Kuliah 2- Konsep Asas Tamadun Islam

Download Report

Transcript Kuliah 2- Konsep Asas Tamadun Islam

KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM
PENGENALAN
•
Pembinaan tamadun Islam bermula selepas
lahirnya Rasulullah SAW beserta turunnya
wahyu daripada Allah SWT di Gua Hira’ di kaki
bukit an-Nur pada 17 Ramadhan 610 Masihi.
•
Tamadun Islam dibahagikan tiga peringkat
iaitu peringkat awal di Mekah, peringkat
pertengahan, dan peringkat akhir. Nabi
Muhammad SAW mengajak masyarakat Arab
kembali kepada nilai akhlak dan kemanusiaan
yang murni.
DEFINISI TAMADUN ISLAM
•
Perkataan tamadun berasal darpada
perkataan Arab iaitu madana yang
bermaksud kehalusan budi dan kesopanan
tingkah laku.
•
Daripada perkataan madana, terbit pula
perkataan madinah yang bermaksud Bandar
dan juga madani iaitu orang yang
berkelakuan seperti orang Bandar yang
bersifat halus dalam berbudi bahasa dan
beradap sopan dalam tingkah laku.
CIRI-CIRI TAMADUN
RABBANI
KESEIMBANGAN
DAN
KESEDERHANAAN
SYUMUL
CIRI-CIRI
TAMADUN
IDEAL
DAN
REALISTIK
UNIVERSAL
Rabbani
• Nilai ketuhanan dan keagamaan dalam
tamadun Islam adalah nilai tertinggi sekali.
• Matlamat kehidupan manusia telah
ditetapkan oleh Allah SWT iaitu mengabdikan
diri hanya kepada Allah semata-mata
disamping melakukan tugas-tugas khalifah
dan Al-Quran menjadi sumber asasnya.
Keseimbangan dan kesederhanaan.
• Iaitu keseimbangan dalam segala aspek
kehidupan, rohani dan jasmani,
masyarakat dan individu, dunia dan
akhirat.
• Kesederhanaan pula perlu ada dalam
melaksanakan segala perintah Allah
tetapi tidak pula mempermudahkan
segala urusan.
Universal
• Tidak terikat dengan bangsa, tempat
atau tempoh tertentu, bahkan ia milik
seluruh manusia.
• Tamadun Islam menepati keperluan
segala situasi dan peredaran zaman.
Ideal dan realistik
• Ideal bermaksud meletakkan manusia
di tempat paling tinggi dengan
mengawasi setiap gerak geri manusia.
• Realistik pula bermaksud menabil kira
hakikat yang berlaku iaitu di dunia yang
nyata.
Syumul atau menyeluruh
• Merangkumi akidah, syariah, akhlak,
hubungan dengan Allah, dengan
sesama manusia dan alam.
• Satu seruan keadilan untuk semua
sama ada Islam mahupun bukan Islam,
musuh atau kawan, termasuk hubungan
antarabangsa, ilmu dan ibadah.
DASAR-DASAR TAMADUN ISLAM
MEMELIHARA
NYAWA
MEMELIHARA HAK
DAN
KEBEBASAN
MEMELIHARA
HARTA BENDA
MEMELIHARA
AKAL
DASAR-DASAR
TAMADUN
ISLAM
MEMELIHARA
KETURUNAN
Memelihara nyawa dan hak-hak
untuk hidup
• Tamadun Islam meletakkan nyawa
sebagai dasar yang paling utama.
• Allah SWT telah menggubal
perundangan paling terperinci dalam
jaminan keselamatan terhadap nyawa.
Contohnya dalam ayat Al-Maidah ayat 32
firman Allah SWT yang bermaksud :
“ Bahawa sesiapa yang membunuh
seseorang bukan kerana hukuman
pembunuhan atau kerana membuat
bencana dalam negeri, maka bererti
orang itu telah membunuh manusia
seluruhnya. ”
Memelihara akal fikiran
• Akal adalah anugerah paling sempurna daripada
Allah yang sangat berharga.
