Document 7457219

Download Report

Transcript Document 7457219

Islam dan Melayu dalam
Perlembagaan Malaysia
ZULKIFLI HASAN
Isi Kandungan







Latarbelakang
Pendahuluan
Hak Keistimewaan Raja Melayu
Hak Keistimewaan Melayu
Kedudukan Bahasa Melayu
Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan
Rumusan
Latarbelakang









Isu Kalimah Allah.
Isu bidangkuasa mahkamah Syariah
Isu bidangkuasa mengenai Kewangan Islam
Isu kebebasan beragama
Isu peruntukan menegakkan syiar Islam
Isu Murtad
Isu Hak Keistimewaan Melayu
Isu Memakai serban dan purdah
Isu menteri besar Perak
Pendahuluan








Lord William Reid –Britain, a politician, legislator and
member of the judiciary, a member of Parliament, an Appeal
Court judge and the Solicitor-General of Scotland.
Sir Ivor Jennings – Britain, a fellow undergraduate at
Cambridge of Tunku, a former King’s Counsel and
Cambridge University vice-chancellor.
Sir William McKell – Australia, the former Governor-General
of Australia. A minister in several cabinets, once a justice
minister.
Hakim B. Malik – India a former chief justice of the
Allahabad High Court in India.
Hakim Abdul Hamid - Pakistan 54, high court judge, Drafted
Pakistan’s constitution.
118 Mesyuarat. Dari Feb 1956 hingga 15 August 1957
15 Bab, 183 Perkara dan 13 Jadual
British Document on the End of Empire: Malaya
Perlembagaan Persekutuan
















1. Negeri-negeri agama dan undang-undang persekutuan.
2. Kebebasan asasi.
3. Kewarganegaraan.
4. Persekutuan.
5. Negeri-negeri.
6. Perhubungan antara persekutuan dan negeri-negeri.
7. Peruntukan dan kewangan.
8. Pilihanraya
9. Kehakiman.
10. Perkhidmatan awam.
11. Kuasa-kuasa khas menentang kuasa subversif dan darurat.
12. Am dan pelbagai.
13. Peruntukan sementara.
14. Perkecualian bagi kedaulatan raja-raja dan sebagainya.
15. Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja.
15 bahagian, 183 perkara dan 13 jadual
Pindaan Perlembagaan




2/3 dan MRR: Hak istimewa melayu, hak
kedaulatan Sultan, Hal Ehwal Islam dan
kedudukan bahasa melayu, kewarganegaraan,
persempadanan p/raya
2/3 dan YDP Sabah S’wak: Kebebasan bahasa,
royalti, kuasa imigresen, kewarganegaraan,
2/3 sahaja: Bentuk sumpah dan ikrar, syarat
perlantikan senator, tanah rizab melayu
Sehingga kini 42 pindaan tlh dibuat
Kedudukan Raja Melayu Dalam Perlembagaan





Perkara 71: hak seseorang raja untuk mewarisi, memegang,
menikmati dan menjalankan hak-hak keistimewaan di sisi
Perlembagaan bagi seseorang raja dalam negeri itu.
Perkara 159(5) Institusi kesultanan dilindungi dengan cara
bahawa tiada pindaan boleh dibuat terhadap peruntukan
berhubung dengan Majlis Raja-Raja, susunan keutamaan dan
hak-hak mereka untuk warisan sebagai raja negeri masingmasing tanpa persetujuan MRR.
Perkara 38(4) Tiada undang-undang yang secara langsung
menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau
kebesaran boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis RajaRaja.
Raja-raja Melayu dan YDPA hendaklah orang Melayu dan
Islam.
Perkara 18 (1) Immunity raja. YDPA tidak boleh didakwa.
Peruntukan imuniti raja secara mutlak telah dipinda pada
1992. Raja boleh didakwa tetapi perbicaraan ke atasnya hanya
boleh dijalankan dalam Mahkamah Khas Perkara 182 dan 183.
MELAYU?


UNESCO 1972: suku bangsa Melayu di Semenanjung
Malaysia, Singapura , Indonesia, Thailand dan Filipina.
Perkara 160 (2): ”Melayu” ialah seseorang yang memenuhi
tiga syarat asas; (i) menganuti agama Islam, (ii) secara
lazim bercakap Melayu, dan (iii) menurut adat istiadat
Melayu. Seseorang yang mendakwa dirinya Melayu
hendaklah membuktikan juga bahawa dia lahir sama ada
di Persekutuan atau di Singapura sebelum hari Merdeka
atau dapat membuktikan bahawa dia adalah anak kepada
ibu atau bapanya yang lahir di Persekutuan atau di
Singapura sebelum Merdeka.
HAK KEISTIMEWAAN MELAYU



