Jual Beli lain yang dilarang Dasar Jual Beli yang baik عن رفاعة بن رافع رضي هللا عنه أن النبي صلى هللا.

Download Report

Transcript Jual Beli lain yang dilarang Dasar Jual Beli yang baik عن رفاعة بن رافع رضي هللا عنه أن النبي صلى هللا.

Jual Beli lain yang
dilarang
Dasar Jual Beli yang baik
‫ عن رفاعة بن رافع رضي هللا عنه أن النبي صلى هللا عليه و سلم سئل‬
ّ ‫أ‬
.‫ عمل الرجل بيده و كل بيع مبرور‬: ‫ي الكسب أطيب؟ قال‬
 Daripada Rifa’ah bin Rafi’ r.a. Sesungguhnya Nabi
s.a.w ditanya apakah pendapatan yang baik? Beliau
bersabda :kerja seseorang lelaki dengan tangannya
dan setiap jual beli yang mabrur/ yang berkebajikan.
hadith riwayat daripada al Bazzaar dan telah
disohihkan oleh Hakim
Jual beli yang dilarang secara
ringkas:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
Larangan jual beli Arak, bangkai/mayat, babi dan
patung berhala.
Larangan mengambil nilai/ harga anjing(melainkan
anjing buruan), upahan zina, upahan penelek
nasib/dukun/ bomoh.
Larangan menjual benih binatang ternakan jantan.
Larangan menjual air lebihan.
Larangan jual beli hablul hablah yaitu jualan beli
binatang ternakan hasil daripada anak daripada
anaknya.
Jual beli Wala’ atau menghadiahkannya.
Jual beli yang dilarang secara
ringkas:
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
Jual beli Hasoh / melontar batu kerikil dan jual beli ada
disitu kesamaran.
Jual beli makanan melainkan setelah menyempurnakan
takaran.
Dua jual beli didalam satu jual beli.
Jual beli yang disyaratkan dengannya berhutang selepas itu,
jual beli dua syarat didalam satu, jual beli ainah.
Keuntungan yang tidak dijaminkan.
Jual beli yang tidak diperolehi.
Jual beli matawang yang berbeza dengan syarat dengan
harga hari tersebut tanpa berpisah sedang diantara kedua
pihak sesuatu tunggakan..
Jual beli yang dilarang secara
ringkas:
Jual beli Najasy / yaitu kesepakatan didalam menambah nilai
didalam jual beli seperti lelongan dan sebagainya.
15.
Jual beli Mu
16.
haqalah, Muzabanah, Munabadzah, Mulaamasah,
Mukhodhorah, Mukhobarah dan jual beli pulangan dengan
pengecualian.
17.
Jual beli jualan beli saudaranya.
18.
Penetapan Harga/ Tas’ir.
19.
Jual Beli Ihtikaar
Sebahagian daripada jual beli yang dilarang ini jatuh dibawahnya
apa yang serupa dengannya dan ianya juga termasuk kepada
dasar-dasar sebab larangan yang telah kita pelajari.
14.
PINJAMAN (‘ARIYYAH)
Istilah ‘ariyyah menurut bahasa:
Bermaksud sesuatu yang diberikan oleh
seseorang kepada seseorang yang lain untuk
digunakan dan kemudian dikembalikan semula
kepadanya.
Menurut istilah syarak:
Membenarkan penggunaan sesuatu yang halal
digunakan dengan mengekalkan keadaan asal.
DALIL PENSYARI‘ATAN
PINJAMAN

Firman Allah s.w.t : “(Kalau orang yang demikian
dikira dari bilangan orang-orang yang
mendustakan agama), maka kecelakaan besar
bagi orang-orang Ahli Sembahyang –(iaitu)
mereka yang berkeadaan lalai daripada
menyempurnakan sembahyangnya; (Juga bagi)
orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri
dalam ibadat dan bawaannya), Dan orang-orang
yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada
orang yang berhak mendapatnya) (Al-Ma‘un: 4-7)

