Kop - mahasitua

Download Report

Transcript Kop - mahasitua

Pembelajaran Koperatif
Definisi Pembelajaran Koperatif
• Pembelajaran koperatif didefinisikan sebagai mana-mana situasi
belajar dalam bilik darjah, di mana pelajar daripada pelbagai aras
pencapaian bekerja bersama-sama dalam kumpulan yang berstruktur
untuk mencapai matlamat yang dikongsi bersama.
• Pembelajaran koperatif ialah pengajaran yang menggunakan
kumpulan kecil di mana pelajar bekerja bersama-sama untuk
memaksimumkan pembelajaran masing-masing dan pembelajaran
sesama mereka.
• Pembelajaran koperatif memerlukan pelajar bekerja bersama-sama
mencapai matlamat yang tidak boleh dicapai secara individu.
• Dalam 10 tahun kebelakangan ini, PK merupakan
pendekatan utama dalam pengajaran di bilik darjah.
• Kajian yang luas & menyeluruh menunjukkan pelajar
dalam kump. koperatif mencapai skor tinggi dlm. ujian,
mempunyai estim kendiri yang tinggi, berkemahiran
sosial yang positif, kurang berpandangan ‘stereotype’
terhadap bangsa dan etnik lain, dan lebih memahami isi
kandungan serta kemahiran yang mereka pelajari.
(Johnson, Johnson & Houlbec, 1993; Slavin, 1991;
Stahl & VanSickel, 1992)
Kerja berkumpulan & Pembelajaran koperatif
• Bekerja dalam kumpulan tidak semestinya belajar
secara koperatif.
• Pembelajaran koperatif menekankan kepentingan
mencapai kejayaan bagi setiap ahli kumpulan dalam
pembelajaran akademik.
• Kumpulan pembelajaran koperatif mempunyai
beberapa elemen yang mesti dipenuhi sebelum
boleh dipanggil kumpulan koperatif.
Elemen dalam Pemb. Kop.
• Objektif jelas dan spesifik. Kenyataan tentang
hasil pembelajaran mestilah jelas supaya pelajar
boleh buat sendiri, walaupun selepas kerja
berkumpulan itu selesai.
• Pelajar anggap objektif sebagai objektif mereka
sendiri. Mereka faham dan setuju setiap ahli
mestilah dapat menguasai maklumat atau
kemahiran yang telah ditentukan oleh guru.
Elemen dalam Pemb. Kop.
• Arahan jelas. Sebelum memulakan kerja, guru
hendaklah memberi arahan yang jelas dan tepat,
tentang apakah pelajar perlu buat; dengan apa pelajar
membuatnya; cara mana menunjukkan penguasaannya
terhadap isi pelajaran atau kemahiran.
• Kumpulan heterogenous. Guru menentukan ahli
kumpulan yang bercampur-campur – dari segi
kebolehan akademik, etnik; bangsa; dan jantina. Pelajar
tidak dibenarkan memilih ahli berasaskan persahabatan
dll.
Elemen dalam Pemb. Kop.
• Peluang sama untuk berjaya. Setiap pelajar mendapat
peluang yang sama banyak untuk belajar dengan baik
walaupun ditempatkan dalam mana-mana kumpulan
lain.
• Saling kebergantungan positif. Pembelajaran distruktur
supaya pelajar percaya mereka memerlukan antara satu
sama lain – kejayaan atau kegagalan dialami bersama.
• Interaksi bersemuka. Pelajar disusun supaya dapat
memandang muka rakan kumpulan dan boleh
berbincang menggunakan ‘suara 12 inci’.
Elemen dalam Pemb. Kop.
• Tingkah laku & sikap sosial yang positif. Pelajar
belajar menggunakan kemahiran sosial seperti
kebolehan memimpin, dirinya boleh dipercayai, boleh
mengurus konflik, boleh memberi dan menerima
kritikan membina, memberi galakkan, bertolak ansur
dll.
• Akses kepada maklumat penting. Guru hendaklah
menstruktur tugasan supaya pelajar diberi akses
kepada maklumat tertentu dan memahami maklumat
tersebut (yang selaras dengan kenyataan objektif
pembelajaran).
Elemen dalam Pemb. Kop.
• Peluang melengkapkan tugas memproses maklumat.
