Mentafsir peta lakar

Download Report

Transcript Mentafsir peta lakar

UNIT 5:
PETA
 Pada




akhir pembelajaran murid dapat :
Mengenal pasti ciri fizikal dan budaya berdasarkan
simbol dalam peta lakar.
Menyatakan kedudukan, arah, dan jarak ciri gegrafi
yang diperhatikan.
Mengaplikasikan simbol yang mewakili ciri fizikal dan
budaya ke dalam peta lakar.
Mentafsir peta lakar.
PETA
Gambaran atau lukisan tentang sesuatu kawasan di
permukaan bumi yang dilihat dari udara.
Digunakan bagi melihat taburan ciri fizikal dan budaya
sesuatu kawasan.
Simbol digunakan bagi mewakili ciri geografi bagi merekod
maklumat dalam sesebuah peta.
PETA
CIRI FIZIKAL
• Bentuk muka bumi
• Saliran
• tumbuh-tumbuhan
semula jadi
DILAMBANGKAN
OLEH
• Simbol
• singkatan
• warna
MELUKIS PETA
MENTAFSIR PETA
• Saling kaitan antara
ciri fizikal dengan ciri
budaya
CIRI BUDAYA
• Perhubungan dan
pengangkutan
• Kegiatan ekonomi
• Petempatan
Tajuk
Skala
Petunjuk
Mata
angin
 Mewakili
ciri-ciri semula jadi
 Contohnya bentuk muka bumi, saliran, dan tumbuhtumbuhan semulajadi.
 Mewakili
ciri-ciri buatan manusia.
 Contohnya petempatan, tanaman, perhubungan,
perindustrian, dan perlombongan.
 Singkatan
digunakan untuk menunjukkan lokasi
sesuatu ciri, bentuk muka bumi, dan kemudahahn
awam lain yang terdapat dalam
peta.
 Contoh :
Sek. = Sekolah
T.A. = Tali air
W.P. = Wakil Pos
Pdg. = Padang
B.P. = Balai Polis
Kg. = Kampung
P.D. = Pejabat Daerah
Pt. = Parit
Bt. = Bukit
Kb. = Perkuburan
K. = Kuala
Ldg. = Ladang
P.P. = Pejabat Pos
Tg. = Tanjung
R.R. = Rumah Rehat
W.P. = Wakil Pos
Hosp. = Hospital
G. = Gunung
 Warna
digunakan juga untuk menunjukkan ciri
geografi di dalam peta dengan lebih tepat.
 Contoh:
Jalan raya = Merah
Tanah tinggi = Oren/ Coklat
Kawasan perairan = Biru
Tumbuh-tumbuhan = Hijau
Petempatan = Hitam
Langkah-langkah melukis peta lakar:
 Lukiskan sebuah peta rangka kawasan.
 Pilih simbol yang sesuai bagi melambangkan
ciri geografi.
 Lukiskan ciri geografi dengan menggunakan
simbol, warna dan singkatan yang sesuai.
 Lengkapkan peta dengan petunjuk peta, arah
mata angin, skala peta dan tajuk.
Langkah-langkah mentafsir peta:
 Perhatikan tajuk peta.
 Perhatikan penunjuk arah mata angin.
 Perhatikan petunjuk peta.
 Perhatikan skala.
 Kenal pasti ciri fizikal dan ciri budaya.
 Tafsir saling kaitan antara ciri fizikal dengan
ciri budaya.