Proposal Kajian R&D 2006 Tajuk; Kesan Pendekatan Inkuiri Terbimbing di dalam Persekitaran pembelajaran berasaskan WEB terhadap Pencapaian Pelajar Berbeza Gaya Kognitif Oleh: Sajap Maswan Jabatan Teknologi Maklumat.

Download Report

Transcript Proposal Kajian R&D 2006 Tajuk; Kesan Pendekatan Inkuiri Terbimbing di dalam Persekitaran pembelajaran berasaskan WEB terhadap Pencapaian Pelajar Berbeza Gaya Kognitif Oleh: Sajap Maswan Jabatan Teknologi Maklumat.

Proposal Kajian R&D 2006
Tajuk;
Kesan Pendekatan Inkuiri Terbimbing di dalam
Persekitaran pembelajaran berasaskan WEB
terhadap Pencapaian Pelajar Berbeza Gaya Kognitif
Oleh:
Sajap Maswan
Jabatan Teknologi Maklumat
Pengenalan
Teknologi Internet yang telah
berkembang pesat pada waktu ini
memang amat dikagumi dari segi
keupayaan dan kecanggihannya.
 Malaysia adalah merupakan antara
20 buah negara yang penduduknya
menjadi pengguna Internet teramai
di dunia (Internet World Stars,
2004).
Pengenalan
Pada masa ini pembelajaran
berasaskan Web dianggap oleh
sebahagian pendidik sebagai
satu cara pembelajaran terkini
yang sepatutnya diberikan
kepada pelajar-pelajar terutama
di peringkat pengajian tinggi.
Pengenalan
Walau bagaimanapun samada ianya dapat
mewujudkan suasana pembelajaran yang
lebih berkesan dan lebih bermakna
kepada pelajar masih menjadi tanda
tanya.
Penggunaan teknologi terkini seperti
penggunaan laman web dan Internet
masih belum menjamin menghasilkan
pembelajaran yang lebih berkesan jika
reka bentuknya masih menggunakan
pendekatan lama yang bersifat linear
Penyataan Masalah
Kursus Bestari (seminggu) adalah
antara kursus jangka pendek yang
sedang di jalankan di IPG pada masa
ini.
 Di antara objektif kursus tersebut
adalah untuk menyediakan guruguru yang akan menjadi pengajar di
sekolah-sekolah Bestari menjelang
tahun 2010.
Penyataan masalah (samb.)
Para peserta telah dibekalkan
dengan modul & perisian-perisian
yang boleh digunakan untuk
menghasilkan bahan-bahan
pengajaran.
Kesemua modul yang dibekalkan
adalah dalam format digital dan
dalam bentuk CD-ROM.
Kini Unit Teknologi Maklumat IPTB
sedang mengubah modul-modul
Kursus Bestari daripada bentuk CDROM kepada Laman Web.
Penyataan masalah (samb.)
 Kebanyakkan modul-modul yang disediakan
menggunakan
pendekatan
tutorial
yang
berbentuk liner dan informatif.
 Pendekatan tutorial dikatakan lebih berfokuskan
kepada proses pemaparan dan pemindahan
maklumat serta proses mendapatkan kembali
maklumat berkenaan.
 Pembelajaran seperti ini kurang melibatkan
aktiviti pemikiran tahap tinggi, kerana pelajar
lebih banyak bertindak sebagai penerima
maklumat yang pasif dimana segala maklumat
telah disediakan dan diberikan oleh pensyarah.
Penyataan masalah (samb.)


Inkuiri sangat sesuai untuk meningkatkan
pemikiran pelajar seperti mana saranan
Kementerian Pelajaran melalui Pengajaran dan
Pembelajaran Bestari
Kajian ini cuba mengenengahkan cadangan
pembelajaran Teknologi Maklumat melalui laman
web yang dibina berdasarkan pengajaran dan
pembelajaran inkuiri terbimbing seperti yang
dicadangkan oleh Collins dan Stevens (1983) dan
kitar pembelajaran (learning cycle) yang
dicadangkan oleh Lawson (1995).
Penyataan masalah (samb.)


Setiap pelajar juga mempunyai gaya dan
keupayaan yang berbeza di dalam
mendapatkan pengetahuan. Salah satu
faktor yang membezakan antara seorang
dengan seorang yang lain ialah dari segi
gaya kognitif.
Antara perbezaan gaya kognitif yang
paling berpengaruh ialah gaya kognitif
Field Dependent (FD) dan Field
Independent (FI).
Penyataan masalah (samb.)