Sebuah hadis yang diriwayatkan daripada
Anas r.a; Suatu ketika Nabi s.a.w
meminjam seekor kuda daripada Abu
Talhah dan Baginda menunggangnya (Riwayat
al-Bukhari no.2484, Muslim no.2307)


Hadis riwayat Jabir bin Abdullah r.a
katanya, saya mendengar Nabi s.a.w
bersabda: “Sesiapa yang mempunyai
tanah, hendaklah dia menghadiahkannya
atau meminjamkannya” (Riwayat Muslim no.1536)
Kesahihan amalan pinjaman yang
dinyatakan oleh Al-Quran dan Sunnah ini
telah diterima secara Ijmak oleh seluruh
ulama Islam sepanjang zaman
HIKMAH PINJAMAN



Untuk mewujudkan suasana saling
tolong menolong sesama umat Islam.
Bertujuan menjaga kepentingan
manusia, menjauhkan segala
kesulitan, menghentikan segala
kesukaran dan memastikan mereka
tidak terbeban.
Supaya hidup dalam suasana
harmoni dan mesra
HUKUM PINJAMAN




Amalan pinjaman adalah sunat dan
digalakkan.
Amalan ini akan menjadi wajib, jika ia
diperlukan untuk menyelamatkan nyawa
manusia yang dilindungi dan untuk
memelihara chak harta yang dihormati.
Pinjaman juga boleh menjadi haram jika
ia digunakan untuk melakukan sesuatu
yang ditegah dan dilarang oleh syarak.
Pinjaman juga makruh jika ia digunakan
untuk melakukan sesuatu yang makruh.
RUKUN-RUKUN PINJAMAN
Pemberi
pinjaman
Lafaz pinjaman
Peminjam
Barang
pinjaman
PEMBERI PINJAMAN
1.
2.
3.
Memiliki perkhidmatan barangan
yang dipinjamkan.
Seorang yang layak membuat
sumbangan.
Pinjaman dilakukan secara
sukarela.
PEMINJAM
1.
Boleh menerima sumbangan melalui
kontrak.
Kelayakan ini mestilah diakui
berdasarkan syarak dan amalan
yang diguna pakai (uruf)
2.
Peminjam mestilah dinyatakan
secara khusus.
LAFAZ PINJAMAN
1.
2.
3.
Ia tidak semestinya dilafazkan oleh keduadua pihak.
Lafaz ini tidak perlu dinyatakan secara
berturutan oleh kedua-dua pihak dengan
syarat tiada tanda yang menunjukkan
pemberi pinjaman menarik balik
persetujuannya atau peminjam
mengembalikannya.
Pinjaman boleh diberikan tanpa dihadkan
masa atau dikaitkan dengan syarat tertentu
dan boleh juga dihadkan dengan syarat
atau masa tertentu.
BARANG PINJAMAN
1.
2.
3.
4.
Hak perkhidmatan barangan tersebut
mestilah dimiliki oleh pemberi pinjaman.
Barangan tersebut mestilah boleh
digunakan.
Penggunaan barang pinjaman mestilah
dibenarkan oleh syarak.
Penggunaan barang pinjaman mestilah
tidak menyebabkan barang tersebut
susut.
HUKUM-HAKAM BERKAITAN
PINJAMAN
1.


Had Penggunaan Barang Pinjaman
Peminjam hanya boleh menggunakan barang
yang dipinjam mengikut had yang
dibenarkan oleh pemiliknya kerana ia adalah
had yang dipersetujui pemilik.
Peminjam tidak dibenarkan menggunakannya
dengan cara yang tidak dibenarkan kecuali jika
kesan penggunaan dengan cara tersebut
terhadap barangan lebih rendah berbanding
had yang dibenarkan oleh pemilik.



