullah gendang kulit kerbau,
Dalam majlis tari-menari;
Kami ini daganglah merantau,
Mengharap belas orang di sini.

Muka depan C

Tamat

Jawapan

Teruskan


Slide 50

1.Sajak- Ibu
Ibu,
Pengorbananmu pasti kubalas,
Kau menatangku bagai minyak yang
penuh,
Kau curahkan segala perhatianmu,
Tiada apa yang boleh menyakitiku,
Hatta seekor nyamuk pun……
Ibu,
Sedari kecil kau ajarku erti kasih
sayang,
Katamu kasih sayang itu
penghubung segalanya,
Padamu biar miskin harta,
Namun jangan sekali miskin budi
pekerti.

Muka depan C

Ibu,
Didikanmu teguh tersemat di hatiku,
Takkan ku biar kau hidup melarat lagi
Akan kuusaha gigih
Untuk memastikan kau hidup bahagia
Dan hari tuamu terbela olehku.
Ibu,
Kaulah segalanya bagiku,
Akan kupastikan,
Tiada siapa yang dapat,
Memisahkan kita.

Tamat

Jawapan

Teruskan


Slide 51

2.Sajak- Negeri Cinta
Alam adalah sebahagian daripada kita
Alam adalah syurga bumi
Cinta kepadanya cinta jutaan bunga-bunga
Cinta kepadanya cinta jutaan jiwa manusiawi
Di sanalah negeri tercantik
Negeri terlindung di luar penglihatan
Negeri kerinduan, negeri penghijrahan
Dari buruan kehidupan yang mencekik
Ini laut kita, lindungilah dari pencemaran
Ini hutan kita, lindungilah dari pemusnahan
Ini langit kita, lindungilah dari keracunan
Ini sungai kita, lindungilah dari pembuangan
Malaysia negeri alam dunia sebelah sini
Negeri impian , negeri gemerlapan
Lindungilah dari keganasan-keganasan modenisasi
Negeri cinta, negeri budaya, negeri perpaduan
Yang harus dijunjung lagi disanjung.

Muka depan C

Tamat

Jawapan

Teruskan


Slide 52

3.Sajak-Wawasan 2020
Aku melangkah sayu
meninggalkan desa kelahiranku,
Demi menyahut seruan Wawasan 2020,
Aku ingin menjadi anak watan berjasa,
Memajukan negara tercinta.
Aku terpegun seketika,
Bangunan mencakar langit,
Kilang-kilang tumbuh bagai cendawan,
Anak-anak muda tidak lagi berkeliaran,
Malah sihat dan ceria.

Terdengar laungan pemimpin negara,
Pandanglah ke timur,
Contohi mereka,
Biar negara maju, namun budaya tetap
dijunjung,
Kerana kita anak Malaysia,
Menuju ke arah wawasan 2020.

Teringat pesan bonda,
Usah dilupakan mereka yang tua,
Tanamkan kasih, siramkan sayang,
Berbunga bahagia, gembira dan ketawa,
Agar tidak dianggap anak derhaka.

Muka depan C

Tamat

Jawapan

Teruskan


Slide 53

4.Sajak- Negara Kita Tanggungjawab Kita
Syukur aku pada yang esa
Bumi bertuah sentiasa terjaga
Atas keprihatinan pada negara
Pejuang-pejuang bangsa
Rela hati mencurah tenaga
Demi ibu pertiwi tercinta

Anasir luar yang acapkali mengintai ruang
Mengancam, menghancur amannya bahagia
Jangan tunduk sedetik cuma
Demi semangat kental tersemat di jiwa
Musuh durjana kita tumpaskan bersama

Pernah di suatu ketika
Berbunga satu cita-cita
Di hamparan sukma
Menyumbang bakti membela negara
Namun kini haluan berbeza
Aku merawat insan sengsara
Kini aku kagum dan bangga
Negara ku terbela ,terpelihara

Nukilan:Suera

Muka depan C

Bangun bangsaku
Kita semat satu tekad
Kita nyalakan satu azimat
Kita barakan satu keramat
Negara kita tanggungjawab kita

Tamat

Jawapan

Teruskan


Slide 54

5.Sajak-Kasihi Mereka
Kasihi mereka
 Mereka kurang upaya
 Mereka tidak minta dilahirkan
Semuanya takdir Tuhan yang maha kuasa
 Alangkah tabahnya mereka
 Menghadapi dugaan dan pancaroba
 Hidup harus diteruskan
 Biar apa jua yang mendatang
 Bantulah mereka
 Sedaya yang mungkin
Mereka juga harus meneruskan kehidupan






Muka depan C

Tamat

Jawapan

Teruskan


Slide 55

6.Sajak- Kasihannya Bumi
Bumi…..
Aku tahu engkau agak derita di kala ini,
Apabila tangan-tangan rakus itu
Sudah tidak pandai lagi membelai lembut
khazanahmu
Lantas mencakar roboh
Dinding-dinding bukit penegak seri
Dan menurun hujan air mata lumpur
Yang juga meragut nyawa mereka yang tidak
berdosa.
Jua harta hijaumu yang amat bermakna

