Pengucapan Awam - philosophia bahasa melayu

Download Report

Transcript Pengucapan Awam - philosophia bahasa melayu

1
PENGUCAPAN
AWAM
YANG BERKESAN
Kata Pujangga
 “Orang yang bijak bercakap kerana ada sesuatu
untuk diperkatakan manakala orang yang bodoh
kerana memperkatakan sesuatu”
(Plato)
 Sesuatu perkataan sebelum diujarkan adalah milik
individu tetapi setelah diujarkan sudah menjadi
milik orang lain. Justeru, berhati-hatilah kita
berkata-kata kerana telajak perahu boleh diundur,
telajak kata buruk padahnya”.
Kehalusan Budi
Kalau hendak tahu orang berbangsa,
Tengok kepada budi dan bahasanya
Dalam berkata berlemah lembut
Dalam melangkah berpatut-patut
Bila duduk tahu tempatnya
Bila tegak tahu adatnya.
(Hashim Hj Musa,2008:8)
Tujuan Ucapan
 Penerangan @ pengajaran
 Ucapan sesuatu majlis – perpisahan
 Menarik perhatian - pembeli
Konsep Pengucapan Awam
 Komunikasi untuk menyampaikan maklumat kepada
sejumlah orang ramai. Contohnya seseorang
pengurus menyampaikan pesanan atau amanat
kepada para pekerja bawahan atau seorang
pensyarah sedang menyampaikan kuliah.
 Bentuk pengucapan awam – ceramah, seminar,
syarahan, pidato, dialog, perdebatan.
Elemen-Elemen yang Mempengaruhi
Keberkesanan Pengucapan Awam
 Pengucap (Speakers)
 Mesej
 Saluran
 Pendengar (Audiens)
 Maklum Balas
 Gangguan
 Setting
Pengucapan Awam (PA) yang Berkesan
 PA yang menarik dan berjaya menyampaikan mesej
yang hendak disampaikan kepada pendengar dengan
jelas.
 Mesej diterima oleh audien adalah tepat dan betul
 Perubahan yang berlaku akibat dari PA adalah
bertepatan dengan perubahan yang dicadangkan
Pengucap (Speaker)
 Mempunyai mesej disampaikan untuk makluman,
mempengaruhi, memberikan inspirasi atau
menghibur.
 Perlu merancang, penyelidikan, persediaan, dan
latihan yang sewajarnya untuk mencapai objektif.
 Speaker perlu ada:





MINAT
MOTIVASI
KREDIBILITI
PERANCANGAN
PERSEMBAHAN TERBAIK
Mesej
 Maklumat yeng hendak disampaikan berjaya jika:
 Tajuk sesuai
 Perkataan tepat
 Bahasa tepat
 Contoh mencukupi
 Gaya penyampaian yang sesuai
 Susunan mesej jelas
 Struktur persembahan mestilah mengandungi
pendahuluan, isi kandungan, cadangan, penutup
Audien
 Audien ialah pelanggan anda. Analisis audien
diperlukan, bagi menentukan strategi pendekatan
dengan kaedah sesuai.
Pendekatan audien
 Lingkungan umur audien
 Anggaran audien
 Anggaran jantina
 Anggaran taraf perkahwinan
 Anggaran bangsa
 Anggaran latar belakang sosial dan budaya

Audien (samb…)
Anggaran taraf pendidikan
 Anggaran kerjaya
 Anggaran minat
 Anggaran tahap pengetahuan
 pengharapan

Saluran
 Lisan atau bukan lisan
 Lisan – Percakapan menggunakan suara
 Bukan Lisan – gerak-geri, lain-lain yang
Pertembungan mata dengan audien
 Bunyi suara – nada suara, kepelbagaian, kawal suara
 Ketrampilan diri –
 Pakaian yang sesuai – selesa (first impression)
 Kredibiliti
 Kualiti diri yang baik
 Sikap terbuka, komited dan hormat
 Mimik muka, pergerakan badan dan tangan

 Rajah, carta, graf dan gambar
Maklum Balas
 Sama ada mesej diterima dan tindak balas
 Peka kepada maklum balas
 Pinta maklum balas
 Bertindak balas dengan maklum balas
 Ulang penerangan untuk mendapat maklum balas
 Luaran
 Persepsi audien berbeza
Maklum Balas
 Luaran
 Persepsi audien berbeza
 Pemahaman berbeza
 Prasangka
 Bising
 Fizikal/psikologi audien

