Transcript ppsx
LATAR BELAKANG SEKOLAH Sekolah kebangsaan sangkabok telah memulakan operasinya pada 01.04.1974. bangunan sekolah kebangsaan sangkabok di bangunkan melalui projek kilat yang dibuka secara rasminya oleh yang berbahagia En. Alwi Hj Ahmad timbalan Pengarah Pelajaran sabah pada 08.11.1986. Guru Besar pertama yang mentadbir sekolah ini adalah Ak. Minggu Hj. Pg. Damit. Pada awal pembukaannya, SK. Sangkabok hanyalah sebuah sekolah biasa yang mempunyai tidak lebih 70 orang pelajar. Sekolah ini terletak di Kg. Sangkabok sebuah kawasan perkampungan luar Bandar yang terletak di Daerah Menumbok. Kawasan sekolah mempunyai keluasan seluas 1.90 ekar. Jarak sekolah dari pejabat Pelajaran Daerah adalah lebih kurang 52 kilomerter dan jalan yang menghubungkan sekolah dengan kawasan luar hanyalah dengan menggunakan jalan tanah merah atau pun jalan laut iaitu menggunakan perahu. Kebanyakan pelajar pada masa tersebut berasal dari kawasan yang berdekatan iaitu samada dari Kg. Sangkabok atau Kg. Jagus. Bangunan yang terdapat pada waktu itu juga hanyalah terdiri daripada 2 blok bangunan untuk bilik darjah, sebuah bangunan pentadbiran dan rumah guru. Pada hari ini sekolah kebangsaan Sangkabok telah lebih berkembang daripada sebelumnya. Kini sekolah ini mempunyai lebih 82 orang pelajar iaitu 6 bilik darjah untuk tahun 1, 2, 3, 4, 5, 6,sebuah bilik pra sekolah, bilik pemulihan kemudian bilik komputer dan pusat sumber. Kini Sk. Sangkabok mempunyai bangunan konkrit baru untuk menggantikan bangunan kayu yang sedia ada. Bangunan ini terletak di kawasan baru yang terletak bersebelahan kawasan sekolah yang sedia ada. Satu lagi peningkatan yang membanggakan adalah penubuhan asrama desa Sk. Sangkabok yang telah mula beroperasi pada 01.03.2006. asrama desa ini mempunyai kapasiti 100 orang pelajar. LAGU SEKOLAH Sekolah ku yang ku cintai SK sangkabok nama di beri Gigih berdikari dan setia berbakti Cogan kata jadi junjungan.. Guru-guru kami hormati Keluarga kami sayangi Bersamalah kita berikral dan berjanji Mengharumkan nama sekolah.. Korus: Marilah menuju kejayaan Tingkatan ilmu pengetahuan Tekun dan usaha teras kejayaan SK sangkabok SK sangkabok maju jaya.. VISI SEKOLAH Melahirkan pelajar yang cemerlang, Berilmu, Berdaya saing, Berakhlak Mulia dan Bertanggungjawab kepada Masyarakat, Bangsa Agama dan Negara. MISI SEKOLAH Ke arah Melahirkan Pelajar Berkemahiran, Berkebolehan dan Berkeupayaan, Cemerlang, Gemilang dan Terbilang dalam Bidang Kurikulum dan Ko-Kurikulum. GURU-GURU BESAR SK SANGKABOK AK. MINGGU HJ. DAMIT 1974-1978 AWANG DAMIT HJ. WAHID 1979-1982 AWG TAJUDIN PG ALI 1983-1984 HIDRUSLEE HJ. MAHMUD 1984-1985 MOHD YUSLEE YAW 02.01.1986-23.12.1993 DZULKIFLI AB. LABIS 24.01.1995-10.04.1995 BENJAMIN INI 10.04.1995-01.12.1996 DZULKIFLI AB. LABIS 02.03.1996-20.03.1997 ANUAR MOHD AKIL 21.03.1997-12.12.2004 HIDRUSLEE HJ. MAHMUD 03.01.2005-16.11.2011 ABDUL RAHMAN YUSUF 17.11.2011-SEKARANG GURU – GURU SK. SANGKABOK SESI 2012 •EN. ABD RAHMAN YUSUF •EN. NASIR NISBAH •EN. ABDULLAH JABUS •EN. ABD RAHMAN BURA •EN. MUHAMMAD SAAT •USTAZAH DYG. LATIPAH PAIE •PN.MARDIAH DAHLAN •PN. NOORDIANA MOHD SALLEH •PN. FILZAH KAMBINA •PN NORHAYATI ABDULLAH •PN. ARLIZAH BARAH •ABDUL DIN HAJIM •PN. ZALILAH ISMAIL •CIK SITI FATIMAH SOFIYATI DZULKEFLI •CIK SAPINAH ISMAIL •FLORRYSKTERINAH EMING •EN. YUZRY MOHD ZAINEH KAKITANGAN BUKAN MENGAJAR (KTBM) • PN. HALIMAH SIMEH •PN. ZURIAH TAHIR •EN. AMIRUL KIPLIH •EN. ROSLIE MASRIN •PN. ADIBAH HAMZAH •CIK DIANA NGOAI •CIK CROLINA PENLEUS •CIK NURUL AIN NORMAN