pidato - philosophia bahasa melayu

Download Report

Transcript pidato - philosophia bahasa melayu

Pengucapan Awam
• Seni pengucapan yang menggunakan
bahasa yang indah dengan tujuan untuk
memikat atau memukau pendengar untuk
terus mendengar apa yang diperkatakan.
• Pidato juga merupakan satu kemahiran yang
boleh dipelajari dan bukan satu keistimewaan
semula jadi atau diwarisi secara turun
temurun.
• Pidato yang baik dapat memberikan suatu
kesan positif terhadap pendengar pidato
tersebut.
1) Pembuka kata
Bahagian ini menyatakan penghargaan kepada
para hadirin dan pihak-pihak tertentu yang
mengundang pemidato untuk menyampaikan
pidato berkenaan.
2) Pendahuluan
Menarik minat dan membina keyakinan
pendengar. Biasanya, takrif atau penjelasan tajuk
pidato perlu diberikan dalam bahagian ini.
3) Isi
 Isi pidato merupakan bahagian terpenting dan
perlu diberikan penekanan yang sewajarnya.
4) Penutup Isi
Penutup isi ialah kesimpulan yang dibuat
berdasarkan isi yang terdapat dalam pidato.
5) Penutup Pidato
Pemidato perlu merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada pihak penganjur,melafazkan
ribuan ampun dan maaf serta menyampaikan
harapan agar pidato tadi akan memanfaatkan para
hadirin.
1) Kelancaran
 Memulakan pidato dengan keyakinan tinggi terhadap diri
dan pengetahuan yang sedia ada.
 Pandang tepat ke arah audien semasa menyampaikan
pidato.
 Pengaliran idea secara berterusan tanpa telalu kerap
merujuk kepada nota.
 ‘pause’- berhenti seketika pada akhir penyampaian
sesuatu fakta atau di mana perlu untuk audien memahami
atau mengikuti hujah.
 kawalan masa, iaitu memulakan pidato pada waktu yang
ditetapkan dan menamatkannya tepat pada waktunya.
 Elakkan daripada melakukan gangguan wacana seperti
‘eh’,’em’, atau ‘ya’.
 Menyampaikan pidatomengikut tempo yang sederhana,
elakkan penyampaian yang terlalu laju atau perlahan.
2) Nada dan Intonasi
Semasa berpidato, pastikan suara sedap
didengar dan menarik. Nada dan intonasi
haruslah dipelbagaikan dan dikawal untuk
tujuan yang tertentu. Misalnya,
 Nada tinggi dan bersemangat apabila hendak
menarik perhatian
 Nada perlahan sedikit apabila hendak merayu
dan meminta simpati.
 Nada sederhana tetapi mesra apabila memujuk
 Nada propaganda apabila hendak
mempengaruhi
 Nada tinggi dan suara lantang apabila
membakar emosi
3) Kecekapan Berbahasa
Pidato yang berkesan disampaikan dengan
menggunakan bahasa yang tepat dan indah.
Pemidato perlu menguasai bahasa dengan baik. Ciriciri penggunaan bahasa yang baik adalah seperti
berikut :
 Pemilihan perkataan yang tepat dan menggunakan bahasa yang
gramatis.
 Aras bahasa bersesuaian dengan audien.
 Unsur-unsur keindahan bahasa diselitkan ke dalam pidato unuk
menarik minat audien. Keindahan bahasa yang dimaksudkan ialah
pantun,bahasa kiasan, peribahasa dan perumpamaan.
 Penggunaan ayat yang mampu mempengaruhi emosi dan menarik
simpati.
 Penggunaan laras yang sesuai dengan tajuk dan audien.
 Penggunaan bahasa yang bertatasusila dan beradap.
4) Gaya Penyampaian
 Gerak tangan, mata dan gerak badan hendaklah
selaras untuk menekankan fakta.
 Jangan kaku dan beraksi berlebihan
 Mimik muka hendaklah mengikut penekanan
suara, iaitu senyum apabila gembira, sedih apabila
gundah dan marah apabila emosi tinggi
 Pandang tepat ke arah audien untuk mewujudkan
eye-contact yang sesuai
 Menyelitkan unsur humor dalam penyampaian dan
jangan menunjukkan wajah yang terlalu serius.
 Pakaian hendaklah kemas dan bersesuaian
dengan majlis.
• Pidato Pembukaan
 Pidato singkat yang dibawakan oleh pembaca
acara atau MC.
• Pidato Pengarahan
 Pidato untuk mengarahkan pada suatu
pertemuan.
