Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah samasama kita bertaqwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar taqwa serta melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudahmudahan kehidupan kita diberkati di dunia dan di akhirat.
Download ReportTranscript Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah samasama kita bertaqwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar taqwa serta melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudahmudahan kehidupan kita diberkati di dunia dan di akhirat.
Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah samasama kita bertaqwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar taqwa serta melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudahmudahan kehidupan kita diberkati di dunia dan di akhirat. Segala hajat dan keperluan manusia tidak dapat dicapai dengan sempurna melainkan ianya mendapat restu dan sokongan dari seorang pemimpin Justeru dalam konteks sebuah negara, tidak akan berlaku penyusunan masyarakat tanpa adanya seorang pemimpin dan rakyat Dengan demikian sebahagian besar daripada tanggungjawab pemimpin itu adalah untuk membawa perubahan dan pembaharuan positif kepada rakyat serta mampu mendengar, melihat dan merasai denyut hati rakyat terutamanya rakyat di luar bandar yang sebahagian besarnya terdiri daripada para petani, nelayan, penarik beca, penoreh getah dan golongan pendapatan rendah. Mereka amat mengharapkan seorang pemimpin yang mampu mengubah nasib mereka. Apabila pemimpin asyik bertelagah merebut jawatan hingga lalai dan lupa tanggungjawab membela nasib rakyat menyebabkan rakyat merasa bosan. Jika kebosanan ini berterusan ia mampu menggugat sistem bernegara kerana rakyat sudah hilang kepercayaan kepada pemimpin. Allah SWT telah mengingatkan bahawa kepimpinan yang paling berkesan ialah kepimpinan melalui teladan sebagaimana yang dicontohi oleh Rasulullah SAW. Ayat ini memberi kefahaman bahawa pemimpin yang bersikap belas kasihan penyayang prihatin terhadap kebajikan rakyat bukti ketinggian iman mereka Nabi Muhammad SAW adalah contoh seorang pemimpin berwibawa yang paling berjaya di dunia pemalas kepada bangsa yang rajin kekejaman kepada kasih sayang Baginda berupaya menukar gaya hidup masyarakat jahiliah daripada kufur kepada beriman permusuhan kepada persaudaraan Sejarah telah membuktikan bahawa perpecahan di kalangan pemimpin, menghancurkan sesebuah negara. Lihatlah bagaimana kerugian dan kehancuran berlaku akibat perebutan kuasa antara Bani Abbas (Khalifah Abbasiyah) dan Bani Umayyah (Khalifah Umayyah). Perpecahan dan perselisihan antara Ahlus Sunah dengan Syiah diakhiri dengan kekuasaan khalifah-khalifah Bani Abbas yang wazirnya bernama al-Aqami bermazhabkan Syiah. Akibat kebencian wazir Syiah itu kepada kekhalifahan yang dipegang terus-menerus oleh Bani Abbas, ia telah mengkhianati Daulah Islamiyyah Bani Abbas dengan membawa masuk tentera Tartar dan Mongol di bawah pimpinan Hulako ke dalam kota Baghdad. Akibatnya, bukan sahaja Khalifah dan keluarganya dibunuh oleh Hulako setelah dapat menghancurkan Baghdad, bahkan wazir pengkhianat itu pun tidak terlepas dari kehinaan dibunuh dengan keji. Begitu juga dengan peristiwa pertumpahan darah akibat perselisihan mengenai perkara dunia dan perebutan kuasa antara Ali dan Mu’awiyyah di medan Perang Siffin yang telah mengorbankan 35,000 bala tentera Ali, manakala Mu’awiyyah kehilangan 45,000 bala tentera. Bukankah semua ini suatu malapetaka yang dahsyat? Inilah iktibar yang boleh diambil akibat perpecahan dan perselisihan. Firman Allah SWT di dalam surah Ali Imran ayat 103: ﭱ ﭱ ﭱ ﭱ ﭱ ﭱ ﭱ ﭱ ﭱ ﭱ ﭱ ﭱ ﭱ ﭱ ﭱ ﭱ ﭱ ﭱ ﭱ ﭱ ﭱ ﭱ ﭱ ﭱ ﭱ ﭱ ﭱ ﭱ ﭱ ﭱ ﭱ ﭱ ﭱ ﭱ ﭱ ﭱ Maksudnya: Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatupadu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayatayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya Di kalangan kelompok manusia perpaduan yang diidam-idamkan selama ini mungkin menjadi amat rapuh dan tergugat jika terdapat segelintir daripada mereka yang terlalu ikutkan rasa hati dan hawa nafsu sehingga akhirnya mencetuskan perbalahan dan persengketaan serta perebutan kuasa dan tampuk kepimpinan. Perlakuan seumpama ini amat ditegah dalam Islam pemimpin yang baik dan cemerlang adalah pemimpin yang mampu menilai situasi sebegini lantas melakukan pelbagai strategi proaktif dan berkesan bagi mempertahankan maruah diri dan kepimpinannya Rasulullah SAW menegah umat Islam daripada meminta-minta atau mengampu sana sini untuk menjadi pemimpin dalam urusan pentadbiran negara الر ْح َم ِن بْ ِن َس ُم َرَة الَ تَ ْسأَ ْل يَا َع ْب َد َّ ِ ِ ِ ِ َّ ك إ ْن أُ ْعط ْيتَ َها م ْن غَْي ِر ن إ ف ة ار م إل َ ا َ ََ َ ِ ِ ٍ ِ ت َعلَْي َها َوإ ْن أُ ْعط ْيتَ َها َع ْن َم ْسأَلَة أُع ْن َ ِ ٍ ِ ت إلَْي َها ل ك و ة ل أ س م َ ْ َ َْ ُ َ kelayakan karisma dan ciri kepimpinan seperti bertaqwa berakhlak tinggi bertanggungjawab, sabar, boleh merancang bijak melaksanakan tugas. mimbar merayu kepada sidang jemaah dan umat Islam sekalian inilah masanya untuk terus berfikir secara matang jadikanlah sejarah bangsa kita sebagai tauladan perkasakanlah perpaduan ummah melalui persaudaraan sesama Islam pertahankanlah segala yang menjadi hak dan milik kita hingga ke titisan darah yang terakhir Yakinlah kekuatan utama umat Islam ialah dengan mengekalkan perpaduan antara kita. Usahlah kita terleka walaupun sesaat kerana pihak musuh tidak pernah jemu daripada merencanakan agenda dan serangan untuk menghancurkan umat Islam. Walaupun kita berbeza dari segi adat, budaya, dan cara hidup serta amalan politik. Namun kita dituntut untuk bersatu padu demi agama, bangsa dan negara. marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah asSyu'araa' ayat 215-217: ﭱ ﭱ ﭱ ﭱ ﭱ ﭱ ﭱ ﭱ ﭱ ﭱ ﭱ ﭱ ﭱ ﭱ ﭱ ﭱ ﭱ ﭱ ﭱ ﭱ