Sejarah OLAHRAGA - LAMAN PJK DAN SUKAN LATIPTRO

Download Report

Transcript Sejarah OLAHRAGA - LAMAN PJK DAN SUKAN LATIPTRO

OLAHRAGA
(Sejarah Perkembangannya)
Disediakan oleh:
ABDUL LATIF BIN AHMAD
IPG Kampus Tun Hussein Onn
Batu Pahat, Johor
SEJARAH OLAHRAGA
Olahraga adalah acara pertandingan
berbentuk aktiviti fizikal berasaskan
pergerakan-pergerakan semula jadi
seperti larian, lompatan danbalingan.
Pada zaman klasik olimpik kuno, acara
olahraga agak keras, lebih mencabar
dan tidak tersusun. Lama kelamaan ia
menjadi teratur sehinggalah pada tahun
1896 apabila bermulanya Sukan Olimpik
Moden pertama di Athens dan diikuti
dengan tertubuhnya Pertubuhan
Olahraga Amatur Antarabangsa atau
IAAF pada tahun 1912. Setelah itu,
sukan olahraga telah diubahsuai dan
diperkembangkan secara lebih
sistematik sehingga kini.
Asal Usul Perkembangan Olahraga
Acara sukan pertama yang diadakan di
olimpik (776 SM). Semasa era klasik
Eropah, terdapat beberapa pertandingan
sukan yang telah diklasifikasikan dalam
sukan olahraga seperti berikut:• Sukan Panhellenic
- SukanPythian (diasaskan pada 527 SM)
di Delphi yang diadakan setiap 4 tahun
- Sukan Nemean (diasaskan pada 516
SM) di Argolid yang diadakan setiap 2
tahun
- Sukan Isthmian (diasaskan pada 523
SM) di CorinthIsthmus setiap 2 tahun
• Sukan Rom - acara olahraga khusus kpd
lumba kaki, melontar, lumba kuda, bergusti
dan pertempuran gladiator.
Perkembangan Olahraga Diperingkat Antarabangsa
a. Menjelang abad ke-19 barulah timbul
ura-ura untuk menghidupkan semula
Sukan Olimpik yang sekian lama
berkubur
b. Dalam pada itu terdapat pula usaha
negara-negara lain selain daripada
Greek yang mula menunjukkan minat
untuk menghidupkan semula sukan
olahraga. Di England umpamanya,
olahraga berjaya dihidupkan kembali
oleh Royal Military College menerusi
temasya sukan yang diadakan pada
tahun 1812. Perjumpaan sukan itu
dianggap sebagai yang pertama
diadakan selepas berkuburnya Sukan
Olimpik Kuno
Perkembangan Olahraga Diperingkat Antarabangsa
c. Perkembangan seterusnya ialah ke
negara-negara Eropah yang lain,
selain Kepulauan Inggeris.
Selanjutnya, olahraga juga turut
diperkenalkan ke beberapa negara
dunia lain.
d. Sementara itu di negara-negara lain
turut diadakan perjumpaan olahraga
yang turut disertai oleh pesertapeserta luar negara. Malah menerusi
persatuan-persatuan olahraga
masing-masing, mereka menjadikan
perjumpaan olahraga sebagai
perjumpaan tahunan yang diadakan
dengan meriah dan menggalakkan
Perkembangan Olahraga Diperingkat Antarabangsa
e. Australia dan New Zealand juga berjaya
melahirkan ahli-ahli olahraga yang mampu
menandingi peserta dari negara-negara Eropah
dan Amerika Syarikat. Ahli-ahli olahraga dari
Asia, Afrika dan Amerika Selatan ketika itu
masih belum mampu menggugat atau
menandingi peserta-peserta tersebut,
walaupun sukan olahraga sudah diperkenalkan
ke negara-negara tersebut. Hanya selepas
tahun 1960-an barulah muncul peserta-peserta
dari tiga kawasan dunia ini yang mampu
menandingi dan memberikan saingan. Namun
begitu prestasi yang ditunjukkan masih belum
mampu menggugat penguasaan ahli-ahli
olahraga dari ketiga-tiga rantau ini. Afrika,
Amerika Selatan dan Asia kini telah
menunjukkan prestasi yang baik dan memenangi
beberapa acara sejak kebelakangan ini.
Perkembangan Olahraga di Malaysia
a. Negara kita juga tidak ketinggalan
menubuhkan persatuan olahraga sendiri
sejak tahun 1906 di Ipoh. Kejohanan
olahraga yang pertama (Ipoh Athletic
Sports) diadakan di negara kita adalah di
antara tahun 1906 hingga 1913 oleh kelabkelab orang Eropah di Negeri-Negeri
Melayu Bersekutu.
b. Kesatuan Olahraga Amatur Persekutuan
Malaya (FMAAU) ditubuhkan pada 1952).
c. Kejohanan Olahraga Kebangsaan yang
pertama berlangsung di Seremban pd tahun
1960 (Rekod kebangsaan pertama).
d. Dengan pembentukan Malaysia FMAAU
telah ditukar kepada Kesatuan Olahraga
Amatur Malaysia (MAAU).
Perkembangan Olahraga di Malaysia
e. Negara kita mula mengambil bahagian dalam
sukan olimpik pada tahun 1956, iaitu ketika
sukan Olimpik Melbourne,Australia. Dalam
penyertaan kali pertama ini, Malaysia telah
menyertai acara hoki, olahraga, renang dan
angkat berat. Sejak itu, negara kita tidak
pernah gagal mengambil bahagian,kecuali
pada tahun 1980 sebagai menyokong
pemulauan di-sebabkan pencerobohan tuan
rumah Rusia ke atas Afghanistan ketika itu.
f. Sepanjang penyertaan negara kita dalam
sukan terbesar di dunia ini, cuma satu
pingat gangsa yang mampu dimenangi, iaitu
menerusi acara badminton dalam Sukan
Olimpik 1992 yang pertama kali
memasukkan badminton sebagai salah satu
acara. Dalam acara atau sukan lain, kita
masih belum memenangi sebarang pingat.
SEKIAN,
TERIMA KASIH