Tapak Pembelajaran

Download Report

Transcript Tapak Pembelajaran

PENGAJARAN BAHASA MELAYU
SEKOLAH RENDAH
TAHUN 4
Tajuk: Buah-buahan Tempatan
INDUKSI SET
Pada akhir pembelajaran, murid akan
dapat:
LANGKAH 1
1. Menyatakan secara lisan, lima
jenis buah-buahan tempatan yang
terdapat di dalam gambar.
LANGKAH 2
LANGKAH 3
PENUTUP
2. Membaca kuat teks buahbuahan tempatan pada kadar
sekurang-kurangnya 85 peratus
sebutan betul.
3. Mengenal pasti dan membetulkan
kesilapan ejaan, perkataan, dan
tanda baca yang terdapat dalam
teks.
1
Set Induksi
Namakan buah-buahan yang berikut :
2
L1-A1
Bersama-sama ahli kumpulan anda, sila klik
pautan di bawah :
http://harnanijaafar87.tripod.com/Minggu_10/buah_buahan_tempatan.htm
3
Sila klik pautan di bawah mengikut kumpulan masing-masing.
BUAH-BUAHAN TEMPATAN
KUMPULAN
1
KUMPULAN
2
KUMPULAN
3
KUMPULAN
4
DURIAN
BETIK
RAMBUTAN
BELIMBING
• Baca teks tersebut sama ada secara individu, berpasangan atau berkumpulan.
• Rakamkan pembacaan anda dengan menggunakan movie maker.
• Bacaan anda hendaklah pada kadar sekurang-kurangnya 85 peratus sebutan betul.
4
Durian banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani dan pasar
sayur. Durian adalah buah tropikal yang berasal dari Asia Tenggara.
Warna buah durian berbeza iaitu dari warna hijau ke perang, dan
mempunyai bentuk bujur sehingga bundar. Ciri-ciri durian ialah
mempunyai kulit bersabut yang diselitupi dengan duri yang tajam,
mencucuk, dan bau yang kuat dan unik yang terhasil dari isi di dalam.
Bahagian buah isi yang sudah boleh dimakan adalah isi yang kekuningan
dan yang menyelitupi biji benih. Sesetengah orang menganggap durian
berbau busuk. Namun, ramai orang menganggap durian sebagai buah
yang sedap, dan ia dipanggil "raja buah" oleh penduduk tempatan.
5
Pokok Betik merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di Asean.
Pokok ini berasal dari Mexico Selatan, namun kini ia ditanam di hampir
semua negara beriklim tropika. Nama saintifiknya Carica papaya. Pokok
ini menghasilkan buah yang boleh dimakan. Betik banyak dijual di
pasar-pasar, termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Pucuk betik sering
dicelur untuk dijadikan ulam dan dimakan bersama sambal belacan.
Buah betik yang ranum kaya dengan vitamin C, mempunyai kandungan
serat yang tinggi. Betik juga boleh dimakan bagi melawaskan perut
bagi sesiapa yang mempunyai masalah sembelit.
6
Pokok Rambutan adalah sejenis pokok buah saka yang yang banyak
tumbuh di kawasan tropika termasuk kawasan Asean. Buah rambutan
sangat manis apabila masak ranum. Ciri-ciri utama buah rambutan ialah
berbulu lebat dan kebanyakannya berwarna merah dan hijau. Namun
terdapat juga buah rambutan yang berwarna kuning. Pokok rambutan
boleh ditanam melalui biji benih ataupun melalui cantuman. Pokok
rambutan boleh mengeluarkan hasil selewat-lewatnya tiga tahun
selepas ditanam ke ladang. Buah rambutan mengambil masa 90-120
hari untuk matang. Perubahan warna daripada hijau kepada kuning
atau merah merupakan petunjuk bahawa buah boleh dituai.
7
Pokok Belimbing Besi merupakan tumbuhan yang menghasilkan buah
yang boleh dimakan. Buah ini banyak terjual di pasar-pasar termasuk
pasar tani, dan pasar sayur. Nama sainsnya Belimbing besi adalah
Averrhoa carambola, Averrhoaceae atau Oxalidaceae. Dalam bahasa
Inggeris, belimbing besi dikenali sebagai starfruit. Belimbing besi
merupakan tumbuhan asli Sri Lanka dan popular seluruh Asia Tenggara.
Warna buah adalah hijau sehingga kuning keemasan dan apabila
dipotong secara melintang menonjolkan bentuk bintang.
8
Kenal pasti tanda baca (.) (,) dan huruf besar yang perlu
ada di dalam teks ini.
pak abu mempunyai sebuah dusun buah-buahan dia menanam
berbagai-bagai jenis buah-buahan tempatan seperti durian
rambutan duku langsat dan ciku di dusunnya dusun pak abu adalah
seluas dua hektar pak abu dibantu oleh dua orang anak lelakinya
untuk menjaga kebun tersebut
tiap-tiap pagi pak abu akan pergi ke dusunnya untuk menyiram
pokok-pokok buahnya dia membubuh baja pada pokok-pokok itu
sebulan sekali pak abu juga akan membungkus buah-buahan yang
sedang masak dengan beg-beg plastik supaya tidak dimakan oleh
burung dan tupai
penduduk kampung suka membeli buah-buahan pak abu
kerana ia murah dan lazat kadang-kadang orang-orang dari bandar
juga berkunjung ke dusun pak abu untuk menikmati kelazatan buahbuahan
9
Penutup
 Adakah kamu berasa seronok dengan
aktiviti pada hari ini?
 Apakah yang telah kamu pelajari pada hari
ini?
 Sekian, terima kasih.
10