PERISIAN HAMPARAN ELEKTRONIK

Download Report

Transcript PERISIAN HAMPARAN ELEKTRONIK

Pengintegrasian Teknologi Maklumat dan
Komunikasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran.
Pemprosesan Perkataan
Persembahan Elektronik
Hamparan Elektronik
Pangkalan Data
ISI KANDUNGAN
MAKSUD DAN MANFAAT
PENGGUNAAN ICT
PEMPROSESAN
PERKATAAN
HAMPARAN
ELEKTRONIK
PERSEMBAHAN
ELEKTRONIK
PANGKALAN
DATA
MAKSUD
PENGGUNAAN ICT
Penggunaan ICT dalam P&P bermaksud
menggunakan ICT secara terancang,
bersesuaian, dan berfikrah untuk
meningkatkan kecekapan proses dan
keberkesanan P&P
Manfaat ICT Dalam
Pembelajaran (pelajar)
Meningkatkan kefahaman dan penguasaan
murid terhadap pelajaran.
Meningkatkan motivasi.
Membolehkan pembelajaran bersendiri
Murid mengakses maklumat yang sukar
diperolehi.
Suasana pembelajaran yang menyeronokan
Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi
murid
PEMPROSESAN
PERKATAAN
• Penggunaan komputer melalui perisiannya
bagi tugas menaip, menyunting dan
mencetak sesuatu dokumen.
• Ia merupakan aplikasi komputer yang paling
kerap digunakan.
• Ia juga membolehkan penggunamenyelitkan
perkataan atau membuat pembetulan
dengan mudah.
• Selain itu,ia juga membolehkan pemindahan
paragraf dalam sesuatu dokumen atau ke
dokumen lain.
• Contohnya, perisian Microsoft Word.
Microsoft Word
• Mewujudkan suatu fail
• Menyimpannya secara elektronik dalam
cakera
• Mempamerkan di skrin
• Mengeditnya melalui arahan dan aksara
dari papan kekunci dan mencetaknya
dengan menggunakan pencetak
Ciri –ciri Perisian Pemprosesan
Perkataan
Save
Delete Text
Font
Insert Text
Cut and
Paste
Page Size
and Margins
Copy
Search and
replace
Word wrap
Page size and Margins
Dapat menetapkan saiz halaman, supaya aplikasi
pemprosesan perkataan akan disesuaikan secara
automatik.
Print
Font spesification
Graphics
Spell check
Thesaurus
Header, footer and pagination
Table
IMPAK INTEGRASI PERISIAN PEMPROSESAN PERKATAAN
DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Menjimatkan masa
Lebih kemas dan menarik
Perkongsian maklumat
Pelbagai tujuan
Aktiviti pengjaran dan pembelajaran
Bidang bahasa
Proses penulisan
PERSEMBAHAN
ELEKTRONIK
ASAS INTEGRASI PERISIAN
PERSEMBAHAN ELEKTRONIK DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
 Contoh perisian persembahan-Microsoft Powerpoint.
 Perisian persembahan boleh digunakan untuk membantu
guru semasa aktiviti tunjuk cara, menerangkan fakta dan
menjelaskan isi pengajaran.
 Ia juga membolehkan guru memilih pelbagai corak teks,
grafik, animasi, audio dan video untuk diintegrasikan dalam
membina slaid dan ditayangkan sebagai bantuan untuk sesi
pengajaran.
Keberkesanan pengajaran dengan bantuan perisian
persembahan masih bergantung pada kemahiran
komunikasi guru.
Ciri –ciri perisian persembahan
Microsoft Powerpoint
Impak visual
Fokus pelajar
Penyisipan grafik
Kemudahan slaid reka bentuk dan
reka letak
Mencetak
Perisian ini memberikan pelbagai
pilihan warna serta corak latar belakang
slaid yang boleh membantu
menyerlahkan persembahan visual bagi
menyokong persembahan, ia akan
menarik perhatian pelajar serta
menggalakkan pembelajaran pelbagai
deria.