Jika kebenaran yang diberikan tidak
dihadkan kepada kegunaan tertentu,
peminjam boleh menggunakan barangan
tersebut mengikut kebiasaannya.
Jika pemilik melarang menggunakannya
untuk kegunaan tertentu, peminjam
mestilah mematuhinya, sekalipun kesan
terhadap barangan tersebut lebih rendah.
Ini kerana pemberi pinjaman adalah
pemilik kepada khidmat barang pinjaman
dan dia memberikannya secara percuma.
i.
ii.
Sekiranya pemberi pinjaman
meminjamkan sebidang tanah untuk
digunakan (diambil manfaat), peminjam
boleh membina bangunan, menanam
pokok atau bercucuk tanam di tanah
tersebut kerana kebenaran yang
diberikan adalah tanpa had.
Jika pemberi pinjaman meminjamkannya
untuk didirikan bangunan atau untuk
ditanam pokok, peminjam boleh
bercucuk tanam kerana kesan bercucuk
tanam lebih rendah daripada had yang
dibenarkan.
iii.
iv.
Jika kebenaran yang diberikan adalah untuk
bercucuk tanam, peminjam tidak berhak
membina bangunan atau menanam pokok
kerana membina bangunan dan menanam
pokok lebih berat berbanding bercucuk tanam.
Jika kebenaran yang diberikan adalah untuk
bercucuk tanam tanpa had. Peminjam boeh
bercucuk tanam apa sahaja tanaman yang
dikehendakinya. Jika kebenaran yang
diberikan hanya untuk tanaman tertentu,
peminjam boleh menanam tanaman yang
seumpamanya atau tanaman yang memberi
kesan yang lebih rendah.
Status Peminjam

Peminjam bertanggungjawab ke atas
keselamatan barang pinjaman (yad doman).
Sebaik sahaja menerima barang
pinjaman,tanggungjawab barang tersebut
berpindah ke tangan peminjam.

Peminjam akan membayar ganti rugi menurut
nilai barang pinjaman pada ketika kerosakan
berlaku. Dia perlu bertanggungjawab
terhadap sebarang kerosakan yang berlaku
walaupun disebabkan becana alam.
Yad doman bermaksud seseorang yang bertanggungjawab
terhadap kerosakan yang berlaku terhadap harta dalam
pengangannya tanpa mengira sebab ia berlaku.
2.


Walau bagaimanapun, peminjam
tidak perlu membayar ganti rugi
jika barang pinjaman rosak atau susut
nilai disebabkan oleh penggunaan
yang dibenarkan.
Jika kerosakan berlaku disebabkan
penggunaan yang tidak
dibenarkan, barulah peminjam
perlu membayar ganti rugi.


Peminjam perlu membayar ganti
rugi akibat penyusutan jika barang
tersebut digunakan di luar
kebiasaannya.
Peminjam perlu membayar ganti
rugi jika dia menggunakan
barangan tersebut selepas pemberi
pinjaman menarik balik
kebenarannya atau menuntut
semula miliknya.
3.
Kos Penyelenggaraan & Pemulangan

Jika barang pinjaman melibatkan kos
tertentu seperti haiwan yang
memerlukan makanan atau rumah yang
memerlukan penyelenggaraan, kesemua
perbelanjaan ini adalah tanggungjawab
pemilik. Tidak kira sama ada pemberi
pinjaman adalah pemilik asal atau hanya
penyewa. Ini kerana perbelanjaan
barang pinjaman adalah di bawah
tanggungan pemilik.

Jika pemulangan tersebut
membabitkan kos dan
perbelanjaan seperti upah
pengangkutan, ia menjadi
tanggungan peminjam. Ini kerana
peminjam wajib memulangkan barang
tersebut kerana dia menerima barang
untuk kegunaan dirinya sendiri. Ini
berlaku jika barang yang dipinjam
dipulangkan sendiri oleh peminjam.

Sekiranya peminjam meminjam
daripada penyewa kemudian dia
memulangkannya kepada pemilik yang
memberi sewa, dalam keadaan ini, kos
akan ditanggung oleh pemilik kerana
peminjam seolah-olah mewakili
penyewa untuk memulangkan barang
yang disewa kepada pemberi sewa.
Kos pemulangan dalam kontrak sewa
mestilah ditanggung oleh pemilik,
bukan oleh penyewa.

