Document 7750228

Download Report

Transcript Document 7750228

TINGKAH LAKU LANGSANG
PROF MADYA DR. MA’ROF REDZUAN
Fakulti Ekologi Manusia,
Universiti Putra Malaysia
PENGENALAN
• Tingkah laku langsang/agresif merupakan
tingkah laku yang lumrah, berada di sekitar kita.
• Kita sendiri mungkin hari ini telah bertingkah laku
langsang.
• Di tv, radio, majalah, surat khabar setiap hari
menceritakan tentang tingkah laku langsang –
peperangan, pembunuhan, penderaan,
penyeksaan, etc.
KONSEP TL
• Baron dan Byrne: Apa sahaja tingkah laku yang
diarahkan ke matlamat untuk merosak,
mencelaka, menyakit dan mencederakan
manusia lain, yang mana manusia lain itu cuba
mengelak daripada tindakan dan perlakuan
tersebut.
• Definisi ini perlu penjelasan
1. TL merupakan tingkah laku dan bukannya emosi
(marah); ianya bukan juga motif atau sikap.
2. TL merupakan tingkah laku sengaja mencederakan
orang lain (niat sengaja). Ini sukar dianalisis kerana niat
bersifat dalaman. Adakah doktor gigi/pakar bedah
langsang? Ahli gusti?
3. Mangsa punyai dorongan untuk mengelakkan diri
daripada dicederai. Bagaimana dengan masokisme?
JENIS-JENIS LANGSANGAN
1. Langsangan emosi-instrumental
– Langsangan emosi: tingkah laku langsang yang didorong oleh
emosi (marah) dan bertujuan untuk mencederakan orang lain.
– Langsangan instrumental: langsangan sebagai alat (instrumen)
untuk mengawal/mempengaruhi tingkah laku orang lain;
memukul anak, menembak pencuri etc.
2. Langsangan sah – tidak sah
– Langsangan sah: langsangan yang dilakukan secara sah seperti
seorang polis membunuh perompak (tindakan disahkan / legal
oleh masyarakat). Kedudukan pelaku disahkan oleh masyarakat.
– Langsangan tidak sah: kesemua tingkah laku langsang yang tidak
diterima oleh masyarakat, kemungkinan status pelaku tidak
disahkan/diterima oleh masyarakat (perompak membunuh etc).
LANGSANGAN DAN KEGANASAN
•
•
Tingkah laku langsang berkait rapat dengan keganasan –
berlaku di merata dunia (pergaduhan kaum etc)
Bentuk kelangsangan yang berkaitan dengan keganasan
(Forsyth):
1. Keganasan jenayah
2. Serangan seksual
3. Keganasan domestik
4. Keganasan belia
5. Keganasan kolektif
PENDEKATAN TEORITEKAL
•
Apakah punca tingkah laku langsang? Mengapa
tingkah laku langsang terjadi?
1. Pendekatan Psikoanalisis
2. Pendekatan Naluri
3. Pendekatan Sosiobiologi
4. Pendekatan Kekecewaan-langsangan
5. Pendekatan Tingkah Laku Sosial
Psikoanalisis (Freud)
• Berasal daripada gerakuasa yang tersimpan dalam bahagian prasedar
– yang boleh dibawa kepada sedar.
• Ia merupakan dorongan asas – primitif (seksual, ganas, etc yang
menunggu untuk keluar.
• Dua dorongan asas:
1.
2.
Eros – naluri hidup, berseronok, nikmat
Thanatos – naluri untuk membinasakan diri (naluri maut).
• Oleh kerana manusia ingin nekmat (eros) dengan demikian manusia
mangalihkan tinglah laku membinasakan diri kepada tingkah laku
membinasakan orang lain.
• Ia diumpamakan wap dalam dandang yang terdorong untuk keluar;
dan ianya perlu dikeluarkan dari masa ke semasa dengan cara
selamat (katarsis)
Naluri
• TL perlu untuk kelangsungan (survival) – naluri kelangsungan
(Darwin)
1. Kelangsangan pemangsa: pemangsa menyerang untuk berburu makanan (untuk
survibal) – singa menyerang kuda belang.