Nukilan:Suera

Bumi….
Aku tahu engkau kecewa
Dengan hilangnya rasa simpati
Manusia yang semakin kurang cinta sayang
Pada alam mekar
Dek tamak memburu kemajuan
Haiwan lindunganmu mati kehausan dan kebuluran
Lantaran rimba teduhan sudah bertukar kota batu
Sungai minuman sudah berperisa toksik baru
Kasihan kau bumi,
Entah bila keinsafan akan menular
Dari kealpaan yang liar
Dalam benak fikiran mereka yang tegar
Moga suatu ketika akan tiba
Dengan panjatan doa ribuan kita yang masih punya harga
berterima kasih

Muka depan C

Tamat

Jawapan

Teruskan


Slide 56

1. Syair –Budi
Aduhai saudara aduhai kawan,
Jadikanlah diri orang budiman,
Jika bertemu orang di jalanan,
Amalkanlah bersalam-salaman

Elakkan diri mengata-ngata,
Agar sahabat tidaklah murka,
Moga terjaga akhlak mulia,
Dikasihi orang serata dunia.

Janganlah gemar menyombong diri,
Buangkan juga hasad dan dengki,
Buat baik sentiasa berbakti,
Moga diri terus dihargai.

Hulurkan tangan kepada yang perlu,
Murahkan diri untuk membantu,
Supaya aman hidup bersatu,
Bahagia hendaknya ke anak cucu.

Muka depan C

Tamat

Jawapan

Teruskan


Slide 57

2.Syair-Bersatu Teguh Bercerai Roboh
Ini kisah sebuah cerita,
Adik –beradik tidak sekata,
Siang malam merebut harta,
Tidak menghiraukan nasihat bapa.
Bapa selalu bersedih hati,
Melihat kelakuan anak sendiri,
Bapa membawa secekak lidi,
Semua anak dipanggil ke sisi.
Sebatang lidi minta dipegang,
Dipatah-patahkan begitu senang,
Apabila diberikan secekak seorang,
Tidak retak walaupun sebatang.

Itulah nasihat yang diberi,
O leh bapa yang dikasihi,
Barulah kini mereka menyedari,
Akan kesilapan selama ini.
Mereka berjanji tidak bergaduh,
N asihat bapa segera dipatuh,
Persaudaraan mereka menjadi kukuh,
Bersatu teguh bercerai roboh.

Muka depan C

Tamat

Jawapan

Teruskan


Slide 58

3.Syair- Laksamana Hang Tuah
Tersebutlah kisah suatu cerita,
Kisah berlaku dahulu kala,
Terdapat perwira gagah perkasa,
Tempat bernama kota Melaka.
Kehebatannya sungguh tidak terperi,
Menentang musuh merajai negeri,
Laksamana Hang Tuah gelaran diberi,
Bersama empat sahabat sejati.
Setiap perintah akan dijunjung,
Menjadikan diri sentiasa disanjung,
Apabila difitnah hatinya murung,
Perintah sultan terpaksa ditampung.
Hukuman bunuh terpaksa dijatuhkan,
Perbuatan Hang Tuah dimurkai sultan,
Semasa sultan ketiadaan pahlawan,
Hang Jebat dilantik mengetuai angkatan.

Hang Jebat terus bermaharajalela,
Diusirnya sultan dari istana,
Pemfitnah Hang Tuah datang bercerita,
Hang Tuah bukan pembuat angkara.

Sultan terus menjadi marah,
Kerana Hang Tuah tidak bersalah,
Dijatuhkan hukuman kepada pemfitnah,
Bendahara datang membawaHang Tuah.

Hang Tuah diberi amanat sultan,
Keris dihunus Hang Jebat melawan,
Akhirnya Hang Jebat mati diribaan,
Air mata Hang Tuah mengalir perlahan.

Muka depan C

Tamat

Jawapan

Teruskan


Slide 59

4.Syair-Tenaga Muda
Tenaga muda kalau diasuh,
Pimpin dan didik kotor dibasuh,
Tidaklah ia menjadi lusuh,
Amat berguna menentang musuh.
Tenaga pemuda memang terbilang,
Tenaga yang sedang gilang gemilang,
Beban yang berat dapat dijulang,
Benda yang jauh dapat dijelang.

Tenaga muda mestilah sayang,
Jangan dibiar lemah dan goyang,
Di waktu muda tenaga kencang,
Berani sampai berputih tulang.
Tenaga pemuda kalau dijaga,
Kelak akhirnya sangat beharga,
Tenaga yang menjadi harapan bangsa,
Gagah berani mempertahan negara.

Tenaga pemuda tenaga beerti,
Tenaga yang berani menempah mati,
Tidak mengenal erti nanti,
Hanya penuh kemahuan mesti.

Muka depan C

Tamat

Jawapan

Teruskan


Slide 60

5.Syair-Cintai Alam Sekitar
Aduhai adikku kakak berpesan,
Kelak dirimu jadikan panduan,
Cintai keindahan jaga kebersihan,
Persekitaran indah tiada pencemaran.
Kempen kebersihan bersama dihayati,
Udara nyaman pasti dinikmati,
Sihat badan wajah berseri,
Negara aman hidup harmoni.
Jadilah warga bertimbang rasa,
Kepada alam membuat jasa,
Tanah dan tumbuhan dipelihara,
Kerosakan tiada bumi sejahtera.

