TAMADUN ISLAM - PKG Bukit Gambir

Download Report

Transcript TAMADUN ISLAM - PKG Bukit Gambir

Konsep Asas Tamadun







Istilah, definisi dan rumusan( Slide 3 – 23 )
Ciri-ciri Tamadun Islam ( Slide 24 – 41 )
Matlamat Tamadun Islam( Slide 42 – 50 )
Dasar / Prinsip Tamadun Islam( Slide 51-56)
Sumber Tamadun Islam(Slide 57 – 63 )
Pembentukan Tamadun Islam(Slide 64 -71 )
Zaman Khulafa Ar-Rashidin ( Slide 72
Kuliah 1: Apakah yang dimaksudkan
dengan Tamadun?




Bagaimana lahirnya tamadun? Apakah
prasyarat pembinaan sesuatu tamadun?
Apakah kandungan sesuatu tamadun?
Apakah pola perkembangan sesuatu
tamadun?
Apakah definisi tamadun menurut sarjana
Muslim dan barat?
Bila bermulanya?
Pandangan Pertama:
 Sejak Nabi Adam a.s
 Pembentukan institusi keluarga, masyarakat
( sosial )
 Kesihatan
 Pertanian
 Penternakan
Bila ?
Pandangan Kedua:
 Kelahiran Agama Islam yang disampaikan
oleh Nabi Muhammad s.a.w
 Agama Islam yang bersifat menyeluruh (
akidah, syariah) lahir di tengah masyarakat
jahiliah
Tamadun
‘ Secara umum tamadun ialah proses
perubahan cara hidup manusia menjadi
semakin sempurna, cekap dan berkesan ‘
Menurut Ibnu Khaldun :
Manusia secara semulajadi dilahirkan
dengan ciri-ciri madani. Tamadun berjaya
dikembangkan apabila manusia
memanfaatkan ciri-ciri madani yang
dimilikinya itu.
Ciri-ciri Madani ialah





Beriman – menjaga hubungan dengan Allah
Berilmu – untuk mengurus diri dan alam
Beramal – bekerja keras
Berakhlak – diri sendiri dan orang / pihak lain
Bermasyarakat – menunaikan
tanggungjawab sosial
Konsep Asas Tamadun






Istilah, definisi dan rumusan
Ciri-ciri Tamadun Islam
Matlamat Tamadun Islam
Dasar / Prinsip Tamadun Islam
Sumber Tamadun Islam
Pembentukan Tamadun Islam
Ini bermakna…
Tamadun dibangunkan oleh manusia…
Tamadun dikembangkan oleh manusia…
Tamadun dimajukan untuk manusia…
Dan
Tamadun juga boleh dihancurkan oleh
manusia apabila hilang ciri-ciri madani dan
kemanusiaannya!
Kandungan Tamadun
‘Suatu pencapaian hanya akan dianggap
sebagai tamadun apabila perkara-perkara
yang berkaitan dengan keperluan asas
(dharuriyah) dan keperluan(hajiah) telah
disempurnakan.Ia adalah suatu peringkat
penyempurnaan(tahsiniat) untuk
melengkapkan segala perkara yang
diperlukan oleh manusia’- Ibnu Khaldun
Prinsip-prinsip Asas Kelahiran
Tamadun



Manusia dicipta mempunyai berbagai
kelebihan untuk mengurus alam – akal,
potensi, kreativiti
Proses perubahan cara hidup – keperluan
asas , penambahbaikan
Perubahan dipengaruhi oleh faktor-faktor
sosioekonomi, sains dan teknologi, politik,
pendidikan
Pola Perkembangan Tamadun
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
Kehidupan menetap
Pertumbuhan ekonomi
Peningkatan hasil pengeluaran
Pertambahan jumlah penduduk
Kepimpinan dan susun lapis sosial
Pengkhususan kerja dan hasil kerja
Perkembangan Perdagangan
KONSEP ASAS TAMADUN
Dipopularkan oleh Jurji Zaidan ( 1902-1906) pada abad
ke 19 dalam bukunya Tarikh at-Tamaddun al-Islami.
Dari sudut makna / semantik, kata terbitan dari kata
kerja ‘Madanna’, maksudnya:
 Pemilihan sesuatu lokasi sebagai tempat tinggal
 Membangunkan sesuatu kawasan hingga menjadi
suatu perbandaran
 Hidup dalam suasana kehidupan orang bandar dan
menikmati kehidupan yang maju
 Pembangunan, kemajuan & pencapaian manusia
Istilah Tamadun:

a.
b.
c.
B.Arab:
Hadarah – kehidupan menetap yang
membolehkan manusia menjalani
kehidupan secara sistematik dan maju
Umran – pembangunan
Tamaddun -
KONSEP ASAS TAMADUN