• Dengan akal manusia menjadi makhluk Allah yang
paling mulia dan sempurna.
• Oleh itu, Allah SWT telah mewajibkan setiap manusia
menjaga akal fikirannya dengan baik.
• Contohnya dengan menuntut ilmu dan
mengharamkan manusia merosakkan akal fikirannya,
seperti meminum minuman yang memabukkan dan
mengambil dadah.
Firman Allah SWT : “ Wahai orang-orang
yang beriman, sesungguhnya arak, judi,
berhala dan bertilik nasib adalah
perbuatan keji termasuk perbuatan
syaitan. Maka jauhilah perbuatanperbuatan itu agar kamu dapat
memperolehi keuntungan. “
Memelihara keturunan ( maruah )
• Tamadun Islam memelihara kesucian keturunan
manusia.
• Kerana hasil yang baik hanya akan terbina dari benih
yang baik.
• Oleh itu, Allah SWT telah mengharamkan semua
perbuatan yang merosakkan keturunan manusia
seperti zina, homoseksual dan lesbian.
• Firman Allah SWT yang bermaksud : “ Dan janganlah
kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu
adalah satu perbuatan yang keji dan hina serta
seburuk-buruk jalan yang buruk.”
Memelihara harta benda
• Kekayaan dan kemewahan adalah idaman setiap manusia dan
Islam mengiktirafkan keinginan tersebut.
• Oleh itu, tamadun Islam meletakkan pemeliharaan harta benda
sebagai dasar penting di dalamnya.
• Dalam hal ini, Al-Quran menjelaskan, lelaki dan perempuan
yang mencuri wajib dipotong kedua-dua belah tangan sebagai
balasan kesalahannya dan sebagai seksa daripada Allah.
• Abdullah bin Umar berkata : “ Saya telah mendengar Rasullullah
SAW bersabda bahawa sesiapa yang terbunuh kerana
mempertahankan hartanya, maka ia mati syahid.
( Riwayat Bukhari )
Memelihara hak dan kebebasan.
• Maksud kebebasan manusia ialah tiada
pengabdian kepada seseorang atau sesuatu
melainkan hanya kepada Allah SWT.
• Oleh itu, setiap orang mestilah diberikan
kebebasan daripada segala unsur kezaliman
yang merupakan kongkongan kebendaan dan
nafsu yang jahat.
• Setiap manusia perlu diberi kebebasanuntuk
berfikir, kebebasan memberi pandangan,
kebebasan bergerak, bersuara dan lain-lain.
SUMBER-SUMBER
TAMADUN ISLAM
Ziauddin Sardar telah mendefinisikan
tamadun sebagai pelahiran keseluruhan
budaya spiritual dan material.
Ia mengandungi pelbagai aspek iaitu:
Budaya
Organisasi sosial
Politik
Nilai dan norma
Sains dan teknologi
Tamadun Islam akan tetap wujud selagi teras
tamadun tersebut iaitu agama Islam terus
wujud.
Tamadun Islam tidak semata-mata bergantung
kepada tokoh-tokoh tertentu.
Sebagai contohnya:
Tamadun Islam tetap wujud dan berkembang
walaupun pengasasnya Nabi Muhamad Saw telah
wafat.
Sumber dalam Tamadun Islam
Beberapa sumber perlulah digunakan bagi
mendalami lagi pemahaman mengenai
Tamadun Islam.
Ia juga penting bagi mengelakan berlakunya
sebarang ajaran sesat dalam agama.
Bagi tamadun Islam terdapat dua sumber
yang penting iaitu Al-Quran dan Sunnah Nabi.
Al-Quran
Sumber asas yang terpenting dalam
kewujudan Tamadun Islam.
Merupakan ibu segala kitab malah menjadi
petunjuk yang amat berguna bagi manusia.