Muka depan C

Air sungai mengalir damai,
Ombak berlagu memukul pantai,
Unggas bernyanyi suasana permai,
Di hari minggu kita bersantai.
Jerebu berleluasa melanda negara,
Kebakaran dan kilang punca angkara,
Lapisan ozon semakin derita,
Tanamkan kesedaran atasi segera.

Tamat

Jawapan

Teruskan


Slide 61

6.Syair- Anakku
Dengarlah wahai anakku,
Hendaklah tekun berbuat sesuatu,
Mereka yang susah segera dibantu,
Perkara yang keji jangan sekutu.
Janganlah suka meminta-minta,
Kerahkan tenaga selagi berupaya,
Gunakan segala tenaga muda,
Untuk membangunkan negara dan
bangsa.

Jangan sombong atau berbangga,
Kelebihan ibu ataupun bapa,
Manusia ini sama semuanya ,
Iman dan amal itulah bezanya.
Anakku, jadilah pahlawan!
Harta jangan dijadikan rebutan,
Tanah air perlu dipertahankan,
Semoga hidupmu mendapat keberkatan.

Soalan tamat ,
terima kasih kerana sudi
mencuba.Semoga usaha
kita tidak sia-sia

Muka depan C

Tamat

Jawapan


Slide 62

JAWAPAN 1





Sebagai anak perlu taat dan patuh kepada ibubapa
Jangan menghampakan permintaan ibubapa
Menulis senarai barangan yang ingin dibeli supaya tidak lupa
Jangan suka membuang masa setelah menjalankan tugas –
pulang segera – ibubapa tidak bimbang
• Peka dengan keadaan sekeliling
• Bertanggungjawab dan menghargai – harta awam
• Mendengar nasihat
• Melakukan tindakan mengikut kemampuan
• Memberi pujian sebagai tanda penghargaan

Muka depan C

Tamat

Petikan 1

Teruskan


Slide 63

JAWAPAN 2
• Jangan berkhayal di dalam kelas
• Mengambil berat dan bersikap setia kawan
• Meluahkan masalah kepada orang yang
dipercayai-mengurangkan bebanan
• Memberikan nasihat berguna
• Belajar bersungguh-sungguh - capai cita-cita
• Bantu-membantu sesama manusia dengan
ikhlas

Muka depan C

Tamat

Petikan 2

Teruskan


Slide 64

JAWAPAN 3
• Prihatin terhadap keadaan sekeliling
• Bersimpati terhadap masalah yang menimpa orang
lain

• Lakukan tindakan yang betul dan tepat pada
masanya

• Kita perlu bantu-membantu sesama manusia
• Hargailah jasa dan budi orang lain terhadap kita

Muka depan C

Tamat

Petikan 3

Teruskan


Slide 65

JAWAPAN 4
• Murid perlu berdisiplin
• Datang awal ke sekolah supaya tidak tergesa-gesa
• Bersikap amanah dan bertanggungjawab terhadap tugas
• Jangan suka membuli orang lain
• Lindungi mereka yang lebih muda dan lemah





Berikan nasihat kepada mereka yang melakukan kesalahan
Bersikap berani
Dengar nasihat yang baik

Buat laporan/aduan kepada pihak yang bertanggungjawab.

Muka depan C

Tamat

Petikan 4

Teruskan


Slide 66

JAWAPAN 5
• Jaga kebersihan
• Membantu ibubapa
• Bersikap ramah
• Tolong-menolong sesama jiran
• Hormati jiran
• Berterima kasih

Muka depan C

Tamat

Petikan 5

Teruskan


Slide 67

JAWAPAN 6
• Pilih rancangan yang berkualiti dan berilmu
• Prihatin – keadaan sekeliling
• Bantu-membantu sesama jiran
• Lakukan tindakan yang tepat pada masanya
• Dapatkan rawatan jika sakit
• Memahami masalah orang lain
• Membantu dengan penuh keikhlasan
• Berterima kasih kepada mereka yang memberi bantuan

Muka depan C

Tamat

Petikan 6

Teruskan


Slide 68

JAWAPAN 7
• Prihatin keadaan sekeliling
• Jangan mengambil hak orang lain
• Jujur
• Berikan nasihat yang baik
• Mendengar nasihat dan berusaha untuk berubah – baik
• Buat laporan kepada pihak berwajib
• Berterima kasih

Muka depan C

Tamat

Petikan 7

Teruskan


Slide 69

JAWAPAN 8
• Usaha tangga kejayaan
• Hijrah ke arah kebaikan
• Jadilah anak yang mendengar nasihat ibubapa
• Hormati dan sayangi ibubapa
• Jangan jadi kacang lupakan kulit tidak tahu mengenang
jasa.

• Bekerja –mencari nafkah hidup
• Jangan lupa tanggungjawab sebagai seorang anak.

