01 Globalisasi

Download Report

Transcript 01 Globalisasi

GLOBALISASI
PENDAHULUAN
GLOBALISASI berkembang secara meluas setelah
kerajaan Soviet Union mengalami kejatuhan. ( 1991)
Cita-cita Amerika Syarikat untuk membentuk dasar
baru dunia tidak menghadapi banyak halangan.
Gagasan global ini meliputi seluruh kegiatan seperti
 Ekonomi
 Politik
 Budaya
 Pendidikan
 Dan sebagainya
DEFINISI
NURCHOLISH MAJID
Globalisasi ialah proses mengubah kehidupan umat
manusia menuju kepada satu masyarakat sahaja.
YANUAR NUGROHO
Globalisasi membawa kesedaran bagi manusia,
bahawa semua penghuni planet saling terkait dan tidak
boleh dipisahkan. Dunia dipandang sebagai satu
kesatuan dimana semua manusia di muka bumi
berhubungan diantara satu sama lain.
KENICHI OHMEA
Globalisasi sebagai dunia tanpa sempadan yang
bertujuan mengubah dunia menjadi satu unit
sahaja.Proses ini dipermudahkan lagi dengan adanya
kemajuan dalam bidang teknologi komunikasi dan
perhubungan.
MODELSKI
Satu proses penguasaan kuasa-kuasa besar
terhadap pembentukan world view masyarakat
antarabangsa dari segi ekonomi, politik dan
demokrasi.
Dr. MOHAMMAD ABU AYN (20001:88)
Merumuskan bahawa globalisasi adalah seperti
‘jilbab’ antara pakaian dan bagaikan kuda trojan
dalam perangan. Perkataan ini menutup apa yang
terkandung di dalamnya untuk menyembunyikan
sesuatu ; bahkan menyembunyikan lebih banyak
dari yang di tutupi. Istilah ini tidak setakat di
gunakan untuk mensifatkan sesuatu yang sedia
wujud.
PROSES GLOBALISASI
Ahli sosiologi mengatakan sebagai Global village
@ global city
Tembok-tembok antara budaya telah di robohkan.
Kegiatan sosio-ekonomi tidak lagi terkongkong oleh
sempadan georgrafi,bahasa,budaya, dan ideologi
politik.
Borderless word.
Olen Taber- membuktikan bahawa arus globalisasi
sedang berkembang pesat diseluruh dunia.
Lebih 400,000 orang pelajar daripada 150 buah
negara luar belajar di Amerika Syarikat.
Syarikat Mc Donalds beroperasi di lebih 10,500
restoren di 50 buah negara di dunia
Syarikat-syarikat gergasi dan syarikat-syarikat
kecil mulai kehilangan identiti kebangsaan dalam
menuju global.
• B. Inggeris menjadi alat terpenting komunikasi
global.
Terdapat 1 billion manusia yang bercakap dalam
Bahasa Inggeris. Pada tahun 2000 jumlah meningkat
kepada 1.5 billion.
100 buah negara menjadikan Bahasa Inggeris sebagai
bahasa utama atau bahasa kedua.
Bahasa Inggeris sebagai bahasa maklumat di mana
lebih 80% maklumat disimpan dalam lebih 100 juta
komputer di seluruh dunia.
Bahasa Inggeris di guna dengan meluas dalam dunia
perdagangan dan hubungan diplomatik antarabangsa,
umpamanya oleh United Nation, UNESCO, dan IMF(
Olen Tabor, 2001 : 7)
GLOBALISASI DAN PERTENTANGAN
ANTARA PERADABAN

IDENTITI peradaban semakin penting
untuk membendung kemasukan arus
globalisasi
 John Naisbitt dan Patricia Aburdence(1990)
dalam ‘Megatrends 2000’ menyebut
pertentangan antara peradaban berlaku
kerana dunia sekarang dibentuk oleh 6
peradaban : Barat,Cina,Hindu,Jepun, Islam
dan Amerika Latin.
FAKTOR PERTENTANGAN
PERADABAN
1.
2.
3.
4.
5.
Perbezaan latarbelakang sejarah, bahasa,
budaya dan agama.
Dunia semakin sempit: peningkatan
interaksi
Proses modenisasi ekonomi dan sosial
menyebabkan masyarakat kehilangan
identiti.
Timbulnya pertentangan terhadap barat &
kecenderungan untuk kembali ke Asia
Regionalisme ekonomi semakin kuat.
ISU-ISU GLOBALISASI
1)POLITIK
2)EKONOMI
3)SOSIAL
1) POLITIK
 Pendemokrasian negara dunia dikatakan hampir
berjaya apabila tamatnya era perang dingin dan
kemerosotan pengaruh Soviet.
 Usaha ini sebenarnya di rancang melalui penyebaran
propaganda ideologi demokrasi ke dalam masyarakat
 Timbul dua cabaran :
i. Cabaran kepada usaha mewujudkan satu dunia
dengan satu ideologi.
ii.Cabaran kepada masyarakat yang ingin
mempertahankan ideologi serta pegangan.
 Cth : Peristiwa serangan terhadap New York World
Treade Centre.Peristiwa ini berlanjutan kepada
globalisasi politik dan perang yang panjang.
PERTAHANAN
 Umat Islam ditindas, dizalimi dan paksa akur kepada
kuasa besar
 Apabila Pakistan dan India menunjukkan kekuatan
senjata nuklearnya AS mengenakan pelbagai sekatan
 Dasar ketidakadilan AS di Asia Barat,
 Puluhan tahun Palestin menghadapi cengkaman zionis
Yahudi Israel
 Ribuan manusia menjadi terkorban dan harta benda
musnah
 Amerika terus melakukan dasar order barunya dengan
bertindak menceroboh, menindas dan mengebom Iraq
2) EKONOMI
 Sesuatu masyarakat perlu mampu bersaing untuk