Mukjizat yang paling istimewa berbanding
mukjizat lain yang diturunkan oleh Allah swt.
Al-Quran telah diturunkan dengan
pengertian serta lafaznya.
Kesahihan Al-Quran tidak terusik sehingga
ke saat ini.
Allah sendiri telah memberi jaminan
bahawa kesahihan Al-Quran akan
terpelihara dan segala usaha untuk
menyelewengannya akan menemui
kegagalan.
Kandungan Al-Quran
Membicarakan mengenai persoalan
ibadat.
Menyeru umat manusia melakukan
kebaikan dan meninggalkan kejahatan.
Menyeru umat manusia membangunkan
isi alam bagi kebaikan bersama.
Menghormati hak orang lain.
Menghormati hak orang bukan muslim.
Contoh Firman Allah swt
‘
wahai manusia sesungguhnya
kami menciptakan kamu dari
seorang lelaki dan perempuan
dan kami jadikan kamu pelbagai
bangsa dan suku-suku supaya
kamu berkenal-kenalan,
sesungguhnya yang paling mulia
antara kamu di sisi Allah ialah
yang lebih bertaqwa’.
Sunnah/Hadis
Merupakan sumber kedua yang
membolehkan pemahaman yang lebih
mendalam mengenai Tamadun Islam.
Dari sudut pandangan Islam sumber ini boleh
diterima sebagai sumber yang benar dan
autoritatif.
Bertindak sebagai penafsir dan pengulas yang
paling sahih.
Sunnah atau haddis yang sahih sahaja
boleh diterima pakai.
Terdapat lima kriteria dalam penerimaan
sunnah atau Haddis iaitu:
Kesinabungan rantaian Sahad
Keadilan para perawi
Kesahihan ingatan para perawi
Keselarasan dan persamaan Hadis
Ketiadaan cacat dalam Hadis
Sumber-sumber lain
Penulisan oleh intelektual yang mampu
memberi penjelasan mengenai
Tamadun Islam juga dianggap sebagai
salah satu sumber.
Antara kitab atau bahan yang mengkaji
mengenai Tamadun Islam ialah Kutub
al-Ansab, Kutub al-Tabaqat, Kutub alAdat dan sebagainya
MATLAMAT TAMADUN ISLAM
HUBUNGAN MANUSIA
DENGAN TUHAN
HUBUNGAN MANUSIA
DENGAN ALAM SEKITAR
HUBUNGAN MANUSIA
DENGAN MANUSIA
HUBUNGAN MANUSIA
DENGAN TUHAN
Berdasarkan
Rukun Iman
Tuhan yang
wajib disembah
Tuhan sebagai pencipta
Aqidah
Syariah
HUBUNGAN MANUSIA
DENGAN MANUSIA
Menjaga
tingkah laku
Menjaga maruah
orang lain
Akhlak
Menghormati
hak orang lain
Sentiasa bersikap mulia
terhadap orang lain
HUBUNGAN MANUSIA
DENGAN ALAM
Mencetuskan nilai spiritual
Terhadap alam
Menjaga alam
Menghormati setiap
benda hidup/alam
KESIMPULAN
• Dalam menghadapi cabaran alaf baru, umat Islam
perlu merancang agenda yang lebih futuristic, iaitu
berdasarkan perkembangan dan pembangunan yang
bakal berlaku dalam alaf baru itu.
• Kritikan yang dilontarkan oleh Imam Al-Ghazali
adalah satu tahap kemodenan berfikir secara islam
yang melihat kejumudan masyarakat untuk berfikir,
secara islam yang dicetuskan oleh islam.
• Masyarakat islam mesti berusaha membina
keseoaduan dan kekuatan dalaman beradasarkan
persamaan agama, tamadun dan budaya.
• Ia adalah salah satu cara untuk meminimunkan
penjajahan barat dalam segala aspek kehidupan
mereka pada hari ini.
Sekian,
terima kasih