Muka depan C

Tamat

Petikan 8

Teruskan


Slide 70

JAWAPAN 9
• Bertutur kata dengan sopan supaya tidak
menyinggung perasaan orang lain

• Bertindak bijak, berfikir dahulu sebelum
melakukan sesuatu

• Berani kerana benar
• Sentiasa mengingat pesanan yang berguna
daripada ibubapa

• Tidak boleh mengikut orang yang tidak dikenali
• Tontoni siaran yang memberi banyak manafaat
Muka depan C

Tamat

Petikan 9

Teruskan


Slide 71

JAWAPAN 10
• Perlu rajin belajar untuk mencapai kejayaan
• Tanamkan sikap belas kasihan dan simpati kepada
mereka yang lemah

• Peka dengan keadaan sekeliling serta kesusahan orang
lain

• Kita perlu membantu mereka yang dalam kesusahan
• Ikhlas dengan setiap pertolongan yang diberi
• Ucapkanlah terima kasih setelah diberi pertolongan
sebagai penghargaan

Muka depan C

Tamat

Petikan 10

Teruskan


Slide 72

JAWAPAN 11
• Sebagai anak wajib membantu ibubapa dan meringankan beban
mereka

• Seorang murid perlu bersikap amanah untuk menyiapkan
sebarang tugasan yang diberi

• Bijak mengatur dan mengisi masa lapang dengan cara yang
berfaedah






Pilih bahan bacaan yang memberikan pengetahuan
Badan perlu berehat untuk menghilangkan rasa letih
Ulang kaji pelajaran sangat penting untuk mencapai kejayaan

Bertanyalah kepada yang lebih arif tentang sesuatu yang kita
tidak faham

Muka depan C

Tamat

Petikan 11

Teruskan


Slide 73

JAWAPAN 12
• Mohon bantuan orang lain sekiranya kita tidak mampu
melakukan sesuatu






Bersedia memberi bantuan kepada yang memerlukan
Sesuatu kejayaan hanya akan diraih dengan usaha yang gigih
Jangan malu mengakui kelemahan diri

Mencintai negara dan pemimpin

• Sedia berkhidmat untuk memajukan negara
• Memegang janji

Muka depan C

Tamat

Petikan 12

Teruskan


Slide 74

JAWAPAN 13
• Kerajinan akan membawa kesenangan
• Hormati rakan-rakan/jiran
• Bijak membahagi masa/ jangan sia-siakan
masa yang terluang
• Sediakan payung sebelum hujan
• Sikap malas memberikan kerugian
• Bantu-membantu
• Jangan suka berdendam
• Insaf dan berubah sikap kepada yang lebih
baik
Muka depan C

Tamat

Petikan 13

Teruskan


Slide 75

JAWAPAN 14
• Berbuat baik sesama rakan
• Hormati rakan-rakan/jiran
• Bijak membahagi masa/ jangan sia-siakan masa
yang terluang
• Jangan ponteng sekolah
• Nasihati sikap rakan yang tidak baik
• Membantu rakan yang dalam kesusahan
• Jangan suka berdendam
• Insaf dan berubah sikap kepada yang lebih baik
• Ucapkan terima kasih kepada mereka yang
membantu

Muka depan C

Tamat

Petikan 14

Teruskan


Slide 76

JAWAPAN 15
• Perlu bekerja mencari nafkah
• Kita mesti berusaha untuk menjalankan tugas
dengan cekap.
• Jangan merungut jika ketika menjalankan tugas/
Jalankan tugas dengan ikhlas dan amanah
• Jujur dan bertanggungjawab terhadap tugas
• Bertindak tegas ketika betugas
• Nasihati mereka yang berbuat kesalahan
• Dengar nasihat yang baik dan berubah sikap
• Berhati-hati di jalan raya

Muka depan C

Tamat

Petikan 15

Teruskan


Slide 77

JAWAPAN 16












Jangan nakal dan mengganggu orang lain.
Menghina adalah satu perbuatan keji.
Nasihati mereka yang bersalah.
Berubah apabila ditegur.
Gunakan masa-berfaedah/ mengulang kaji
Tidak boleh mencuri.
Orang bersalah patut dihukum.
Jangan berdendam.
Bantu membantu.
Insaf.

Muka depan C

Tamat

Petikan 16

Teruskan


Slide 78

JAWAPAN 17
• Apabila menghadapi masalah perlu
memberitahu orang yang boleh dipercayai
• Ambil perhatian terhadap aduan
• Bertanggungjawab terhadap anak
• Jangan suka berlengah dalam hal yang
mustahak/kecemasan-terlambat
• Kita mesti dapatkan rawatan daripada
doktor sekiranya sakit-melarat
• Berikhtiar-selesaikan masalah
• Berjimat-cermat-menyimpan untuk
kecemasan
• Bersyukur

Muka depan C

Tamat

Petikan 17

Teruskan


Slide 79

JAWAPAN 18
• Semua orang perlu menghayati dan menghargai
kemerdekaan.
• Sepakat dan bekerjasama perlu wujud untuk
menjayakan sesuatu program.
• Pembahagian tugas- menjadikan tugas dilakukan
lebih mudah dan teratur.
• Lakukan tugas dengan ikhlas dan sempurna
• Tanggungjawab sebagai ketua mesti dilaksanakan
dengan baik.
• Menghormati dan mematuhi arahan ketua.
• Usaha yang bersungguh-sungguh akan
menghasilkan kejayaan.

Muka depan C

Tamat

Petikan 18

Teruskan


Slide 80

JAWAPAN 19
• Kakak/abang perlu membantu adik-adik.
• Meja makan perlu dikemaskan sebelum
dan selepas makan.
• Selepas bermain alat permainan perlu
dikemaskan.
• Membantu ibubapa.
• Mengulang kaji pelajaran.
• Siapkan tugasan yang diberi.
• Menyayangi keluarga.
• Membaca doa sebelum makan.