Penarikan atau Pemulangan
Semula Pinjaman
Kontrak pinjaman adalah kontrak
jaiz bagi kedua-dua pihak. Ini
bermakna, kedua-dua pihak
berhak membatalkan kontrak ini
pada bila-bila masa. Ini boleh
dibuat walaupun tanpa
pengetahuan atau persetujuan
pihak kedua.
Kontrak yang jaiz adalah kontrak yang boleh
dibatalkan oleh kedeua-dua pihak
4.


Pemberi pinjaman berhak menarik
atau mengambil semula barang
pinjaman yang diberikan pada bilabila masa walaupun pinjaman
tersebut tertakluk kepada tempoh
tertentu yang masih belum tamat.
Peminjam juga berhak memulangkan
semua barang pinjaman pada bilabila masa. Kedua-dua
5.


Cara Pemulangan Barang
Pemulangan barang yang dipinjam perlu dibuat
mengikut kebiasaan dan amalan yang diguna
pakai.
Barang yang boleh diangkut perlu diangkut
dan diserahkan kepada pemiliknya.
Terutamanya bagi barang yang berharga
kerana penyerahan barang berbeza mengikut
harganya.
Jika barang yang dipinjam tidak boleh
diangkut seperti tanah, rumah atau
sebagainya, cukup sekadar dipastikan tiada
sebarang perkara yang menghalang
penyerahan atau penggunaannya oleh
pemilik.
6.
Percanggahan antara Pemberi
Pinjaman & Peminjam
i.
Percanggahan mengenai pemulangan.
Contohnya, peminjam mendakwa dia telah
memulangkan barang yang dipinjam tetapi
pemberi pinjaman menafikan dengan berkata:
“Kamu belum memulangkannya kepada saya”.
Jika pemberi pinjaman bersumpah bagi
menyokong dakwaannya, pengakuannya itu
akan diterima kerana dia berada dalam
kedudukan menafikan dakwaan peminjam.
ii.
Percanggahan mengenai kerosakan.
Jika barang yang dipinjam rosak dan
peminjam mendakwa ia rosak kerana
penggunaan yang dibenarkan oleh pemilik,
namun pemberi pinjaman menafikannya dan
menyatakan bahawa ia rosak bukan kerana
penggunaan yang dibenarkan, atau rosak
kerana penggunaan yang tidak dibenarkan;
pengakuan peminjam yang disokong oleh
sumpah akan diterima kerana sukar untuk
membuktikan apa yang dikatakannya. Ini
kerana kebiasaannya, barang ini digunakan
bukan di khalayak ramai. Ini menyebabkan
tiada siapa yang melihat punca kerosakan.
iii.
Percanggahan mengenai kontrak asal
Pemilik mendakwa kontrak tersebut
adalah kontrak sewa, sementara
pengguna berkata ia adalah kontrak
pinjaman.
Demikian juga apabila pengguna
berkata: “Anda telah meminjamkannya
kepada saya”. Pemilik pula berkata:
“Tidak, anda merampasnya daripada
saya”.
Menurut pendapat yang paling sahih
(asoh), pengakuan pemilik akan
diterima jika disokong oleh sumpah.
7.
i.
ii.
Penamatan Kontrak Pinjaman
Pemberi pinjaman menuntut semula
barang pinjaman dan menarik balik
kebenarannya sama ada sebelum
tamat tempoh pinjaman atau
selepasnya. Ini kerana ia adalah kontrak
jaiz.
Peminjam memulangkan semula
barang pinjaman kepada pemberi
pinjaman sama ada sebelum tamat
tempoh atau selepasnya. Ini kerana ia
adalah kontrak jaiz.
iii.
iv.
Salah satu pihak yang terlibat gila
atau pengsan. Ini kerana, keadaan
ini bercanggah dengan syaratsyarat pemberi kontrak pinjaman
dan peminjam yang ditetapkan.
Salah satu pihak meninggal
dunia. Ini kerana, pinjaman adalah
kontrak yang memberikan
kebenaran untuk menggunakan
sesuatu.
v.
vi.
Pemberi pinjaman atau peminjam
ditahan daripada menguruskan harta
kerana kebodohan (safih). Ini kerana,
orang yang ditahan kehilangan
kelayakan untuk memberi sumbangan.
Pemilik ditahan disebabkan muflis
kerana dalam keadaan ini dia dilarang
menyumbangkan khidmat hak miliknya.
Langkah ini bertujuan memelihgaran
kepentingan pemiutang.

