Tanaman Rumput Turf dan Penutup Bumi

Download Report

Transcript Tanaman Rumput Turf dan Penutup Bumi

Tanaman
Rumput Turf
dan
Penutup Bumi
Oleh
Zulhazmi Bin Sayuti
(Pegawai Penyelidik)
Pusat Penyelidikan
Hortikultur
MARDI.
Pengenalan
Rumput turf adalah nama yang diberikan kepada
beberapa jenis rumput daripada
famili Poacae
Pemilihan Rumput Turf
Pemilihan adalah berdasarkan
kepada perkara-perkara
berikut:
•Kegunaan kawasan
•Ciri-ciri istimewa yang
dikehendaki
•Di mana hendak ditanam
•Jenis dan keadaan
tanah
•Modal dan masa untuk
menanam dan menjaga
Jenis Rumput Turf
1. Rumput Karpet Tropika (Axonopus compressus
2. Rumput Seranggoon (Digitaria didactyla)
3. Rumput Zoysia (Zoysia matrella)
4. Rumput Bermuda (Cynodon dactylon)
5. Rumput Cintipede (Eremochloa ophiuroides)
6. Rumput Saint Augustine (Stenotaphrum secundatum)
7. Rumput Improved Bermuda
- Tif dwarf
- Tif way
- Tif green
- Tif fine
PENANAMAN RUMPUT TURF
Penanaman dengan Biji Benih
A) Cara taburan biji benih
B) Semburan biji benih (Hydroseeding)
Penanaman secara pembiakan tampang (vegetatif)
A)
B)
C)
D)
Sodding
Plugging
Sprigging
Stolonizing
CARA PENANAMAN MENGUNAKAN CEBISAN
CARA PENANAMAN MENGGUNAKAN KETULAN
Cara menanam rumput mengunakan plug.
Cara penanaman mengunakan kepingan rumput (sodding)
Penyelenggaraan Rumput Turf
Penyelenggaraan Harian
•
•
•
•
Memotong rumput
Menyiram
Menanam semula
Mengawal rumpai
Penyelenggaraan Harian
Memotong rumput
• Penting untuk menjaga kecantikan dan
kesihatan rumput
• Teknik pemotongan yang betul.
• Pemotongan sempurna mengambilkira
3 perkara:
i. Ketinggian pemotongan
ii. Jenis mesin rumput
iii. Daun rumput.
Ketinggian Pemotongan
Jenis rumput
Bermuda
Seranggoon
Zoysia
Karpet
Centipede
St. Augustine
Paspalum
Tinggi
Potongan
1.3 – 3.0
1.3 – 2.5
1.3 – 3.8
2.5 – 5.0
2.5 – 5.0
3.5 – 6.5
2.5 – 5.0
Kekerapan
seminggu
3
2–3
1–2
1
1
1–2
1
Mesin-mesin pemotong rumput
Ada 3 jenis mesin pemotong rumput:
i. Jenis ril
ii. Jenis berputar
iii. Daun Rumput
Daun-daun rumput yang telah dipotong jika ianya halus
dan sedikit hendaklah dikumpulkan dan boleh juga
dibiarkan untuk dijadikan baja apabila berlaku pereputan.
Jika terlalu tebal dan teksturnya kasar maka hendaklah
dijadikan sungkupan pada pangkal-pangkal pokok.
Menyiram
• Perlu dilakukan
setiap hari jika
musim panas
• Penyiraman dalam
bentuk ‘mist’
• Penyiraman
sehingga air masuk
beberapa sentimeter
dalam tanah.
Penyelenggaraan Bulanan
•Pembajaan
•Pembaikan sistem pengairan bawah tanah
•Mencakar
•Mengandam
Penyelenggaraan Bulanan
Pembajaan:
• Jadual Pembajaan
• Kadar pembajaan
- Jenis rumput
- Kesuburan tanah
• Baja NPK seimbang
14:14:14 dan 15:15:15
Cara Membaja
• Baja dalam bentuk larutan, butiran
atau bentuk debu.
• Siram lepas membaja, elakkan dari
lecuh daun.
• Semburan dau 1-2 minggu sekali.
• Pengunaan ‘fertilizer spreader’ untuk
pembajaan yang sekata.
- Baja debu
- baja butir
• Menabur baja dengan tangan
hendaklah dengan cermat dan teliti.
Kawalan Rumpai
Pengawalan Boleh dilakukan dengan 2 cara:
i. Fizikal – tenaga manusia (untuk kuantiti rumpai sedikit)
ii. Kimia – racun rumpai (untuk kuantiti rumpai yang banyak).
Penyelenggaraan Suku Tahunan
•Pengudaraan
•‘Top dressing’
•‘Dethatching’
Penyelenggaraan Suku Tahunan
Pengudaraaan
Disebabkan kepadatan tanah
Ketulan dipecah atau dikeluarkan terus dan dibuang.
Seelok-eloknya dilakukan sebelum membaja dan pengapuran.
Operasi akan dapat :
- Mengurangkan kepadatan tanah
- Menyenangkan perkembangan akar
- Membolehkan air, udara dan baja meresap ke dalam tanah.
Membuang jejerami (Dethatching)
• Operasi membuang rumput yang berbatang- batang dan
lapisan rumput yang telah mati.
• Boleh meningkatkan semula kesuburan tanah.