Muka depan C

Tamat

Petikan 19

Teruskan


Slide 81

JAWAPAN 20










Aktif bersukan badan sihat.
Badan yang sihat membantu kecerdasan otak.
Bercita-cita dan berazam.
Berusaha dan berlatih bersungguh-sungguh untuk
capai cita-cita.
Mematuhi arahan jurulatih.
TIdak kedekut ilmu.
Sentiasa menjaga pemakanan.
Membantu menaikkan imej sekolah.
Tidak mengabaikan pelajaran walaupun sibuk
bersukan.

Muka depan C

Tamat

Petikan 20

Teruskan


Slide 82

JAWAPAN 21
• Keluar awal untuk bekerja supaya tidak
tergesa-gesa
• Memastikan teksi dalam keadaan bersih.
• Berdoa kepada tuhan.
• Bersikap jujur.
• Jangan mengambil kesempatan.
• Menghargai bahasa ibunda.
• Belajar menguasai bahasa lain.
• Berbangga dengan keistimewaan dan
keindahan negara kita.

Muka depan C

Tamat

Petikan 21

Teruskan


Slide 83

JAWAPAN 22
• Pilih pekerjaan yang sesuai dengan
kehendak hati.
• Jalankan tugas-tanggungjawab,
dedikasi, amanah dan jujur.
• Menepati waktu.
• Bersedia sebelum bertugas.
• Bersikap penyayang.
• Murid mesti menghormati guru.
• Tegas.
Muka depan C

Tamat

Petikan 22

Teruskan


Slide 84

JAWAPAN 23
• Berlatih bersungguh-sungguh untuk
menghadapi perlawanan.
• Berdikari-pulang berjalan kaki.
• Menjaga kebersihan.
• Buat pilihan yang bijak-gerai bersih.
• Menasihati rakan.
• Mendengar nasihat yang baik.
• Mengambil berat tentang rakan.
• Mendapatkan rawatan jika sakit.

Muka depan C

Tamat

Petikan 23

Teruskan


Slide 85

JAWAPAN 24










Prihatin dengan keadaan sekeliling.
Menghormati orang yang lebih tua.
Bersopan-santun /Jangan bersikap biadap.
Simpati dan bertimbang rasa-kesusahan
orang lain.
Berani menegur perbuatan yang tidak
betul.
Bantu-membantu.
Mengucapkan terima kasih setelah
dibantu.
Mencontohi sikap yang baik.

Muka depan C

Tamat

Petikan 24

Teruskan


Slide 86

JAWAPAN 25
• Bapa-bertanggungjawab membentuk sikap anakanak.
• Anak-anak wajib mendengar nasihat dan teguran
ibubapa.
• Perlumbaan haram-tidak baik dan menyalahi
undang-undang.
• Isi masa lapang dengan perkara yang berfaedah.
• Maklumkan sesuatu hal yang terjadi kepada
waris/keluarga.
• Dapatkan rawatan supaya cepat sembuh.
• Insaf dan meminta maaf.
• Tidak mengulangi lagi perbuatan buruk.

Muka depan C

Tamat

Petikan 25

Teruskan


Slide 87

Jawapan Pantun Negara Tercinta








Usaha para pejuang dahulu dalam mencapai
kemerdekaan perlu dihargai
Bersatu padu akan mengekalkan keamanan
Barang buatan Malaysia juga berkualiti serta setanding
dengan barangan buatan luar negeri.Utamakan
barangan buatan negara kita.
Sebagai seorang rakyat harus sentiasa bersedia untuk
berkhidmat dan berkorban demi negara.
Tanggungjawab menjaga keamanan negara adalah
tanggungjawab semua.
Gemblengan tenaga akan mewujudkan satu kekuatan
yang hebat

Muka depan C

Tamat

Pantun 1

Teruskan


Slide 88

Jawapan Pantun Anak








Sebagai seorang anak wajib mematuhi dan
mentaati kata ibubapa
Jika inginkan kejayaan kita perlu berusaha
bersungguh-sungguh
Tidak boleh berputus asa
Orang yang malas akan kerugian
Anak tidak boleh menderhakai orang tuanya
Balasan yang setimpal akan diterima oleh anak
derhaka
Muka depan C

Tamat

Pantun 2

Teruskan


Slide 89

Jawapan Pantun Alam Sekitar







Jagalah keindahan dan kesucian alam sekitar
Alam yang terjaga akan menjamin kesejahteraan hidup
Jagalah kebersihan alam sekitar
Persekitaran yang bersih dan menarik dapat menarik
perhatian pelancong
Kita akan musnah sekiranya tidak menjaga alam sekitar

Muka depan C

Tamat

Pantun 3

Teruskan


Slide 90

Jawapan Pantun Peribadi Mulia







Bersedia untuk berbakti kepada negara
Jangan suka bersengketa sesama manusia
Kita perlu ziarah-menziarahi sesama manusia
untuk mengeratkan hubungan
Elakkan daripada mencaci dan merendahkanrendahkan maruah orang lain-tersinggung
Mesti tepati janji
Kita akan dihormati jika berbudi mulia

Muka depan C

Tamat

Pantun 4

Teruskan


Slide 91

Jawapan Pantun Masyarakat










Bahasa mencerminkan bangsa.
Kita perlu menjaga kesopanan dan kesusilaan agar dihormati oleh
orang lain.
Kemesraan akan mengeratkan perhubungan sesama manusia.
Jangan bersikap tangkai jering.
Bermurah hati dengan membantu mereka yang memerlukan
bantuan.
Tanamkan perasaan kasih-sayang sesama kita-dapat mengelakkan
persengketaan
Rakyat perlu bersatu padu dan mematuhi pemimpin yang baik
Rakyat perlu sedia berbakti ,untuk memastikan negara terus maju
dan kekal merdeka.