• Pidato Sambutan
 Pidato yang disampaikan pada suatu acara
kegiatan atau peristiwa tertentu yang dapat
dilakukan oleh beberapa orang dengan waktu
yang terbatas secara bergantian
• Pidato Perasmian
 Pidato yang dilakukan oleh orang yang
berpengaruh untuk merasmikan sesuatu.
• Pidato Laporan
 Pidato yang isinya adalah melaporkan
sesuatu tugas atau kegiatan.
• Pidato Pertanggungjawapan
 Pidato yang berisi suatu laporan.
• Ucapan yang disampaikan oleh seseorang
jemputan yang dianggap berpengalaman
dan mahir dalam bidang-bidang tertentu
dalam majlis yang formal.
• Ceramah dibahagikan kepada dua :i.
ii.
Bahagian pertama dimana penceramah akan
membentangkan pendapat atau pengalamannya
dalam bidang tertentu.
Bahagian akhir ceramah pula akan dibuka untuk
para audien mengemukakan soalan-soalan atau
pandangan mereka dan penceramah cuba
menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.
• Ceramah mewujudkan komunikasi dua
hala, iaitu penceramah dapat berkongsi
maklumat atau pengalaman manakala
audien pula boleh mengemukakan
soalan-soalan atau pandangan mereka
sendiri terhadap sesuatu perkara atau
tajuk.
1) Bahagian Awal
 Menyatakan penghargaan kepada pengerusi majlis.
 Menyatakan penghargaan kepada orang berkedudukan
tinggi dalam majlis.
 Menyatakan penghargaan kepada orang ramai yang hadir.
 Mengucapkan terima kasih kerana sudi diberi kesempatan
atau kepercayaan untuk menyampaikan ceramah.
 Membuat penegasan yang kontroversi pada permulaan
ceramah.
 Memulakan ceramah dengan memetik ucapan-ucapan
atau kata-kata orang ternama.
 Menyampaikan puji-pujian tertentu kepada yang hadir.
 Menyatakan isi ceramah yang diberi
2) Bahagian Isi
Amat penting kerana isi akan menentukan nilai
ceramah.
Isi adalah butir-butir sokongan kapada isi utama
yang telah dikemukakan pada bahagian awal
ceramah.
Mesti ada lima atau enam isi.
Isi mesti diikuti dengan huraian dan pembuktian
sama ada dengan mengemukakan contoh atau
kes.
3) Bahagian Penutup
 Mengulas perkara-perkara utama dalam ceramah iaitu
dengan menekankan idea-idea pokok tanpa membuat
perincian.
Memberi penekanan kepada hujah-hujah yang penting.
Menyuarakan gagasan untuk bertindak.
Mengukuhkan hujah yang lemah.
Meninggalkan tanggapan yang positif terhadap perkaraperkara utama agar para pendengar dapat bertindak
balas.
Menutup ceramah dengan ungkapan ‘demikian tadi…’,
‘daripada penjelasan tadi…..’, ‘begitulah serba sedikit
tentang ….’, dan sebagainya.
Mengucapkan terima kasih dan memohon maaf serta
menyatakan harapan kepada pendengar.
1) Cara Melahirkan Pendapat
Dalam melahirkan pendapat, penceramah
hendaklah mahir bertindak seperti yang berikut:
 Menentukan aspek yang akan dibentangkan supaya
perbincangan tidak menyeleweng daripada tajuk dan tujuan
ceramah.
 Menjawab soalan dan memberi pendapat terhadap kemusykilan
daripada penonton dengan meyakinkan.
 Menggunakan bahasa yang bersesuaian dengan audien dan
aras pendapat.
 Mengelakkan menggunakan bahasa yang bombastik dan sukar
difahami.
 Menggunakan bahasa yang jelas, tepat dan tidak meleret-leret.
 Menunjukkan keyakinan diri.
2) Cara Mempengaruhi Audien
Dalam melahirkan pendapat, penceramah perlu
juga menguasai kemahiran mempengaruhi audien
seperti yang berikut :
 Mengkaji dan mengetahui peringkat pemikiran, taraf
sosioekonomi, jantina dan profesion audien.
 Menyelitkan ayat-ayat soalan untuk mewujudkan
rangsangan dikalangan audien.
 Menggunakan bahasa yang sesuai dengan audien
termasuk teknik retorik.
 Menyelitkan unsur humor.
 Memastikan suara anda didengar oleh semua audien.
 Menjagka had/batas tumpuan audien.
