KURSUS: EDU3053 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Topik 4: Perancangan, Pemilihan, Penghasilan dan Penilaian Media Pengajaran Model ASSURE Pensyarah; Dr.

Download Report

Transcript KURSUS: EDU3053 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Topik 4: Perancangan, Pemilihan, Penghasilan dan Penilaian Media Pengajaran Model ASSURE Pensyarah; Dr.

KURSUS: EDU3053
TEKNOLOGI DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Topik 4:
Perancangan, Pemilihan, Penghasilan dan
Penilaian Media Pengajaran Model ASSURE
Pensyarah;
Dr. Sajap Maswan
Jabatan Teknologi Pendidikan
Institut Perguruan Tuanku Bainun
Pulau Pinang
MODEL ASSURE
 Model ASSURE dicadangkan oleh Henich.
Molenda dan Russell (1993)
 Digunakan sebagai panduan untuk
merancang, memilih, menyedia dan
mengendalikan pengajaran yang
memerlukan penggunaan media.
 Ia sesuai digunakan sebagai panduan
merancang pengajaran dalam situasi bilik
darjah (model berorentasikan bilik darjah)
MODEL ASSURE
Model ASSURE mengandungi 6 langkah;
A
S
S
Analyze Learner (Menganalisis Pelajar)
U
R
Utilize Media (Gunakan Media)
E
Evaluate and Revise (Melakukan Penilaian dan
Pengubahsuaian)
State Objectives (Menyatakan Objektif)
Select Methods, Media and Meterials (Memilih
Kaedah, Media dan Bahan)
Require Learner Participation (Menggalakkan
Penglibatan Pelajar)
MODEL ASSURE
Langkah 1
A- Analyze Learner (Menganalisis Pelajar)
Analisis dari segi;
a) Ciri-ciri umum pelajar (contohnya gred,
tahap umur/tahun, latar sosio ekonomi,
jantina dan budaya)
b) Kompetensi khusus peringkat masuk
(contohnya, tahap pengetahuan,
kemahiran, perbendaharaan kata dan
sikap)
MODEL ASSURE
Langkah 1 (sambungan…)
A- Analyze Learner (Menganalisis Pelajar)
Analisis dari segi;
c) Stail pembelajaran (contohnya suka
bergantung, tidak bergantung, verbal dan
visual)
MODEL ASSURE
Langkah 2
S- State Objectives (Nyatakan Objektif)
a) Nyatakan hasil pembelajaran yang
hendak dicapai secara spesifik dan boleh
diukur.
b) Fokuskan kepada pencapaian
pengetahuan, kemahiran dan sikap yang
baru untuk dipelajari
MODEL ASSURE
Langkah 3
S- Select Methods, Media and Meterials
(Memilih Kaedah, Media dan Bahan)
a) Memilih kaedah yang sesuai (contoh
simulasi, demontrasi, latih tubi dll)
b) Memilih media dan bahan yang sesuai,
senang diperolehi serta mudah dibuat
pengubahsuaian (contoh, televisyen,
radio, gambar foto, video, bahan bercetak
berasaskan komputer dan lain-lain)
c) Sekiranya media dan bahan yang sesuai
tidak diperoleh perlu bina sendiri.
MODEL ASSURE
Langkah 4
Utilize Media (Gunakan Media)
a) Bahan dan media yang baik belum
menjamin menghasilkan pembelajaran
yang lebih baik jika tidak digunakan
dengan betul
b) Cara penggunaannya perlu dirancang
dengan baik agar menghasilkan
pembeljaran yang lebih berkesan
c) Pribeu bahan sebelum digunakan dalam
pengajaran sebenar.
MODEL ASSURE
Langkah 5
Require Learner Participation
(Menggalakkan Penglibatan Pelajar)
a) Pelajar perlu dilibatkan secara aktif dalam
pembelajaran (contohnya ada kuiz,
projek, perbincangan dan sebagainya)
b) Peranan maklum balas dan latihan juga
perlu dijelaskan.
MODEL ASSURE
Langkah 6
Evaluate and Revise (Melakukan Penilaian
dan Pengubahsuaian)
a) Selepas bahan pengajaran digunakan
dalam pengajaran perlu dinilai melalui
maklum balas dari pelajar, pemerhatian
dan maklum balas pakar.
b) Penilaian bertujuan untuk melihat
keberkesanan dari segi kandungan,
kaedah, media dan bahan yang telah
digunakan.
MODEL ASSURE
Langkah 6
Evaluate and Revise (Melakukan Penilaian
dan Pengubahsuaian) sambungan..
c) Sekiranya bahan yang telah digunakan
masih boleh diperbaiki maka
penambahbaikan perlukan.
a) Sekiranya bahan yang telah digunakan
tidak boleh perbaiki untuk mencapai
objektif pembelajaran yang telah
ditetapkan, maka guru boleh menukar
bahan dan kaedah pengajaran dengan
yang baru.
MODEL ASSURE
 Sekiranya model ASSURE ini digunakan
oleh guru-guru di dalam merancang
pengajaran ia mampu memberi kesan
yang lebih baik kepada pencapaian
murid-murid.
 Model ini mudah difahami oleh guru-guru
dan mudah untuk diaplikasikan di dalam
menyediakan rancangan pengajaran
harian (RPH), memilih atau
mengubahsuai bahan yang sedia ada
untuk digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran.
MODEL ASSURE
Refleksi…..
Cuba bincangkan.
1. Sediakan satu rancangan pengajaran
untuk topik tertentu berdasarkan model
ASSURE?
2. Terangkan langkah-langkah yang harus
dilalui dalam menghasilkan satu bahan
multimedia pengajaran menggunakan
model ASSURE
SEKIAN
Terima Kasih
E-Mail;
[email protected]
[email protected]
Website;
http://www.ipgktb.edu.my
http://www.sajadstudio.info