Dari Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w
bersabda: “Sesiapa yang melepaskan
orang mukmin dari sesuatu kesengsaraan
daripada kesengsaraan dunia nescaya
Allah akan melepaskan daripadanya
kesengsaraan pada hari kiamat, dan
sesiapa yang memudahkan orang yang
sedang dalam kesulitan nescaya Allah
akan memberi kemudahan kepadanya di
dunia dan akhirat” (Riwayat Muslim)
3) Ijamk Ulama
Seluruh umat Islam telah mengamalkan
sistem ini semenjak zaman Rasulullah
s.a.w sehinggalah zaman kita ini.
Para ulama pula telah menerima sistem
ini dan tiada seorangpun yang
menentangnya.
HIKMAH PENSYARIA’TAN
HUTANG
1.
2.
3.
4.
Dapat mewujudkan suasana tolong
menolong.
Mengukuhkan hubungan persaudaraan
sesama umat Islam.
Dapat membentuk sifat musyarakah
dalam menyelesaikan masalah.
Dapat menghalang manusia mengambil
kesempatan daripada kesusahan orang
lain.
HUKUM MEMBERI HUTANG


1.
2.
3.
Hukum Asal memberi hutang: Sunat.
Meminta untuk berhutang: Harus
Hukum ini akan berubah bergantung
kepada niat dan keadaan orang yang
berhutang:
Haram: Jika untuk tujuan yang
diharamkan.
Makruh: Jika untuk tujuan tidak
bermanfaat.
Wajib: Jika orang yang berhutang
amat memerlukannya.
RUKUN HUTANG
Sighah Kontrak
Hutang
Harta/Barang yang
diberikan sebagai
hutang
Pihak yang mengikat
kontrak (Pemiutang
dan Penghutang)
PIHAK YANG MENGIKAT
KONTRAK
1.
2.
3.
Waras : Sudah baligh dan berkelayakan
melaksanakan perintah agama dan
menguruskan harta.
Pilihan sendiri : Tidak dipaksa.
Pemiutang mampu menyerahkan
hutang.
SIGHAH KONTRAK HUTANG




Sighah penting dalam kontrak hutang kerana
menjadi bukti kerelaan dan persetujuan
kedua-dua pihak.
Tidak memadai dengan hanya hulurmenghulur.
Tidak ada perantaraan antara ijab dan kabul.
Dalam hutang diperlukan “surat hutang”
sebagai bukti untuk menghindarkan
kemungkinan timbul pertengkaran
dikemudian hari.
SYARAT HUTANG



Semua barang yang boleh dimiliki secara jual
beli.
Kadar hutang diketahui ketika akad dibuat,
sama ada dalam bentuk sukatan, bilangan, atau
ukuran supaya barang ini boleh dipulangkan
seumpama dengannya.
Hutang tersebut mestilah satu jenis dan tidak
bercampur dengan jenis yang lain.
HUTANG ROTI


Para ulama membenarkan penghutangan
roti sama ada mengikut berat atau
bilangan kerana perbuatan ini telah
diamalkan smeenjak zaman-berzaman
tanpa sebarang bantahan.
Jadi, roti dikecualikan daripada barangan
yang bercampur dan tanpa spesifikasi.
BILAKAH HUTANG DITUNTUT ?


