PERTUNANGAN DR. HASANAH ABD. KHAFIDZ Bahagian Pengajian Islam, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia Firman Allah s.w.t.: ))ومن آياته أن خلق لكم من أنفسكم أزواجا (( لتسكنوا.

Download Report

Transcript PERTUNANGAN DR. HASANAH ABD. KHAFIDZ Bahagian Pengajian Islam, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia Firman Allah s.w.t.: ))ومن آياته أن خلق لكم من أنفسكم أزواجا (( لتسكنوا.

PERTUNANGAN
DR. HASANAH ABD. KHAFIDZ
Bahagian Pengajian Islam,
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan
Universiti Sains Malaysia
Firman Allah s.w.t.:
‫))ومن آياته أن خلق لكم من أنفسكم أزواجا‬
((‫لتسكنوا إليها وجعل بينكم مودة ورحمة‬
Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah
Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,
supaya kamu tenteram dengannya, dan dijadikan di antara kamu
rasa kasih dan sayang.
2
www.DrHasanah.com
LANGKAH-LANGKAH SEBELUM
PERKAHWINAN
• Mencari sifat yang dituntut pada keduadua belah pihak
• Melihat bakal tunang
• Meminang
3
www.DrHasanah.com
SIFAT-SIFAT YANG DIUTAMAKAN
• Beragama Islam, bertaqwa & berakhlak
– Taat, beramal soleh, menjauhi perkara haram, amanah pada
tanggungjawab dll.
– Hadis:
‫((إذا خطب إليكم من ترضون دينه وخلقه فزوجوه‬
))‫إال تفعلوا تكن فتنة في األرض وفساد عريض‬
Apabila orang yang kamu redhai agama dan akhlaknya
datang meminang, hendaklah kamu kahwinakannya.
Jika kamu tidak mengahwinkannya nescaya akan
berlaku fitnah dan kerosakan yang besar di atas muka
bumi ini. (Riwayat Tirmizi)
4
www.DrHasanah.com
• Keturunan
– Keturunan yang baik agama dan akhlak
– Subur (keluarga besar)
– Hadis:
))‫((تزوجوا الودود والودود فإني مكاثر بكم األمم يوم القيامة‬
Kahwinilah perempuan yang pengasih dan subur
kerana aku berbangga dengan umat yang ramai pada
hari akhirat nanti. (Riwayat Ahmad)
5
www.DrHasanah.com
• Masih perawan / dara
(bagi lelaki yang belum beristeri)
• Hadis:
‫((عليكم باإلبكار فإنهن أعذب أفواها وأنتق أرحاما‬
))‫وأرضى باليسير‬
Hendaklah kamu memilih perempuan yang masih
dara kerana mereka menuturkan kata-kata yang baik,
mampu mempunyai anak yang ramai dan lebih reda
kepada kehidupan yang susah. (Riwayat Ibn Majah)
6
www.DrHasanah.com
• Bukan dari kaum kerabat
– Mengurangkan risiko penyakit keturunan
(asma dll)
– Meluaskan hubungan persaudaraan sesama
Islam
7
www.DrHasanah.com
• Sekufu
– Persamaan antara calon suami & isteri
– Hak calon isteri dan wali
– Bagaimana menilai sekufu? Lihat firman Allah s.w.t.:
))‫ ال يستوون‬،‫((أفمن كان مؤمنا كمن كان فاسقا‬
Apakah orang yang beriman sama seperti orang
yang fasiq? Mereka sama sekali tidak sama
– Sekufu dari sudut agama, iffah & ketaatan pada
agama hendaklah diutamakan. Firman Allah s.w.t.:
))‫((إن أكرمكم عند هللا أتقاكم‬
Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu
di sisi Allah ialah orang yang paling tinggi taqwanya.
8
www.DrHasanah.com
MELIHAT BAKAL ISTERI
• Sunat melihat bakal isteri sebelum dipinang
• Harus melihat 2-3 kali JIKA perlu
– Untuk memastikan keadaan wanita
– Mengelakkan kekecewaan selepas berkahwin
• Pesanan Rasulullah s.a.w. kepada al-Mughirah bin
Syu’bah:
))‫((أنظر إليها فإنه أحرى أن يؤدم بينكما‬
Lihatlah perempuan itu semoga ia akan mengekalkan kasih sayang
antara kamu berdua (Riwayat Tirmizi)
- Perempuan juga diharuskan untuk melihat bakal suami
9
www.DrHasanah.com
• Batasan melihat:
– Muka & tapak tangan. Firman Allah s.w.t.:
))‫((وال يبدين زينتهن إال ما ظهر منها‬
Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan
tubuh mereka melainkan yang zahir padanya
(an-Nur: 31)
– Hantar wakil untuk lihat selain muka & tapak tangan.
Hadis Rasulullah s.a.w.:
))‫((شمي عوارضها وانظر إلى عرقوبيها‬
Hidulah bau badannya dan lihat kedua-dua tumitnya.
10
www.DrHasanah.com
ISU-ISU PERTUNANGAN
PERGAULAN DALAM PERTUNANGAN
• Hadis:
))‫((ال يخلون رجل بامرأة إال ومعها ذو محرم‬
Tidak boleh sama sekali lelaki dan perempuan berduaduaan melainkan ada mahram bersama mereka.
(Riwayat Bukhari)
• Hadis:
))‫((ال يخلون رجل بامرأة ال تحل له فإن ثالثهما شيطان إال محرم‬
Janganlah seorang lelaki duduk berdua-duaan dengan
seorang perempuan yang tidak halal baginya, maka
sesungguhnya orang yang ketiga yang akan bersamasama mereka ialah syaitan kecuali jika bersama mereka
seorang mahram. (Riwayat Ahmad)
11
www.DrHasanah.com
MEMINANG TUNANG ORANG
• Hadis:
‫((ال يخطب الرجل على خطبة الرجل حتى يترك الخاطب قبله أو يأذن له‬
))‫الخاطب‬
Jangan seorang lelaki meminang atas pinangan
lelaki lain melainkan apabila peminang
sebelumnya sudi melepaskannya atau
peminang itu memberi izin kepadanya.
(Riwayat al-Nasai)
12
www.DrHasanah.com
Apa guna bertanam betik,
Kalau tidak enak manisnya,
Apa guna berwajah cantik,
Kalau tidak dengan akhlaknya.
Menahan ikan di tepi kuala,
Indah kuala jadi igauan;
Bersimpuh sopan berbudi bahasa,
Islam jua menjadi pegangan.
Ikan dilaut asam di darat,
Dalam kuali bertemu jua;
Hati terpaut janji diikat.
Atas pelamin bertemu jua.
13
www.DrHasanah.com
Maksud Hadis Rasulullah s.a.w.:
“Sampaikanlah (sebarkanlah) dariku
walaupun satu ayat”
Sekian
Terima kasih
Hakcipta terpelihara
Hasanah Abd. Khafidz, 2010
www.drhasanah.com
[email protected]