2. KCa SPA PPT KC KSPPD2

Download Report

Transcript 2. KCa SPA PPT KC KSPPD2

SEKTOR
PENGURUSAN
AKADEMIK
KC
02(a)
PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM GURU PENGGANTI
TERANCANG NEGERI JOHOR 2012
KERTAS CADANGAN
MESYUARAT KSPPD BIL 2/2012
DI HOTEL SELESA, PASIR GUDANG
TAJUK
PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM GURU
PENGGANTI TERANCANG NEGERI JOHOR 2012
KRA /KPI JPN
JOHOR
MELAHIRKAN INSAN BERKUALITI YANG DAPAT
MEMENUHI KEPERLUAN GLOBAL
DIKEMUKAKAN
OLEH
SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK
TUJUAN
MENINGKATKAN KEBERKESANAN
PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI
SAMPING MEMASTIKAN HAK MURID MELALUI
PROSES PEMBELAJARAN DIPEROEH SECARA
MAKSIMUM KETIKA BERADA DI SEKOLAH.
KERTAS CADANGAN
MESYUARAT KSPPD BIL 2/2012
DI HOTEL SELESA, PASIR GUDANG
LATAR
BELAKANG
ISU PERGERAKAN GURU KELUAR SEMASA
BERTUGAS DISEBABKAN KEPEPENTINGAN
PERKHIDMATAN, KEWAJIBAN, TANGGUNGJAWAB,
HAL-HAL PERIBADI SEPERTI CUTI, KHIDMAT SOSIAL.
TERDAPAT JUGA KES DI MANA GURU HADIR TETAPI
TIDAK BERLAKU PdP, DISEBABKAN KOMITMEN LAIN
DAN SEBAGAINYA, SUDAH MENJADI FENOMENA
BIASA SEJAK DAHULU LAGI YANG MEMERLUKAN
SATU KAEDAH PENYELESAIAN YANG LEBIH
KOMPREHENSIF UNTUK MEMASTIKAN ANAK DIDIDK
DI BILIK DARJAH MEMPEROLEH HAK YANG
SEPATUTNYA.
KERTAS CADANGAN
MESYUARAT KSPPD BIL 2/2012
DI HOTEL SELESA, PASIR GUDANG
IMPAK
MURID MENDAPAT HAK BELAJAR YANG
SEPATUTNYA, PENGURUSAN GURU PENGANTI
DAPAT DIURUSKAN DENGAN LEBIH SEMPURNA
DAN LANCAR SERTA GURU YANG DIGANTI DAPAT
MENYEDIAKAN TUGASAN UNTUK MURID DENGAN
LEBIH SEMPURNA.
PENUTUP
PROGRAM GURU PENGGANTI TERANCANG AMAT
PERLU DILAKSANAKAN WALAUPUN PROSES
MENYEDIAKAN GURU PENGGANTI INI AGAK KEMAS
DAN BERJALAN LANCAR TETAPI KADANGKALA
TERDAPAT BEBERAPA PERKARA PERLU DILIHAT
TERUTAMANYA KESEDIAAN GURU PENGANTI DAN
KUALITI MASA PEMBELAJARAN.
LATARBELAKANG
Isu pergerakan guru keluar semasa
bertugas
disebabkan
kepentingan
perkhidmatan,kewajiban, tanggungjawab, hal-hal
peribadi seperti cuti, khidmat sosial dan terdapat
juga kes di mana guru hadir.
Jabatan Pelajaran Johor memandang serius
perkara ini dan ada ketikanya sangat bersimpati
kepada pihak pengurusan sekolah ( Pengetua dan
Guru besar) apabila bilangan guru yang keluar
pada satu-satu masa bertugas di luar jangkaan
Kementerian Pelajaran Malaysia memberi
beberapa panduan untuk menguruskan keadaan
ini seperti yang terdapat di dalam SPI Bil
10/1995 ( Pelaksanaan Jadual Waktu Anjal Bagi
Sekolah Rendah dan Menengah) khususnya
perkara VII dan Standard Pengurusan Sekolah
Kualiti (SPSK) berkaitan pengurusan guru
pengganti.
Isu murid di dalam kelas tetapi tiada PdP
Cuti Sakit
Kursus
Mesyuarat
Cuti Bersalin
Aktiviti Luar
Aktiviti KoKu
Aktiviti Sosial/Kemasyarakatan
Kes-Kes Kecemasan
Guru Ganti Tidak Mengajar
RASIONAL
Program Guru Pengganti Terancang amat
perlu dilaksanakan walaupun proses
menyediakan guru pengganti ini agak
kemas dan berjalan lancar
tetapi
perlu dilihat kesediaan guru pengganti
dan kualiti masa pembelajaran.
Kebiasaannya;
1.
Guru pengganti terlewat masuk ke kelas
dan keluar awal, sekadar menjenguk dan
kemungkinan tidak masuk kelas
2.
Berlaku pembaziran waktu sekiranya guru
pengganti kurang kreatif
3.
Membebankan guru pengganti
4.
Sukatan pelajaran akan terganggu
MATLAMAT
Meningkatkan keberkesanan pembelajaran
dan pengajaran di samping memastikan
hak murid melalui proses pembelajaran
diperoleh secara maksimum ketika berada
di sekolah.
OBJEKTIF
1.
Mewujudkan perasaan sayang dan