Pemiutang berhak menuntut hutang
pada bila-bila masa selepas
penghutang menerima barangan tersebut.
Ini kerana menurut hukum hutang,
penghutang diwajibkan memulangkan
semula hutang pada ketika pemiutang
menuntutnya semula.
MENSYARATKAN DALAM
KONTRAK HUTANG
Syarat yang boleh
membatalkan
kontrak hutang
Syarat yang tidak
diterima pakai dan
tidak membatalkan
kontrak hutang
SYARAT YANG BOLEH
MEMBATALKAN kONTRAK
HUTANG

Contoh: Pemiutang memberikan hutang dengan
syarat terdapat bayaran tambahan atau, dengan syarat
penghutang pulangkan barangan yang baik sebagai
ganti kepada barang yang tidak baik dan sebagainya.

Hukum ini berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w
“Semua hutang yang membawa keuntungan adalah
riba” (Riwayat al-Tabrani)
Menurut kitab Mughni al-Muhtaj walaupun hadis ini
daif, tetapi al-Baihaqi telah meriwyatkan hadis ini
daripada beberapa orang sahabat.
Apabila penghutang membayar hutang
lebih daripada hutang asal, ataupun
penghutang memberikan hadiah sebagai
tambahan kepada bayaran hutang (yang
tidak disyaratkan dalam kontrak hutang)
dan bukan menjadi amalan yang diguna
pakai (uruf), apakah hukum tindakan ini ?

Beberapa perkara perlu dilihat:
1.
Jika manfaat tersebut diberikan
sebelum hutang dibayar
sepenuhnya, adalah lebih baik jika ia
ditolak.
Kecuali jika amalan bertukartukar manfaat tersebut telah menjadi
kebiasaan kedua-dua pihak
sebelum kontrak hutang
dilakukan.

Pendapat ini berpandukan hadis yang diriwayatkan
daripada Anas r.a yang pernah ditanya: Seorang
lelaki di kalangan kami telah memberikan suatu
barangan sebagai hutang kepada saudaranya,
lalu saudaranya itu memberikannya hadiah. Anas
menjawab: Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
“Apabila seseorang di kalangan kamu
memberikan hutang lalu orang yang berhutang
memberikannya hadiah atau orang itu
membawanya menaiki kendaraan, janganlah dia
naik atau menerimanya kecuali jika perbuatan itu
telah pun biasa berlaku antara mereka sebelum
itu” (Riwayat Ibnu Majah no. 2432)

Hukum makruh ini juga akan
dikecualikan jika pemiutang
turut memberi hadiah kepada
penghutang sebagai membalas
(mengimbangi) manfaat yang
diberikan oleh penghutang.
2.
Jika manfaat tersebut diberikan selepas
hutang dibayar, tindakan ini tidak salah
dan pemiutang tidak dimakruhkan
untuk mengambilnya kerana hutang
tersebut telah selesai dibayar.
Malah, penghutang
digalakkan berbuat
demikian kerana mencontohi
perbuatan dan juga perintah
Rasulullah s.a.w yang menyuruh umat Islam
membayar hutang mereka dengan cara yang terbaik.
Perbuatan ini adalah salah satu perbuatan yang baik.

Al-Bukhari dan Muslim
meriwayatkan, Jabir r.a berkata:
“Suatu ketika saya datang menemui
Nabi s.a.w. Ketika itu Baginda
berhutang dengan saya, lalu Baginda
membayar hutangnya dan Baginda
membayar lebih kepada saya”
(Riwayat al-
Bukhari no. 2264, Muslim)

Hadis Abu Rafi’, hamba Rasulullah s.a.w :
“Nabi s.a.w berhutang seekor unta muda
daripada seorang lelaki. Selepas itu Baginda
menerima unta sedekah (Zakat). Lantas
Baginda meminta Abu Rafi’ membayar semula
seekor unta muda kepada lelaki tadi tetapi Abu
rafi’ kembali sambil berkata: Saya tidak jumpa
dan yang ada hanya unta rabaie. Baginda
bersabda: Berikanlah unta itu kepadanya.
Manusia terbaik ialah manusia terbaik dalam
membayar hutangnya” (Riwayat Muslim no. 1600. Diriwayatkan
juga oleh al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a no. 2183)