Muka depan C

Tamat

Pantun 4

Teruskan


Slide 92

Jawapan Pantun Guru









Kerja guru adalah satu tugas yang mulia
Kita perlu menjalankan tugas dengan penuh kejujuran
dan amanah
Guru yang menjalankan tugas dengan penuh dedikasi
akan dapat mempertingkat pencapaian muridnya
Sebagai murid perlu mematuhi ,menghormati serta
mendengar nasihat guru.
Murid yang mendengar nasihat dan belajar bersungguhsungguh pasti akan mencapai kejayaan
Pencapaian murid yang cemerlang akan menjadi
kebanggaan guru.
Muka depan C

Tamat

Pantun 6

Teruskan


Slide 93

Jawapan Pantun Nasihat
Anak-anak mesti patuh nasihat ibubapa
 Kita mesti belajar bersungguh-sungguh
 Jangan lekas berputus asa
 Perlu berusaha dengan gigih
 Jangan menderhakai ibubapa
 Setiap perbuatan buruk dan baik akan
diberi balasan yang setimpal daripada
tuhan


Muka depan C

Tamat

Pantun 7

Teruskan


Slide 94

Jawapan Pantun Kewajipan








Jadilah rakan/teman yang baik
Carilah kawan yang berakhlak mulia
Orang Islam wajib menutup aurat terutamanya
kaum wanita
Jangan suka membuang masa
Belajarlah beribadat sejak dari kecil
Kekayaan tidak menjamin masuk ke syurga
Wajib bersembahyang kerana sembahyang itu
tiang agama
Muka depan C

Tamat

Pantun 8

Teruskan


Slide 95

Jawapan Pantun Kehidupan
Berbuat baiklah sesama manusia
 Tinggalkan perkara yang buruk
 Bantu-membantu akan dapat
memudahkan kerja
 Kasabaran sangat penting dalam
kehidupan
 Keamanan akan menjamin kesejahteraan
dan kebahagiaan hidup


Muka depan C

Tamat

Pantun 9

Teruskan


Slide 96

Jawapan Pantun Budi
Budi yang baik patut dikenang
 Jadilah manusia yang baik
 Manusia tidak suka orang yang tidak
bermoral
 Harta kekayaan tidak begitu berharga jika
dibandingkan dengan budi pekerti mulia
 Jangan memandang harta-benda


Muka depan C

Tamat

Pantun 10

Teruskan


Slide 97

Jawapan Pantun Guruku







Murid-murid perlu belajar dan menjadi orang
yang pandai
Seorang guru mestilah rajin dan berdedikasi
Guru yang baik tidak akan menghiraukan masa
dan tenaga yang dicurahkan
Jangan lupa jasa dan pengorbanan yang guru
berikan
Kita hendaklah berkelakuan baik dan
membentuk peribadi yang terpuji
Berilah didikan yan baik kepada anak-anak
Muka depan C

Tamat

Pantun11

Teruskan


Slide 98

Jawapan Pantun Jasa Perwira








Kita mesti berani menetang musuh
Jangan cemari maruah bangsa kita
Jadikan peristiwa lalu sebagai teladan
Kita mesti berwaspada selalu dengan musuh
Rakyat sesebuah negara perlu kekalkan
perpaduan untuk menjamin keamanan.
Jangan suka bersengketa
Kita harus mengenang jasa pejuang-pejuang
negara
Muka depan C

Tamat

Pantun 12

Teruskan


Slide 99

Jawapan Pantun Joget Pahang








Ucapkanlah salam perkenalan dan bersikap
ramah dengan orang lain
Jangan suka mengeji keburukan orang lain
Belajarlah berbuat jasa kepada negara
Berdoalah kepada tuhan
Kita mesti mempunyai perasaan belas kasihan
dan simpati
Orang perantau tidak boleh bersikap sombong
sebaliknya kita perlu merendah diri dan berbudi
bahasa supaya disenangi semua pihak
Muka depan C

Tamat

Pantun 13

Teruskan


Slide 100

Jawapan Sajak Ibu










Ibu ialah insan yang paling berharga dalam hidup ini.
Sebagai seorang anak wajib kita membalas jasa ibu.
Seorang ibu perlu menjaga anaknya dengan baik.
Kasih-sayang sesama manusia sangat penting.
Walupun kita miskin tetapi budi pekerti kita harus dijaga.
Anak-anak mesti mengingati pesanan ibu.
Jangan biarkan ibu kita hidup melarat.
Kita mesti berusaha untuk mencapai kehidupan yang
lebih baik.
Jangan mudah terpedaya dengan fitnah dan hasutan
orang lain.
Muka depan C