2. Kelangsangan penyiksaan: berlaku sesama haiwan, untuk menentukan “survival
of the fittest”, haiwan yang kuat sahaja melahirkan juriat.
• TL akibat naluri gaduh sejadi (Lorenz) yang berkembang ikut evolusi
manusia.
1. Peperangan menyebabkan manusia tersebar di merata dunia.
2. Berkaitan dengan tingkah laku berkelamin – yang kuat sahaja yang mampu
melahirkan zuriat (“ngayap”!)
3. TL di kalngan manusia membawa maut, berbeza dengan TL di kalangan
haiwan.
Sosiobiologi
• TL adalah tertanam dalam diri manusia semasa
proses evolusi.
• Berperanan membantu manusia untuk survival –
tingkah laku yang mengganggu survival perlu
dihapuskan.
Rumusan teori naluri/biologi
• TL memang telah tertanam dalam diri manusia
secara sejadi.
• Ianya berfungsi untuk survival manusia
• Oleh kerana telah tertanam (sejadi) maka ianya
sukar untuk dihapuskan.
Langsangan akibat
dorongan luaran
• Menentang idea bahawa langsangan telah diprogamkan.
• Langsangan adalah dipelajari/diperolehi melalui
pengalaman (rangsangan luaran –persekitaran).
• Hipotesis kekecewaan-langsangan:
1. Rangsangan luaran menyebabkan manusia merasa
kecewa
2. Dan rasa kecewa ini mendorong manusia bertingkah
laku langsang.
• Oleh kerana faktor luaran menyebabkan manusia
bertingkah laku langsang maka TL boleh diubah dengan
cara mengubah sumber/rangsangan daripada
persekitaran.
Teori Tingkah Laku Sosial
•
•
•
Pandangan ahli-ahli psikologi sosial: Langsangan adalah
dipelajari (teori pembelajaran sosial).
Mengikut pandangan ini,
1. tindakan-tindakan tingkah laku langsang adalah dipelajari
melalui pengalaman.
2. TL dilakukan kerana menjangkakan akan memperolehi
ganjaran/atau hukuman.
3. TL dirangsang oleh kondisi-kondisi (rangsangan)
persekitaran.
Oleh kerana TL adalah dipelajari maka ianya boleh dikawal dan
diubah, iaitu dengan mengubah rangsangan (persekitaran) atau
dengan ganjaran dan hukuman.
FAKTOR LANGSANGAN
• Mengapa manusia bertingkah laku langsang? Apa faktornya?
1. Faktor diri manusia itu sendiri:
1. Faktor otak
2. Faktor hormon/kromoson
3. Faktor jantina
2. Faktor situasi, emosi dan motif
1.
2.
3.
4.
5.
6.
Kekecewaan
Reaksi terhadap kesakitan-serangan
Provokasi lisan dan fizikal
Ancaman dan persaingan
Model sosial
Persekitaran fizikal
3. Keadaan pencetus langsangan
1.
2.
3.
4.
Marah
Salah atribusi
Tanda saran situasi
Motivasi untuk langsang
FAKTOR DIRI INDIVIDU
Peranan Otak
• Bahagian dalam otak: sistem limbik (amigdala)
berperanan sama ada seseorang itu menyerang
atau cabut lari – fight or flight.
• Sekiranya amigdala dirangsang atau dirosakkan
seseorang bertingkah laku langsang atau
sebaliknya.
• Sekiranya anda terserempak dengan harimau dalam
hutan apa yang anda lakukan? Bagaimana kalau
harimau itu dalam kandang di Zoo Negara?
Hormon dan Kromosom
• Peranan sistem endokrin (hormon) dan kromosom
dalam merangsang tingkah laku langsang.
1. Hormon testosteron (lelaki): kelebihan hormon ini
merangsang untuk bertingkah laku langsang.
2. Siondrom XYY: kromosom pasangan ke 23
(penentuan jantina – XY untuk lelaki) terlebih
kromosom Y, i.e lebih kelelakiannya, lebih
langsang (ramai nisbah mereka dipenjara).