Perkara ini hanya dibenarkan dengan
syarat tindakan penghutang memulangkan
hutang bersama bayaran tambahan atau
memberikan sesuatu manfaat kepada
pemiutang sebelum hutang sebenar dijelaskan
tidak menjadi amalan (uruf) orang ramai.
Jika perbuatan tersebut menjadi amalan
orang ramai atau menjadi amalan
penghutang, mengikut pendapat yang kuat
(aujah), makruh menerima manfaat ini
kerana amalan ini boleh diibaratkan seperti
syarat.
SYARAT YANG TIDAK DITERIMA
PAKAI DAN TIDAK
MEMBATALKAN KONTRAK
HUTANG

Contohnya: Diletakkan syarat supaya
penghutang memulangkan barangan yang
cacat sebagai ganti kepada barangan yang
sempurna, atau pun barangan yang tidak elok
untuk barangan yang elok.
Atau pun syarat mewajibkan penghutang
meminjamkan pula barangan tersebut kepada
orang lain.


Syarat-syarat seperti ini tidak diterima pakai
dan tidak perlu dilaksanakan.
Pendapat yang paling sahih (asah) mengatakan
syarat seperti ini tidak membatalkan kontrak
kerana syarat-syarat seperti ini hanya
mengukuhkan lagi hasrat asal hutang iaitu
melahirkan simpati.
Syarat-syarat seperti ini tidak sedikit pun
membawa manfaat kepada pemiutang.
Sebaliknya semua manfaat tersebut diperolehi
oleh penghutang.
Seolah-olah tindakan pemiutang lebih
bertujuan membantu penghutang.
SYARAT YANG PERLU
DILAKSANAKAN


Syarat yang perlu dilaksanakan ialah syaratsyarat yang ditetapkan bertujuan untuk
mengukuhkan lagi kontrak tersebut dan
mengesahkan hak pihak yang terbabit.
Contohnya: Syarat yang menetapkan perlu
disertakan gandaian atau penjamin atau saksi
bagi kontrak tersebut, atau kontrak tersebut
mesti disokong oleh hakim atau wujud catatan
bagi penghutang tersebut.

Semua syarat-syarat seperti ini
dibenarkan.

Pemiutang berhak meletakkan syaratsyarat seperti ini kerana syarat-syarat
ini mengukuhkan lagi kontrak
tersebut dan bukan sebagai syarat
tambahan.

Al-Bukhari meriwayatkan daripada Anas r.a
“Nabi s.a.w telah menggadaikan sebuah
perisai miliknya di Madinah kepada
seorang yahudi supaya Baginda
memperolehi barli untuk keluarga
Baginda” (Riwayat al-Bukhari no. 1963)

Penghutang perlu memenuhi syaratsyarat ini dan jika syarat-syarat ini tidak
dipenuhi, pemiutang boleh membatalkan
kontrak tersebut.
PEMINDAHAN HUTANG
(HIWALAH)



Menuruf bahasa: Pemindahan atau perpindahan
Menurut istilah fuqaha: Kontrak yang
menyebabkan pemindahan hutang daripada
satu pihak kepada pihak lain.
Menurut al-Mughni al-Muhtaj: Istilah ini
merujuk kepada perpindahan hutang
daripada satu pihak kepada pihak yang lain.
DALIL PENSYARI‘ATAN
HIWALAH


Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim,
Rasulullah s.a.w bersabda: “Melambatkan
pembayaran hutang oleh orang kaya adalah
zalim. Apabila salah seorang daripada kamu
dibawa kepada orang kaya yang lain maka
ikutlah”
Dalam riwayat Ahmad disebut: “Sesiapa yang
dipindahkan kepada orang kaya yang lain
maka berpindahlah”
(Al-Bukhari daripada Abu Hurairah no.2166. Muslim no.1563. Ahmad, Musnad 2/463)
CONTOH PEMINDAHAN HUTANG
(HIWALAH)
Ahmad
(Muhal ‘Alaih)
akan
Ali (Muhtal)
Ali memberi hutang
pada Abu
Abu (Muhil)
Abu memberi hutang
pada Ahmad
RUKUN & SYARAT
PEMINDAHAN HUTANG