Tamat

Sajak 1

Teruskan


Slide 101

Jawapan Sajak Negeri Cinta








Cintailah alam sekitar, barulah kita akan sedar akan
keindahan serta nilainya.
Lindungilah laut daripada pencemaran- akan
memusnahkan hidupan laut
Pelihara hutan daripada kemusnahan dan kebakaranhaiwan akan kehilangan habitat dan banyak khazanah
berharga dari hutan akan pupus
Jangan suka merosakkan keindahan alam serta elakkan
bersikap ganas terhadap alam tanpa memikirkan
natijahnya
Sepatutnya kita berbangga dengan negara kita yang
kaya dengan budaya dan perpaduan
Muka depan C

Tamat

Sajak 2

Teruskan


Slide 102

Jawapan Sajak Wawasan 2020









Sebagai seorang rakyat perlu menyahut seruan
kerajaan dan berusaha memajukan negara.
Persekitaran yang sihat akan melahirkan masyarakat
yang sihat.
Contohi masyarakat Jepun yang rajin bekerja dan
berusaha gigih untuk mencapai kemajuan
Kemajuan bukan unsur pencemaran budaya
Kita harus terus menjunjung budaya yang baik
Anak-anak perlu mengingat pesanan ibubapa dan
tidak melupai golongan warga emas
Sifat penyayang perlu wujud dalam diri manusia untuk
melahirkan keluarga bahagia dan negara yang
harmoni
Muka depan C

Tamat

Sajak 3

Teruskan


Slide 103

Jawapan Sajak Negara Kita
Tanggungjawab Kita








Bersyukur dengan apa yang kita peroleh
Ikhlas menunaikan tanggungjawab dan tugas
Berilah bantuan kepada mereka yang
memerlukan
Kita perlu bersatu padu untuk menghadapi
musuh
Berbanggalah dengan negara sendiri
Kuatkan semangat menghadapi dugaan
Kesedaran dan tanggungjawab terhadap negara
sangat penting
Muka depan C

Tamat

Sajak 4

Teruskan


Slide 104

Jawapan Sajak Kasihi Mereka







Kita mesti mempunyai rasa kasih sayang
sesama manusia
Kita perlu tabah menghadapi dugaan hidup
Terimalah pemberian takdir dengan redha
Kecacatan bukan batu penghalang untuk hidup
gembira
Kehidupan mesti diteruskan walau dalam apa
jua keadaan sekalipun
Bantu-membantu amalan mulia-dapat
mengeratkan hubungan
Muka depan C

Tamat

Sajak 5

Teruskan


Slide 105

Jawapan Sajak Kasihannya Bumi








Kita sepatutnya menghargai bumi
Pembangunan yang tidak terancang akan
memusnahkan bumi dan kita sendiri
Kita seharusnya mencintai dan menghargai bumi serta
kandungannya.
Jangan bersikap tamak dan mementingkan diri sendiri
Insaf lah dengan keburukan yang telah kita lakukan
Berdoa kepada tuhan agar kita dilindungi
Berterima kasih

Muka depan C

Tamat

Sajak 6

Teruskan


Slide 106

Jawapan Syair Budi








Jadilah orang baik dan berakhlak mulia
R amah dan mesra sesama anggota masyarakat
Tidak boleh bersikap sombong dan dengki sesama
manusia
Jangan suka mengata orang –akan menimbulkan rasa
tidak puas hati dan persengketaan
Perbaiki peribadi-akhlak yang baik
Bersatu-padu
Bersikap murah hati dan sedia membantu
kepada mereka yang perlu

Muka depan C

Tamat

Syair 1

Teruskan


Slide 107

Syair Bersatu Teguh Bercerai
Roboh.









Adik-beradik harus bermuafakat
Jangan suka bergaduh sesama saudara
Kita perlu mendengar nasihat ibubapa
Ibubapa perlu memberi nasihat dan tunjuk ajar
yang baik kepada anak-anak
Tidak boleh berebut harta
Bersatu-padu akan memberi kekuatan
Menyedari kesilapan, insaf dan berubah ke
arah kebaikan

Muka depan C

Tamat

Syair 2

Teruskan


Slide 108

Jawapan Syair-Laksamana Hang Tuah












Berani menentang musuh
Kita mesti bersedia mempertahan kedaulatan negara
J adilah seorang sahabat yang baik
J angan menderhaka kepada sultan
Memf itnah adalah satu perbuatan yang tidak baik
boleh mengeruhkan suasana harmoni dan
merenggangkan perhubungan
J angan terburu-buru membuat keputusan
Berf ikir dahulu sebelum melakukan tindakan
Mohon maaf apabila melakukan kesilapan
Jangan berdegil.

Muka depan C

Tamat

Syair 3

Teruskan


Slide 109

Jawapan Syair-Tenaga Muda








Generasi muda perlu dididik dengan kepimpinan dan
disiplin diri yang tinggi.
Generasi muda perlu berani.
Kita tidak boleh bertangguh untuk melakukan sesuatu
kerja.
Kita mesti sanggup berkorban untuk negara.
Kita tidak boleh bersikap lemah.
Kita mesti sentiasa bersedia mempertahankan negara.
Kemajuan dan kekuatan sesebuah negara terletak di
bahu rakyatnya.

