Document 7653509

Download Report

Transcript Document 7653509







Petempatan Awal Asia Tenggara.
a) Pembahagian kerajaan awal Asia Tenggara.
Terbahagi dua iaitu kerajaan di Tanah Besar Asia Tenggara
dan Kepulauan Asia Tenggara.
Kerajaan di Tanah Besar Asis Tenggara seperti kerajaan
Funan, Angkor, Ayuthia.
Kerajaan di Kepulauan Asia Tenggara seperti kerajaan
Kedah Tua, Langkasuka (di Tanah Melayu) dan
Srivijaya.Majapahit (di Kepulauan Indonesia).
b) Bilakah munculnya petempatan dan kerajaan awal?
Sumber bertulis dan artifak arkeologi digunakan untuk
menentukan jangka masa kemunculan sesuatu kerajaan.
Kerajaan terawal adalah Funan (dikatakan abad ke-2 M),
buktinya jumpaan langgam seni arca di sini dipengaruhi







Hubungan awal dengan India berbentuk kebudayaan.
Hubungan perdagangan antarabangsa berlaku sejak
zaman logam buktinya jumpaan gendang gangsa di
Dongson (Vietnam), Batu Buruk (Terangganu), Sg.Klang
(Selangor).
Hubungan perdagangan dengan Rom juga berlaku
buktinya jumpaan manik di Kota Tinggi dan Muar (Johor).
Bijih Timah telah diproses menjadi gendang gangsa di
Dongson dan menjadi pelabuhan pembekal.
Kebanyakan petempatan awal ini belum boleh ditakrif
sebagai kerajaan kerana masih belum menpunyai raja.
Walau bagaimanapun perdagangan maritim berkembang
seiring dengan kemahiran membuat kapal layar dan perahu.
Jumpaan manik dan tembikar membuktikan perdagangan
maritim berlaku sejak abad ke –5 SM tetapi kerajaan awal
Asia Tenggara hanya muncul pada abad ke –2 M.
(2) Ekonomi kerajaan awal Asia Tenggara
a) Bentuk – bentuk kerajaan awal Asia Tenggara.
Kerajaan Agraria – berasaskan pertanian, penternakan, memungut
hasil hutan dan laut.

Kerajaan agraria ini muncul di tanah subur seperti kerajaan
Dvaravati di Sg Irrawady (Myanmar), Kerajaan di lereng bukit dan
tanah gunung berapi – kerajaan Taruma (Indonesia).

Kerajaan maritim – berasaskan perdagangan, kelautan dan
perlabuhan. Ia terletak di pesisiran pantai, lembah sungai dan
kepulauan seperti Srivijaya di Sg Musi (Sumatera), Kedah Tua di Sg
Mudadan Merbok (Kedah), Tiumah di Pulau Tioman (Pahang).

Terdapat juga kerajaan agraria yang berkembang menjadi
kerajaan maritim contohnya Funan.
b) Kegiatan ekonomi kerajaan agraria.

Padi sawah di lembah sungai kerana bekalan air cukup.

Hasil hutan seperti kayu gaharu, damar, buahbuahan.
 Hasil rempah seperti cengkih, lada hitam.
 Sarang burung diambil dari gua untuk
perdagangan.
 Menangkap ikan di sawah, sungai, paya.
 Kura – kura mendapatkan kulitnya.
 Menternak seperti lembu, kerbau, kambing, ayam.
 Bermula dengan sara diri, kemudian terdapat
lebihan hasil dijual kepada penduduk Bandar atau
kerajaan maritim.
 Sistem pengairan amat penting dalam pertanian
contoh Tasik Tonle Sap dan Sg Mekong di Angkor.

Raja Angkor (Indravarman 1) membina dan mengurus pengairan
dan baray, kesannya hasil padi menampung keperluan makanan
penduduk Angkor.
 Bekalan air diterima dari Sg Mekong yang mengalir ke Tasik Tonle
Sap dan menyuburkan tanah.
 Tasik ini turut mengairi sawah padi.
 Tasik Tonle Sap juga membekalkan ikan air tawar.
 Tasik ini amat penting untuk bekalan air minuman.
d) Kegiatan ekonomi kerajaan maritim.
 Kerajaan ini terletak di pesisir pantai dan kepulauan.
 Peringkat awal – menangkap ikan, memungut hasil laut.
 Kemudian menjadi perkampungan nelayan.
 Ada yang berkembang menjadi pengeluar emas, bijih timah.
 Hasil lebihan telah didagangkan – maka petempatan ini menjadi
tempat dagang dan pelabuhan pembekal seperti Klang ( Selangor ),

Kuala Selinsing ( Perak ).