• Untuk mengurangkan timbunan jejerami terbentuk,
taburan pasir perlu dilakukan.
Menabur Tanah (Top dressing)
Menabur tanah atau pasir dilakukan untuk:
• Mengantikan tanah
• Meratakan kawasan.
*Sebaik-baiknya hendaklah dilakukan serentak dengan
Penyelengaraan yang lain:
- Pengudaraan
- Pembajaan
- Pengairan
- Menabur tanah.
Kawalan Penyakit dan serangga.
Rumput taman yang selalu diserang penyakit dan
serangga perosak biasanya persekitarannya
berkeadaan begini:
• Pengudaraan tanah tidak elok
• Saliran/pengairan tidak betul
• Terlebih menyiram air
• Pembajaan tidak cukup atau terletak
• Pemotongan rumput yang tidak betul.
Kawalan Penyakit dan Perosak
Serangga perosak boleh dikawal secara biologi, secara kimia (racun
Serangga) dan juga membersihkan kawasan tanaman. Kawalan secara
biologi akan menentukan musuh semulajadi serangga perosak
mengawal bilangan mereka ditahap yang selamat.
Racun serangga boleh digunakan untuk mengawal serangga perosak.
Racun kulat digunakan untuk mengawal penyakit kulat. Kedua-dua
jenis racun boleh digunakan secara bergilir-gilir bagi mengawal
penyakit dan serangan serangga perosak
Contoh-contoh penyakit dan serangga
Rhizoctonia solani
Selalu menyerang rumput taman jenis Bermuda
dan Zoysia yang dalam keadaan basah dan
pembajaan Nyang tinggi.
Penyakit Dollar Spot (Sclerotini homeocarpa)
Penyakit disebabkan oleh kulat yang menyerang rumput
Kekurangan air dan nitrogen.
Serangan ulat perosak
Army Worms (Spodoptera exiqua)
Penutup Bumi
Penutup bumi adalah tumbuhan kecil (bukan
anak pokok) selain daripada rumput yang
mempunyai ketinggian kurang dari 0.45 m dan
boleh menutupi permukaan tanah. Ianya
tumbuh menegak atau merayap.
Antara Spesies Penutup bumi yang biasa digunakan:
Pandanus sp.
Cuphea sp.
Altenanthera spp.
Portulaca sp.
Kerja-kerja penyelenggaraan
1. Penyiraman
Penyiraman secara am:
• Penyiraman dilakukan sebaik sahaja
tanaman ditanam
• Jumlah air mencukupi sekurangkurangnya 15 cm basah ke dalam tanah.
• Kuantiti air siraman hendaklah bebas
dari bahan kimiayang boleh
merosakkan pokok
Penyiraman Penutup Bumi:
• Perlu disiram sebaik sahaja
ditanam.
• Hindarkan penyiraman diwaktu panas terik
untuk mengelakkan kelecuhan pada daun.
• Kaedah penyiraman secara `springkler’
sesuai untuk tanaman penutup bumi di
kawasan yang luas.
Pembajaan:
Tujuan pembajaan ialah membekalkan bahan
nutrein yang tidak mencukupi di dalam tanah.
Terdapat berbagai bentuk baja iaitu:
•Baja butir (baja lengkap)
•Baja cecair (disembur terus pada daun atau dilarutkan
dalam air)
•Baja hablur (perlu dilarutkan ke dalam air)
•Baja debu (digaul bersama-sama dengan tanah
campuran/tabur terus di atas tanah)
•‘Slow release fertilizer’ (baja perlepasan perlahan)
Kebersihan/merumput
Kawasan landskap hendaklah dibersihkan daripada
sebarang kekotoran
Seperti dahan kering, daun dan rumpai supaya kawasan
kelihatan menarik
Penutup bumi
Kerja-kerja merumpai biasanya dilakukan secara manual
Sungkupan
Sungkupan dilakukan bergantung kepada keluasan
permukaan yang ditanam dengan tanaman hiasan penutup
bumi. Selain daripada mengelakkan berlakunya
pengewapan air berlebihan ianya juga dapat mengawal
penutup bumi dari bersaing dengan rumpai.
Pemangkasan
Pemangkasan dilakukan dengan tunas-tunas liar, dahan yang tumbuh
tidak teratur dan dahan-dahan tanaman yang telah rosak.
Tujuan pangkasan
Merangsang pertumbuhan tunas dan bunga.
Memperbaiki lingkungan pertumbuhan tanaman, iaitu mengatur penerimaan
cahaya matahari, pengudaraan dan kelembapan.
Meninggikan nilai astetik tanaman
Membuang percabangan atau dahan yang mengganggu aktiviti manusia
Pangkasan penutup bumi.
Perlu dipangkas apabila telah mula keluar daripada kawasan yang ditentukan.