Oleh kerana di dalam pembelajaran berasaskan
web yang dibina menggunakan dua pendekatan
yang berbeza serta menggunakan elemenelemen media yang berbagai seperti teks, grafik,
audio, animasi, video dan sebagainya, maka ia
berkemungkinan akan turut memberikan kesan
yang berbeza ke atas kumpulan pelajar yang
berbeza dari segi gaya kognitif.
Oleh itu teori perbezaan gaya kognitif adalah
antara aspek utama yang dilihat di dalam kajian
ini.
Tujuan
Mengkaji keberkesanan
• P. Inkuiri vs. P. Tutorial
• FD vs. FI dalam persekitaran Web
• P.Inkuiri- FD vs. FI
• P.Tutorial- FD vs. FI
• Field Dependent (FD) –inkuiri vs.
tutorial
• Field Independent (FI)-inkuiri vs.
tutorial
Kerangka Teori





Lawson (1995) - model kitar
pembelajaran (learning cycle) dalam
pembelajaran konstruktivis yang
mengandungi elemen-elemen;
a) penerokaan,
b) pengenalan terma
c) aplikasi konsep.
digunakan bagi melaksanakan langkahlangkah pembelajaran di dalam
persekitaran laman web yang
dibangunkan.
Kerangka Teori
Inkuiri Terbimbing
 Tiga perkara utama yang menjadi
komponen kaedah pengajaran inkuiri
iaitu;
• Set-set matlamat yang guru bina.
• Set-set strategi untuk mendapatkan
matlamat tersebut.
• Makanisme untuk untuk menentukan bilakah
dan apakah matlamat yang ingin dicapai.
(Collins & Stevens,1983)
Kerangka Teori (samb.)
• Melalui inkuiri terbimbing guru
bertindak sebagai fasilitator yang
mencetuskan persoalan-persoalan
untuk merangsang pelajar supaya
terus membuat penerokaan
(Schulman & Tamir, 1973) .
• Di dalam pembelajaran berasaskan
web, peranan guru akan dilakukan
oleh program komputer.
Kepentingan Kajian



Penyelidikan ini diharapkan dapat membantu pengguna
Internet, terutama di kalangan pelajar-pelajar Institut
Perguruan untuk mendapatkan maklumat-maklumat
pendidikan dan meningkatkan pencapaian dan motivasi
dalam Pendidikan Teknologi Maklumat melalui laman-laman
web dengan mudah, selesa dan menyeronokkan.
2. Dapatan kajian ini diharapkan dapat memberikan
gambaran tentang keberkesanan laman web yang dibina
berdasarkan pendekatan inkuiri terbimbing, berbanding
dengan laman web yang dibina berdasarkan pendekatan
tutorial. Inovasi ini diharapkan dapat dijadikan panduan
kepada mereka yang terlibat di dalam membangunkan
laman-laman web pendidikan di negara ini.
Kajian ini diharapkan dapat memberi peluang kepada
pelajar yang mempunyai gaya kognitif yang berbeza
untuk meningkatkan pencapaian mereka dalam Pendidikan
Teknologi Maklumat.
Limitasi/Delimitasi


1.
2.
Limitasi
Limitasi adalah perkara-perkara atau
keadaan di luar kawalan penyelidik yang
mungkin boleh membatasi kesimpulan
kajian dan kebolehannya untuk
diaplikasikan kepada situasi-situasi yang
lain (Best & Kahn, 1998). Di dalam kajian
ini perkara-perkara yang menjadi limitasi
ialah;
Paparan yang berbeza-beza
Teknologi Komputer cepat berubah
Limitasi/Delimitasi


1.
2.
Delimitasi
Delimitasi adalah batasan-batasan di dalam
kajian yang dijalankan (Best & Kahn, 1998).
Berikut adalah delimitasi bagi kajian ini;
Kajian ini hanya melibatkan empat kumpulan
pelajar yang akan mengikuti Kursus Bestari
(satu minggu) yang akan dijalankan di Institut
Perguruan Tuanku Bainun.
Kajian ini hanya menumpukan kepada satu
topik sahaja iaitu; “Capaian Internet Secara
Online”
Tinjauan Bacaan


Anderson dan Joerg (1996) melaporkan
dalam kajian mereka bahawa Web
berperanan sebagai suatu alat yang
berkesan dan sesuai bagi pelajar serta
pengajar untuk meningkatkan
pencapaian dan minat dalam
pembelajaran.
Ramai pengkaji seperti Hambrick (1997)
dan Day (1996) mendapati bahawa
pembelajaran melalui web lebih
berkesan jika dibandingkan dengan
kaedah tradisional.
Teori-Teori Pembelajaran