3) Nada dan Intonasi
Semasa menyampaikan pendapat, ciri-ciri nada dan
intonasi yang wajar diberi perhatian adalah seperti
berikut :
Meninggikan nada apabila hendak menarik minat dan
perhatian.
Menggunakan nada suara perlahan dan renadah apabila
hendak merayu.
Jangan berhujah dengan terlalu laju atau terlalu
perlahan.
Pause- berhenti seketika apabila perlu, iaitu apabila
hendak mendapatkan semula buah fikiran atau memberi
masa untuk penonton mengikut dan memahami hujah
anda.
Menggunakan bahasa baku.
Menggunakan bahasa yang jelas, indah dan tersusun.
1. Ceramah untuk kempen – iaitu
menyampaikan maklumat untuk kempen
bertujuan mendapat sokongan dari orang
ramai bagi sesuatu tujuan.
• Contoh
(i) Ceramah menjaga kesihatan
(ii) Menderma darah
(iii) Kempen politik
(iv) Semangat kejiranan
2. Ceramah untuk menyampaikan maklumat –
bertujuan untuk menyampaikan penerangan dan
pemahaman kepada orang ramai mengenai
sesuatu idea, konsep atau perkara-perkara yang
memerlukan kesedaran mereka dan dapat
memberikan manfaat.
• Contoh:
(i) Ceramah agama
(ii) Ceramah kesedaran.
(iii) Ceramah meningkatkan produktiviti
(iv) Ceramah tanggungjawab keibubapaan
• Ucapan merupakan satu kaedah
berkomunikasi secara lisan yang dilakukan
dalam situasi yang terancang iaitu penetapan
masa, tempat dan isu yang hendak
disampaikan telah dilakukan.
• Ucapan lebih kepada situasi mengalu-alukan,
meraikan, merasmikan majlis, pembukaan
atau penutupan dan sebagainya.
• Menurut Mua’ti Ahmad, (1994) menyatakan
bahawa pengucapan umum menggunakan
anggota verbal dan bukan verbal.
• Menurut Rahimah Yeop, (2001)
pengucapan ialah satu interaksi
penghantaran mesej antara seseorang
pengucap dan sekumpulan pendengar
dengan tujuan untuk memindahkan dan
menyampaikan mesej dari satu pihak
kepada pihak yang lain.
• Menurut Maimunah Haji Omar, (1993)
ucapan merupakan sebahagian daripada
perucapan umumnya dalam aspek
perutusan.
• Ucapan dapat diertikan sebagai apa-apa
yang diucapkan atau cara menyebut atau
cara melafazkan sesuatu kata.
• Lazimnya ucapan akan disampaikan
dalam sesuatu majlis atau upacara
tertentu seperti pertandingan,
perhimpunan dan majlis rasmi.
• Ringkasnya, ucapan merupakan
penyampaian idea melalui pelafazan dan
disampaikan secara pidato sehala.
1) Permulaan ucapan
Ucapan dimulakan dengan cara bentuk peribadi.
Susunan kata-kata aluan ini mestilah mengikut
status pangkat tetamu yang disebut seperti nama,
gelaran, pangkat atau jawatan daripada yang
tertiggi kepada yang terendah.
2) Bahagian isi
Unsur kiasan, peribahasa dan jenaka boleh
diselitkan untuk menjadikan teks ucapan lebih
menarik.
Teks ucapan juga harus disertai dengan
penerangan, penjelasan, pujian, atau sanjungan
terhadap sesuatu perkara yang diperkatakan.
Bahasa yang digunakan daalm teks harus mudah,
tepat, tegas dan berkesan.
3) Penutup ucapan
Ucapan terima kasih
Meminta maaf atas sekiranya tersilap kata
1)
Bahasa mudah difahami
 Bahasa yang mudah difahami, padat, tegas, berkesan dan
menyakinkan.
2)
Isi ucapan yang sesuai
 Isi dalam sesuatu ucapan perlu sesuai dengan tajuk ucapan.
3)
Ucapan harus tersusun
 Ucapan mestilah disampaikan dengan mengikut susunan
tertentu dalam ucapan.
4)
Suara yang jelas
 Ucapan mestilah disampaikan dengan suara yang jelas,
lantang supaya mudah didengar oleh pihak penonton atau
pendengar.
5) Cara penyampaian
 Penyampaian yang baik dapat melindungi isi ucapan
yang kurang.
6) Keyakinan diri
 Seseorang itu perlu yakin terhadap diri sendiri dan juga
pengetahuan yang sedia ada.