Pelabuhan ini disinggahi pedagang untuk
mendapatkan barangan – emas, timah, rotan,
damar, hasil laut.
Pelabuhan pembekal maju menjadi pelabuhan
kerajaan seperti Kedah Tua, Langkasuka, Srivijaya.
Mulanya pelabuhan ini berdagang di kawasan
berhampiran kemudian berkembang, contohnya
Langkasuka dan Champa akhirnya berdagang
dengan Vietnam, China Selatan, hingga ke India
dan barat.
Pelabuhan entrepot muncul kerana
kedudukannya yang strategik contohnya Kedah






Bekalan pelabuhan entrepot seperti emas, timah, hasil
hutan, dan hasil dari kerajaan lain di sekitarnya.
Emas menjadi tumpuan sehingga Semenanjung Tanah
Melayu dan Sumatera dikenali Semenanjung Emas dan Bumi
Emas – orang Yunani dan India telah mengetahui tentang
kekayaan emas di sini sejak awal abad masihi lagi.
Penduduk maritim yang terdiri daripada orang tempatan,
orang laut dan orang dagang luar ini menggunakan bahasa
Melayu sebagai lingua franca.
Orang Melayu terkenal sebagai pelaut, pedagang,
peneroka dan mempunyai pelabuhan yang lengkap
dengan kemudahan seperti di Champa dan Srivijaya.
Mereka mampu belayar kerana berkemahiran membuat
perahu (jarak dekat ) dan kapal layar (jarak jauh).
Mereka juga tahu menggunakan kaedah bintang di langit.
e) Ciri – ciri kerajaan maritim Srivijaya.
 Terletak di Sg. Musi dan Batang Hari.
 Memiliki tentera yang besar, terdiri daripada
pelbagai golongan rakyat termasuk orang laut.
Mereka mengawal keselamatan dan
perdagangan di Selat Melaka.
 Kapal dagang dalam perjalanan antara China
dan India singgah di sini kerana kedudukan
pelabuhannya strategik di Selat Melaka.
 Bekalan barang dagang dibekalkan dari kawasan
pemerintahannya dan jajahan takluknya.
 Menurut I Tsing Sivijaya mampu menghasilkan







Ciri – ciri kerajaan Kedah Tua/Chieh-cha/Kataha.
Terletak di Sg. Mas (pada abad ke-5 hingga 11 – menganut
agama Buddha ) dan di lembah Sg. Bujang (abad ke –11
hingga 13 – menganut agama Hindu).
Buktinya ialah jumpaan candi berunsur Hindu/Buddha dan
arca Hindu/Buddha.
Merupakan pelabuhan enterpot yang banyak dipengaruhi
Srivijaya, buktinya jumpaan tembikar China zaman Dinasti
Tang, Song dan Yuan, pelita tembaga dan tembikar dari
Timur Tengah, manik dari India, Sri Lanka dan Myanmar.
Gunung Jerai menjadi panduan kapal dagang ke sini.
Kedudukan strategik di laluan Selat Melaka dan terlindung
dari angin monsun memajukan pelabuhannya.
Pelabuhannya mempunyai tempat menyimpan barang
g) Konsep saling bergantung dan melengkapi antara kerajaan
agraria dan maritim.
 Penduduk agraria yang ramai penduduk (seperti Sailendra)
menghasilkan beras banyak untuk dibekalkan kepada kerajaan
maritim, sebaliknya kerajaan agraria memerlukan kerajaan
maritim untuk mendapatkan barang mewah China/India seperti
tembikar, tekstil, gelas dan manik.
 Kerajaan agraria membekalkan makanan dan hasil hutan
sebagai barang pertukaran.
 Kerajaan maritim membina kapal dengan mendapatkan kayu
yang baik daripada tukang kayu agraria (seperti kayu kerajaan
Pegu).
Pengaruh Hindu/Buddha dalam pemerintahan Angkor.
Angkor Wat dibina oleh Raja Suryavaram II.
 Raja dianggap raja dewa.
 Raja dibantu pembesar atau gabenor di daerah.
 Brahmin pula berperanan dalam upacara agama.
 Raja juga dibantu oleh pembesar dikalangan pegawai
tentera dan hakim.
d) Pengaruh Hindu/Buddha dalam pemerintahan Srivijaya.
 Pengaruh yang muncul ialah agama Buddha Mahayana.
 Raja dibantu pentadbiran pusat dan daerah.
 3Pentadbiran pusat terdapat 4 kumpulan anak raja iaitu
yuvaraja, pratiyuvaraja, raja kumara dan raja putra. Seorang
daripada mereka bakal menggantikan raja kecuali raja
putra kerana beliau anak gundik.


