ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

Download Report

Transcript ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

ISLAM DALAM
TAMADUN MELAYU
Pengenalan



Tamadun Melayu adalah satu konsep yang
kompleks dan tidak boleh disamakan
dengan konsep2 lain seperti ras,
kebudayaan dan bahasa.
Tamadun Melayu mengalami proses
perkembangan yang lama
Agama Islam sebagai asas tamadun
Melayu dan membentuk tamadun Melayu
Islam yang cemerlang
Apa Tamadun Melayu ?


Tamadun Melayu merujuk sebuah tamadun yang
dibentuk oleh sekelompok manusia yang
digolongkan sebagai kumpulan orang Melayu di
suatu wilayah di Asia Tenggara.( Gugusan
Kepulauan Melayu, Kepulauan MelayuIndonesia, Nusantara, Alam Melayu dan Tanah
Jawi )
2 perkara yang mewarnai tamadun wilayah ini
ialah bahasa Melayu dan agama Islam
Istilah Melayu

Merujuk 3 perkara yang berbeza iaitu:
- Ras : satu kumpulan genetik yang
mempunyai ciri-ciri fizikal yang sama
- Kebudayaan : ilmu pengetahuan
sesuatu kumpulan manusia yang diwarisi
dan diturunkan dari satu generasi ke
generasi lain

Bahasa : bangsa Melayu yang
menggunakan bahasa Melayu yang
tergolong dalam keluarga bahasa MelayuIndonesia yang mengelompokkan
bersama-samanya sub-keluarga bahasa
Jawa, Sunda, madura ,Aceh,, Minagkabau,
Sasak, Melanau, Iban,Bajau, Murut, Bugis,
Sulu dsb.
Pusat Kerajaan dan Tamadun
Melayu

Kerajaan Pra-Islam di Alam Melayu ada 2
bentuk:
1.Agraria – menjadikan pertanian sebagai
tulang belakang ekonomi negara.
Contoh – Empayar Funan, Kerajaan
Angkor, Kerajaan Majapahit.
2. Maritim – menjadikan kegiatan
perdagangan laut sebagai tulang belakang
ekonomi negara.
Kerajaan ini memiliki sebuah atau
beberapa buah pelabuhan entrepot yang
menguasai laluan perdagangan
laut.Pelabuhan memainkan peranan
penting sebagai pusat pesinggahan
pedagang serta pengumpulan dan
penyebaran barangan dari Barat ke Timur
dan sebaliknya.


Pelabuhan ini juga menjadi pintu masuk
kepada pengaruh asing dan mealhirkan
interaksi antara tamadun.
Kerajaan Serivijaya adalah kerajaan
maritim Melayu yang terpenting dan
mendominasi seluruh pesisir laut utara
dan barat Sumatera, Semenanjung Tanah
Melayu, Jawa Barat, Perairan Selat Melaka
dan Sunda.

Kerajaan dan pelabuhan Maritim yang lain
seperti Oc Eo di Funan, Ligor dan Singora
di Langkasuka, Lembah Bujang di Kedah,
Kuala Selinsing di Perak, Surabaya dan
Tuban di Jawa Timur dan lain-lain.
Kemunculan Pusat Tamadun
Melayu pada zaman Islam

Teori Kedatangan Islam
Berlaku perbezaan pendapat tentang
tarikh, punca kedatangan dan kawasan
yang menerima Islam
Teori Pertama



Dikemukakan oleh John Crawford,
Niemann dan de Hollander dan
Prof.SyedNaguid Al-Attas
Islam dibawa terus dari Semenanjung
Tanah Arab pada kurun ke 7
Asas pendapat – wujud kegiatan
hubungan perdagangan orang Arab
dengan Alam Melayu sejak zaman
sebelum munchul Islam di S.Tanah Arab


Teori ini diperkukuhkan lagi dengan
terdapatnya beberapa buah
perkampungan atau koloni orang Islam
berketurunan Arab di kawasan pantai
timur dan barat Sumatera seperti tercatat
dalm dokumen kerajaan China.
Punca – kandungan persuratan Melayu
Islam dengan konsep dan istilah dan
sistem tulisan jawi yang digunakan.
Teori Kedua



Dikemukakan oleh Emanuel Godinho de
Eradia.
Islam dibawa dari China melalui Canton
dan Hainan pada kurun ke 9.
Hujah – penemuan batu bersurat di
Campa bertarikh 1039, di Brunei bertarikh
1048, di Laren, Jawa bertarikh 1082 dan
di Terengganu 1303.


Tercatat adanya masyarakat Islam dan
arah kedatangan Islam ke rantau ini
melalui China.
Bukti lain – wujud hubungan perdagangan
antara Tanah Arab dengan Negara China
yang membawa kemasukan agama Islam
ke China dan seterusnya ke Alam Melayu.
Teori Ketiga




Dikemukakan oleh Pijnappel
Disokong oleh Snouck hurgronje dan
J.P.Moquette.
Islam datang dari India melalui Gujerat.
Hujah – wujudnya persamaan batu nisan
yang ditemui di Pasai iaitu batu nisan
Sultan Malik Al-Saleh bertarikh 1297 dan
batu nisan Maulana Malik Ibrahim di
gerisik Jawa dengan yang di Gujerat,India.



Wujud hubungan perdagangan dengan
India sejak zaman pra-Islam
Pedagang India yang telah memeluk Islam
datang berdagang ke Asia Tenggara
dengan membawa dan menyebarkan
Islam.
RUMUSAN
Ketiga-tiga teori membuktikan Agama
Islam dibawa masuk ke rantau Asia
Tenggara dan membina interaksi antara
tamadun
Sila buat rujukan untuk menambah
kefahaman anda…………
Terima kasih