Slaid PowerPoint, penggunaan bullet,
fungsi Transitions and Build
membolehkan pelajar memberikan
tumpuan kepada fakta-fakta penting
semasa pengajaran dan pembelajaran
guru.
Impak visual
Fokus pelajar
Guru boleh menyisip grafik, imej
pengimbas serta clip art untuk
membantu dalam menjelaskan sesuatu
fakta dan juga menarik perhatian
pelajar.
Terdapat pelbagai jenis corak atau
reka bentuk slaid yang boleh dipilih,
serta terdapat jenis reka letak yang
menyokong persembahan anda
Penyisipan grafik
Kemudahan slaid reka
bentuk dan reka letak
Guru boleh mencetak slaid dalam
bentuk handouts atau
transparensi
Mencetak
Pengajaran yang
berkesan
Menarik
perhatian
Guru faham perasaan
murid melalui
perubahan murid
Kelebihan penggunaan
perisian persembahan
dalam p&p
Lebih kemas dan
berstruktur
Dapat dikongsi
bersama
guru-guru
lain
Dapat mencetak
nota
untuk ulangkaji
Menarik apabila
menggunakan
bunyi, muzik,
dan animasi
Hyperlink pada
Web pages
Konsep yang susah
dilihat senang
apabila gunakan
grafik
Cara menggunakan PowerPoint
Membina slaid daripada Blank Presentation
Membina slaid daripada AutoContent Wizard
Membina slaid daripada Design Template
Mengedit slaid
Menambah slaid baharu
Menambah header dan footer
Menukar background design
Menukar skema warna slaid persembahan
Menambah/membuang kotak teks
Memadamkan slaid
Menyimpan fail persembahan
Menyisip carta/graf dalam slaid persembahan
Sisipan jadual ke dalam slaid persembahan
Sisipan gambar/clip Art ke persembahan
PowerPoint
Ubah suai susunan slaid
Melihat persembahan slaid
Transisi slaid serta kesan bunyi
Animasi teks dan objek dalam PowerPoint
Mencetak slaid
PERISIAN
HAMPARAN
ELEKTRONIK
 Membantu pengguna mengolah dan mengurus data nombor
untuk tugas seperti penyimpanan rekod atau akaun.
Guru
Penyimpanan akaun
kewangan
Pengiraan markah dan gred.
→ Proses pengiraan markah dan gred
akan lebih mudah dan tepat serta
paparan antara muka memberikan
penjelasan lebih terperinci berbanding
dengan kalkulator.
 Perisian seperti Microsoft Excel menyenangkan guru semasa
hendak mengira jumlah markah, purata, memberikan gred,
menyusun serta menyaring data. Pembetulan satu data
membetulkan secara automatik data yang berkaitan.
CIRI-CIRI ASAS PERISIAN
HAMPARAN ELEKTRONIK
Olahan matematik dan perbandingan data.
 Hamparan elektronik boleh mengira dan mengolah nombor dan
matematik yang sukar melalui arahan fungsi seperti logarithms,
roots, sines, tangent dan pengiraan yang berkaitan dengan
kewangan.
 Guru menggunakan hamparan elektronik untuk membuat
perbandingan markah atau gred pelajar.
 Fungsi rujukan selari dengan menggunakan look up table
menolong guru untuk mewujudkan gred markah dengan tepat dan
pantas.
 Hamparan elektronik sesuai digunakan dalam pengajaran sains
dan matematik.
Pengiraan semula secara automatik.
 Hamparan elektronik ialah boleh mengira semula atau
membaiki kiraan secara automatik, apabila mana nombor
ditukarkan jawapan fungsi tersebut akan ditukar secara
automatik.
Menyalin formula.
 Hamparan elektronik mempunyai kemudahan untuk
menyalin sel atau formula bagi sesuatu fungsi. Pengguna
hanya perlu membuat pengiraan dengan merujuk kepada
formula, dan formula tersebut boleh disalin untuk semua
masalah yang lain.
