Pada pagi Hari Raya Iduladha yang penuh keberkatan lagi mulia ini marilah sama-sama kita perbanyakkan rasa syukur dan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT dengan sebenar-benar.
Download ReportTranscript Pada pagi Hari Raya Iduladha yang penuh keberkatan lagi mulia ini marilah sama-sama kita perbanyakkan rasa syukur dan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT dengan sebenar-benar.
Pada pagi Hari Raya Iduladha yang penuh keberkatan lagi mulia ini marilah sama-sama kita perbanyakkan rasa syukur dan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT dengan sebenar-benar taqwa. Ketaqwaan penuh keinsafan, penuh pengorbanan yang bertanggungjawab membawa kita mentaati perintah Allah SWT dan meninggalkan segala laranganNya, mudah-mudahan kita dikasihi Allah, mendapat perlindungan-Nya di dunia dan di akhirat. ، Hari Raya Iduladha atau Hari Raya Haji mempunyai makna yang cukup besar kepada seluruh umat Islam sama ada yang sedang berhimpun di Padang Arafah kerana menunaikan ibadah haji di tanah suci Mekah atau umat Islam yang berada di negara lain seluruh dunia. Menjelang hari mulia ini juga kita sering teringat kepada sejarah Nabi Ibrahim AS menyembelih anaknya Nabi Ismail AS selepas menerima wahyu melalui mimpinya daripada Allah SWT supaya berbuat demikian. Apa yang nyata talbiah ini adalah ikrar yang dilafazkan jemaah haji di seluruh tanah haram Makkah semata-mata untuk bertaqwa kepada Allah SWT, tanda kerinduan kepada Allah yang Maha Esa dan bersiap sedia untuk berkorban dengan melaksanakan segala perintahNya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Kekuatan ibadah haji terletak kepada penghayatan lafaz talbiah ini yang dizahirkan melalui amalan tawaf, Sai’, wuquf, bermalam di Muzdalifah, melontar di Jamrah, bercukur dan ibadah yang lain. Ibadat haji yang dimulakan pada zaman Nabi Ibrahim AS ini diteruskan dan kemudiannya disyariatkan di zaman Nabi Muhammad SAW ، Ibadah haji adalah rukun Islam yang kelima selepas mengucap kalimah syahadah, solat, berpuasa, dan menunaikan zakat. Mereka yang melaksanakan ibadah haji ini hakikatnya menjadi simbol telah sempurna keimanan dan penghayatan melaksanakan perintah Allah. Mereka melafazkan lafaz talbiah sebagai mengisytiharkan dan berikrar sebagai satu pengorbanan yang sejati. Sebab itulah mereka yang menunaikan ibadah haji dan mempertahankan sifat-sifat mahmudah atau sifat yang terpuji yang membawa kebaikan kepada keluarga, jiran, masyarakat dan negara dianggap sebagai telah mendapat haji mabrur. Hakikat pengorbanan sejati ini dengan mengenepikan segala perkara yang dapat melalaikan dari mengingati yang Maha Esa. Cinta kepada dunia datang dengan pelbagai bentuk seperti cintakan kemewahan, kesenangan, keamanan, kesihatan, kedudukan dan pangkat. Lantas dengan perkara ini kita menjadi lalai dan tidak mampu mengorbankan apa jua yang ada pada kita di jalan Allah SWT. Isu menghina Allah SWT menghina Rasulullah SAW menghina ibadah orang Islam menghina Islam dengan menulis ayat-ayat suci pada pakaian, kasut, selipar, beg, jubin rumah, tatu badan dan lain-lain, cercaan terhadap sensitiviti Islam, orang Melayu dan Institusi Raja secara viral disebarkan secara meluas di alam siber. Sebagai umat Islam kita hendaklah sentiasa berhati-hati dan berwaspada terhadap segala ancaman yang boleh membawa kepada kesesatan akidah dan kecelaruan pemikiran serta kelemahan umat Islam. selari dengan tujuan agama Islam itu disyariatkan iaitu untuk memelihara kesucian ajaran Islam dan menyelamatkan umatnya daripada terpesong dan terpengaruh dengan ajaran atau akidah yang menyalahi syariat Islamiah. Sesungguhnya akidah yang benar di sisi Allah ialah akidah yang didasari dengan keyakinan dan keimanan yang mantap terhadap keesaan dan keagungan Allah SWT. Ingatlah,musuh Islam sentiasa bersatu demi kepentingan dan kejayaan agenda mereka. Namun, bagaimana pula dengan umat Islam apabila agama dan bangsa kita sedang diserang dan dijajah pemikiran? Adakah kita semakin bersatu atau semakin berpecah? Adakah kita sanggup menggadaikan agama Islam hanya kerana kepentingan peribadi kita?. TAKBIR SURAH ALI IMRAN: 102 Di situlah sebenarnya gambaran nilai jati diri, integriti atau keikhlasan kita melaksanakan ibadah korban atau lain-lain ibadah sama ada ibadah wajib atau sunat. daging korban sunat diagihkan kepada yang berhak menerimanya dalam bentuk daging mentah. Hukum sunat agihan daging korban ini berbeza dengan hukum sunat agihan daging aqiqah iaitu dalam bentuk daging masakan. Selain daripada itu janganlah ada yang melaksanakan ibadah ini mengambil kesempatan menggabungkannya dengan pelbagai niat. Pada hari ini marilah kita memperbanyakkan ucapan salawat dan salam ke atas baginda nabi Muhammad SAW kerana telah menyampaikan Islam kepada kita melalui berbagai bentuk pengorbanan dan jihad Tanda kasih kita kepada baginda hendaklah dirakamkan dalam bentuk ucapan salawat dan salam