Perkara 153 (I): Perezaban quota mengenai perkhidmatan,
permit dan sebagainya untuk orang Melayu.
(1) Tanggungjawab YDPA memelihara kedudukan istimewa
orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri Borneo dan
kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain
(2) YDPA hendaklah memelihara kedudukan istimewa orang
Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri Borneo dan juga
untuk menentukan perezapan bagi orang Melayu dan
bumiputera mana-mana negeri-negeri Sabah dan Sarawak suatu
kadar yang difikirkan patut oleh YDPA mengenai jawatan
dalam perkhidmatan awam (lain daripada perkhidmatan awam
sesuatu negeri) dan mengenai biasiswa, bantuan dan lain-lain
keistimewaan pelajaran atau latihan yang seumpamanya atau
lain-lain kemudahan khas yang diberi atau diadakan oleh
Kerajaan Persekutuan dan suatu kadar yang difikirkan patut
oleh YDPA mengenai permit atau lesen bagi menjalankan apaapa trade atau perniagaan, dan perezapan permit dan lesen itu
adalah tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan
Perkara ini.
1. Perkhidmatan Awam
Angkatan bersenjata, kehakiman, pendidikan,
polis, perkhidmatan awam persekutuan dan
negeri.
 Menentukan rezab bilangan jawatan
 Diimbangi dengan tidak boleh melucut jawatan
sedia ada.
 Jawatan2 kanan kepada melayu
 Kemasukan orang Melayu dalam Rejimen Askar
Melayu dengan pengecualian orang bukan
Melayu sebagaimana dikuatkuasakan oleh
Perkara 8(5)(f)

2. Ekonomi
 Memberi
kuasa untuk membuat
peraturan perezaban pada permit, lesen
dsbnya.
 Permit
 Lesen Perdagangan
 Rezab permit dan lesen
 DEB
3. Pendidikan
 Biasiswa
 Dana
siswa
 Bantuan latihan dan pelajaran
 MRSM
 Matrikulasi
 SBP
 MCKK
 UiTm
 Kuota Universiti
4. Tanah Rizab Melayu



Perkara 89 dan 90: Tanah rizab Melayu juga
dianggap sebahagian daripada istimewa orang
Melayu.
Tidak boleh dipindahmilik melainkan kepada
orang Melayu
Jika kerajaan mengambil hakmilik perlu diganti
dengan tanah yg lain.
BAHASA MELAYU







Isu bahasa merupakan salah satu perkara yang dibincangkan
semasa perundingan perlembagaan dan proses
pembentukannya. MCA dan MIC bersetuju bahasa melayu
bahasa kebangsaan dengan syarat bahasa ibunda mereka
dikekalkan dan dipelihara.
Perkara 152:
(1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah
dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh
Parlimen:
Dengan syarat bahawa(a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada
menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada
mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain; dan
(b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak
Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri
untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian
bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan.
Bahasa kebangsaan memenuhi keperluan menyatupadukan
pelbagai kaum
KEDUDUKAN ISLAM

Perkara 3(1): ”Agama Islam ialah bagi seluruh
persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh
diamalkan dengan aman dan damai di manamana bahagian Persekutuan”


Tun Salleh Abbas: Melayu dan Islam adalah dua
unsur yang bercantum dan tidak boleh dipisahkan
untuk tujuan undang-undang dan perlembagaan.
Perkara 153: Tanggungjawab YDPA melindungi
Melayu dan Islam.
Samb..





Perkara 3 (1): “tetapi agama lain boleh diamalkan dengan
aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan“.
Setiap kumpulan agama mempunyai hak:
a) Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri
b) Menubuh dan menyelenggara institusi-institusi
bagi maksud-maksud agama atau khairat, dan
c) Memperoleh dan memiliki harta benda serta
memegang dan mentadbirkannya mengikut undangundang
Hak Kebebasan Beragama


Perkara 11 Perlembagaan memperuntukan "Tiaptiap orang adalah berhak menganuti dan
mengamalkan ugamanya." Dari peruntukan ini
jelaslah orang-orang Islam berhak menganuti dan
mengamalkan ugamanya, iaitu Islam sebagai cara
hidup mereka.
Fasal (4) menyebutkan undang-undang boleh
dibuat untuk mengawal atau menyekat
pengembangan apa-apa iktidad atau kepercayaan
ugama antara orang-orang yang menganuti ugama
Islam.
Peruntukan kewangan untuk tujuan Islam


Perkara 12(2): Berikutan dengan Islam diterima sebagai
agama bagi persekutuan, maka kerajaan Persekutuan dan
negeri mempunyai kebebasan, kuasa dan keistimewaan
untuk menubuhkan atau menyelenggara atau membantu
penubuhan atau penyelenggaraan institusi Islam atau
mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran
dalam agama Islam dan untuk mengeluarkan perbelanjaan
yang diperlukan untuk tujuan itu.
Kerajaan persekutuan dan negeri melalui akta dan enakmen
perbekalan tahunan, diberi kuasa untuk membelanjakan
wang untuk pentadbiran agama Islam dan undangundangnya.
Pengecualian kpd Undang2 Darurat