‘ Madani ’ – keselesaan hidup dan ketinggian budi
‘ Madinah ‘ – bandar
‘ Madaniyyah ‘ – kebudayaan bandar ( diperkenalkan
oleh Abu Nasir al-Farabi pada abad ke 11 dalam
bukunya as-Siasah al-Madaniyyah dan dipopularkan
oleh Muhd Farid Wajdi, Sheikh Muhd Abduh dan
Sh.Rashid Rida
‘ Umran & Hadarah ‘ – diperkenalkan oleh Ibnu
Khaldun ( 1332-1406 ) pada abd ke 14 dalam
Muqaddimah Ibnu Khaldun
Istilah Tamadun (Bahasa Melayu ):
Menurut Kamus Dewan Edisi ke 3( 1998 ),
Tamadun ialah:
‘Keadaan masyarakat manusia dan negara
yang didasarkan pada kemajuan kebendaan
serta perkembangan pemikiran sosial,
budaya, politik dll yang tinggi dan peradaban’
Istilah Tamadun:

a.
b.
c.
B.Inggeris: ‘ Civilization ‘
Tiap-tiap tamadun yang agung mempunyai
bandar-bandar yang besar
Perubahan dan pertumbuhan di bandarbandar besar
Ciri-ciri asas tamadun manusia lebih mudah
ditemui di bandar-bandar
Definisi Tamadun
Ibnu Khaldun:
“Tamadun ialah kemuncak pembangunan
yang berkait dengan peningkatan
kemewahan, keindahan suasana dan minat
kepada pelbagai aspek industri yang yang
boleh mempertingkatkan kualitinya Ini
termasuk keperluan kepada bahan-bahan
makanan, pakaian, peralatan rumah tangga
dsbnya”.
Sayyid Qutb

Tamadun Islam ialah segala bentuk
kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan
masyarakat seperti sistem sosial,
pemerintahan, politik, ekonomi dan
kebudayaan yang berteraskan syariat Allah
serta bercirikan nilai-nilai akhlak Islam
Definisi Tamadun:
Syed Naquib al- Attas:
“ Keadaan kehidupan insan yang mencapai
taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan
yang luhur bagi seluruh masyarakatnya”.
Said Hawa

Tamadun secara umum terbahagi kepada
dua kategori iaitu Tamadun Islam dan
Tamadun Jahiliah. Tamadun Islam adalah
segala aspek kemajuan yang tegak di atas
kebudayaan Islam serta hasilnya relevan
dengan kebudayaan itu. Tamadun Jahiliah
pula ialah segala kemajuan yang dijelmakan
dalam bentuk kebendaan tanpa mengambil
kira aspek kerohanian dan moral.
Definisi Tamadun ( Barat )
Arnold Toynbee:
“ Tamadun ialah suatu sistem masyarakat yang
dapat membantu manusia menambah hasil
pengeluaran atau produktiviti dan ia
mempunyai 4 elemen iaitu bahan-bahan
ekonomi, sistem politik, pengetahuan dan
seni”.
Perbandingan antara Tamadun:



Tamadun Barat lebih menonjolkan aspek
pencapaian kebendaan bagi menentukan
masyarakat bertamadun
Tamadun Islam mengimbangi antara
pembangunan material dan spiritual
Tamadun Melayu menerima pengaruh
Tamadun Islam dan mengekalkan ciri-ciri
tempatan
Antara Tamadun Islam & Barat
Tamadun Islam:
1. Sumber –wahyu
2. Fokus –
Pembangunan insan
3. Matlamat – duniawi &
ukhrawi
Tamadun Barat:
1. Sumber – pemikiran &
pengalaman manusia
2. Fokus – kemajuan
kebendaan
3. Matlamat - duniawi
Rumusan Definisi Tamadun Islam
“Pencapaian manusia dalam semua aspek
kehidupan secara sepadu dan menyeluruh,
berfokus kepada pembangunan manusia,
sebagai hamba dan khalifah Allah, bagi
mencapai kesejahteraan dunia dan akhirat”.
Kuliah Ke 2
1.
2.
3.
CIRI-CIRI TAMADUN ISLAM:
Apakah ISLAM?
Apakah asas-asas utama agama Islam?
Apakah ciri-ciri Tamadun Islam?
Ciri-ciri Tamadun Islam