Adakah faktor pembelajaran (Bandura!) atau
faktor kromosom?
Perbezaan antara Jantina
1. Mana lebih langsang, lelaki atau perempuan?
2. Hasil kajian: Sama sahaja, sekiranya tiada
halangan sosial (situasi) bagi wanita?
3. Tetapi stereoytaipnya perempuan adalah
lembut, penyayang etc.
SITUASI, EMOSI DAN MOTIF
Kekecewaan
•
Teori kelasik: frustration and aggression:
1. Kekecewaan sentiasa membawa kepada langsangan
2. Langsangan sentiasa berasal daripada kekecewaan.
• Kritikan teori:
1. Kekecewaan tidak sentiasa membawa kepada langsangan kerana
ada halangannya.
2. Manusia yang kekecewa mungkin berusaha untuk mengatasi
kekecewaan dengan cara tertentu (misalnya memendamkannya).
3. Kekecewaan hanya salah satu faktor sahaja daripada banyak
faktor.
• Kekecewaan boleh membawa kepada langsangan sekiranya:
1. Kekecewaan adalah hebat.
2. Sekiranya tingkah laku dipersepsi sebagai sembarangan, bukan
salahnya (layanan yang tidak adil etc).
Reaksi Kesakitan
• Manusia marah apabila dirinya disakiti atau emrasa sakiti.
• Emosi marah ini bioleh mendorong manusia/haiwan untuk
menyerang/bertingkah laku.
• Bagaimanakah boleh berlaku pergaduhan, peperangan dan
persengkitaan?
• Namun: ini bergantung kepada atribusi tentang penyebab
kepada sakit itu. Apabila bezanya di antara faktor sengaja
menyakiti dan tidak sengaja menyakiti dalam mempengaruhi
tingkah laku langsang?
Provokasi lisan dan fizikal
• Mengapa manusia marah?
• Mungkin diprovok secara lisan (ejek, cela) atau fizikal
(tolak).
• Apa faktor/situasi yang memulakan sesuatu
pergaduhan, peperangan – tingkah laku langsang?
• Contoh dalam perlawanan bola sepak!
• Provokasi menyumbang kepada TL bergantung kepada
proses atribusi sosial, sama ada provokais itu secara
sengaja (faktor dalaman), atau tidak sengaja (faktor
luaran).
Ancaman dan Persaingan
• Ancaman sama ada dalam bentuk fizikal atau
sudah cukup menimbulkan sesuatu reaksi
(marah atau bimbang) dan mendorong TL.
• Kadang kala ancaman itu bukan sebenarnya; ia
hanya hanya dalam bentuk persepsi (rasa
dirinya diancam).
• Persaingan antara manusia boleh membawa
langsangan; persaingan politik, kuasa, harta etc
Model Sosial
• Bolehkah manusia bertingkah laku langsang akibat daripada
meniru daripada model?
• Sejauh mana pentingya model sosial dalam mempengaruhi tingkah
laku langsang.
• Kajian “Bobo Doll” oleh Albert Bandura!
• Kajian Eron: siapakah kanak-kanak yang mudah dipengaruhi oleh
model langsang?:
1. Yang mudah dipengaruhi oleh adegan ganas di TV
2. Yang tidak popular di sekolah.
3. Yang berpencapaian rendah (kerap menonton cerita ganas)
4. Yang ibu bapa mereka menggunakan hukuman fizikal.
Persekitaran Fizikal
• Rangsangan fizikal berperanan dalam mendorong
tingkah laku langsang.
• Persekitaran fizikal:
1. Kesesakan (jalan raya!)
2. Suhu-panas dan sejuk.
3. Kebisingan
4. Bau-bauan
5. Rangsangan erotik.
• Kesaratan kognitif: telalu banyak rangsangan yang akan
diproses menyebabkan seseorang tidak mampu – marah.
• Kajian Kes: penjara yang sesak; sekolah yang sesak
KEADAAN PENCETUS LANGSANGAN:
Marah
• Rangsangan daripada persekitaran mendorong tingkah laku
langsang sekiranya ia dapat merangsang wujudnya perasaan
marah.