Perkara 150(6A) melindungi hal-hal berhubung
dengan Islam, walaupun di dalam keadaan
darurat.
Perisytiharan darurat mempunyai kesan
menggantung sebahagian besar peruntukanperuntukan perlembagaan.
Mahkamah Syariah




Perkara 75: Ditubuhkan Mahkamah Syariah
Perkara 121 (1A) Mahkamah sivil tidaklah boleh
mempunyai bidang kuasa dengan apa-apa
perkara dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Jadual Ke 9, Senarai 2-Senarai negeri,
Akta Mahkamah Syariah 1965: denda RM5K
atau penjara 3 thn atau 6 sebatan atau kombinasi
mana-mana hukuman.
Larangan Menyentuh isu sensitif
Perkara 10 (1): Kebebasan bersuara,
berhimpun dan berpesatuan
 Perkara 10 (4): Batasan hak kebebasan
bersuara daripada menyentuh kedudukan
Raja-Raja, Islam, orang Melayu,
kewarganegaraan dan seumpamanya

Maksud “Islam sebagai agama
Persekutuan”



Suruhanjaya Reid telah menolak cadangan
memasukkan peruntukan mengenai Islam.
Hakim Abdul Hamid Pakistan: Berpendapat
bahawa perisytiharan seperti itu perlu
dimasukkan seperti yang dicadangkan oleh
Perikatan. Dalam cadangan beliau mengesyorkan
peruntukan Islam agama persekutuan.
Beliau jugalah yg mendesak Lord Reid untuk
memasukkan kuasa sultan untuk melantik PM
dan MB
Makna sempit Islam


Dalam kes Che Omar bin Che Soh lwn Pendakwa Raya [1988] 2 MLJ
55 hujjah yang dibuat bagi pihak perayu-perayu ialah hukum mati
mandatori bagi kesalahan mengedar dadah berbahaya dan
memilik senjata api adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan
oleh kerana itu terbatal.
Ketua Hakim Negara telah berkata tidak syak Islam bukan hanya
kumpulan kepercayaan dan upacara agama sahaja bahkan adalah
cara hidup itu yang lengkap termasuk semua bidang amalan
manusia, sama ada peribadi atau umum, mengenai perundangan,
politik, ekonomi, sosial, kebudayaan, moral atau kehakiman, dan
cara mengatur semua cara hidup termasuk hukum-hukum dan
akhlak semuanya berpandu kepada wahyu dari Allah yang
terdapat dalam AI-Quran dan hadith Nabi s.a.w. akan tetapi
makna Islam yang dimaksud oleh pengubal Perlembagaan ialah
ritual and ceremonies
Samb…




Teoh Eng Huat lwn Kadhi Pasir Mas [1990] 2 MLJ 301 soalnya
sama ada seorang gadis Cina umur 17 tahun 8 bulan berhak
memeluk agama Islam tanpa pengetahuan dan persetujuan
bapanya. Di Mahkamah Tinggi telah diputuskan oleh kerana
gadis Cina itu telah memeluk agama Islam dengan sukarelanya
dan tidak dipaksa oleh sesiapa dia berhak memeluk agama
Islam mengikut Perkara 11(1) Perlembagaan Malaysia yang
memperuntukkan.
Mahkamah Agong, merujuk kepada Perkara 12(3) dan (4)
Perlembagaan yang memperuntukkan:
(3) Tiada sesiapa pun boleh diwajibkan menerima ajaran-ajaran
mengenai apa-apa ugama atau mengambil bahagian dalam apaapa upacara atau sembahyang sesuatu ugama yang lain
daripada ugamanya sendiri.
(4) Bagi maksud fasal (3) ugama bagi seseorang yang berumur
kurang daripada lapan belas tahun adalah ditetapkan oleh
ibubapa atau penjaganya.
Samb…




Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri lwn Jamaludin [ 19891 ]1
MLJ418
Jamaludin asalnya melayu dan Islam telah memeluk agama
Christian dan telah cuba dan berjaya memasukkan 6 Melayu
ke agama Christian. Dia telah ditahan dibawah ISA, dan telah
merayu kepada Mahkamah.
Mahkamah Tinggi telah memutuskan alasan untuk
pertahanan itu tidak sah kerana kebebasan agama orang itu
telah diganggu. Rayuan kepada Mahkamah menegaskan hak
orang itu menganuti dan mengamalkan agamanya.
Komen: Hakim tidak sentuh sama ada orang itu berhak
menyebarkan agamanya pada orang-orang Islam. Mengikut
kes India Rev. Stanislaus v State of Madhya Pradesh AIR 1977
S.C. 908 telah menyebut hak menyebarkan agama tidak
termasuk memasukkan orang lain kepada agama orang itu
kerana jika seseorang sengaja berusaha memasukkan orang
lain kepada agamanya, dan bukan hanya berusaha
menyampaikan atau menyebarkan ajaran agama itu, ini akan
menjejas hak kebebasan kepercayaan orang itu.
Samb…