Islam sebagai suatu sistem kehidupan
Berasaskan Akidah, Syariah dan Akhlak
Alamiah / universal
Syumul / menyeluruh
Seimbang/ Tawazun
Islam adalah…
Selamat, sejahtera, aman, damai –
1.Sebagai suatu sistem, Islam adalah suatu
cara hidup ( way of life ) yang meliputi
semua bidang kehidupan – ekonomi,
politik, sosial, pendidikan dll
 Keselamatan dunia dan akhirat
 Keselamatan untuk semua manusia
 Keselamatan jasad dan jiwa, akli dan
emosi
RUKUN ISLAM:*
1.
2.
3.
4.
5.
Mengucap Dua Kalimah Syahadah
Mendirikan Solat
Berpuasa pada bulan Ramadan
Membayar zakat
Menunaikan Haji
* Kesepaduan akidah, syariah dan akhlak
Akidah
Definisi:Kepercayaan yang tertanam di
hati,dizahirkan dengan perkataan dan
ditunjukkan dengan tingkahlaku
 Kepercayaan kepada Allah Yang Maha
Esa
 Beriman dengan sifat-sifat ketuhanan –
iaitu berlainan dengan sifat-sifat makhluk
 Maha Mencipta dan Maha Berkuasa
 Impaknya – melaksanakan semua
perintah & meninggalkan semua
laranganNya
3 dalam 1 - Akidah, Syariah dan
Akhlak
1.Kesepaduan:

Antara iman, ilmu dan amal

Antara kepercayaan, perkataan
dan perlakuan

Dunia dan akhirat
2. Menyeluruh:

Semua aspek kehidupan

Individu dan masyarakat
RUKUN IMAN:*
Beriman dengan Allah
 Beriman dengan Malaikat
 Beriman dengan Kitab Suci
 Beriman dengan Rasul
 Beriman dengan Hari Akhirat
 Beriman dengan Qada dan Qadar
* Kesepaduan akidah, syariah & akhlak

Syariah / Islamic Law
 Sumbernya
ialah al-Quran dan al-Hadis
 Hak dan Tanggungjawab kepada Allah, diri
sendiri dan orang/pihak lain
 5 HUKUM – Wajib, Sunat, Haram, Harus
Makruh
 Sesuai untuk semua keadaan,tempat &
masa
RUKUN IMAN:
Berasaskan tauhid
 Saling berkait dan bersepadu
 Mempengaruhi setiap tindakan dan
tingkahlaku seseorang
 Tanggungjawab di dunia dan akhirat

AKHLAK
Menurut Imam Al-Ghazali:
’ Sifat yang tertanam dalam jiwa yang
menimbulkan perbuatan-perbuatan yang
mudah tanpa memerlukan pemikiran dan
pertimbangan’.
Akhlak
 Berasaskan
rukun iman
 Membezakan dan memilih antara baik dan
buruk
 Meliputi semua aspek kehidupan
 3 dimensi – hati, akli dan anggota tubuh
( keyakinan, pemikiran dan tindakan )
 Pengaruh keturunan, pendidikan dan
persekitaran
Kepentingan Akhlak
1.
2.
Misi utama kerasulan Nabi Muhammad
s.a.w. ‘ Sesungguhnya aku diutus untuk
menyempurnakan akhlak yang
mulia’.(Riwayat Al-Baihaqi )
Akhlak dan agama tak boleh
dipisahkan.Seorang sahabat bertanya
:”Ya Rasulullah apakah agama itu?”
Baginda menjawab:”Agama adalah
akhlak yang baik”.
Kepentingan Akhlak
3. Akhlak yang baik memberatkan
timbangan kebaikan pada hari kiamat.
Sabda Rasulullah s.a.w:“ Tidak ada suatu
pun yang lebih memberatkan timbangan
seorang mukmin pada hari kiamat selain
dari akhlak yang baik”.( Riwayat At-Tirmizi)
Kepentingan Akhlak
4.Akhlak yang baik adalah ukuran kualiti
iman seseorang. Sabda Baginda“ Orang
mukmin yang paling sempurna imannya
adalah yang paling baik akhlaknya”
( Riwayat At-Tirmizi)
5.Akhlak yang baik akan terhasil dari
amalan ibadat.”Sesungguhnya solat itu
mencegah dari kekejian dan
kemungkaran”. Surah Al-’Ankabut ayat 29.
Alamiah
Tamadun Islam boleh dimanfaatkan oleh
semua pihak, muslim & non-muslim
 Adil kepada semua - tidak ada batas
geografi, warna kulit, status sosial

