1_azam_1_tekad - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Download Report

Transcript 1_azam_1_tekad - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

SELAWAT
Di kesempatan
berada pada
hari Jumaat
yang mulia ini,
saya berpesan
kepada diri
saya dan
kepada sidang
Jumaat
sekalian
marilah samasama kita
meningkatkan
ketakwaan kita
kepada Allah SWT
dengan
bersungguhsungguh
melaksanakan
segala perintahNya dan
meninggalkan
segala laranganNya.
Mudahmudahan kita
memperolehi
keberkatan dan
keredhaan
serta
perlindungan
Allah SWT di
dunia dan di
akhirat.
Bertepatan dengan hari
Jumaat pertama pada tahun
baru ini
marilah bersama-sama kita menanamkan I azam dan
1 tekad kearah kecemerlangan untuk menjadi hamba
Allah SWT yang beriman dengan melakukan amalanamalan yang diperintahkan dan meninggalkan segala
amalan yang diharamkan.
Maka, beruntunglah mereka yang hidup dengan
melakukan keazaman untuk menjadi hamba yang
senantiasa berusaha kearah kebaikan dari semasa ke
semasa bersandarkan kepada hari ini lebih baik dari
semalam.
Oleh itu,
untuk menjadi
orang yang
beruntung, kita
mestilah sentiasa
menjadi yang
terbaik walau
apapun dugaan
dan cabaran yang
mendatang.
Tafsiran terbaik
boleh diukur
sendiri dengan
menilai setiap apa
yang dilakukan.
Bertambahkah
amal atau
semakin
berkurang.
Jika ini berlaku,
maka kita dapat
menilai sendiri
tahap iman yang
dimiliki samada
menaik, menurun
atau mendatar.
Namun untuk
berubah ke arah
yang lebih baik
dan terbaik bukan
hanya dengan
angan angan
semata mata,
tanpa disusuli
dengan tekad dan
keazaman yang
jitu serta usaha
dan semangat
yang waja.
Firman Allah SWT di dalam surah al-ankabut ayat 69:
Percayalah, kebijaksanaan melakukan perubahan dapat
membantu setiap muslim dan umat Islam dalam merancang
masa depan bagi menyusun strategi baru yang bersesuaian
dengan perubahan masa dan mampu mengurangkan
kegagalan.
Harus diingat bahawa perubahan dalam kehidupan
mestilah membebaskan umat Islam dari belenggu
kebekuan yang bercanggah dengan syariat dan bukannya
perubahan yang hanya berdasarkan emosi semata-mata
yang boleh membawa kemusnahan kepada ummah.
Ingatlah bahawa Allah SWT tidak akan merubah sesuatu
kaum tersebut selagi kita tidak melakukan perubahan pada
diri sendiri.
Lantaran itu,
setiap kita yang
memegang
tanggungjawab
sebagai umat
Islam perlulah
meletakkan
tanda aras
prestasi
cemerlang
dengan adanya
1 azam dan 1
tekad di dalam
diri.
Ingatlah kekuatan
umat Islam
bukannya
berdasarkan kepada
bilangannya, akan
tetapi kekuatan
yang sebenar
berlandaskan
kepada semangat
dan keazaman yang
jitu. Apalah gunanya
jumlah yang ramai,
jika mempunyai
minda yang lemah,
kurang jati diri dan
mudah pula
dipengaruhi serta
dimanipulasi oleh
pihak musuh?.
Lihatlah pada sirah
Rasulullah SAW
semasa perang
Mu’tah untuk
menentang bala
tentera Rom yang
berjumlah kira-kira
200 ribu orang,
namun atas semangat
dan jihad bagi
mempertahankan
agama, perjuangan
diteruskan tanpa
merasa takut dan
gerun kerana kita
sebagai umat Islam
senantiasa yakin
bahawa pertolongan
Allah SWT akan
bersama dengan
umat-Nya.
Sebagai individu
muslim kita perlu
meletakkan
indeks
peningkatan jati
diri muslim yang
berkualiti,
berpotensi besar,
profesional,
berdaya tahan dan
sentiasa menuju
ke arah kemajuan
agama dan
ummah.
Inilah masanya,
wahai umat Islam
kita mesti
bersedia dan
mengukuhkan
kekuatan kerana
masa depan pasti
penuh dengan
cabaran dan
dugaan, kerana
selagi bumi ini
masih berputar,
selagi kita masih
bernyawa,
cabaran dan
dugaan pasti akan
datang untuk
menguji kita.
Ingatlah, kejayaan
yang kita kecapi
hari ini belum
tentu dapat
menjamin
kebahagiaan dan
kemenangan
untuk hari esok
jika kita lalai,
lemah dan gagal
mempertahankan
nya. Yakinlah,
hanya yang cekal,
tabah dan
mempunyai
semangat juang
yang tinggi yang
pasti akan
berjaya.
bersempena
dengan hari
Jumaat pertama
tahun baru ini,
mimbar menyeru
sidang Jumaat
dan umat Islam
sekalian marilah
sama-sama kita
melakukan 1
azam dan 1 tekad
dengan
mengubah segala
kebiasaankebiasaan
negatif yang
selama ini
menjadi rutin
kehidupan kita.
Dengan
ketibaan tahun
2014 ini,
marilah kita
sama-sama
berazam untuk
memperkukuh
kualiti
kehidupan,
melalui
budaya
cintakan ilmu
dan
penghayatan
kepada ajaran
agama Islam.
Di samping itu,
berazamlah
untuk
merancang
ekonomi
keluarga
dengan baik,
melalui
kehidupan
yang
sederhana,
sebagaimana
dituntut dalam
ajaran Islam.
Segala puji-pujian hanya bagi Allah
SWT