7) Gerak- geri yang berkesan
 Gaya dan pergerakan termasuk pergerakan tangan,
kepala mimik muka, senyuman, mata serta badan perlu
sesuai.
 Membolehkan penonton berasa lebih selesa mendengar
ucapan yang disampaikan.
 Gerak geri dapat membantu menguatkan lagi butiran
yang hendak ditegaskan.
• Ucapan Spontan (Impromptu)
 Ucapan yang disampaikan tanpa persediaan
awal dan dalam keadaan yang “terbuka”.
• Ucapan Ekstemporanas
(Extemporanoues)
 Kelihatan seperti ucapan spontan tetapi pada
kebiasaanya penceramah sudah bersedia
dari sudut mental, emosi dan kandungan
ucapan yang disampaikan.
• Ucapan Manuskrip
 Ucapan yang disampaikan dengan membaca
bahan yang telah disediakan. Biasanya
disampaikan oleh penceramah atau jurucakap
yang ingin memastikan kandungan ucapannya
tidak disalah tafsir atau dimanipulasikan.
• Ucapan Hafalan
 Ucapan yang disampaikan dalam sesuatu
majlis khas seperti majlis hari jadi, majlis
perpisahan, majlis penghargaan atau peraduan
ucapan.
• Dikenali juga sebagai pidato.
• Syarahan lebih kepada matlamat
untuk menyakinkan pendengar atau
pembaca terhadap sesuatu isu yang
dikemukakan.
• Memperlihatkan usaha untuk
menegaskan sesuatu pendirian
terhadap isu yang dikemukakan.
• Satu pengucapan yang disampaikan
secara individu kepada khalayak ramai
untuk menghuraikan dan menjelaskan
sesuatu tajuk.
• Syarahan merupakan aktiviti
berkomunikasi secara sehala, iaitu
menjelaskan perkara-perkara tentang
sesuatu tajuk dalam masa yang
ditentukan untuk mempengaruhi para
pendengar supaya bersetuju dengan apa
yang disyarahankan.
1)Pengenalan
Kata alu-aluan
Perkenalkan tajuk syarahan
Jelaskan ungkapan tersebut
2) Isi-isi karangan
3) Penutup
Kesimpulan isi
Ucapan terima kasih
1) Kelancaran
 Memulakan syarahan dengan keyakinan tinggi terhadap diri
dan pengetahuan yang sedia ada.
 Pandang tepat ke arah audien semasa menyampaikan
syarahan.
 Pengaliran idea secara berterusan tanpa telalu kerap
merujuk kepada nota.
 ‘pause’- berhenti seketika pada akhir penyampaian sesuatu
fakta atau di mana perlu untuk audien memahami atau
mengikuti hujah.
 kawalan masa, iaitu memulakan syarahan pada waktu yang
ditetapkan dan menamatkannya tepat pada waktunya.
 Elakkan daripada melakukan gangguan wacana seperti
‘eh’,’em’, atau ‘ya’.
 Menyampaikan syarahan mengikut tempo yang sederhana,
elakkan penyampaian yang terlalu laju atau perlahan.
2) Nada dan Intonasi
Semasa bersyarahan, pastikan suara sedap
didengar dan menarik. Nada dan intonasi
haruslah dipelbagaikan dan dikawal untuk
tujuan yang tertentu. Misalnya,
 Nada tinggi dan bersemangat apabila hendak
menarik perhatian
 Nada perlahan sedikit apabila hendak merayu dan
meminta simpati.
 Nada sederhana tetapi mesra apabila memujuk
 Nada propaganda apabila hendak mempengaruhi
 Nada tinggi dan suara lantang apabila membakar
emosi
3) Kecekapan Berbahasa
Syarahan yang berkesan disampaikan dengan
menggunakan bahasa yang tepat dan indah.
Penyampai syarahan perlu menguasai bahasa
denganbaik. Ciri-ciri penggunaan bahasa yang baik
adalahseperti berikut :
 Pemilihan perkataan yang tepat dan menggunakan bahasa
yang gramatis.
 Aras bahasa bersesuaian dengan audien.
 Unsur-unsur keindahan bahasa diselitkan ke dalam pidato
unuk menarik minat audien. Keindahan bahasa yang
dimaksudkan ialah pantun,bahasa kiasan, peribahasa dan
perumpamaan.
 Penggunaan ayat yang mampu mempengaruhi emosi dan
menarik simpati.
 Penggunaan laras yang sesuai dengan tajuk dan audien.
 Penggunaan bahasa yang bertatasusila dan beradap.