Muka depan C

Tamat

Syair 4

Teruskan


Slide 110

Jawapan Syair-Alam Sekitar










Berikan nasihat yang baik buat generasi muda untuk
dijadikan panduan.
Kita perlu mencintai alam sekitar dan memeliharanya.
Rakyat yang bersatu akan melahirkan negara yang
aman.
Bertimbangrasa akan membina persefahaman
Unsur kesedaran perlu diterapkan dalam masyarakat
untuk melahirkan negara yang maju.
Elakkan pembakaran terbuka-mencemarkan alam.
Kita mesti menjaga kebersihan alam sekitar –kesihatan.

Muka depan C

Tamat

Syair 5

Teruskan


Slide 111

Jawapan Syair-Anakku










Tekun dalam sesuatu pekerjaan.
Hidup- perlu saling membantu.
Jangan bersubahat dengan perkara yang tidak baik.
Berdikari-jangan suka menyusahkan orang lain.
Berusaha/bersatu -majukan negara.
Tidak boleh bersikap sombong.
Kita mesti beramal.
Jangan bersikap tamak.
Pertahankan tanahair daripada musuh.

Muka depan C

Tamat

Syair 6

Teruskan


Slide 112

1.Dialog
1.Mengucapkan selamat.
2.Mengucapkan tahniah-kejayaan.
3.Berterima kasih-ucapan yang baik.
4.Berusaha.
5.Mengulang kaji.
6.Memberikan tumpuan ketika guru mengajar.
7.Amanah/disiplin-menyiapkan kerja sekolah.
8.Bertanya jika tidak memahami sesuatu.
9.Berdoa.
10.Memberikan dorongan.
11. Bercita-cita tinggi.

Muka depan C

Tamat

Dialog 1

Teruskan


Slide 113

2.Dialog
1. Semangat setia kawan.
2. Keberanian.
3. Berhati-hati.
4. Kasih-sayang.
5. Melakukan tindakan yang betul dan tepat pada waktunya.
6. Bersyukur.
7. Dapatkan rawatan di klinik.
8. Mengucapkan tahniah.

9. Berterima kasih

Muka depan C

Tamat

Dialog 2

Teruskan


Slide 114

3.Dialog
1.Ambil berat/ prihatin masalah orang tersayang.
2.Berdoa.
3.Tidak berputus asa.
4. Berusaha gigih.
5.Bercita-cita tinggi untuk berjaya dalam hidup.
6.Bersabar menghadapi dugaan.
7.Memberikan dorongan dan semangat.
8.Membantu ibu.
9. Berterima kasih.

Muka depan C

Tamat

Dialog 3

Teruskan


Slide 115

4.Dialog
1.Mengucapkan selamat.
2.Bersedia awal untuk bekerja- Buat perancangan.
3.Berkebun/bertani/ mencari rezeki secara halal.
4.Bantu-membantu.
5.Mendapatkan khidmat nasihat.
6.Memberi kerjasama/ramah
7.Mempelawa.
8.Mengucapkan terima kasih

Muka depan C

Tamat

Dialog 4

Teruskan


Slide 116

5.Dialog
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Memberi salam
Berbudi bahasa,bertutur dengan sopan.
Bertanya perkara yang tidak difahami.
Memberi bantuan.
Menyimpan wang- masa hadapan.
Ikut giliran.
Mengisi borang lengkap.
Mengucapkan terima kasih.
Muka depan C

Tamat

Dialog 5

Teruskan


Slide 117


Slide 118

PUISI
 Terdapat beberapa jenis puisi.
Antaranya:
a) pantun/seloka
b) sajak
c) syair


Slide 119

PUISI


Ciri-ciri puisi:
a) pantun/seloka
mempunyai pembayang dan maksud.
mempunyai rangkap yang genap.
(2 kerat, 4 kerat, 6 kerat,8 kerat)
biasanya menggunakan tanda baca (;) untuk membahagikan pembayang
dengan maksud.
Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan;
Sungguh jauh beribu batu,
Hilang di mata di hati jangan.


Slide 120

PUISI
INTONASI PANTUN
Burung merpati terbang seribu,

Hinggap seekor di tengah laman;
Hendak mati di hujung kuku,
Hendak berkubur di tapak tangan.

Lagu filem: Gurindam Jiwa


Slide 121

PUISI
 Ciri-ciri puisi:
b) sajak
Bebas, tidak terikat
Suku kata tidak terhad dalam sesuatu baris,
Tidak memerlukan rima yang sama.


Slide 122

PUISI

Ibu,

INTONASI SAJAK

Kasihmu bak lautan biru damai yang tak
bertepi,
Sayangmu umpama butiran permata,
Yang bergemerlapan disinar cahaya,
Didikanmu laksana sebuah kitab kebaikan,
Yang takkan terjangkau ku cari dari sebuah
buku.
Nukilan: Suera


Slide 123

PUISI
 Ciri-ciri puisi:
c) syair
mempunyai rima yang sama dan terdiri
daripada empat baris/rangkai ayat.
Semua rangkai katanya mempunyai maksud
Intonasi-berlagu/berirama tersendiri


Slide 124

PUISI
INTONASI SYAIR
Lima Mutiara nama diberi,
Muridnya pandai bijak bestari,
Arahan tak pernah mereka ingkari,
Sayangnya cikgu tidak terperi.

Nukilan: Suera