Untuk berjaya, setiap pelajar mestilah diberi peluang
untuk melengkapkan beberapa pemprosesan maklumat
dalaman yang selaras dengan objektif seperti
memahami, menterjemah, mengaitkan, memberi makna,
mengkategori dan menilai kesesuaian maklumat yang
dibaca.
• Cukup masa diberi untuk belajar. Setiap pelajar
hendaklah diberi masa uang cukup untuk mempelajari
maklumat atau kemahiran yang diharapkan. Tanpa masa
yang memadai, manfaat PK hanya minimum.
Elemen dalam Pemb. Kop.
• Akauntabiliti individu. Setiap pelajar bertanggungjawab
kepada dirinya untuk berjaya dalam pembelajaran
akademik. Setiap orang diuji secara individu untuk
menentukan penguasaan mereka bagi isi pelajaran dan
kemahiran yang ditetapkan.
• Penghargaan dan ganjaran bagi kejayaan kumpulan.
Hanya ahli kumpulan yang memenuhi atau melebihi aras
pencapaian akademik yang ditetapkan menerima
penghargaan atau ganjaran. Penghargaan atau
ganjaran adalah sesuatu yang dihargai pelajar.
Elemen dalam Pemb. Kop.
• Refleksi selepas tugasan kumpulan atau proses kumpulan.
Setelah selesai tugasan kumpulan, pelajar buat refleksi
secara sistematik tentang:
(1) Sebaik manakah matlamat kumpulan tercapai?.
(2) Bagaimanakah mereka membantu satu sama lain
memahami kandungan pelajaran, sumber dan prosedur
tugasan?
(3) Bagaimanakah mereka guna tingkah laku dan sikap positif
untuk membolehkan setiap individu berjaya sebagai ahli
kumpulan?
(4) Apakah yang boleh dibuat supaya kumpulan lebih berjaya
pada masa akan datang?
Peranan guru dalam pembelajaran koperatif
• Reka bentuk tugasan yang bermakna yang memerlukan
penglibatan aktif pelajar.
• Bentuk kumpulan heterogenous yang memerlukan
pelajar bekerjasama mencapai matlamat bersama.
• Pada awal pelajaran, agihkan tugasan kepada
kumpulan.
• Selepas itu, bertindak sebagai fasilitator atau jurulatih
yang bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan
sambil memantau proses pembelajaran.
• Beri maklum balas dan penilaian yang berterusan.
Peranan pelajar dalam pembelajaran koperatif
• Fasilitator – memastikan rakan kumpulan tumpu
perhatian kepada tugasan; ahli kumpulan bertingkah
laku sesuai; mulakan perbincangan dll.
• Pencatat – buat catatan tentang idea drpd perbincangan;
tulis laporan tentang projek; buat rumusan untuk
pembentangan dll.
• Pelapor – sedia & hantar laporan projek/kerja akhir.
• Penyemak – membantu fasilitator; mengingatkan ahli
kumpulan tentang peranan masing-masing dan tugas
sebagai pemikir, penyokong dan penyoal.
Tingkah laku dalam kumpulan
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
Bercakap dengan suara rendah – hanya yang
terdekat boleh dengar.
Tekun dengan kerja / tugas masing-masing.
Meminta bantuan rakan jika memerlukan.
Sentiasa memberi sokongan.
Meminta diberikan sebab-sebab.
Mengkritik idea bukan mengkritik orangnya.
Mengaitkan pembelajaran semasa dengan
pembelajaran lampau.
Menjalankan peranan yang ditugaskan.
Kaedah pembelajaran koperatif
1. STAD – Bhgn. Pencapaian Pelajar
Berpasukan
2. Kumpulan Penyiasatan
3. Jigsaw II
Bhgn. Pencapaian Pelajar Berpasukan
Mengandungi 5 komponen utama:
•
•
•
•
•
Pembentangan / kuliah;
Pasukan;
Kuiz atau ujian;
Skor individu; dan
Penghargaan kepada kumpulan
Bhgn. Pencapaian Pelajar Berpasukan
• Pengajaran bermula dengan kuliah.
• Selepas itu, pelajar dipecahkan kepada kumpulan
heterogenous. 4 atau 5 sekumpulan. Pelajar belajar bahan
yang disampaikan guru sebagai persediaan kepada ujian.
• Kuiz / ujian dijalankan.
• Dua gred/skor diberi – individu & kumpulan.
• Skor individu untuk individu.
