Transcript Document

CARA PENGGUNAAN
UBAT UNTUK
PESAKIT ASMA
PENGENALAN
Sebagai pesakit asma penting
mengetahui cara penggunaan ubat
dengan betul.
Pesakit asma juga perlu mengetahui
lebih dari satu cara.
CARA PENGGUNAAN
INHALER
Tanggalkan penutup dan goncang.
Pegang pada paras menegak,
bernafas keluar perlahan-lahan.
Letakkan corong ke dalam mulut dan
tutup dengan bibir. Tarik nafas
dengan perlahan dan dalam.
Tekan inhaler dengan kuat ke bawah
dan terus menarik nafas.
Keluarkan inhaler dari mulut dan
tahan nafas selama 10 saat supaya
ubat masuk ke paru-paru. Bernafas
keluar dengan perlahan.
Sekiranya mahu menyedut sekali
lagi. Ulangi prosedur di atas
kemudian tutup corong mulut inhaler
selepas digunakan.
CARA PENGGUNAAN
ROTAHALER
Putar ke kiri atau ke kanan sehingga
berhenti.
Pegang rotahaler secara menegak
dan masukkan Rotacap. Tolak ke
dalam lubang sehingga ia separas
dengan bahagian atas.
Pegang rotahaler pada paras
melintang, titik putih dibahagian atas.
Putar rotahaler dengan cepat
sehingga berhenti.
Cengkam alat mulut antara gigi dan
bibir anda, dongak sedikit dan tarik
nafas sedalam-dalamnya.
Keluarkan rotahaler dari mulut dan
tahan nafas selama yang boleh.
Keluarkan nafas dengan perlahan dan
bernafaslah seperti biasa.
FAKTA PENTING
KESILAPAN CARA
PENGGUNAAN
INHALER
Tidak menahan bernafas selepas
menyedut ubat.
Tidak bernafas keluar sebelum
menyedut ubat.
Salah tanggap bermaksud 2
penyedutan sebagai menekankan
inhaler 2 kali apabila tarik nafas.
Tidak goncang inhaler sebelum
menggunakannya.
Tidak menekan inhaler ke bawah
serentak dengan tarik nafas.
CARA
MENGETAHUI
UBAT INHALER
HABIS
½
full
approx
100
puffs
x
pro
ap 50
s
uff
p
4
/
1 ll
fu
empty
Rajah menunjukkan cara
mudah mengetahui baki
ubat dalam inhaler.
Letakkan inhaler dalam
mangkuk yang berisi air.
3/4
full
approx
150
puffs
full
approx
200
puffs
Kedudukan inhaler
menunjukkan baki ubat
yang terdapat dalam
inhaler.
CARA PENJAGAAN
UBAT INHALER
Dari masa ke semasa keluarkan bekas
ubat dan basuh inhaler dengan air
suam.
Keringkan dan masukkan kembali ubat.
Penutup corong inhaler hendaklah
sentiasa ditutup bagi mengelak habuk
dan kekotoran masuk.
CARA PENGGUNAAN
ALAT SPACER
PENGENALAN
Sesetengah pesakit terutama kanak-kanak sukar
mengguna inhaler dengan betul.
Spacer digunakan bersama inhaler agar ubat
yang disedut lebih berkesan.
Ubat daripada inhaler akan diisi dalam ruang
spacer dan masuk ke saluran pernafasan setiap
kali pesakit menarik nafas.
CARA PENGGUNAAN
Letakkan alat mulut spacer ke dalam
mulut dan rapatkan bibir.
Tekan inhaler untuk memasukkan 1 - 4
dos dalam alat spacer (jangan melebihi
4 dos setiap kali)
Tarik / lepas pernafasan melalui alat
spacer sebanyak 10 kali.
CARA PENJAGAAN
Dari masa ke semasa mencuci alat
spacer denan mengguna air suam
bersabun dan keringkan.
JENIS-JENIS ALAT
SPACER
FAEDAH PENGGUNAAN
ALAT SPACER
AEROCHAMBER
Memudahkan penggunaan ubat inhaler.
Menambahkan dos ubat
memasuki paru-paru.
AEROTUBE
Bagi ubat sedutan steroid, ia
mengurangkan kesan sampingan seperti
sakit kerongkong dan suara kasar.
HISTHALER
Boleh digunakan semasa serangan akut.
TERIMA KASIH