Halimatussaadiah lwn Public Service Commission,
Malaysia & Anor [1992] 1 MLJ 513 HC dan
[1994] 2 MLJ 61 SC: seorang wanita telah
dibuang kerja kerana enggan menanggalkan
purdah dan ini dianggap melawan perintah yang
dikeluarkan melalui sebuah pekeliling
perkhidmatan.
Tun Mohamed Dzaiddin dan Tun Mohd Eusoff
Chin : Mahkamah memutuskan Hak kebebasan
beragama tidak mutlak.
Samb…





Meor Atiqulrahman bin Ishak & Ors v Fatimah bte Sihi &
Ors [2000] 5 MLJ 375. Melibatkan tindakan buang sekolah
ke atas beberapa orang murid lelaki yang memakai serban.
Dato' Mohd Noor Abdullah Mahkamah Tinggi: kedudukan
Islam sepatutnya menjadi panduan kepada peraturan
mengenai pakaian seragam bagi murid-murid sekolah.
Mahkamah Rayuan Dato Gopal Sri Ram
Mahkamah Persekutuan: mendengar leteran yang
menghina pemakaian serban terutama apabila Dato Abdul
Hamid menyebut bahawa Abu Jahal juga memakai serban
Ulasan: Meor Atiqulrahman ini peruntukan Perlembagaan
dilanggar oleh sebuah pekeliling sekolah; bukan akta
parlimen atau undang-undang kecil yang dibuat oleh
seorang menteri kabinet.
Makna Lebih Luas





Professor Ahmad Ibrahim: Menerima perlembagaan Malaysia
itu secara positif berusaha melaksanakannya supaya
menegakkan prinsip-prinsip kerajaan lslam.
Orang-orang Islam seharusnya mendakwa bahawa mereka
berhak di bawah Perkara 3(1) mengikut cara hidup mereka
berasaskan kepada ajaran-ajaran Islam.
1. Perkara 37 dan jadual ke 4 Kedudukan istimewa Islam boleh
dilihat dari bentuk sumpah jawatan bagi Yang di Pertuan
Agong.
2. Perkara 11, Fasal (4) mernperuntukkan "Undang-Undang
Negeri, boleh mengawal dan menyekat pengembangan apaapa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang
menganuti ugama Islam".
3. Perkara 12 Fasal (2) pula memperuntukan bahawa adalah sah
bagi Persekutuan dan sesuatu negeri menubuhkan atau
menyenggara institusi-institusi Islam dan mengadakan atau
membantu dalam mengadakan ajaran Islam dan melakukan
apa-apa perbelanjaan yang diperlukan bagi maksud itu.
Samb…




4. BM dijadikan Bahasa Kebangsaan dan takrif "Melayu"
diberi erti seorang yang menganuti ugama Islam, lazim
bercakap Bahasa Melayu, dan menurut adat istiadat Melayu.
5. Raja-raja Melayu bagi negeri-negeri hendaklah orang
Melayu dan Islam.
6. Membaca Perkara 4 keseluruhannya dan dengan cara yang
praktikal. "Perlembagaan ini adalah undang-undang utama
Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan
selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan
Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan
itu.
Perkara 4(1) itu menyentuh tentang undang-undang bertulis
sahaja, iaitu undang-undang yang diluluskan oleh Badan
Perundangan. Namun demikian ia hanya menyentuh undangundang yang diluluskan selepas Hari Merdeka. Dalam
konteks Malaysia boleh dihujjahkan bahawa Perlembagaan
Persekutuan tidak boleh menyentuh kesahan Hukum Syarak,
yang bukan undang-undang bertulis dan bukan diluluskan
selepas Hari Merdeka
Rumusan





Segala fakta yang diberikan adalah berdasarkan
kerangka perlembagaan sedia ada.
Melayu dan Islam punya status yang istimewa
dalam perlembagaan
Kedudukan istimewa ini terutamanya “Islam”
patut dipertahankan atau terpulanglah kepada
generasi akan datang untuk meminda atau
mengubahnya.
Perlembagaan menjamin hak kebebasan beragama
dengan beberapa limitasi.
Kefahaman mengenai perlembagaan sedikit
sebanyak dapat menyumbang kepada
perbincangan atau perbahasan secara lebih tepat
dan bernas mengenai Islam dan melayu dalam
konteks Malaysia
Zulkifli Hasan
E-mail: [email protected]
[email protected]
Blog: http://zulkiflihasan.wordpress.com
Tel: +44 (0) 7761457686