Dalil-dalil dari Al-Quran:

‘ Tidak Kami utusmu wahai Muhammad
melainkan sebagai rahmat untuk seluruh
alam’.
Syumul

Meliputi semua aspek kehidupan:
ekonomi, politik, sosial, pendidikan ,
budaya dll
Seimbang
 Antara
dunia dan akhirat
 Ilmu dan amal
 Jasmani dan rohani
Kuliah ke 3
1. Apakah matlamat Tamadun Islam
2. Apakah yang dimaksudkan dengan mencari
keridhaan Allah dan bagaimana?
3. Apakah yang dimaksudkan dengan
memelihara hubungan sesama manusia dan
dengan alam sekitar? Bagaimana
melakukannya?
Matlamat Tamadun Islam:
1.
2.
Mendapat keridhaan Allah
Kebaikan kepada manusia dan alam
sekitar
Keridhaan Allah
Apa pun yang dilakukan hendaklah
kerana mendapatkan keridhaan Allah
 Maksudnya – mengikut perintah,
undang-undang, peraturan dan sunnah
yang telah Allah tetapkan

Hubungan sesama manusia





Bermula dengan ahli keluarga
Saling menghormati tanpa mengira bangsa,
warna, agama
Tidak membezakan manusia kerana darjat /
kedudukan
Memberikan layanan yang sama rata cth hak
jiran tetangga
Menunaikan tanggungjawab kemasyarakatan
cth membantu orang susah & memerlukan
Institusi Keluarga
1.
2.
3.
4.
Institusi Perkahwinan – memelihara
keturunan
Hak setiap ahli keluarga
Tanggungjawab setiap ahli( saling
berperanan & menyumbang) – suami,
isteri, anak-anak
Keluarga yang baik asas pembinaan
bangsa yang maju & bertamadun
Kejiranan
1.
2.
Hak dan tanggungjawab jiran
Rukun kejiranan – saling hormat
menghormati, memberi dan terima,
bekerjasama, bertolak ansur
Tanggungjawab kemasyarakatan
1.
2.
3.
Tangan yang memberi adalah lebih
baik daripada tangan yang menerima
Tidak sempurna iman seseorang kamu
jika ia tidak mengasihi saudaranya
sebagaimana ia mengasihi dirinya
sendiri.
Orang beriman itu umpama suatu
jasad.
Hubungan dengan Alam Sekitar
• Alam adalah amanah Allah kepada
manusia
• Allah mencipta seluruh isi alam untuk
manfaat manusia
• Manusia adalah pengurus alam ( khalifah )
Pembangunan yang mesra alam
Pembangunan yang sepadu
 Mengekalkan eko sistem
 Perancangan jangka panjang

Akhlak terhadap alam
Berkongsi memanfaatkan alam
 Tidak memusnahkan keseimbangan
alam( eko sistem )
 Berusaha memelihara alam untuk
generasi akan datang

Kuliah ke 4
• Apakah sumber-sumber Tamadun
Islam?
• Bagaimana sumber-sumber itu
menyumbang ke arah pembinaan
tamadun?
• Apakah garis panduan bagi
memastikan sesuatu penemuan baru
diterima dalam tamadun Islam?
Sumber-sumber Tamadun Islam
1.
2.
3.
Wahyu
Akal
Penemuan baru
Wahyu
 Al-Quran
 Al-Hadis
Hadis
 Segala
perkataan, perbuatan dan
pengakuan Nabi Muhammad s.a.w
 Dibukukan dalam Kitab-kitab Hadis
 Dijamin keesahan dan
kebolehpercayaannya kerana mempunyai
prosedur yang ketat dalam proses
pengumpulan
Akal



Selari dengan tuntutan syariat
Menggalakkan kreativiti
Mengiktiraf keupayaan para sarjana bagi
mempertingkatkan kehidupan manusia
Penemuan Baru

Berdasarkan kajian dan penyelidikan para
sarjana dalam berbagai bidang spt sains
tulen, sains gunaan, sosial, pendidikan dll
Kuliah ke 5: Prinsip-prinsip Tamadun
Islam



