Kemahiran Lisan

Download Report

Transcript Kemahiran Lisan

KEMAHIRAN LISAN
Kemahiran lisan melibatkan dua komponen, iaitu
kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur.
Kemahiran mendengar ialah kemahiran yang
melibatkan aktiviti penerimaan mesej atau
maklumat.
Kemahiran bertutur pula merupakan kemahiran
yang melibatkan aktiviti penghasilan maklumat.
Seseorang yang dapat memahami dan memproses
maklumat yang didengar serta boleh pula bertutur
dengan lancar, pastinya dia dapat mengembangkan
daya pemikiran dan pengertiannya terhadap sesuatu
perkara atau situasi yang dialaminya ketika itu.
Kemahiran Mendengar
Mendengar merupakan kemahiran utama dan
pertama dikuasai oleh kanak-kanak.
Kanak-kanak menguasai bahasa daripada
apa-apa yang didengar dan dialaminya
daripada orang-orang yang berada di
sekitarnya kemudian cuba meniru serta
menuturkannya berulang kali.
Persekitaran merupakan model kepada
kanak-kanak.
Persekitaran yang baik akan membentuk
kebiasaan berbahasa yang baik dalam
kalangan kanak-kanak dan sebaliknya.
Konsep-konsep Penting Pendengaran
Gabungan bunyi-bunyi
bahasa yang didengar,
difahami dan diingat
Berlaku melalui latihanlatihan khas secara
berperingkat-peringkat
KONSEP
MENDENGAR
Proses yang berlaku
Dipengaruhi aspek
Fizikal, psikologi dan
neurologi
Berpusatkan idea
Utama hujah dan bukti
serta estetika
Proses Mendengar
Proses mendengar memerlukan
seseorang pendengar menggunakan
alat pendengaran dan otaknya.
Proses mendengar merupakan proses
yang kompleks.
Proses mendengar melibatkan proses
memaham, menghurai dan menilai apaapa yang dedengar sebelum sesuatu
gerak balas yang sewajarnya dapat
dilakukan.
ARAS 1
Proses mendengar dan mengenali bunyi-bunyi bahasa.
Mengutamakan kepekaan dan tanggapan pendengar
terhadap bunyi yang didengar.
ARAS PROSES
MENDENGAR
ARAS 2
Proses mendengar dan memahami bunyi-bunyi
Bahasa. Ini mengutamakan pemahaman maksud dan
bunyi-bunyi yang didengar. Kemudian pendengar
menggunakan mesej yang didengar untuk membuat
tindakan selanjutnya
Peringkat-peringkat Proses Mendengar
1 Mendengar deretan bunyi
2 Memahami bunyi-bunyi tersebut
3 Menilai bunyi-bunyi yang diperdengarkan
4 Bertindak terhadap bunyi
Kesimpulannya:
Pengajaran dan pembelajaran kemahiran
mendengar membolehkan murid-murid:
1 Menguasai kemahiran mendengar
dengan teliti terhadap bunyi-bunyi
bahasa.
2 Memahami mesej yang dibawa oleh
bunyi-bunyi bahasa tersebut supaya
boleh bertindak dengan betul dan
tepat bersesuaian dengan mesej yang
diterimanya.
Prinsip Pengajaran Kemahiran Mendengar
1. Guru perlu tahu ciri-ciri yang terangkum
dalam kemahiran mendengar sebelum
menentukan tujuan-tujuan pelajaran.
2. Guru perlu mengetahui faktor-faktor
persekitaran fizikal dan sosial murid, keadaan
fizikal serta psikologi murid dan pengalaman
murid yang boleh mempengaruhi murid dapat
mendengar dengan berkesan.
3. Kemahiran mendengar tidak diajar secara
terpisah atau bersendirian. Sebaliknya
kemahiran mendengar hendaklah diajar
secara bergabungjalin dengan kemahiran
bahasa yang lain, iaitu bertutur, membaca dan
menulis.
4 Bahan-bahan yang dipilih dalam aktiviti
kemahiran mendengar mestilah
dipelbagaikan supaya dapat menarik
minat murid-murid untuk belajar.
5 Guru perlu merancang pelbagai aktiviti
kemahiran mendengar untuk
mendorong murid menguasai kemahiran
ini.
6 Guru perlu memandu dan melatih murid
mendengar dengan betul dan aktiviti ini
perlu dijalankan secara berterusan.
Peringkat Pengajaran Kemahiran Mendengar
Peringkat Awal
 Mengecam, mengajuk dan memilih
bunyi.
 Mendengar dan mengecam makna
perkataan, rangkai kata dan ayat.
 Melakukan sesuatu yang disuruh.
 Menjalankan perintah dan permintaan.
 Bertindak terhadap soalan-salan mudah
 Mengingat dan memadan ayat-ayat
mudah dengan tepat.
Peringkat Pertengahan
 Mengecam dan mengingat fakta serta
butiran secara tepat dan terperinci.
 Mengenal maklumat khusus.
 Mengesan urutan.
 Mengenal sebab dan akibat.
 Mengenal perhubungan orang-orang
yang berinteraksi.
 Mengenal sikap dan perasaan orang
yang bercakap.
Peringkat Maju
 Mengenal isi-isi penting.
 Mengenal peranan dan perhubungan yang
bercakap.
 Mentafsirkan maksud orang yang bercakap.
 Memberitahu fungsi tekanan dan intonasi.
 Mencari jalan mengatasi masalah yang
didengar.
 Mengikut aliran dalam dialog atau
perbualan.
 Mentafsirkan tujuan penutur menggunakan
pelbagai bentuk struktur tatabahasa.
Penilaian Kemahiran Mendengar
Penilaian terhadap
Keupayaan mendengar
Dan mendiskriminasi
Komponen linguistik
Penilaian terhadap
Kemahiran mendengar
Bagi tujuan komunikasi
Teknik Penilaian
1 Mengenal pasti bunyi bahasa
a) Mengenal pasti bunyi-bunyi fonem
berdasarkan perkataan-perkataan
berpasangan minimal.
tari – dari, karam – garam, lali - lari
b) Mengenal pasti perbezaan bunyi
berdasarkan gambar.
c) Mengenal pasti frasa atau ayat-ayat
yang mengandungi perkataanperkataan yang bunyinya hampirhampir sama.
d) Mengenal pasti jenis-jenis ayat
mengikut intonasi.
2 Memadankan frasa atau ayat dengan
gambar.
3 Memberi arahan-arahan yang mudah
dan murid memberi grak balas.
4 Mengarahkan murid melakukan atau
membuat tugas-tugas tertentu.
5 Mengemukakan soalan berdasarkan
petikan yang dibaca.
Sekian