bertanggungjawab kepada murid dan masa
yang ada, sama ada kepada guru yang diganti
mahupun kepada guru pengganti.
2.
Guru yang diganti dapat menyediakan
tugasan untuk murid dengan lebih
sempurna.
3.
Guru pengganti tidak terasa terbeban.
OBJEKTIF
4. Murid mendapat hak belajar yang sepatutnya.
5. Pengurusan guru pengganti dapat diuruskan
dengan lebih sempurna dan lancar.
6. Mengatasi masalah salah laku displin.
7. Menggalakkan kreativiti dan inovasi guru
terutama dalam pembelajaran dan pengajaran.
STRATEGI PELAKSANAAN
PRA
SEMASA
PASCA
Pra pelaksanaan:
1. Panitia berbincang dan menyediakan modul atau
rakaman dan diletakkan di dalam setiap kelas atau
diuruskan oleh Ketua Bidang/Guru Kanan Mata
pelajaran.
2. Guru mata pelajaran menyediakan bahan/modul
sendiri dan menyerahkan kepada Ketua Bidang/Guru
Kanan Mata pelajaran atau Guru Penolong Kanan
Kurikulum sebelum meninggalkan sekolah untuk tujuantujuan tertentu.
3. Semua guru perlu menyediakan bahan umum untuk
kes-kes kecemasan dan perlu diserah kepada Ketua
Bidang/Guru Kanan Mata Pelajaran atau Panitia masingmasing.
4.
Guru media perlu membuat rakamanrakaman ilmiah melalui tv pendidikan atau sumbersumber lain dan disimpan dengan baik. Bahan
rakaman ini sangat penting terutamanya ketika
ketiadaan guru melebihi kelas yang ada
5.
Menyediakan bahan bacaan asas terutama
untuk Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
yang secukupnya dan diletakkan di dalam kelas
sebagai alternatif dan secara tidak langsung boleh
memantapkan lagi program NILAM
6.
Semua bentuk bahan, modul atau rakaman
perlu dirancang, disedia dan diuruskan di awal
tahun atau sebelum pergerakan seseorang guru
dan setiap pergerakan hendaklah dimaklumkan dan
mendapat kebenaran pihak pengurusan sekolah.
Semasa Pelaksanaan.
1.
Guru yang diganti perlu menyediakan
Rancangan Pelajaran Harian(RPH) untuk setiap
hari yang diganti, Tidak termasuk Guru cuti bersalin
atau bertugas luar atau bercuti dalam jangka masa
yang panjang – berbincang dengan pengurus sekolah)
dan menyediakan bahan/maklumat yang berkaitan
untuk guru pengganti.
2.
Jadual atau slip guru pengganti boleh
menggunakan borang PK02(SPSK) dan perlu
ditampal ke dalam buku rekod pengajaran guru
pengganti mengikut hari yang berkenaan. Setelah guru
pengganti menerima slip guru ganti, beliau perlu terus
merujuk kepada Ketua Bidang/Guru Kanan Mata
Pelajaran atau Penolong Kanan Kurikulum untuk
mendapatkan bahan untuk murid.
3.
“Tukar ganti waktu” secara “Suka sama
suka” adalah dibenarkan untuk mengatasi guru
tidak hadir dan perkara ini bersesuaian dengan SPI
Bil 10/1995(merujuk kepada perkara VII)
4.
Bagi kes-kes tertentu, murid dikumpul di
dewan atau tempat-tempat yang sesuai untuk di
adakan aktiviti pembelajaran secara bengkel dan
diawasi oleh beberapa guru atau diadakan tayangan
dari bahan rakaman ilmiah yang telah tersedia
dirakam oleh guru media.
Selepas/pasca pelaksanaan:
1.
Menyediakan borang maklum balas atau
borang dapatan semasa relief dijalankan dan
memulangkan kepada guru yang diganti untuk
tindakan lanjut.
2.
Tugasan atau latihan yang diberi kepada
murid perlu disemak dan diperiksa oleh guru
yang diganti.
PEMANTAUAN
1.
Pemantauan
pelaksanaan Guru Pengganti
Terancang akan dijalankan oleh
Pengetua Guru
besar/ Ketua Bidang/ Guru Kanan Mata
pelajaran/ Guru Kanan Kurikulum/ Guru Kanan
Hem/ GPK1/GPK HEM/ Guru Kanan Sidang
Petang atau Penyelia Petang
2.
Pemantauan Program
dijalankan oleh pihak
Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran
Daerah.