Mengurus maklumat dalam lajur.
 Perisian hamparan elektronik menyusun dan mengurus data
dalam baris dan lajur supaya mudah dirujuk dan difahami.
 Semasa pengajaran dan pembelajaran, data-data atau
nombor yang disusun secara kemas dan teratur memudahkan
guru dan pelajar membuat rujukan sebagai sokongan kepada
pengajaran dan pembelajaran.
Menghasilkan graf merujuk kepada data.
 Guru boleh mengukuhkan kefahaman pelajar dengan
membuat rujukan kepada carta dan graf. Data-data menjadi
asas untuk membina graf dalam pelbagai bentuk seperti carta
pai, bar, garisan, carta tiga dimensi dan sebagainya.
Penggunaan perisian hamparan elektronik Microsoft
Excel dalam bilik darjah
 Membina laporan penyata akaun untuk aktiviti sekolah: Klik pada START,
pilih All Programs dan klik pada program Excel.
a) Menggunakan Excel – di paparan antara muka pertama Excel, anda
perlu mengenal: i) Menu Bar
ii) Tool Bar
iii) Formula Bar
 Excel menggunakan konsep Buku kerja (Workbook) dan Helaian kerja
(Work Sheet) untuk kegunaan pengguna memasukkan data dan
kemudian menyimpannya sebagai fail.
 Apabila Excel dibuka, buku kerja 1 (Workbook 1) akan dipaparkan.
Secara default anda berada di helaian kerja yang pertama. Anda boleh
membuka helaian kerja 2 atau menambah lagi helaian jika perlu.
 Helaian pertama dikenali sebagai Sheet 1, dan anda boleh memberikan
nama khas.
 Excel juga menggunakan konsep sel aktif. Klik
pada mana-mana sel untuk mengaktifkannya.
Sel aktif bersedia untuk menerima input aksara
nombor atau abjad.
* Jelajah sel
* Blok sel
Fungsi
Kursor
*Menyalin secara
berturutan
Memasukkan data.
Menggunakan formula.
 Formula matematik/statistik digunakan untuk
melaksanakan operasi matematik seperti tambah,tolak,
darab, bahagi dan sebagainya. Dalam Excel, semua formula
dimulakan dengan simbol sama dengan (=).
 Guru boleh menggunakan perisian hamparan data
untuk integrasi pengajaran dan pembelajaran bagi
tujuan membina kefahaman pelajar mengenai
konsep operasi matematik.
Microsoft Excel juga memudahkan kefahaman
mengenai cara-cara penyimpanan akaun. Ia juda
dapat membantu guru untuk menyimpan rekod
prestasi pelajar.
Membina borang markah /penilaian
sekolah
1)Buka satu helaian kerja baru.
2)Menggunakan fungsi VLOOKUP untuk memasukkan
gred dan pangkat pelajar berdasarkan purata
markah.
3)Mencari kedudukan pelajar.
4)Sort/Menyisih data. Excel memberikan kemudahan
untuk guru-guru sort/menyisihkan nama dan
kedudukan.
5)Analisis gred dengan menggunakan fungsi Countif
(mengira dengan ada kriteria).
6)Membina graf dengan menggunakan Chart Wizard.
7)Menyelitkan gred untuk setiap mata pelajaran; anda
perlu menyelitkan lajur untuk setiap mata pelajaran.
8)Langkah-langkah di atas akan membina satu
template untuk mengisi markah pelajar. Fail Excel
boleh disimpan dalam bentuk template dan dikongsi
bersama dengan rakan sejawat yang lain. Konsep
kegunaan formula boleh dimanfaatkan dan
diintegasikan dalam pengajaran dan pembelajaran.
PANGKALAN DATA
Membolehkan pengguna menyimpan,
mengurus dan mengubah suai maklumat, iaitu
berbentuk teks dan nombor.