Apakah rasional setiap prinsip yang terdapat
di dalam Tamadun Islam
Huraikan kepentingan setiap prinsip dan
kaitannya dengan pembinaan tamadun
Islam.
Apakah cabaran bagi melaksanakan prinsipprinsip dalam tamadun Islam?
Prinsip-prinsip Tamadun Islam:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
Memelihara agama
Memelihara jiwa
Memelihara akal
Memelihara maruah
Memihara harta
Memelihara hak / kebebasan
Memelihara Agama
Rasional: Tamadun Islam dicetuskan dari
ajaran agama Islam
 Kepercayaan Kepada Tuhan
 Melaksanakan tanggungjawab agama
 Memelihara Syiar Islam
 Menghormati penganut agama lain
Memelihara Jiwa
Rasional:Jiwa/nyawa adalah kurniaan Allah
yang tidak boleh diganti / dicipta
 Suruhan – menjaga keselamatan, kesihatan,
pemakanan. Berubat jika sakit
 Larangan – merosakkan diri, membunuh diri,
membunuh orang lain
Memelihara Akal
Rasional:Unsur yang membezakan insan dari
makhluk lain
 Suruhan – Mencari ilmu, membaca bahan
yang baik
 Larangan – membaca bahan yang tidak baik
( yang merosakkan akidah dan akhlak ) ,
menonton bahan lucah
Memelihara Maruah
Rasional:Karamah Insan menentukan
kedudukannya di sisi Allah & manusia
 Suruhan – menjaga pergaulan, menutup
aurat, menjaga nama baik, berkahwin
 Larangan – bergaul bebas, mendedah aurat,
memfitnah, berzina / jenayah seks
Memelihara Harta
Rasional:Harta adalah amanah dan pinjaman.
Ianya bukan milik yang mutlak
 Suruhan – Mencari rezeki yang halal, dari
sumber yg halal, digunakan utk kebaikan
 Larangan – Mengambil hak orang lain spt
mencuri, merompak, menyamun,salahguna,
menyeleweng
Memelihara Hak/ Kebebasan
Rasional: Menetapkan suatu garis panduan
mengenai hak seseorang , batasannya…
 Suruhan
 Larangan
Kuliah ke 6: Pembentukan Tamadun
Islam




Apakah ciri-ciri masyarakat Islam?
Apakah fokus utama perkembangan Islam
dalam Era Makkah dan Era Madinah?
Apakah kandungan Piagam / Sahifah
Madinah?
Apakah sumbangan zaman Khulafa ArRashidin terhadap perkembangan dan
pembangunan Islam?
Pembentukan Tamadun Islam :
1.Kelahiran masyarakat Islam pada zaman
Nabi Muhammad
2. Piagam Madinah
3. Zaman Khulafa ar-Rashidin
Kedatangan Islam





Keadaan masyarakat Makkah sebelum
diIslamkan
Kelahiran seorang Rasul
Dakwah secara rahsia
Dakwah secara terbuka
Sambutan dan tentangan masyarakat di
Mekah
Kelahiran Masyarakat Islam


i.
ii.
Era Mekah – masyarakat Jahiliah
menentang
Era Madinah – pembentukan negara Islam
Kerajaan Islam, Masyarakat Islam, Sistem
kehidupan yang Menyeluruh dari semua
aspek – ekonomi, politik, sosial, pendidikan
Perkembangan Islam
Piagam Madinah



Nabi Muhammas s.a.w diakui sebagai ketua
negara bagi semua penduduk. Setiap
perbalahan perlu dirujuk kepada Ketua
Negara
Semua penduduk bebas beragama dan
bebas melakukan adat istiadat, upacara
agama masing-masing
Setiap penduduk hendaklah bekerjasama
dalam setiap masalah ekonomi
Sambungan…Piagam Madinah


Semua penduduk mestilah mempertahankan
kota Madinah daripada serangan musuh
Keselamatan kaum Yahudi termasuklah
nyawa dan harta benda adalah terjamin
selagi mereka taat kepada syarat-syarat
perjanjian yang tercatat dalam piagam
Zaman Khulafa ar-Rashidin


i.
ii.
iii.
iv.
v.
4 khalifah – Syahsiah yang mulia Saidina Abu
Bakar , Umar al-Khattab, Usman b. ‘Affan, Ali b.
Abi Talib
Dasar Pembangunan:
Fokus kepada pembangunan insan
Kemajuan yang menyeluruh & seimbang
Keadilan pemimpin & pemerintahan
Perkembangan ilmu pengetahuan
Perkembangan wilayah
Pembangunan Insan
Kemajuan yang menyeluruh &
seimbang
Keadilan pemimpin dan pemerintahan
Perkembangan Ilmu Pengetahuan
Zaman Khulafa ar-Rashidin
Perkembangan Islam – wilayah lain menerima
Islam