Tidak tumpu perhatian
Sifat Kasih Sayang
Adat hidup orang yang mulia
Mengasihi sahabat menyayangi saudara
Lebih dan kurang tidak berkira
Pahit dan manis sama dirasai
Berkawan tidak memilih bangsa
Bersahabat tidak memandang harta
(Hashim Hj Musa,2008:10)
Setting
 Diperlukan mengetahui keluasan bilik
 Kemudahan yang ada – audio, video dll.
 Suhu bilik
 Lampu / cahaya dll.
 Tempat berada semasa persembahan
Persiapan sebelum persembahan

 Tajuk,Tarikh,Tempoh masa
 Objektif
 Bahan-bahan:
 Penyelidikan
 Perjalanan
 Pengetahuan
 Temu bual
 Rangka Ucapan:
 pendahuluan
 kandungan
 penutup
Persiapan sebelum persembahan
 Menulis ucapan:
 Nota ringkas
 Teks ucapan
 Nota edaran
Latihan
 Menyemak isi perlu
 Pembahagian masa
 Kefahaman tentang isu
 Merangka satu-satu isu
 Kenal pasti kelemahan
 Cuba nada suara, kelantangan, pergerakan badan,
mimik dsb.
 Latihan depan rakan, cermin
 Menggunakan nota pendek
Persembahan
 Sedia segi fizikal, mental dan emosi
 Tenang dan yakin
 Kekalkan hubungan baik dengan audien
 Penekanan isi penting
 Bergerak bebas
 Gunakan humor sewajarnya
Persembahan (samb…)
 Jangan kaku
 Elakkan suara senada, halus, tinggi dsbnya.
 Fokus pada audien dan mesej
 Kurangkan gementar
Kesilapan umum dalam penggunaan
tatabahasa ucapan
Tiada kesatuan gagasan
Ayat yang terhasil tidak memperlihatkan tema ayat.
Subjek tidak jelas
 Boleh dikatakan bahawa di seluruh dunia telah
mempunyai televisyen

 Iaitu adalah suatu perjanjian antarabangsa.

 Mengadakan undang-undang yang lebih ketat.

 Peperiksaan yang menentukan masa depan pelajar.
Subjek bukan FN
Menurut Kementerian Dalam Negeri menyatakan
bahawa kegiatan ajaran sesta dapat dibendung jika
masyarakat memberi kerjasama.
Subjek dan predikat tidak sejajar
Kesemua peserta yang mengikuti perkhemahan pada
tahun ini merupakan penyertaan pertama mereka.
Unsur subjek terpisah
Ramai pelajar menyangka terutamanya pelajar
bukan Melayu bahawa Bahasa Melayu tidak penting
Pancangan relatif yang salah
Pusat itu yang belanjanya belum diketahui dijangka
siap pada bulan hadapan.
Rantau Panjang merupakan bahagian yang paling
ramai mempunyai ahli setakat ini.
Perkara ini dianggap penting yang berkaitan dengan
kebudayaan negara.
Tiada kepaduan ayat
Tiada kepaduan hubungan antara sesuatu kata/frasa
dengan kata/frasa yang lain
Hukum DM
 Kedua cara mempunyai sama faedah
 Dengan lain perkataan, mereka tidak mengetahui
akan kelebihan menuntut ilmu
FK dengan kata kerja kembar
Dengan itu, kita mestilah proaktif dan berusaha
mendapatkan teknologi baru agar manfaatnya dapat
dinikmati.
FK tanpa penanda komplemen
 Dalam perjalanan mencapai kemajuan, kita semua
mempercayai kejatuhan moral masyarakat
merupakan ‘bayaran’ erti kemajuan.
 Kerajaan negeri berpendapat bekalan air tidak dapat
tidak, perlu diuruskan dengan secekap mungkin
KKT + Objek
 Kita harus berusaha memahami tentang penderitaan rakyat
terbanyak.
 Ahli ekomoni harus membincangkan mengenai masa depan
ekonomi bumiputera.
 Izinkan saya membawa para hadirin sekelian mengandaikan
pada satu situasi hipotetikal ini.
 Kita mengetahui ada di kalangan saintis mula mengkaji dan
menyelidik untuk melahirkan sejenis nyamuk yang telah
diubah struktur genetiknya agar ia tidak membawa virus
malaria.
KSN salah
 Kita mesti berpegang kepada Perlembagaan Negara
bahawa hak setiap rakyat sudahpun ditentukan.
 Masyarakat perlu memperkukuh lagi aspek budi bahasa
dan nilai-nilai murni yang semakin diabaikan sejak
akhir-akhir ini.
 Sebagai rakyat Malaysia kita perlu ada kesedaran
mengenai asal usul dan acuan kita sendiri yang boleh
dilabelkan sebagai "Orang Timur".
Pentansitif kausatif/lokatif
 Sebagai jiran, kita wajib turut serta dalam
menyembahyangkan jenayah jiran kita.
 Allah telah menganugerahkan kita dengan kelebihan
akal.
 keindahan Islam itu akan memberi kesan baik yang
menyeluruh terhadap kemaslahatan sesebuah
masyarakat.
 Sempena hari bersejarah ini, marilah kita berdoa semoga
Allah mencucuri rahmat ke atas roh para pemimpin,
pejuang kemerdekaan, yang telah pergi mendahului kita.
Pentansitif kausatif/lokatif
 Jangan sampai kemajuan itu mengajarkan kita pada
perkara yang sebaliknya
 Televisyen telah banyak mengeluar dan
menayangkan filem.
 Sejak akhir-akhir ini kita sering diperdengarkan
melalui radio tentang masalah disiplin. muridmurid.
Pentransitif per yang salah
 Masyarakat pula semakin sedar untuk hidup berlumba-lumba
mempertingkatkan status kedudukan sebagai suatu kelompok
yang berdaya maju dan bertanggungjawab terhadap hal ehwal
dan permasalahan serta keperluan negara.
 Budaya berbudi bahasa dan mengamalkan nilai-nilai murni
bukan sekadar perlu dipertahankan bahkan perlu
diperkayakan lagi agar ia tidak mengalami kepupusan serta
sentiasa berkesinambungan untuk diwarisi daripada generasi
ke generasi seterusnya.
 Kita perlu juga memperbaiki aspek dalaman yang dikenali
sebagai aspek keperibadian untuk menjadikan masyarakat
kita sebagai suatu masyarakat yang benar-benar bertamadun.
Penalaran dan logika yang tidak berkesan
 Keupayaan untuk menggunakan daya hujah tidak
berkesan, dan penyusunan gagasan tidak dapat
diterima oleh akal yang sihat
Penalaran dan logika yang tidak berkesan
 Kerajaan memang bertanggungjawab untuk menyediakan
kemudahan pendidikan kepada rakyat, tetapi negara sedang
mengalami kemelesetan ekonomi dan pelancong tidak banyak yang
datang ke negara ini.