Kedudukan hamba terletak paling bawah sekali.
 Pentadbiran daerah ditadbir oleh Datu (dilantik raja) dan
bhupati (orang-orang kaya).
 Datu perlu bersumpah taat setia di Telaga batu Palembang,
berdasarkan bukti jumpaan batu bersurat di situ.
e) Pengaruh Hindu/Buddha dalam kesenian monumen.
 Monumen ialah binaan/bangunan daripada batu untuk
memperingati orang ternama atau peristiwa penting seperti
candi/kuil, wat/stupa, arca dan patung.
 Candi – berperanan sebagai rumah ibadat, menyimpan
abu jenazah raja dan keluarganya, menyimpan patung
dewa utama dan lambing kehebatan raja.
 Angkor wat dan Borobudur melambangkan order kosmos.
 Rumah ibadat di Thailand, Kemboja, Vietnam disebut wat,
tetapi di Burma disebut stupa, di Indonesia disebut candi.

Candi Dieng dan Prambanan di Indonesia untuk
agama Hindu, tetapi candi seperti Chaiya dan
Yarang di Thailand untuk agama Buddha.
 Patung Hindu seperti patung dewa Siva, Brahma,
Durga.
 Patung Buddha seperti patung Avalokitesvara.
 Candi dan patung di Asia Tenggara hasil
campuran gaya tempatan dan India. Antara
pengaruh India tersebut ialah patung zaman
Dinasti Gupta.

f) Pengaruh Hindu dalam kesenian Angkor Wat.
 Angkor Wat dibina di siem Reap untuk agama Hindu.
 Candi ini mempunyai tempat pemujaan, menara, tembok.
 Ia juga mempunyai ukiran Ramayana dan Mahabrata.
g) Pengaruh Buddha dalam kesenian Borobudur.
 Candi di Jawa Tengah ini untuk agama Buddha Mahayana.
 Ia mempunyai 3 tingkat iaitu sila, samadhi dan panna, setiap
tingkat dwakili oleh patung stupa dan patung Buddha.
 Di tingkat pertama diukir cerita Gautama Buddha.
h) Pengaruh Hindu/Buddha dalam kesenian candi Lembah
Bujang.
 Candi Lembah Bujang terdapat di Bukit Batu Pahat Pendiat
dan Pangkalan Bujang.
i) Pengaruh bahasa Sankrit.
 Bidang intelektual – batu bersurat tulisan sankrit
mengandungi maklumat agama, pemerintahan,
raja. Contohnya di Kutei tentang keturunan raja, di
Sg Mas Kedah Tua mengenai agama Buddha.
 Inskripsi di Palembang memaparkan kemahiran
pahat batu yang tinggi – penulisnya mempunyai
asas yang kukuh dalam bahasa sankrit.
 Bahasa sankrit ini juga digunakan dalam kitab –
kitab keagamaan dan bahasa.
 Bahasa sankrit telah disesuaikan dalam bahasa
Melayu seperti perkataan dukkha (duka), dorhaka
j) Pengaruh Hindu/Buddha dalam kesusasteraan.
 Pengaruhnya terdapat dalam epik Ramayana
dan Mahabhrata serta Puranas (sastera klasik Asia
Tenggara).
 Pengaruh dalam puisi dan prosa Jawa seperti
Nagarakertagama, Sutasoma.
 Epik disampaikan melalui kesusasteraan, cerita
lisan dan teater seperti wayang kulit.
 Karya Mahabrata diadun dengan unsur tempatan
seperti Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Pendawa
Jaya.
 Karya Ramayana pula melahirkan Hikayat Seri
Rama.
(a) Terangkan faktor perkembangan:
i. Kerajaan agraria (6M)
ii. Kerajaan maritim (6M)
(b) Buktikan bahawa kedua-dua kerajaan tersebut saling
bergantungan atau saling melengkapi antara satu sama lain. (4M)
(c) Berdasarkan pengkajian anda terhadap kedua-dua
kerajaan tersebut, nyatakan iktibar yang boleh dijadikan panduan
untuk mencapai kejayaan negara dan bangsa Malaysia. (4M)