• Sumbangan ahli kepada skor kumpulan dikira – perbezaan
skor terkini dengan skor purata dalam ujian terdahulu.
• Skor kumpulan – menentukan kumpulan mana menerima
ganjaran seperti sijil, pengiktirafan dsb.
Kumpulan Penyiasatan
Langkah 1 – Kenalpasti topik penyiasatan dan bentuk
kumpulan koperatif.
Langkah 2 – Pelajar rancang bersama kumpulan apa
yang hendak disiasat; bagaimana menyiasat; siapa
buat apa; tujuan penyiasatan dll.
Langkah 3 – Menjalankan penyiasatan. Pelajar cari
maklumat; analisis data; buat rumusan. Pelajar
bincang, jelaskan dan rumus idea.
Kumpulan Penyiasatan
Langkah 4 – Buat persediaan untuk hasilkan laporan. Pelajar
rancang apa yang hendak dilapor dan bagaimana
melaporkannya.
Langkah 5 – membentang laporan dalam kelas. Kumpulan lain
buat penilaian berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan.
Langkah 6 – Penilaian. Pelajar beri maklum balas tentang topik
laporan dan pengalaman yang mereka lalui. Guru dan murid lain
menilai pembelajaran kumpulan pembentang dari segi pemikiran
aras tinggi.
Jigsaw II
• Bentuk kumpulan koperatif yang heterogenous.
• Setiap ahli kumpulan diberikan bahagian maklumat
yang berlainan tetapi diperlukan untuk membuat
tugasan bersama.
• Kejayaan kumpulan bergantung kepada semua ahli
membantu satu sama lain mempelajari / menguasai
maklumat.
Jigsaw II
Aktiviti seterusnya ialah:
• Membaca bahan
• Perbincangan dalam kumpulan pakar.
• Laporan pasukan.
• Ujian.
• Penghargaan kumpulan.
Faedah Pembelajaran Koperatif
Pencapaian:
• Lebih peluang untuk penglibatan pelajar – setiap
ahli kumpulan dapat bercakap – penglibatan
serentak.
• Lebih ramai beri bantuan – bukan guru sahaja –
rakan menolong rakan lain.
• Motivasi pencapaian lebih tinggi – pencapaian untuk
kumpulan.
Faedah Pembelajaran Koperatif
• Strategi belajar – boleh mencontohi rakan
dalam kumpulan.
• Kebimbangan berkurang – tidak terpencil.
• Setiap pelajar ada tanggungjawab.
• Kejayaan menggalakkan kejayaan lain.
Faedah Pembelajaran Koperatif
Estim kendiri:
• Pencapaian tinggi menaikkan rasa harga diri.
• Pujian, penghargaan rakan sebaya dalam
kumpulan.
• Hubungan interpersonal lebih baik.
Faedah Pembelajaran Koperatif
Menyukai sekolah:
• Manusia lebih sukakan tempat yang membawa
kejayaan dan kegembiraan.
• Suasana bekerjasama dalam BD – seronok
belajar.
• Perasaan kekitaan.
Faedah Pembelajaran Koperatif
Hubungan antara kumpulan:
•
•
•
•
Lebih peluang berinteraksi antara kumpulan.
Mempunyai matlamat yang sama.
Memberi sumbangan secara kumpulan.
Mendapat galakkan daripada guru kerana
bekerjasama.
Faedah Pembelajaran Koperatif
Pemikiran aras tinggi:
• Interaksi membolehkan pelajar menyusun
semula pemikiran mereka – meringkas,
menjelaskan, memberi contoh – pemikiran
asas tinggi.
• Menerima pandangan yang bertentangan /
berlainan – menyusun semula kognitif.
• Berkongsi strategi pemikiran orang lain.
Faedah Pembelajaran Koperatif
• Latihan bertukar-tukar fikiran mengurangkan
rasa bimbang untuk memberi pandangan.
• Mendengar pandangan orang lain –
kesedaran tentang ada pandangan lain
daripada pandangan sendiri.
Beberapa teknik dalam
pembelajaran koperatif
1. Temu bual tiga langkah
• Bentuk kumpulan 4 orang yang tidak
begitu kenal antara satu sama lain.
• Setiap peserta dalam kumpulan dipanggil
dengan abjad A, B, C, dan D.