Teori BehaviorismePerubahan Tingkahlaku-peneguhan dan maklum
balas. Cth; EWS yang menyediakan soalansoalan dan latihan (latih-tubi)
Teori Kognitif –
kemahiran pengkodan,menyimpan dan
mengingat kembali.Cth; EWS yang mengikut
urutan/objektif.
Konstruktivisme
pelajar aktif membina pengetahuan mereka; Cth.
EWS yang membenarkan pelajar berfikir dan
menyelesaikann masalah.
Tinjauan Bacaan


Keberkesanan Pendekatan Inkuiri Terbimbing
Dapatan Lalu ( contoh: Ibraham & Renner, 1986;
Ivins, 1986; McComas, 1992; Ragubir, 1979,
Abraham & Birnie, 1985) samada yang
berasaskan bilik darjah atau teknologi komputer
dan internet menunjukkan pembelajaran secara
inkuiri dan kitar pembelajaran telah dapat
meningkatkan pencapaian pelajar terhadap
pemahaman konsep, mampu memberikan
penjelasan tentang sesuatu konsep dengan lebih
jelas, dapat meningkatkan pemikiran sains, dapat
meningkatkan kebolehan memberikan hujahan
serta memberi kesan yang lebih baik di dalam
ingatan jangka panjang para pelajar.
Gambarajah: Struktur dan langkah-Langkah Umum dalam
Tutorial (Sumber Allessi & Trollip)
Bahagian
Pengenalan
Penutup
Persembahan
Maklumat
Maklum Balas atau
Ulang Kembali
Soalan dan
Tindak Balas
Keputusan
Tindak Balas
Langkah-langkah pembelajaran dalam inkuiri terbimbing
Intro/Pengenalan
Kemukakan
Soalan
Menjawab Soalan
dan Maklum Balas
Membuat
Penerokaan
Membina
Konsep/Peraturan
Pindahkan
Konsep/Peraturan
kepada
penyelesaian
Masalah Baru
Rekabentuk Kajian (samb.)
Pendekatan Rekabentuk
Pendekatan Inkuiri
(Induktif)
Pendekatan Tutorial
(deduktif)
FD
Gaya
Kognitif
FI
Reka Bentuk Faktorial 2x2
Rekabentuk Kajian
Kumpulan
Eksperimen
GEFT
Q1
X
Q2
Kumpulan
Kawalan
GEFT
Q1
Y
Q2
GEFT
- Ujian GEFT
X
- Rawatan
Y
- Kawalan
Q1
- Ujian Pra
Q2
- Ujian Pos
Pembolehubah
Pembolehubah Bebas
Rekabentuk laman web inkuiri
terbimbing & Tutorial
 Pembolehubah Bersandar
Pencapaian
 Pembolehubah Moderator
G. Kognitif FD & FI

Persampelan Kajian




Populasi dan Persampelan Kajian
Untuk kajian ini seramai 120 orang
pelajar/guru daripada empat kumpulan
kohot yang akan mengikuti Kursus
Bestari (satu Minggu) akan dipilih.
Pemilihan sampel telah ditentukan
berdasarkan perkara-perkara berikut;
Kumpulan guru yang mengajar mata
pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah.
Instrumen Kajian
Ujian Pra & Ujian Pos
 GEFT

Prosedur Kajian
Kajian Rintis
 Kajian Sebenar

Perlaksanaan Kajian












Penyediaan usul Kajian
Pembangunan Laman Web
Penilaian formatif laman web
Kajian Rintis
Pemilihan sampel
Bengkel kepada pensyarah yang terlibat
Ujian GEFT
Orentasi penggunaan laman web di kalangan pelajar yang
terlibat sebagai sampel kajian
Ujian Pra
Rawatan
Ujian Pos
Analisis data
Analisis Data




Segala data dianalisis oleh penyelidik dengan
menggunakan perisian (SPSS) versi 12.0.
Ujian-t takan digunakan dalam menentukan
sama ada terdapat perbezaan yang signifikan
antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan
dari segi pencapaian berdasarkan keputusan
Ujian Pra.
Sekiranya tidak signifikan semasa Ujian-t
dijalankan, Analisis ANOVA dua hala akan
digunakan.
Sekiranya signifikan antara kumpulan kawalan
dan kumpulan eksperimen, Analisis ANCOVA dua
hala akan digunakan
Rumusan
Semoga kajian ini dapat menyumbang
kepada peningkatan prestasi akademik
pelajar melalui pendekatan pembelajaran
yang sesuai, dan seterusnya membantu
negara dalam meneruskan kecemerlangan
khususnya dalam bidang pengajaran dan
pembelajaran melalui laman-laman web
pendidikan
Sekian
TERIMA KASIH!