Membolehkan pengguna membuat pengiraan.
Membolehkan penggunanya mencari maklumat
dengan pencarian kata-kata kunci.
Perisian pangkalan data memudahkan proses
penyimpanan, pengurusan dan pengubahsuaian
data pengguna.
Ciri-ciri asas perisian pangkalan data
• Perisian pangkalan data akan menyimpan sesuatu data
dalam medan (field), yakni satu medan menyimpan satu
data, keseluruhan data bagi sesuatu perkara atau kes
akan dikenali sebagai satu rekod.
• Perisian seperti Microsoft Access membolehkan guruguru mengolah dan menyimpan data pelajar dengan
kemas, juga boleh membantu dalam menyimpan rekod
buku-buku di perpustakaan.
• Pangkalan data merujuk kepada kumpulan berkait
dengan sesuatu sistem rekod yang mempunyai sistem
yang telah direka bentuk oleh pengguna.
Kepentingan Perisian Pangkalan Data dalam
Pengajaran dan Pembelajaran.
• Guru boleh menggunakan perisian pangkalan data untuk
pengajaran dalam bilik darjah dengan menggalakkan
aktiviti penyelesaian masalah. Pangkalan data boleh
digunakan semasa pengajaran yang mempunyai unsur
banding beza, satu contoh lagi ialah aktiviti klasifikasi
kumpulan haiwan dan sebagainya.
• Guru juga boleh menyimpan maklumat pelajar dengan
teratur dan boleh menyaring maklumat mengikut cara
tersendiri seperti mengikut abjad atau kod khas.
• Dalam pelajaran yang memerlukan latihan mewujudkan
data, simpanan serta penyenaraian data semula.
• Pangkalan data juga menyenangkan guru kerana
ia memudahkan guru menukar atau menambah
maklumat dalam sistem yang ada. Guru hanya
perlu mendapatkan semula fail tersebut dan
mengeditnya.
• Guru juga boleh mendapatkan rumusan
maklumat secara automatik, misalnya untuk
mengetahui pelajar dari kawasan/kumpulan
tertentu.
• Guru dapat menjimatkan masa untuk
merumuskan maklumat berbanding jika dibuat
secara tradisional.
Pangkalan Data Microsoft Access
• Microsoft Access membolehkan pengguna
membangunkan satu sistem pangkalan data.
Jadual (Table). Jadual dibina bagi menyimpan
rekod/data bagi sesuatu data. Guru boleh
memaparkan, memasukkan data dan
memindahkannya menerusi jadual yang diwujudkan.
Queries. Queries menolong guru mempamerkan atau
mempersembahkan sesuatu maklumat dalam bentuk
yang lebih terurus dan bermakna. Ia memudahkan
pengguna untuk mencapai rekod berdasarkan
keperluan untuk dipamerkan
Borang (Forms). Borang terdiri daripada
tetingkap yang digunakan untuk memasukkan
sesuatu data dan terus boleh memaparkan data
tersebut. Kaedah ini memudahkan cara untuk
pemaparan data, kemasukan data dan
pemindahan data sesuatu sistem yang dibina
menjadi mudah.
Laporan (Reports). Laporan boleh menolong guru
untuk mendapatkan maklumat atau data
daripada Jadual (table) atau Queries yang
disusun dalam format khusus bagi tujuan
cetakan.
 Pages. Pages menolong guru-guru membina satu
sistem yang membolehkan anda mempersembahkan
data, memasukkan data dan memindahkan data atau
maklumat menerusi Internet.
 Macros. Untuk tujuan yang lebih spesifik, guru boleh
menggunakan macros untuk membina arahanarahan secara automatik berdasarkan sesuatu
kriteria atau keadaan tertentu.
 Modul (modules). Secara khusus modul
mengandungi prosedur atau kod atur cara yang
dihasilkan menerusi pengaturcaraan Visual Basic. Ia
meningkatkan lagi keupayaan perisian Microsoft
Access.
TAMAT