Contoh soalan temu bual
• Nama orang yang ditemu bual
• Pengalaman mengajar
• Pengetahuan sedia ada tentang
pembelajaran koperatif
• Perasaan tentang pemb. koperatif
• Pengalaman dalam penggunaan pemb.
koperatif
• Langkah 1 (4 minit): A temu bual B; C temu bual D
• Langkah 2 (4 minit): B temu bual A; D temu bual C
• Langkah 3 (8 minit):
Dalam kumpulan 4 orang
A perkenalkan B kepada C dan D;
B perkenalkan A kepada C dan D;
C perkenalkan D kepada A dan B; dan
D perkenalkan C kepada A dan B
3. Kepala bernombor sama
Aktiviti perbincangan dan kerjasama dalam
kumpulan untuk menjawab soalan.
• Langkah 1: pelajar ikuti kulian atau membaca
bahan yang diberi.
• Langkah 2: pelajar bentuk kumpulan 4 orang
(Setiap orang ambil satu abjad sama ada A, B, C, dan D)
• Langkah 3: Guru kemuka soalan atau soalan
boleh disediakan lebih awal.
• Langkah 4: Ahli kumpulan berbincang untuk
dapatkan jawapan.
• Langkah 5: Guru panggil satu abjad,
contohnya B.
• Langkah 6: B menjawab soalan.
4. Dua tinggal dua merayau
• Untuk beri peluang mendapat idea atau
mengetahui apa yang dirancang oleh
kumpulan lain.
• Langkah 1: Setiap kumpulan 4 orang
membuat label tentang topik yang mereka
bincangkan. 2 orang duduk dalam
kumpulan, 2 lagi bergerak.
• Langkah 2: Ahli kumpulan yang bergerak
boleh memilih untuk duduk dalam manamana kumpulan yang mereka minati.
--Ahli kumpulan yang tinggal menjelaskan
rancangan kumpulan kepada yang merayau.
-- Yang merayau boleh bertanya dan beri
cadangan.
• Langkah 3: yang merayau kembali ke dalam
kumpulan asal dan melaporkan apa
kumpulan lain buat.
• Langkah 4: Peranan bertukar – yang
merayau menunggu kumpulan, yang tinggal
pula merayau. Setiap orang dalam kumpulan
dapat peluang untuk sekali tinggal dan sekali
merayau.
• Soalan 1: Apakah yang membezakan pembelajaran
koperatif dengan kerja berkumpulan?
A. Ahli kumpulan menerima gred yang sama.
B. Murid bekerja dalam kumpulan kecil.
C. murid menghasilkan tugasan bersama.
D. Murid saling bergantung antara satu sama lain.
• Soalan 2: Kumpulan yang dibentuk guru adalah lebih
baik daripada bentuk oleh murid sendiri, terutama
pada peringkat awal, kerana kebiasannya…
A. Guru membentuk kumpulan heterogenous
B. Guru membentuk kumpulan berasaskan objektif
pembelajaran.
C. Guru menggalakkan pengajaran di kalangan
rakan sebaya.
D. Guru menggalakkan tingkah laku yang memberi
tumpuan kepada tugasan.
• Soalan 3: Faktor yang TIDAK perlu
dipertimbangkan oleh guru semasa membentuk
kumpulan pembelajaran koperatif ialah :A. Sikap kerajinan pelajar
B. Pencapaian pelajar
C. Persahabatan di antara pelajar
D. Bahasa ibunda pelajar
•
Soalan 4: Pelajar yang kerap tidak hadir
mengganggu kerja kumpulan koperatifnya. Apakah
yang boleh guru lakukan?
I.
II.
III.
IV.
Benarkan ia belajar secara individu.
Jadikan ia ahli tambahan kepada mana-mana kumoulan.
Gunakan tekanan rakan sebaya untuk ubah sikapnya.
Beri kerja yang boleh siap dalam satu sesi pelajaran.
- I sahaja
- I dan II
- II dan III
- II, III dan IV
Rujukan
• Jacobs, G.M., Gan, S.L., & Ball, J. (1998). Pembelajaran
kerjasama. Buku sumber untuk pendidikan perguruan.
Serdang: Penerbit UPM.
• Johnson, D.W. & Johnson, R.T. (1999). Learning
together and alone. Cooperative, competitive, and
individualistic learning. (5th ed.) Boston: Allyn and Bacon.
• Slavin, R.E. (1995). Cooperative learning. (2nd ed.).
Boston: Allyn and Bacon.