4) Gaya Penyampaian
 Gerak tangan, mata dan gerak badan hendaklah
selaras untuk menekankan fakta.
 Jangan kaku dan beraksi berlebihan
 Mimik muka hendaklah mengikut penekanan
suara, iaitu senyum apabila gembira, sedih apabila
gundah dan marah apabila emosi tinggi
Pandang tepat ke arah audien untuk mewujudkan
eye-contact yang sesuai
Menyelitkan unsur humor dalam penyampaian dan
jangan menunjukkan wajah yang terlalu serius.
 Pakaian hendaklah kemas dan bersesuaian
dengan majlis.
Terdapat dua jenis syarahan iaitu:i. Syarahan berbentuk pertandingan
ii. Syarahan Bukan berbentuk pertandingan
• Syarahan berbentuk pertandingan
Jenis tajuk syarahan ini selalunya dikemukakan
peperiksaan.
Pertandingan sama ada di peringkat sekolah,
daerah, negeri mahupun kebangsaan.
Bagi syarahan jenis ini sahaja, perlu menujukan
ucapan kepada “barisan panel hakim”.
• Syarahan bukan berbentuk
pertandingan
Syarahan biasa secara tidak formal
Tidak perlu menujukan ucapan kepada panel
hakim
• Taklimat ialah keterangan secara ringkas
megenai sesuatu yang berlaku atau sesuatu
yang dihasilkan.
• Satu ucapan dimaklumkan dan disampaikan
secara dua hala di dalam situasi formal dan
tidak formal kerana diakhir sesi taklimat akan
diadakan sesi soal jawab.
• Fokus diberikan kepada tujuan kumpulan
yang memerlukan taklimat.
• Taklimat disampaikan di tempat yang luas
dan disampaikan oleh penonton yang ramai.
1) Taklimat Satu Taraf (Sama Taraf)
mengandungi:
Tajuk
Salam, kata sapaan biasa atau salutasi protokol
Kata alu-aluan
Pengenalan diri, organisasi, jawatan
Kandungan taklimat
Penutup
Sesi soal jawab
2) Taklimat Dua Taraf Khalayak
mengandungi:
Tajuk
Salam, salutasi protokol dan sapaan biasa
Puji-pujian
Ringkasan penyampaian taklimat
Kandungan
Sesi soal jawab
1) Pertimbangan Khalayak/Hadirin
 Penentuan siapakah khalayak yang boleh membantu
untuk menentukan jenis taklimat yang mereka
perlukan.
Penentuan taraf khalayak dapat menjelaskan bahasa,
suasana dan kandungan taklimat.
Menentukan bilangan khalayak yang boleh membantu
dalam penyedian nota, tempat, jamuan dan lain-lain
lagi.
2)Pertimbangan Suasana
 Suasana dikatakan formal apabila khalayak terdiri
daripada orang kenamaan, pegawai
kerajaan/swasta dan pelawat luar Negara dan ada
D.Y.T.M Tengku Mahkota atau Raja Muda.
 Suasana dianggap kombinasi formal dan tidak
formal jika khalayaknya terdiri daripada ibubapa,
murid, belia, penduduk kampung, buruh, petani
dan sebagainya.
Lazimnya suasana formal memerlukan teks
taklimat yang kompleks manakala teks taklimat
bagi suasana kombinasi formal dan tidak formal
adalah ringkas dan mudah.
3) Taraf Khalayak
 Penyampai taklimat perlu mengetahui taraf khalayaknya.
Pengetahuan ini dapat menolong komunikator dalam
menyediakan sapaan atau salutasi.
4) Gaya Bahasa Taklimat
 Disampaikan dalam keadaan formal dan rasmi
 Pemilihan atau penggunaan kata mestilah tepat supaya
mudah difahami oleh pendengar.
 Susunan ayat lebih ringkas dan tidak meleret-leret.
 Sebutan, intonasi, dan gaya pengucapan yang betul akan
dapat menarik minat pendengar.
• Taklimat Satu Taraf (Sama Taraf)
Ini melibatkan para tetamu yang hadir yang
terdiri daripada pemimpin-pemimpin
peringkat menteri, orang kenamaan, orang
bergelar, ketua-ketua jabatan dan
sebagainya.
• Taklimat Dua Taraf Khalayak
Tetamu bagi dua taraf khalayak pula terdiri
daripada D.Y.M.M Sultan atau D.Y.T.M. Raja
Muda/ Tengku Mahkota dan orang kenamaan
tertentu.