 Gurulah yang bertanggungjawab untuk memberi galakan dan
dorongan tentang kepentingan ilmu.

 Hal ini jelas kerana semakin canggih teknologi semakin sibuk
masyarakat memenuhi kepeluan asas kehidupan yang maju. Ibu
bapa terpaksa mengejar kemewahan dengan lebih tekun.

 Bagi masyarakat Cina, sarang burung layang-layang ini sangat
berkhasiat di mana air liurnya digunakan bagi membuat tonik
terutama sekali untuk khasiat menyembuh dan pemberi tenaga.
Ketidaksejajaran unsur ayat
 Kerajaan negeri telah menyediakan banyak galakan seperti
menawarkan harga tanah perusahaan yang rendah, kadar bayaran
bekalan air yang dikurangkan, bayaran cukai tanah dan cukai pintu
yang diturunkan terhadap kilang-kilang perusahaan yang bakal
didirikan di negeri ini.
 Kementerian akan menghentikan pemberian subsidi wang kepada
petani tetapi mereka akan diberi pinjaman tanpa faedah
 Sejak kebelakangan ini, kemusnahan hutan paya bakau di pinggir
Sungai Juru dan sepanjang darpada jambatan Pulau Pinang hingga
ke Kuala Juru semakin luas berlaku untuk tujuan pembangunan.
Tidak berhemat dalam pengunaan
kata/frasa
 Akibat daripada pencermaran air yang dilakukan ialah
menjadikan pendapatan hasil nelayan-nelayan turut merosot
sebanyak 50% bila masalah ini berlaku.
 Kekurangan tenaga manusia bagi mengawas dan menguat
kuasa undang-undang sering digunakan sebagai alasan untuk
setiap tragedi yang berlaku akibat dari kekurangan
kakitangan awam.
 Lain-lain punca pencemaran adalah membuang rumput ke
sungai oleh pihak tertentu yang turut menyumbang kepada
pertambahan masalah pencemaran ke atas sungai.
Tidak berhemat dalam pengunaan
kata/frasa
 Ini jelas melanggar syarat perjanjian yang telah
ditetapkan di m,ana syarikat berkenaan telah
melanggar skim keselamatan yang telah disetujui
bersama.
 Mereka sengaja memandu dengan melebihi had laju
yang telah ditetapkan oleh pegawai jalan hanya
untuk menandakan keberanian mereka.
Sekian
Terima kasih
Semoga berjaya