• Marah bertindak sebagai penghubung rangsangan dengan TL.
• Dengan demikian, orang yang cepat marah lebih cenderung ber
TL. Siapa dia orang tersebut?
• Teori Personaliti Jenis A dan Personaliti Jenis B.
• Ciri Personaliti Jenis A : bersaing, sensitif, mementingkan masa,
tergesa-gesa, ingin mendahului orang lain, kurang sabar
(dikaitkan dengan faktor penyakit kardiovaskular). Mereka
cenderung terlibat dalam tingkah laku langsang (permusuhan,
penentang, pergelutan/persaingan, kurang mempercayai orang
lain etc).mudah marah apabila diprovokasi.
1. Ciri Personaliti Jenis B: lawan kepada personaliti jenis A.
Salah Atribusi
• Teori pemindahan gantian (Zillman)
1. Rasa ketidakselesaan yang tidak hebat tidak cukup
untuk mendorong tingkah laku langsang; namun
apabila memang telah terbangkit fisiologinya, dengan
adanya faktor ketidak selesaan yang sedikit sudah
cukup mendorong.
2. Dengan pengambilan dadah/menonton bahan lucah
dapat merangsang tinmgkah laku langsang yang
sudah sedia ada.
Tanda saran situasi
• Rangsangan persekitaran boleh mendorong
tingkah laku langsang.
• Objek-objek yang boleh mengingatkan seseorang
kepada perisitiwa lalu yang menyakitkan boleh
membangkitkan langsangan.
• Berkowitz dengan teori Kesan senjata.
Model Motivasi Langsangan
• Model ini lanjutan daripada model kekecewaanlangsangan.
• Langsangan adalah dibangkitkan oleh beberapa
faktor: persekitaran, kemarahan, salah atribusi,
tanda saran situasi.
PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN
LANGSANGAN
• Dua teknik dicadangkan untuk mencegah
langsangan: hukuman dan katarsis.
• Namun teknik ini tidak sentiasa berjaya dan
berkesan.
• Mungkin teknik lain lebih berkesan.
Hukuman
• Hukuman telah biasa digunakan untuk mengawal dan mencegah langsangan.
• Kadang kala dengan memberikan ancaman sahaja sudah cukup mencegah
langsangan.
• Hukuman berfungsi, membalas balik tindakan langsang dan memberikan
amaran kepada orang lain.
• Hukuman tidak sentiasa berkesan kerana:
1. Langsangan boleh membiakkan langsangan
2. Orang yang memberikan hukuman boleh dijadikan model yang ditiru oleh
orang lain – menggalakkan langsangan.
3. Keberkesanan hukuman hanya bersifat sementara.
• Keberkesanannya apabila:
1. Ketika bertingkah laku langsang, tidak terlalu marah.
2. Mempersepsi tidak ada faedah apabila ebrtingkah laku langsang
3. Mempersepsi akan menerima hukuman yang serius.
4. Kemungkinan/kebarangkalian untuk dikenakan hukuman adalah tinggi.
Katarsis
• Melepas tenaga langsang dengan cara yang selamat.
• Melepaskan tenaga marah melalui tindakan yang tidak
berbahaya.
• Wap di dalam dandang perlu dilepaskan dari masa ke
semasa.
• Sejauh mana melalui katarsis boleh mengurangkan
kecenderungan untuk bertingkah laku langsang?
Tindakan Berlawanan Dengan
Langsangan
• Andaian: manusia tidak mampu berada dalam
dua emosi/keadaan yang berlawanan: gembira
dan sedih; khayal dan memberikan tumpuan
dalam satu waktu.
• Dicadangkan mereka yang marah menonton /
mendengar cerita lucu; apabila tersenyum maka
marah akan hilang!!!
Cara-cara lain
1. Permintaan maaf
2. Penghalangan pemilikan senjata –
pembunuhan tidak berancang berlaku apabila
ada senjata.
3. Pembelajaran sosial – ganjaran, pemodelan,
cara pemeliharaan anak (sosialisasi)