Muhil : Penghutang yang memindahkan
hutangnya kepada orang lain.
Muhtal : Pemberi hutang (pemiutang) yang mana
hutangnya akan dibayar oleh orang lain (bukan
penghutang asal).
Muhal ‘Alaih : Orang yang bertanggunjawab
melunaskan hutang kepada pemberi hutang
(Muhtal).
Muhal Bih : Hutang yang perlu dijelaskan.
Sighah lafaz pemindahan hutang.
Muhil, Muhtal & Muhal ‘Alaih
Mestilah orang yang berkelayakan
menjalankan kontrak; berakal dan baligh.
Muhal bih
1.
2.
Mestilah dalam bentuk hutang
Hutang tersebut mestilah telah
berkuatkuasa.
Sighah (penawaran dan persetujuan)
Penawaran ialah apabila penghutang
(muhil) berkata: “Aku pindahkan hutang
kamu kepada orang ini”.
Persetujuan pula ialah apabila pemiutang
(muhtal) berkata: “Saya setuju atau saya
terima”.
 Penawaran dan persetujuan ini mestilah
diadakan serentak dalam majlis kontrak.
SYARAT SAH PEMINDAHAN
HUTANG
1.
i.
ii.
Muhal ‘Alaih mestilah berhutang dengan
Muhil.
Hutang Muhal ‘Alaih mestilah menepati
syarat-syarat berikut:
Mestilah telah berkuatkuasa.
Mestilah setara dengan hak pemiutang
(Muhtal) dari segi jenis, kadar dan sifat.
2.
Persetujuan penghutang (Muhil)
dan pemiutang (Muhtal).
3.
Penghutang (Muhil) dan
pemiutang (Muhtal) perlu
mengetahui kadar hutang yang
perlu dijelaskan.
PERCANGGAHAN ANTARA
PENGHUTANG (MUHIL) DAN
PEMIUTANG (MUHTAL)

Jika setelah pemiutang memperolehi hutang daripada
muhal ‘alaih, kemudian dia bercanggah pula dengan
penghutang;
Penghutang berkata: “Saya tidak berhutang dengan
anda. Anda hanyalah wakil saya untuk mengutip
hutang tersebut. Hutang tersebut adalah hak saya”
Pemiutang pula berkata: “Tidak, anda telah
memindahkan hutang tersebut kepada saya sebagai
ganti bayaran hutang anda kepada saya. Atas dasar itu,
saya mengutip hutang tersebut”


Pengakuan yang diterima ialah
pengakuan penghutang yang disokong
dengan sumpah.
Alasannya, pemiutang mendakwa
penghutang berhutang dengannya tetapi
penghutang menafikannya.
Dalam keadaan ini, pengakuan yang
diterima ialah pengakuan yang
menafikannya berserta sumpah jika
tiada sebarang bukti.


Demikian juga jika penghutang mengakui hutang
tersebut tetapi berkata: “Saya hanya melantik anda
sebagai wakil mengutip hutang tersebut bagi pihak
saya”
Pemiutang pula berkata: “Tidak, anda
memindahkannya kepada saya”
Atau penghutang berkata: “Apa yang saya
maksudkan dengan kata saya, saya pindahkan
kepada anda ialah saya melantik anda sebagai
wakil”
Pemiutang pula berkata: “Tidak, apa yang anda
maksudkan ialah pemindahan hutang”

Dalam keadaan ini pengakuan
penghutang berserta
sumpahnya akan diterima
kerana dia lebih tahu apa yang
dimaksudkan dan apa yang
dikatakannya.
kerana pada dasarnya, segala
perkataan kekal mengikut
keadaan asalnya.


Jika penghutang berkata: “Apa yang saya
maksudkan dengan kata saya, saya pindahkan
kepada anda $100 yang dihutang daripada
saya, oleh si fulan, sebenarnya ialah
perlantikan sebagai wakil”
Pengakuannya ini tidak diterima kerana
perkataan yang digunakan hanya boleh
merujuk kepada pemindahan hutang.
Dengan ini dakwaan oleh pemiutang akan
diterima.