menguasai pasaran barangan.
Ini menyebabkan negara kurang mampu akan
tenggelam dalam pengaruh dan penguasaan gergasi
ekonomi.
Sesetengah negara pula menganggap liberalisasi
ekonomi bermakna membuka pasaran mereka seluasluasnya kepada barangan luar.
Kebangkitan kuasa baru ekonomi dunia seperti Negara
Industri Baru (NIC) dianggap menggugat beberapa
negara maju sehingga melahirkan beberapa blok
perdagangan serantau
Pertumbuhan hampir merata di seluruh dunia. Telah
wujud beberapa kuasa ekonomi dunia yang baru seperti
cina dan beberapa negara Asia Timur yang lain.
Di sebalik perkembangan itu pula, negara-negara
seperti China dan negara komunis telah mula
melaksanakan dasar ekonomi yang lebih liberal.
3) SOSIAL
 Globalisasi telah menyebabkan falsafah sosial Barat
berkembang pesat
 Kemajuan yang dianjurkan untuk mendapat kesenangan
dan kemewahan yang bergantung kepada kejayaan
ekonomi dan kepuasan nafsu
 Matlamat dan kejayaan dunia menjadi ukuran, manusia
sanggup menipu untuk maju, mengamal rasuah untuk
hidup mewah.
 Globalisasi membawa bersama kemudahan untuk
melakukan penyelewengan dan membolehkan mereka
berangkaian dalam skandal antarabangsa
CABARAN GLOBALISASI
 Proses globalisasi dan regionalisme menjadi aktiviti
tunjang dalam mewujudkan reformasi sosioekonomi dan politik diberbagai negara bangsa di
dunia.
 Seluruh penghuni planet tidak akan terkecuali
menghadapi gelombang baru ledakan maklumat
dan proses transformasi.
 Negara manapun tidak boleh mengelakkan diri dari
menjalin rangkaian dengan barat dalam belbagai
bentuk: militari,ekonomi, diplomatik,pendidikan dan
sistem komunikasi.
 “ NEW ERA COLONIALISME”
CABARAN……
 Politik kucar-kacir: timur tengah- Iraq-
Afghanistan – Pakisatan-Iran- Sudan dll.
 Ditekan barat melalui ekonomi dan politik
 Budaya HEDONISME & MATERIALISME
 Krisis NILAI = falsafah barat vs halal &
haram
ISLAM DAN GLOBALISASI
• Agama wahyu yang watak semulajadinya bersifat
global berupaya menggantikan model globalisasi
Barat dengan menjana globalisasi Islam.
• Globalisasi Islam berkembang dengan penyusunan
kerja yang sistematik berdasarkan kepada
pemahaman berikut:
i) MENJANA KEFAHAMAN YANG KUKUH
. Islam secara global merupakan sistem hidup
yang lengkap dan menyeluruh
. Islam berkembang berasaskan satu sistem
keyakinan yang berpaksikan kepada aqidah
tauhid, ibadah yang sah, ilmu pengetahuan,
akhlak yang mulia dan rahmat
ii) MEMBINA SISTEM KETAHANAN UMMAH
• Tugas utama globalisasi Islam ialah
memperkukuhkan ketahanan diri menerusi
pembinaan insan yang beriman, berilmu dan
bertakwa
• Di peringkat politik dan ekonomi antarabangsa, perlu
diwujudkan usaha bersama di kalangan negaranegara muslim
iii) MENJANA DIMENSI DAKWAH
• Melibatkan pembabitan umat Islam dalam menjana
pergerakan dakwah melalui penghijrahan, perniagaan
dan perhubungan dengan dunia luar
• Pergerakan muslim ke merata dunia menerusi
hubungan diplomatik, penghijrahan sukan dan reaksi
iv) MEMBINA BANGSA DENGAN ISLAM
• Baik dan buruknya sesuatu bangsa bergantung kepada
nilai hidup dan budaya bangsa itu
• Satu bangsa yang dinamakan jahiliyyah apabila menerima
nilai-nilai yang mulia dan baik daripada Islam  Menjadi
bangsa yang mulia, bermaruah dan bertamadun tinggi
• Masyarakat yang asal jahil boleh jadi bangsa yang
bermaruah dan bertamadun tinggi apabila menerima Islam
V) MEYAKINI MASA DEPAN ISLAM
• Islam agama yang boleh mengatur seluruh bidang
kehidupan manusia
• Agama lebih berkemampuan mengurus kehidupan, jika
permasalahan hidup dikembalikan kepada syariat Islam
• Untuk merealisasikannya perlu dibina persekitaran iman
yang kondusif sebagai amanah dan tanggungjawab
KESIMPULAN
• Secara rasional globalisasi adalah usaha
penerapan budaya dan cara hidup mengikut
agenda kuasa besar dunia
• Globalisasi merupakan cabaran baru kepada
masyarakat Malaysia khususnya umat Islam
• Wajar menerimanya dengan bijaksana iaitu
menanganinya dengan proses saringan.
• Islam berupaya menggantikan model
globalisasi barat dengan menjana
globalisasi Islam yang tulin